Bab 4: Main-Main

Humor Series 146348

SKRIN laptop ditatap gusar. Tetikus di tangan digerakkan ke kiri ke kanan tidak tahu kemana arahnya. Sudah puas dia cuba fokus tapi tetap tidak berjaya. Beberapa fail yang perlu dia simak pagi ini masih gagal dia lakukan.

Kacau! Otaknya sedang kacau. Concetrate-nya hilang tidak tahu kemana. Beginilah hidupnya selepas dia mengenali wanita bernama Saidah. Sehari tidak berjumpa, macam nak mati rasanya.

Lebih-lebih lagi bila janji temu yang sepatutnya berlangsung malam tadi juga tidak dipenuhi oleh wanita itu, membuat dirinya bertambah penasaran.

"I balik kampunglah malam tadi. Ini pun nak gerak pergi kerja dah. You ni dah kenapa macam ayam berak kapur aje?" bicara Sai pagi tadi sewaktu dia menelifon wanita itu.

Aghh... Sakitnya hati! Kenapalah susah sangat wanita itu untuk dia miliki? Sekadar untuk mengahwini Sai, sikitpun tak ada masalah baginya. Farah isterinya bukan mengambil tahu akan siang malamnya, sibuk terbang ke sana-sini. Bila sedang cuti dia akan habiskan waktu dengan kawan-kawan. Memang sudah sepatutnya Khalid berkahwin lain kalau begini caranya.

Dan wanita yang hendak dia kahwini hanyalah Saidah. Tiada lain, hanya dia yang Khalid mahu. Cuma masalahnya sekarang, Saidahnya sendiri masih tidak memberi apa-apa jawapan pasti dengan tawarannya itu. Balik-balik beri alasan jangan terburu-buru. Kalaulah Sai tahu tahap keterburu-buruan Khalid sudah sampai tahap mana, kan. Rasa nak terkam-terkam je si Sai tu. Ggrrrrr...!

Khalid ada diberitahu yang Sai sudah mula bekerja di syarikat Columbia Travel mulai hari ini. Otak terdesak itu sudah malas mahu berfikir panjang. Dalam bayangan sekarang ni hanya Sai dan Sai sahaja. Kebetulan file yang perlu disimak olehnya ada kena mengena dengan syarikat bapa saudaranya itu. Khalid tersengih sendiri.

Skrin laptop dirapatkan pada keyboard. Benda itu lalu disarung ke dalam briefcase. Tanpa berlengah-lengah lagi, Khalid terus keluar dari bilik pejabat dengan gaya super terburu-buru.

"Err, Tuan Khalid. Tuan Khalid nak kemana?" Seorang secretary wanita datang mengejarnya dan bertanya.

"I nak keluar!" ringkas Khalid  tanpa menoleh.

"Tapi tuan. Tuan ada meeting pukul 11 pagi ini dengan Dato Othman."

"Tak perlu! I ke tempat dia terus."

"Tuan, tuan Khalid perlukan teman?"

"No, thanks!"

Terus senyap. Jawapan jelas dari Khalid telah menamatkan pertanyaan wanita itu. Dia juga sudah tidak lagi mengejar Khalid yang telah meluru keluar dari pejabat berkenaan. Terbit sebuah keluhan halus dari mulut wanita itu sementara tidak melepaskan perhatiannya pada Khalid yang kian lenyap dari pandangan.

"Dah kenapalah dengan Tuan Khalid tu? Sejak dua menjak ni kelam kabut semacam je?" Dia cebik sendiri dan jongkit bahu, lantas memilih untuk berpatah balik seusai monolognya itu.

***

"EHEM! Luft, what you doing over there?" Dato Othman bertanya seraya melangkah masuk ke bilik pejabatnya.

Luftnan di tempatnya sudah tergaru-garu segan pabila dikantoi oleh ayahnya dia sedang acah tegas terhadap PA baru tersebut.

"Erk, ayah! Nothing. Luft just trying to talk with your new PA's." alasan Luft.

"Sembang apa macam tu? Siap nak denda-denda anak orang bagai. Apalah Luft ni."

"Ala, gurau je ayah."

"Gurau ya? Haish, tak baik begitu Luft." Beliau menegur perlahan. Othman lalu menhampiri dan mula memperhatikan Sai yang berdiri tegak di hadapannya.

"Oh ya, nama kamu apa ya? Saya lupa pula," soal Dato Othman selanjutnya.

"Saidah, Dato!" sahut Sai tegas.

"Ok, baiklah Saidah. Kamu ikut anak saya ini untuk dia tunjukkan ofis kamu. Dan, Luft..."

"Yes, sir!"

"Amboi, laju! Luft bawa Saidah ni ke bilik pejabatnya dan tunjukkan pada dia tentang modul kerja."

"On my owned, sir!" Luft lantang menjawap.

Othman ayahnya sudah tergeleng-geleng. Tahu sangat perangai anak manjanya ini kalau nampak anak gadis lawa. Mulalah menjadi ulat bulu. Haish, ikut perangai siapalah? Tapi tak apa, dia lelaki. Memang sudah lumrah hidupnya menyukai wanita cantik. Tak gitu?

***

"Ehem... Miss Saidah!" Luftnan menyapa. Sai paling muka padanya.

"Dengan besar hati aku bawakan kau ke bilik ofis ni. Mana nak dapat bos macam aku ni? Betul tak?"

Sai tidak mengerti. Tapi dia memilih untuk tidak memberi sebarang kata buat setakat ini. Walaupun hatinya sudah mula annoying dengan sikap anak muda ini.

"Dengan bangga aku tunjukkan bilik ini untuk kau. Silakan masuk, tuan puteri."

Walaupun masih blur dengan sikap Luft yang serupa overdose vaccine itu, Sai tetap menurut tatkala Luft membawanya ke tempat yang lelaki itu hendak tunjukan. Dan di situ muka Sai terus berubah. Dia tarik nafas kasar lantas memandang serius pada Luft yang sudah tersengih serupa kerang busuk.

"Encik Luftnan! Kalau cuma nak main-main, lebih baik tak payah beriya nak bawa saya. Saya tahu di mana office setiausaha itu." bentak Sai perlahan. Bengang bila Luft membawanya ke tempat cleaner. Nmpaknya lelaki ini sebenar tak cukup matang dan suka bermain-main saja. Sumpah, menyirap gila! Tapi tak apa, sikap itu tetap berjaya dikawalnya.

Luftnan sendiri sudah berdekah kerna telah berjaya mengenakan Sai di hari pertama wanita ini bekerja. Serupa dengan Kak Inda dulu, juga rajin disakat olehnya.

Tapi untuk seketika, Luft terpaksa berhenti ketawa. Sai sudah melangkah seorang diri meninggalkan dirinya. Wanita itu telah bergegas menuju bilik pejabat yang sepatutnya. Dan Luft hanya dapat membuntuti dari belakang.

Semakin Luft terpempan di saat padangannya sedang memerhatikan sosok Sai yang telah tiba di depan pintu office, tidak jauh dari bilik pejabat ayahnya. Wanita itu sedang tersenyum manis pabila seorang lelaki yang amat dikenali oleh Luft tak semena-mena telah tiba. Luft terdiam di tempatnya hairan.

Aik! Apa dia buat dekat sini? Bukan sepatutnya hari ini ada meeting ke tempat dia ke? Apasal dia tercongok kat sini pula?

Beribu soalan sedang bermain-main dalam benak minda Luftnan pabila Khalid dikesan sedang berada di pejabat ini. Dan anehnya, apa yang sepupunya itu buat dengan PA baru ni? Mereka kelihatan sedang berbual dan seakan sudah lama kenal. Keasyikan berbual begitu sampaikan Luft yang berdiri tidak jauh dari situ juga tidak diendahkan.

Perlukah Luft mula mencurigai sesuatu?

TBC

Hai... jom follow IG dan FB PinkRose untuk melihat cast watak2 dalam cerita ni. IG: @pinkrose.my FB: Umie Qut

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience