BAB 14

Horror & Thriller Completed 4761

Hantu Digilis Lori

Pengalaman ngeri ini berlaku beberapa tahun dahulu disebuah kampung yang terpencil diselatan tanah air. Ketika itu aku bekerja sambilan sebagai kelindan lori.

Pada suatu petang, lebihkurang jam 5 penyelia tempat aku bekerja mengarahkan aku mengikut seorang pemandu lori untuk menghantar barangan kesebuah kampung di pendalaman. Katanya barangan itu perlu dihantar hari itu juga.

Perjalanan kami ke kampung tersebut mengambil masa selama dua jam. Kami sampai kedestinasi jam 7.30 malam. Sayup-sayup kedengaran suara azan Maghrib. Setelah segala urusan selesai, hari sudah mula gelap. Kami singgah disebuah warung untuk mengisi perut.

Keadaan dikampung itu agak berlainan sedikit dari tempat-tempat ini. Disitu suasananya sunyi, cuma sekali-sekala kelihatan motosikal lalu-lalang memecah kesunyian malam. Warung yang kami singgah itu pun menggunakan lampu gasolin.

Sewaktu membayar harga makanan, tuan punya warung, seorang pakcik tua, menasihati kami agar berhati-hati ketika memandu diwaktu malam kerana menurutnya dua minggu yang lepas salah seorang penduduk kampung itu, seorang wanita yang sarat mengandung, telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori.

Keadaannya amat mengerikan. Dia telah digilis dan diheret beberapa meter dari tempat kejadian sehinggakan mayatnya sukar dikenali. Perasaanku bercampur ngeri dan simpati mendengar cerita pakcik tadi.

Sebaik sahaja kami melangkah keluar menuju ke lori, tiba-tiba hujan turun renyai-renyai. Si pemandu menyumpah kerana keadaan seperti itu akan menyulitkan perjalanan. Aku cuma berdiam diri. Keadaan menjadi bertambah gelap dengan langit yang mendung dan dentuman guruh yang sayup-sayup kedengaran menandakan hujan lebat akan turun.

Kami menghadapi masalah mencari jalan keluar kerana kami tidak biasa dengan jalan dikampung tersebut ditambah lagi dengan cuaca yang tidak begitu baik.

Kami tertekad untuk mencari jalan keluar biar pun mengambil masa yang lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience