(sessantasei)

Other Series 152486

"Urgm.." Aleena menggeliat perlahan seraya menutup matanya daripada terkena sinaran cahaya matahari dari tingkap pesawat.

Tubuh dibangunkan perlahan sebelum menggosok lembut wajahnya, menghilangkan mamai.

Dengkuran halus di sebelahnya membuatkan Aleena memalingkan kepala, menatap si kecil Andy.

Dalam tak sedar senyuman nipis terukir di bibirnya. Wajah polos dan bertampal-tampal di beberapa bahagian yang luka itu ditatap lembut seraya mengusap kepala Andy perlahan.

Sebaik saja Dom dan Zen menjumpai mereka, lelaki itu terus saja membawanya ke hospital di Pohang untuk dirawat dan seterusnya menghubungi Jacq, anak buahnya yang berjaga di Italy untuk mengambil mereka.

Jacq mengarahkan pesawat dan beberapa orang lagi di bawahnya supaya menjemput Dom di Pohang sebelum mengiringi lelaki itu dan keluarga pulang.

Tapi bukan ke Italy, tetapi ke Jerman. Terus ke kediaman Forrestor di Black Forest di barat daya Jerman.

Risiko untuk kembali ke Italy adalah amat tinggi apabila nyawanya dan keluarga menjadi taruhan. Dom tak akan membiarkan apa-apapun yang terjadi kepada mereka semua..

Tambahan lagi dia yakin, Martin tak akan berhenti memburunya dan menginginkan si si isteri, Aleena.

Aleena mula meninggalkan bilik, berjalan perlahan ke luar. Mencari kelibat si suami.

"Mika.. honey.." panggilannya tak bersahut.

Aleena hanya mengeluh perlahan, beberapa orang anak buah Dom di sekitar hanya memandangnya tanpa niat mahu menegur. Bagi mereka, lebih baik berdiam diri daripada bersuara.

Apabila Aleena mahu melangkah ke ruang hadapan, suara erangan seseorang secara tiba-tiba mengejutkannya.

Kakinya mula longlai sebelum dia hendak jatuh terduduk sebelum seseorang memegangnya dari belakang, menghalang Aleena daripada terjatuh.

"Signora.. you should stay in your room. Let me help you." Salah seorang anak buah Dom itu mula membantu Aleena bangun semula.

Wanita itu menurut tapi pandangan matanya masih tak berganjak daripada memandang ke arah sebuah pintu yang memisahkan ruang itu dan ruang hadapan.

Apa yang berlaku di sebalik sana? Suara siapa tadi? Apa yang terjadi sebenarnya?

Sebelum si lelaki cuba memimpin Aleena kembali ke bilik, wanita itu bertanya lembut.

"Could you please tell me.. What's happening there? Where's Mika?.. Zen?" tanyanya sambil menayangkan wajah penuh pengharapan.

Kesat teguk liur si lelaki apabila berhadapan dengan cik puannya itu. Pandangan mata yang bertentangan mula dilarikan.

"Mis dispiace signora.. I can't tell you. Please.. you have to get enough rest for your health." tak mempedulikan rontaan perlahan Aleena yang tak mahu, tangan itu ditariknya ingin kembali ke dalam bilik.

"Please..let go. I just want to know what happened.. Signore.. ermmm.." rontaan Aleena semakin kuat memaksa si lelaki sedikit terkasar padanya membuatkan Aleena berdesih kesakitan.

"Am so sorry signora.. I'm sorry. Please forgive me." kalut saja si dia cuba melihat pergelangan tangan Aleena yang digenggam wanita itu.

"No.. it's okay. Am fine." Aleena tersenyum lembut tanda tak mengapa.

Dia sedar akan perangainya yang agak mengada dan tidak sabar semenjak mengandung menimbulkan sedikit ketidaksenangan pada orang di sekeliling.

Dia sepatutnya tak membiarkan perangai itu menguasai dirinya, takut juga tertempias pada si anak di dalam kandungan.

"No, you're not okay carrissima." suara Dom menyapa telinganya. Aleena yang mendengar suara Dom, teruja, pantas berpaling tetapi..

Senyumannya mula mati apabila melihat susuk tubuh tak berbaju itu penuh dengan balutan kain putih di seluruh tubuhnya dan terdapat juga yang sudah mulai memerah dengan kesan darah.

"Mik.. Mika. Are you okay sayang? Let me-"

"Stay away." kaki yang hendak melangkah ke arah Dom tadi terdiam, kaku di tempatnya apabila lelaki itu menatapnya tajam. Memberi amaran.

"Get in." arahnya dingin sambil menunjuk arah bilik dengan kepala. Serius.

Aleena yang sensitif mula memberontak. Kaki yang sedikit bengkak dek mengandung itu dihentak sedikit kuat pada lantai beberapa kali, tanda protes sambil menyeringai tak mahu.

"Emmm... taknak! Kenapa dengan awak ni? Sa..saya cuma.. nak-. nak awak je." tersembik-sembik si ibu baru itu mula mengogoi menangis bagaikan anak kecil.

Dia tak suka apabila Dom berkelakuan begitu padanya.. dia tak mahu!

Dom mengetap giginya geram sebelum menghela nafas berat. Tersedar dari sikapnya akibat perbuatan gilanya di dek bawah tadi.

Rambut yang semakin panjang dan hampir menutupi anak matanya itu disebak ke belakang sebelum mengusutkannya sedikit.

Bengang dengan kebodohan diri sendiri yang melepaskan geram pada insan tersayangnya.

"Love.." Aleena yang menunduk wajah, menggosok kedua mata bagaikan anak kecil itu dihampiri sebelum menariknya ke dada. Memeluknya.

Belakang tubuh itu diusapnya lembut sambil mengucup ubun-ubun Aleena berkali-kali, memujuknya.

"Please.. stop crying sayang. Am sorry. Saya cuma tertekan tadi. Maaf ya? Hmm?" suara lembutnya hanya akan didengari saat bersama Aleena saja. Tiada lagi.

Anak-anak buah Dom di ruangan itu juga kagum bagaimana si tuan yang merupakan pembunuh tegar dan pembenci wanita itu mudah saja tersungkur dan terngadah hanya dek seorang wanita.

Aleena.

"Okay.." Sehabis pujuk Dom akhirnya Aleena berhenti menangis. Tubuh berbalut itu dijauhinya sedikit sebelum menilik tubuh Dom. Terdapat juga kesan darah yang mulai kembali basah pada balutannya.

"You're seriously injured honey.. We need a doctor to treat you. Where is Zen? Zen! Ze-"

Kabut saja Aleena bereaksi dengan kecederaan di tubuh Dom membuatkan lelaki itu tercuit sedikit. Si isteri yang kalut memanggil Zen, ditariknya ke dalam pelukannya kembali.

"Mika.. nanti badan awak makin berdarah macam mana? Lepaskan saya.." tutur Aleena lembut tetapi tegas.

Dia tak mahu kerananya lelaki itu mencederakan dirinya lagi. Sungguh betapa mulianya hati insan bergelar suami ini padanya.

"Tiada yang lebih menyakitkan melainkan bila awak berjauhan dengan saya.." Suara Dom di sebelah telinganya agak bergetar, bagaikan..

..ketakutan..

Apa yang berlaku ni?

Buat pertama kalinya seorang Dom Mikhail ketakutan? Kenapa? Nonsense.

"Mika.. darling, you can tell me if there's anything happens. You know am always here with you, hmm?" bagaikan bergilir-gilir pula, mereka memujuk sesama sendiri.

Dom bergesel diantara wajah dan leher Aleena, menenangkan dirinya daripada apa yang bakal berlaku nanti.. dia tahu masanya bersama insan itu tidak lagi lama.

Hidup dan matinya sudah menjadi pilhan kedua. Keutamaannya kini adalah keselamatan si isteri dan anaknya. Hanya mereka..

'My worst fear is losing you Aleena..'

Rambut kekuningan pucat itu dielus Aleena lembut, selembut-lembutnya. Wangian pada batang leher Dom tak pernah hilang, diciumnya sekilas.

Pelukan dileraikan Dom dan wajah itu tampak penuh duka dan kesedihan, yang memerlukan seseorang untuk merawatinya kembali.

Kedua tangan kasar itu digenggam Aleena dan dibawa ke bibir, dikucupnya syahdu. Sebelum kembali menatap wajah Dom dengan senyuman manisnya.

"Tell me."

"It's nothing important carrissima.. really. Am just wondering.. if one day, am-" mata mereka bertentangan dikala itu tapi pertanyaan Dom terhalang apabila salah seorang anak buahnya menyampuk panik.

"Dom! Ha avuto I'impressione del nostro aeroe. Martin in linea. Vuole parlare con te." (Mereka dapat kesan pesawat ini. Martin kini dalam talian. Dia mahu bercakap dengan tuan.)

tutur lelaki itu kabut. Aleena terpinga-pinga memandang, tak memahami.

"Fuck that shit! Controlla il corpo del cadavere qui sotto. Now!" (Periksa tubuh mayat-mayat di bawah.) Dom mengarahkan tegas.

Tertekan saja wajah lelaki itu kala ini. Aleena kaget. Dia tak faham apa yang sedang berlaku kini.

Dom berlalu pergi ke bahagian hadapan meninggalkannya terkulat-kulat di situ bagaikan terlupa akan segalanya.

Lengan Dom dipegangnya, menarik lelaki itu menatapnya.

"Che cosè?!" (What is it?!) Dom menjerkah Aleena tanpa sedar.

Tersentak gadis itu tiba-tiba, menggigil tubuh Aleena apabila sisi gelap Dom mula dilihatnya bagai ingin mencederakannya.

Beberapa langkah diambil menjauhi si suami. Dom menggeleng perlahan, kesal, seraya mendekati Aleena yang makin menjauhinya.

"Carrissima.. Please sayang. am sorry again. For the million times, am sorry. Awak tunggu saya dalam bilik faham? Pergi.." kedua pipi Aleena diusapnya lembut sambil menatap penuh pengharapan, meminta kefahaman si gadis.

Apabila Aleena mengangguk, lega sikit hatinya. Kedua pipi kemerahan itu dikucupnya sayang, beralih ke dahi dan dilabuhkan lembut pada bibir.

"I'll be back soon okay?" tubuh Aleena dibawa ke bilik sebelum ditolaknya lembut masuk ke dalam. Pintu bilik ditutup.

"Keep your eyes on her." Dom mengarahkan seorang anak buahnya yang berkawal di luar. Si dia menunduk menerima arahan.

Dom kemudiannya pantas berjalan ke bahagian hadapan, menerima panggilan Martin yang tergendala tadi.

"Cosa vuoi vecchio?" (Kau nak apa orang tua?) tuturnya dingin.

"Relax.. voglio solo dire che ti troverò Dom." (Aku cuma nak kata yang aku akan jumpa kau nanti Dom.) ketawa halus lelaki banjingan itu membuakkan setan dalam dirinya.

"And one more thing.. you have something, or maybe someone.. belongs to me. Lo rìportera indietro." (Aku akan dapatkannya kembali.)

Setiap patah kata lelaki itu menyakitkan hatinya yang makin parah. Amarahnya membuak yang amat.

"Hey bastard.. prima che tu venga qui, ci incontriamo lì. And you will die for sure. I promise you." (Sebelum kau ke sini, aku akan jumpa kau di sana.)

Dom membalas dingin dan yakin sebelum sambungan itu ditamatkan. Alat komunikasi itu dihentak kuat sekali ke board kawalan. Pecah berderai.

Tiada yang berani bersuara.

Dom beralih ke bahagian bawah dek pula. Tempat di mana beberapa orang anak buah Martin yang ditangkap di Korea dibunuhnya tadi.

Zen dan dua orang lagi orang bawahannya sedang memeriksa tiga mayat di situ. Bauan darah sudah terlalu sebati dengan hidup mereka membuatkan segalanya amat biasa.

"Find anything?" tanyanya dingin sambil memeluk tubuh memerhatikan anak-anak buahnya mengeledah tubuh mayat tadi.

Zen menggeleng menidakkan.

'He found us. How could possible that be?' otak Dom mula berfikir jauh. Jika bukan alat pengesan yang diletakkan, masakan Martin dapat mengesan kedudukan pesawatnya.

Dia tak boleh benarkan Martin tahu arah tuju mereka. Tidak sesekali. Dia perlu buat sesuatu..

Tapi apa?

Fikir Dom.. fikir..

Dia Martin Stephenson. Lelaki yang sanggup lakukan apa saja untuk mencapau matlamatnya.

Tiba-tiba, idea dari benak fikirannya mula muncul.

'That corpses.'

"Move." arahnya sekali dan kedua anak bauhnya dan Zen mula memberi Dom ruang mendekati mayat-mayat yang ada.

Pisau belati di pinggang belakangnya diambil dan ditebuk leher mayat yang dikelar tadi.

Ditariknya bagai melapah daging makanan, langsung tiada belas pada mayat lelaki dan wanita itu. Semuanya dilakukan yang sama.

Dari ruang udara di leher, ditarik rapat, membelah dada ke perut dan ternyata sesuatu ditemui Dom di dalam perut salah seorang dari mereka.

Alat pengesan dengan gentian palstik PS atau polystyrene itu membaluti alat tersebut, menghalangnya dari terhakis asid perut manusia.

Kedua tangan dipenuhi darah dan cairan hijau asid perut itu diabaikan Dom, yang dia tahu kini adalah Martin tak akan pernah dapat mengesan kedudukan dan hala tuju mereka. Tak akan!

"Destroy it immediately." alat itu diberikan pada Zen untuk diselesaikan sebelum bangun dari tinggungnya.

Balutan putihnya sudah tiada suci lagi. Semuanya darah belaka. Dom abaikan.

"Voi due, buttate via questo cadavere." (Kamu berdua, buangkan mayat-mayat ini.) arahnya dingin kepada dua orang bawahannya itu.

"Buttarlo fuori?" (Buangkannya keluar?) teragak-agak mereka mahu menuruti permintaan Dom.

"Mi devi scherzare?" (Kau nampak aku berguraukah?) Pandangan Dom bagai menjanjikan kematian kepada mereka jika mengingkari.

Dalam keterpaksaan, mayat dikumpulkan sebelum pintu kecemasan di bahagian bawah pesawat itu terbuka sedikit.

Angin mula memasuki ruangan bawah itu, menerbangkan segalanya. Palang dan segala apa yang boleh dicapai cuba dipaut mereka agar tak tertarik bersama angin.

Tetapi Dom hanya statik pada kedudukannya. Langsung tak terkesan. Hanya sesekali tubuh itu tergerak-gerak mengimbangi dirinya.

"Buttalo via. Qualunque cosa." (Buangkan. Semuanya.) arahnya lagi.

Kali ini tanpa teragak-agak lagi, mayat yang terbelah badannya itu dibuang seorang demi seorang dari pewasat dari ketinggian ribuan kaki itu ke bawah.

Dom hanya memandang sepi tubuh itu hilang dari pandangannya. Sesudah itu, pintu tersebut pantas saja ditutup salah seorang dari mereka.

"Clean this suck. I don't give a damn to both of you if Aleena know about this." arahnya tegas sebelum berlalu ke luar.

Dia mahu membersihkan diri dan menukar balutannya lagi. Barulah dia akan berjumpa Aleena kembali.

'I don't have enough time to spend with her... forgive me carrissima.'

Share this novel

Mimie Harmiza
2020-08-31 00:49:20 

cc kejam dom kembali..hrp bkn sad ending..x sanggup.huhu


NovelPlus Premium

The best ads free experience