"AKAK...Iris segan lah nak keluar berdua dengan dia.Jom lah teman,kak."Rasa nak nangis pun ada.Tiba-tiba Nida tak jadi ikut sama.Last minute pula tu.
"Alaa..pergi saja lah.Attar bukan nak makan Iris pun."Nak tergelak Nida tengok muka Iris yang masam mencuka.
"Tadi akak janji nak teman.Alih-alih Iris dah siap,akak cakap tak jadi."masam terus muka Iris.Kalau tahu tadi dia pun tak jadi pergi.Sejak Iris tahu,Attar ada hati padanya terus Iris mengelak dari berjumpa selalu.
"Akak lupa tadi.Siti cakap nak buka puasa dengan akak.Sorry la akak tak dapat teman Iris."Nida beri alasan.
Iris muncungkan mulut.Nida gelak kecil melihat qajah Iris yang cemburut.
"Tak baik macam tu.Attar dah on the way.Kesian dia dah datang,tuan puteri tak jadi keluar pula."kata Nida sambil senyum-senyum.
"Kalau akak ada tak lah rasa janggal sangat."luah Iris.Tahu lah dia bukan anak dara.Tapi rasa tak selesa bila keluar berduaan saja.Anak-anak kak Nida pun tak ada balik asrama.Kalai tidak boleh angkut sekali buat teman.
"Tak apa...pergi saja lah.Kan dah siap cantik-cantik ni.Mesti Attar tak tidur malam ni sebab jumpa dengan bidadari idaman dia."usik Nida lagi.
"Akak ni...tak nak lah kawan.Orang dah rasa semacam ni."gerutu Iris perlahan
"Jangan risau lah..Tak kan Attar nak bawa Iris lari pula."Nida masih lagi ketawa.Tak tahan tengok muka Iris mencuka.
"Cuba biasa kan diri.Tak lama lagi dah nak kahwin.Kalau akak ikut jadi pengacau saja.Punya payah tau akak plan dengan Attar nak bagi Iris keluar dengan dia.Dia tahu Iris asyik mengelak dari dia kan?"telah Nida buatkan Iris terkulat malu.
Iris jeling sekilas.Dah plan rupa nya.Patut beria kak Nida menyuruh dia bersiap awal.Ingat boleh la berbuka bertiga.Hampeh betul la kak Nisa ni.
"Ha tu Attar dah sampai."Nida jenguk ke muka pintu.Attat tersenyum sambil melambai tangan pada kak Nida.
"Senyum sama.Tak elok bakal pengantin masam macam cuka."gurau kak Nida.Dia orang pertama yang tumpang gembira bila Attar cakap suka kan Iris.Siap hulurkan 'bantuan' nak satukan Attar dan Iris.
"Kak, kami pergi dulu."kata Attar.Tak lepas dari memandang Iris yang sedang berjalan menuju ke kereta.
"Hati-hati tau.Orang tu takut kena culik.Jangan gelojoh sangat nanti tak sempat salam tok kadi."usik kak Nida pada Attar.Iris tak pandang dah muka Attar terus menonong masuk dalam kereta.Rasa panas saja muka dia.Apa lah kak Nida ni!
Attar dah siap tempah semuanya.Tak sangka Attar bawa Iris berbuka dalam hotel.Sangat eksklusif dan mewah hotel bertaraf lima bintang ini.
"Mari duduk dulu.Kejap lagi kita ambil makanan."kata Attar sambil menarik kerusi menyuruh Iris duduk berhadapan dengannya.
Attar berdehem kecil bila Iris hanya diam membisu.Dia pun tak tahu nak mula kan bagaimana.
"Iris pernah datang ke sini?"soal Attar menghidupkan suasanan yang sunyi antara mereka.
Iris geleng perlahan.
"Iris tak suka ker keluar dengan abang?"tanya Attar bila Iris asyik pandang ke arah lain.
"Mana ada.Kalau tak suka Iris tak ikut."jawab Iris.
Attar gelak kecil.Terserlah lekuk di pipi kanan dia.Baru Iris perasan.
"Sebenarnya abang nak cakap pasal kita."Attar berterus terang.
"Kenapa dengan kita?"saja Iris nak dengar apa yang Attar nak sampaikan.
Attar senyum.Mata menatap wajah Iris di depannya.Remaja yang dulu masih malu-malu kini makin meningkat menjadi dewasa yang cantik di depan mata nya.
"Pertama sekali,abang nak ucapkan terima kasih pada Iris sebab sudi terima lamaran abang."
"Abang dah lama suka kan Iris.Bukan suka saja tapi sayang.Sayang sangat..."katanya perlahan dan romantis.
