BAB 7

Humor Completed 22641

Firdaus mengajak teman baiknya itu ke chalet mereka. Kunci bilik masing-masing diserahkan. Haris berjalan seorang diri menuju chaletnya. Dia berpisah dengan Arsyad dan Hisyam di persimpangan empat laluan dalam taman sebelum dia mengambil lorong ke chaletnya.

Apabila menjumpai biliknya, kunci bilik dibuka. Ruangan bilik ini simple dan kemas, sesuai untuk penginapan sendiri. Bagpack yang digalas, dicampakkan sahaja ke lantai. Tubuh direbahkan ke katil yang empuk, Haris mencari remote control TV dan menghidupkannya.

Kalaulah Syuhada ada dekat sini, kan best! Aku peluk-peluk bini aku tu! Haris berangan. Cakap besar, tapi kalau Syuhada depan mata, semuanya tak jadi, nak peluk pun takut, apatah lagi nak cium pipi Syuhada yang putih gebu tu.

Bukan apa, Haris sebenarnya takut, takut dia akan melukai Syuhada sekali lagi. Gadis itu sudah pernah menderita kerana dia, dia takkan mengulangi kesalahan itu lagi.

Haris mengeluarkan telefon bimbitnya dan melihat ke skrin yang kosong. “Siap kau Syuhada. Kau tak balas pun whatsapp aku” marah Haris.

Telefon bimbitnya berdering dan nama Arsyad tertera di skrin.

“Bro kau buat apa dalam bilik. Jomlah keluar, mandi laut”

“Ok kejap aku keluar”

Dia keluar dari bilik dan berjalan ke arah tempat yang dijanjikan oleh Arsyad. Kedua-dua orang temannya itu sudah berada di situ.

“Apa plan korang?” soal Arsyad.

“Kitaorang nak tackle awek yang tu. Cun giler” Joe menunjukkan ke arah dua orang gadis yang seksi yang duduk di pesisiran pantai. Gadis-gadis itulah yang menarik perhatian Haris dan Joe saat mereka bertembung di kaunter pendaftaran sebentar tadi.

Haris, Joe dan Arsyad ketawa terbahak-bahak. Haris dan Hisyam menghampiri ke arah gadis-gadis itu dan menyapa mereka.

Salam perkenalan yang diberikan oleh Joe itu disambut mesra oleh mereka. Haris dan Joe tersenyum lebar. Mereka dipelawa untuk duduk bersama-sama mereka.

“You datang dengan siapa?” soal Haris kepada gadis berambut pendek paras bahu yang baru dikenalinya dengan nama Diana itu. Gadis itu sangat cantik, tidak kurang cantiknya kalau dibandingkan dengan Syuhada. Cuma gadis ini ada iras-iras artis kacukan sedikit.

Syuhada pula, cantik ayu. Kulitnya putih gebu, dan wajahnya tiada iras-iras sesiapa pun. Memang kecantikan Syuhada asli. Haris cepat-cepat memarahi dirinya saat dia mula menyedari yang dia asyik memikirkan Syuhada sekarang ini.

Sikit-sikit Syuhada, sampai depan awek cun macam Diana ni pun, nama Syuhada juga yang aku ingat!

“Dengan Liza jelah” beritahu gadis itu.

“Berdua je?” soal Haris tidak percaya. Gadis itu mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience