Rate

Bab 44 Kesedihan Membawa Bahagia

Romance Completed 278243

Suasana di lapangan kapal terbang (Kuala Lumpur international Airport) sangat kecoh dengan bunyi tangisan dan jeritan keluarga para mangsa yang telah mengikuti kapal terbang setelah di umumkan terhempas. Raungan dan jeritan histeria dari keluarga para mangsa kapal terbang tersebut kedengaran sangat memilukan.

Adib cuba menenangkan isterinya yang sangat rapuh pada tika itu. Suasana panik jelas kelihatan di setiap wajah manusia-manusia yang berada di situ ketika itu. Saat itu telah d banjiri oleh lautan manusia yang berada di lapangan terbang Kuala Lumpur international Airport. Para wartawan dan pemberita berdatangan untuk mendapatkan isu semasa.

Tangisan Anis pecah setelah mendengar khabar tersebut. Adib memeluk Anis Umairah yang terkulai layu seperti tidak bertulang.

"Anis mesti kuat, berita itu belum tentu sahih." Dalih Adib untuk memberi semangat pada sang isteri.

"Abah dan umie Anis abang!!" Tangis Anis Umairah kedengaran amat pedih. Hati Adib merasa sakit melihat keadaan Anis yang amat menduka citakan.

"Abang tahu Anis, tapi Anis mesti kuat!" Sahut Adib sambil membelai pipi Anis yang kemerah-merahan.

"Anis nak ikut abah dan umie!!" Jerit Anis yang hilang kawalan.

"Jangan kata macam tu Anis, Anis tak sayang dengan abang ke?" Sahut Adib terasa sebak.

Adib menatap wajah Anis Umairah dengan penuh kasih, tak rela rasanya dia melihat keadaan Anis pada waktu ini.

Adib memeluk Anis agar dapat menenangkan hati Anis yang tengah bersedih.

"Adib tolong jaga sebentar Anis dan ibu, ayah nak ke bahagian reception untuk bertanya tentang kapal terbang yang mertua kamu ikut." Ucap Encik Amri pada Adib.

"Ayah hati-hati, sekarang ni airport di banjiri dengan lautan manusia." Kata Adib untuk memberi peringatan pada ayahnya Encik Amri.

"Ya lah, insya Allah ayah akan hati-hati." Sahut Encik Amri datar.

Puan Saleha sudah terduduk lemah di samping Anis. Dia berharap berita yang mereka dengar itu hanya sekadar khabar angin belaka.

"PENGUMUMAN KEPADA KELUARGA MANGSA
Pesawat  Malaysia penerbangan QZxxxx yang membawa 155 penumpang terhempas di perairan laut china selatan, selepas hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan. Pesawat Airbus itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa New York pada 4.30 petang (waktu Malaysia) sebelum terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada 3.30 petang (waktu Malaysia). Pesawat yang membawa 155 warga Malaysia, tiga warga Korea Selatan dan masing-masing seorang warga Singapura, Indonesia, United Kingdom dan New york itu dijadual tiba di Malaysia pada 5.45 petang. Operasi mencari dan menyelamat mangsa nahas pesawat itu akan segera di jalankan." Bahagian pihak reception mengumumkan tentang keadaan kapal terbang yang terhempas.

Semua keluarga mangsa yang mendengar pengumuman tersebut meraung, ada yang tiba-tiba sahaja pengsan. Mujur Adib sentiasa bersama dengan Anis.

"Adib, ayah tak dapat pergi bahagian reception, orang terlalu ramai." Ucap Encik Amri.

"Tak apa ayah, lagipun keadaan airport sekarang ni sangat tidak terkawal."

Puan Saleha dan Anis berpelukan erat sambil menangis tersedu-sedu. Adib risau melihat keadaan Anis. Takut Anis tak dapat menerima kenyataan tersebut. Tanpa sedar Anis pengsan kerana tak dapat mengawal perasaannya. Adib terus sahaja menyambut Anis, takut terhempas ke lantai.

Anis tertidur dalam keadaan gelisah, Adib menampar lembut pipi Anis untuk membangunkannya. Mereka sudah berada di lapangan terbang Kuala Lumpur international Airport.

"Anis! Anis bangun! Kamu kenapa sayang?" Adib hairan melihat isterinya yang tersedu-sedu menangis dalam tidurnya.

Apa yang sudah berlaku dengan Anis? Fikirnya. Dahi Adib berkerut melihat keadaan isterinya yang tidur dalam keadaan gelisah.

