Bab 12

Horror & Thriller Completed 4404

Jarum jam menunjukkan 6:00p.m. Lebih kurang 45 minit lagi waktu sekolah akan tamat. Maisarah masih belum dijumpai. Hampir satu sekolah telah diperiksa oleh pihak sekolah dan pihak polis. Macam macam benda yang mereka jumpa. Bekas plastik dadah, puntung rokok dan majalah lucah yang disorokkan. Kecuali Maisarah.

Pihak polis menyoal siasat keenam enam pelajar yang terlibat dengan kehilangan Maisarah. Atikah, Nuranis, Athirah, Fathihah, Soaliaha dan Afrina duduk berhadapan dengan seorang pegawai polis, Inspektor Amran.

"Korang berenam ni memang rapat dengan mangsa yang hilang?" Inspektor Amran mula bertanya apabila melihat keenam enam pelajar yang cantik dihadapannya itu tidak memberikan sebarang respon. Hanya menunduk ke lantai.

"Rapat lah jugak sebab classmate kan." Jawab Atikah yang mula mengangkat muka tetapi mata masih memandang ke lantai.

"So korang mesti tahu mana dia hilang kan? Atau korang yang sebenarnya sorok kan dia?" duga Inspektor Amran.

Mereka berenam mengangkat muka memandang Inspektor Amran dan berkata dengan serentak.

"Mana ada!"

Mereka mula berasa marah kerana dituduh menyorokkan Maisarah. Apa motif nak sorokkan Maisarah? Dia bukan anak korang kaya ke apa pun. Melihat reaksi keenam enam remaja cantik berumur 15 tahun dihadapan Inspektor Amran itu membuat kan Inspektor Amran tersenyum dengan gelagat mereka itu.

Inspektor Amran bangun lalu meninggalkan mereka yang dalam keadaan marah itu. Mereka saling berpandangan dan melepaskan keluhan yang sangat berat. Haih mana kau ni Maisarah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience