surat kabar laju menghasilkan jualan, Qusyairi mengitai sedikit kearah surat kabar tersebut.
‘kes bunuh lagi? pihak pertugas tidak lakukan kerja?’
Dengan membaca tajuk utama itu membuatkan perasan Qusyairi membuak buak, panas hatinya dengan marketing yang digunakan.
“Mesti pembunuh tu professional kan bang?” Tiba tiba seorang lelaki menghampiri gerai jualan surat kabar tersebut. Qusyairi menoleh, kelihatan seorang lelaki yang tinggi dalam 171cm, rambut ala ala coklat, muka yang kecil dan mengenakan tshirt gym hitam. Lelaki tadi tersenyum, Qusyairi membalas senyuman.
“pihak yang bertugas yang tak professional” kata penjual itu tadi. Perasaan marah di dalam diri Qusyairi mula memeronta, nak saja dilepuk kepala penjual tu dengan penutup tong sampah disebelahnya.
“tapi benda ni bukan mudah nak selesai bang, bukan semudah yang main cetak ni” kata Aufal sambil mengeluarkan dompetnya lalu menghulur rm2 kepada penjual tersebut. Qusyairi melihat kearahnya, akhirnya ada juga yang berfikiran rasional.
“heh kalau aku, dah lama selesai” kata penjual itu.
“amboi bang, elok elok. Kang abang yang jadi next victim” kata Aufal sambil senyum manis. Penjual tersebut diam terus memandang ke arah lain. Qusyairi hanya memasang telinga bagi mendengar perbualan antara mereka berdua.
Aufal berjalan meninggalkan gerai tersebut. Qusyairi tanpa teragak mengikut Aufal dari belakang. Aufal yang dari tadi berjalan terus belok ke kanan, Qusyairi turut ke kanan. Beberapa langkah, Aufal terus hilang. Qusyairi ligat mencari. Tiba tiba seseorang datang mendekati Qusyairi dari belakang.
“kenapa ye?” Tanya Aufal sambil siap sedia untuk pukul kepala Qusyairi dengan surat kabar yang dibeli tadi. Qusyairi menundukkan kepalanya sambil menunjuk lencana polisnya.
“Oh abang polis” kata Aufal lalu meletakkan gulungan surat kabar tersebut.
“Nak apa sampai follow ni?” Tanya Aufal sambil menyandarkan badannya pada dinding bangunan.
“Apa maksud kamu dengan next victim tu”
“Lah takkan abang polis pun takut juga?” Tanya Aufal dengan senyuman yang terukir di mulutnya.
“Tak, saya just nak penjelasan” kata Qusyairi selamba.
“Saya bergurau je tadi bang” kata Aufal sambil menepuk bahu Qusyairi. Tanpa berkata apa apa, Qusyairi terus melangkah meninggalkan aufal.
****
“Tolongla, aku tak tahu sumpah tak tahu” suara lelaki itu bergemar di setiap sudut bilik tersebut.
PANG! Satu das tembakkan dilepaskan terkena tepat di atas peha kanan lelaki tersebut.
“Shhh jangan sampai aku hiris bibir tu sedikit demi sedikit” ugut Dylan sambil menghunus pisau lipat ke muka lelaki itu.
“Muka kau ni tak pandai menipu, kau kena belajar dengan Aufal lain kali!” Tangannya terus hinggap di pipi lelaki tersebut.
“Sungguh aku tak tahu, percaya la” kata lelaki tersebut, dengan merayu.
Dylan menarik nafas panjang. “If that so, kau tak diperlukan lagi la” tanpa teragak, Dylan melepaskan 2 tembakan iaitu tepat pada dada dan kepala lelaki tersebut.
***
sebuah perkampungan yang selalunya sunyi riuh dengan ‘siren’. Tape kuning diletakkan disekeliling lorong belakang rumah.
Ridhuan datang lalu menunjukkan lencananya tanpa berkata apa apa.
“Tuan” kata salah seorang petugas disitu sambil mengangkat tangan memberi hormat.
“Mangsa kemungkinan dalam usia 20an” kata petugas itu sambil menunjuk ke arah mangsa. Ridhuan hanya melihat kearah mangsa tersebut tanpa sebarang emosi. Perasaan benci terhadap pelaku semakin tinggi, dirinya terasa dicabar.
“Pada pukul berapa mayat ini ditemui?” Tanya Ridhuan sambil mencangkung disebelah mangsa pembunuhan itu.
“Pada pukul 8:15 pagi tadi tuan, oleh penduduk disini” kata petugas itu.
“Siapa?” Tanya Ridhuan, petugas itu tanpa teragak menunjuk ke arah seorang lelaki yang berusia dalam 50an.
****
“Takpa semua okey la” kata Harith di hujung talian.
“Papa jangan panic, papa yang jumpa so papa hero tau” kata Harith dalam nada memujuk.
“Oh ya, macam mana papa boleh jumpa?” Tanya Harith tiba tiba.
“Papa tengah cari mico kat belakang rumah, masa tu la papa jumpa” jelas Ayahnya, Encik Azhar.
“macam mana keadaan mayat tu pa, masa mula mula papa jum-“
“Encik?” Belum sempat harith menghabiskan pertanyaannya, kedengaran suara seseorang yang menyapa ayahnya. Ayahnya terus mematikan panggilan
Encik Azhar menoleh kearah suara tersebut.
“Kami dari petugas penyiasatan” kata petugas itu tadi.
“Boleh kami temu bual Encik?” Tanya petugas itu dengan sopan. Ridhuan hanya melihat kearah Encik Azhar dengan riak muka yang serius.
Thankyou support! <3
Share this novel