"Abah! Umie! Jangan tinggalkan Anis!!" Terdengar tangisan Anis sambil memanggil-manggil nama kedua orang tuanya.

"Kamu kenapa Anis?" Adib berusaha menggerakkan Anis dari tidurnya.

"Abah dan umie abang!!" Sahut Anis setelah terjaga.

"Kenapa dengan abah dan umie?" Dahi Adib berkerut.

"Mereka dah tak ada!" Tangisan Anis semakin pecah.

"Anis cuba tenang, banyak-banyak istighfar, kita baru saja sampai kat airport untuk jemput abah dan umie. Anis tertidur tadi." Sahut Adib sambil tersenyum, kemudian ia mengusap kepala Anis dengan lembut.

"Jadi tadi....!!?" Mata Anis yang merah membulat terkejut.

Adib mengangguk membenarkan.

"Tadi kamu hanya bermimpi sayang!" Sahut Adib lagi.

"Ya Allah, kenapa seperti nyata?" Anis mengusap wajahnya dengan perasaan lemah.

"Itu cuma mainan tidur sayang, tak lama lagi abah dan umie mendarat." Hibur Adib pada Anis.

Puan Saleha dan Encik Amri tersenyum melihat tingkah Anis yang tak sabar menunggu ketibaan kedua orang tuanya.

"Sampai terbawa-bawa dalam mimpi ya sayang?" Tanya Puan Saleha sambil mengusap lembut pipi Anis.

"Let's go to the arrival section." Ajak Encik Amri pada keluarganya.

"What time is their arrival?" Tanya Puan Saleha pada suaminya Encik Amri.

"Sekitar jam5.45 petang." Jawabnya sambil melangkah masuk ke perut lapangan terbang Kuala Lumpur International Airport.

Adib Umair menggenggam tangan Anis Umairah dengan erat, sambil jalan beriringan. Anis sudah tidak sabar melihat kedua orang tuanya dalam keadaan sihat walafiat.

"Ya Allah, kenapa sampai terbawa-bawa dalam mimpi? Semoga semuanya selamat ya Allah. Aku belum bersedia lagi untuk kehilangan." Batin Anis berbisik.

"Anis okay?" Bisik Adib ke telinga Anis.

Anis Umairah mengangguk perlahan.

"Alhamdulillah Anis okay abang." Sahut Anis Umairah dengan senyuman.

"Kalau Anis ada problem, bagi tahu abang ya!" Ucap Adib sambil mengucup tangan Anis yang dalam genggamannya.

"Cepat-cepat melangkah Adib, jangan Seperti pengantin kalau berjalan, tak pasal-pasal tersadung." Gurau Encik Amri melihat dua sejoli yang tengah mengikuti langkah Puan Saleha dan Encik Amri dari belakang.

Anis tersenyum mendengar gurauan ayah mertuanya Encik Amri.

Anis percaya, setiap kebahagiaan yang dikecapi sentiaslah belajar untuk bersyukur dan berterima kasih. Perlahankan rentak kita, lihat sekeliling dan beri perhatian pada perkara kecil dalam hidup kita. Lihat kecantikan bunga dan rumput yang melata di tepi jalan, keindahan matahari terbit dan terbenam serta senyuman orang tersayang. Ada orang tidak dapat melihat semua ini. Bersyukurlah kerana kita ada mata yang boleh melihat, ada keluarga untuk berasa disayangi dan dipanjangkan hayat bagi menikmati lagi ciptaan Allah. Apabila kita bersyukur, secara automatik, hati akan tenang dan bahagia. Dalam dunia ini tiada orang yang sempurna. Terima diri seadanya. Begitu juga dengan orang lain baik pasangan, anak, ahli keluarga atau sahabat. Menyayangi tanpa syarat bermakna kita menerima kekurangan diri sendiri dan orang lain. Ketahui setiap orang dikurniakan dengan kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Anis Umairah melirik Adib yang setia berada di sampingnya, dia tersenyum mengenangkan setiap perhatian dan kasih sayang selama dia berada di rumah Adib.

Terima kasih kepada yang sudah mendoakan untuk arwah pokde saya, semoga anda semua diberikan rahmat dan berkah. semoga Allah merahmati kita semua Aamiin...

Share this novel

mia kadir
2022-11-06 10:07:15 

insya Allah esok bab seterusnya

husmafiq enterprise
2022-11-06 10:06:37 

ada sambungan lagi ke

husmafiq enterprise
2022-11-06 10:06:00 

Aamiin Aamiin Aamiin ya rabbalalamiin


NovelPlus Premium

The best ads free experience