‘‘Bukan ayah tak nak balik, ayah agak sibuk dengan kerjanya. Angah perlu faham keadaan ayah sekarang. Ayah baru sahaja membuka cawangan baharunya di Kuala Lumpur. Bila ayah tak sibuk nanti pasti ayah balik ke sini melawat kita semua.” Jawab Puan Fatiha dengan bersahaja sambil memujuk anaknya itu.
**
‘‘Tapi kenapa kita pindah ke sini? Kenapa kita tak duduk rumah lama kita atau ikut ayah pergi ke Kuala Lumpur?” Fawwaz masih belum berpuas hati dengan jawapan yang di lontarkan oleh ibunya itu. Rakan-rakan jirannya mengatakan rumah mereka sudah tidak berpenghuni dan terdapat label rumah untuk di jual. Dia begitu pelik dan binggung kenapa mereka perlu berpindah, kenapa ayah mereka tidak pulang semenjak berangkat ke Kuala Lumpur dan kenapa rumah lama mereka hendak di jual.
**
‘‘Angah, inikan rumah nenek hadiahkan untuk ibu. Kalau kita tak duduk kat sini nanti siapa nak tinggal kat sini. Lagipun kat sini lebih dekat dengan sekolah kalian berbanding dengan rumah lama kita. Kalau kita semua berpindah ke Kuala Lumpur, nanti kalian kena bertukar sekolah pula.” Jawab Puan Fatiha untuk menyakinkan anaknya itu. Meskipun mereka berada di Bandar, Encik Fuad sengaja menghantar anak-anak mereka bersekolah berdekatan rumah milik ibu Puan Fatiha kerana ia memudahkan Puan Fatiha untuk singgah sebentar ke rumah tersebut sementara menanti kepulangan anak – anaknya dari sekolah. Rumah yang di tinggal kosong kerana Puan Fatiha merupakan anak tunggal sentiasa di kemaskan dan dibersihkan oleh Puan Fatiha setiap kali datang menjemput anak-anaknya pulang dari sekolah.
**
‘‘Angah, ibu nak ke dapur sekejap. Ibu nak minum air.” Puan Fatiha mencari helah untuk mengelakkan dirinya terus di soal. Dia belum bersedia menyampaikan perkara sebenar kepada anak – anaknya. Dia yakin pasti anaknya itu mempunyai banyak persoalan yang berada di mindanya. Dia tahu anaknya itu sudah dewasa untuk mengetahui hal yang sebenar namun baginya perkara tersebut pasti akan meragut kegembiraan anak-anaknya dan juga pembelajaran mereka di sekolah.
**
Fawwaz mencapai album yang di pegang oleh ibunya dan menyelakki setiaphelaian album tersebut. Di dalam album tersebut tersemat kenangan dan kebahagiaan mereka sekeluarga di samping ayahnya, Encik Fuad yang sentiasa meluangkan masanya untuk keluarga meskipun ketika itu beliau agak sibuk menguruskan syarikatnya yang baru sahaja ingin membangun. Dalam keasyikan Fawwaz menyelakki helaian album tersebut, dia terjumpa satu surat yang asing. Surat yang membuatkan dia menyimpan dendam dan kebencian terhadap kedua ibu bapanya. Pada malam itu dia terus berlalu ke bilik tanpa menyalami ibunya terlebih dahulu.
“Faww , apa yang kau fikirkan tu?” teguran daripada Alif mematikan lamunan Fawwaz . Fawwaz hanya tersenyum hambar kepada sahabat baiknya itu. Alif merupakan rakan baiknya semenjak dia menjejakkan kaki ke tingkatan 1. Alif juga merupakan rakan untuk dia berkongsi ilmu, berkongsi cerita dan cita-cita. Mereka menanam janji akan terus berkawan meskipun satu saat nanti mereka terpisah kerana mengejar kejayaan dan cita-cita mereka.
“Faww , petang ni kita pergi memancing, nak tak?” Alif memberikan idea untuk aktiviti mereka pada petang nanti.
“Boleh jugak, petang nanti aku pergi ke rumah kau selepas asar.” Fawwaz menyetujui idea Alif memandangkan dirinya sudah lama tidak memancing di tepi sungai kampung mereka.
“Kau ada masalah ke? Aku tengok kau macam ada masalah jer?” Alif masih mencari peluang untuk mengetahui apa yang di fikirkan oleh sahabatnya itu kerana dia menyedari dari tadi Fawwaz lebih mendiamkan diri daripada biasa.
“Aku ok jer. Alif, jom ulang kaji subjek matematik.” Fawwaz mematahkan pertanyaan Alif. Baginya hal keluarganya biarlah mereka sekeluarga yang menyelesaikannya. Dia tidak mahu orang luar mengetahuinya. Namun hatinya terdetik adakah perkara ini akan berakhir.
Pada petang itu seperti biasa kepulangan Fawwaz tidak lagi di sambut oleh senyuman yang terpamir di wajah ibunya kerana ibunya kini sibuk berkerja di warung Pak Aji . Kata ibu, dia ingin meringankan beban ayah dan mencari duit lebih untuk mereka sekeluarga. Fikirannya makin keliru dengan apa yang berlaku dalam keluarganya. Dahulu ibunya sepenuh masa berada di rumah melayan mereka adik beradik namun kini ibunya turut keluar berkerja dan berjaga lewat malam untuk menyediakan bahan-bahan nasi lemak untuk di jual.
Share this novel