Iris angkat sedikit muka pandang mata Attar.Muka sedikit merah.Attar terlalu berterus terang.Tapi itu yang Iris nak dengar dari mulut Attar sendiri.
"Err..Iris tak tahu nak cakap apa.Abang Attar tak rasa janggal ker nak kahwin dengan Iris?"
Attar tawa kecil.
"Iris tahu tak bila abang mula suka kan Iris?"
Iris tercengang sambil geleng kecil.
"Iris dah lama ada dalam hati abang.Sejak Iris sekolah menengah lagi abang dah 'cop' Iris.Abang dapat tengok Iris dari jauh saja.Nak dekat tak berani takut ayah marah abang."jelas Attar.
Iris ikut tawa.Tahu takut dengan ayah.
"Bila dapat tahu Iris kahwin abang rasa kecewa sedih patah hati semua ada.Lepas tu abang pun kahwin juga.Tapi tak macam pasangan lain.Abang nikah dekat hospital."Attar mula bercerita.
Pertama sekali sebab apa dia nikah di hospital kerana isteri merangkap kawan baik Attar sakit.Doktor dan sahkan Wahida tak dapat hidup lama.Kanser sudah merebak ke paru-paru nya.Dia nak Attar halalkan dia sebab dia berhajat untuk meninggal di atas pangkuan Attar.Wahida tak punya sesiapa melainkan Attar yang agak rapat dengan dia.Mulanya Attar menolak,tapi lepas doktor cakap yang Wahida tak boleh hidup lama,Attar pun terima.Dia tak sampai hati menolak lagi.Seminggu Attar di hospital menjaga Wahida dan hajat Wahida tercapai.
"Innalillahiwainnillahirojiun..."ucap Iris perlahan.Rasa sebak pula mendengar kisah arwah Wahida.Tapi dia beruntung kerana Attar sanggup berkorban untuknya.
"Abang Attar masih ingat kan dia?"soal Iris.
Attar senyum nipis.
"Abang selalu ziarah kubur dia.Dia tak ada sesiapa melainkan abang.Abang saja satu-satunya yang dia ada."
Iris angguk tanda faham.Tak akan dia nak rasa cemburu pada orang yang telah tiada.Lagipun dia belum ada ikatan apa pun dengan Attar.
"Dah.Jom kita ambil makanan dulu.Nanti kita sambung balik."ujar Attar.
Sambil makan mereka berbual kosong.Bercerita mengenai kehidupan masing-masing.Solat Maghrib tadi,mereka bersolat dalam hotel.Sesekali Iris tersenyum kecil bila Attar pandai membuat lawak dengannya.Masa berlalu dengan pantas hingga mereka sudah dapat menyesuaikan diri bersama.
Semasa nak keluar dari hotel.Tanpa di duga,Iris terserempak dengan bekas suaminya,Harith.
"Iris."seru Harith.Matanya layu memandang Iris dan lelaki di sebelah.Iris hembus nafas berat.Cuba mengawal reaksi wajah.
"Iris..apa khabar?"tanya Harith.Sebenarnya masa berbuka tadi,dia dah nampak Iris yang duduk tidak jauh dari meja nya.Tertanya juga dia siapa lelaki yang bersama dengan Iris.
"Baik."jawab Iris sepatah.Attar di sebelah hanya mengganguk kepala pada Harith.
"Boleh abang cakap dengan Iris sekejap?"pinta Harith.Iris nampak lain sangat.Semakin cantik dengan gaun labuh berwarna merah jambu.Nampak macam remaja pun ada.
"Saya rasa tak ada apa lagi yang kita nak cakap."sinis Iris.Dia tak pandang langsung ke muka Harith di hadapan.
"Maafkan abang..."kata Harith dengan sayu.
"Saya dah lupakan segalanya.Maaf,saya pergi dulu.Jom abang.."terus Iris tarik tangan Attar.Tercengang Attar dibuatnya hingga tak sempat nak salam pun.
"Siapa lelaki tadi?"tanya Attar sebaik mereka masuk ke dalam kereta.Iris dilihat pelik.Seolah marah pada lelaki tersebut.
"Bekas suami Iris."Iris hela nafas panjang.Kenapalah dia muncul kembali dalam hidup Iris di saat Iris baru nak meniti bahagia.k
Attar terdiam.Rupanya lelaki tadi bekas suami Iris.Patut lah Iris tak mahu bercakap mengenai lelaki tersebut.
Attar pandang Iris disebelah.Membiarkan Iris berada dalam dunianya sendiri.Attar dah nekad mahu mengubati hati Iris!
Share this novel