“Ila, kalau aku tolong seseorang buat benda tak baik untuk kebaikan semua, adakah aku dikira bersubahat?” Fatma meminta pandangan daripada Laila. Laila lebih arif dalam perkara yang berkaitan undang-undang berbanding dirinya.
“Kau cakap apa ni, Fatma? Jangan kau cakap kau nak tolong seseorang balas dendam?” Wajah Laila berubah.
“Aku just tanya. Minta pendapat kau. Sebagai pakar dalam law, kau rasa kalau aku terlibat dengan benda macam tu untuk protect diri aku, aku boleh didakwa ke?”
“Kau seorang lawyer. Takkan tu pun kau tak tahu? Takkan kau nak langgar undang-undang pula? Apa yang kau nak buat sebenarnya ni?”
Fatma menggeleng. Biarlah ianya menjadi rahsia. Laila tidak boleh tahu. Ali Fattah mungkin tidak menyukai orang lain turut masuk campur apatah lagi seorang peguam cemerlang seperti Laila.
Seperti yang dijanjikan, Fatma mengatur pertemuan dengan Datuk Marzuki di sebuah restoran ekslusif VVIP. Hanya tiga meja sahaja yang tersedia untuk bilik VIP itu.
Cepat benar Ali Fattah menjejaki keberadaan Datuk Marzuki. Fatma kagum dengan helah lelaki itu. Ali Fattah memang licik. Selicik Amar. Dia yang belajar tinggi pun boleh tertipu!
“You Fatma. Kenapa you nak jumpa I ni? I bukan anak guam you lagi kan?” Datuk Marzuki bersuara.
Matanya galak memerhatikan seraut wajah bersih milik Fatma. Wajah itu telah lama menjadi idamannya namun sikap Fatma yang begitu menjaga adab seorang perempuan menyukarkannya untuk memiliki hati peguam muda itu.
Fatma menghela nafas. Perakam suara yang berada di dalam tas tangan yang telah disediakan oleh Ali Fattah mula dihidupkan.
“Datuk, I rasa kes ni dah lama tapi I tetap nak tahu. You kan pernah jadi anak guam I. Tapi you tak nak share apa-apa ke dengan I?” Tutur bicaranya lebih berhati-hati. Bimbang Datuk Marzuki mengesyaki sesuatu.
“Share apa? You dah dapat duit you. You nak apa lagi? Kalau you nak something, I boleh bagi tapi dengan satu syarat. You mesti jadi perempuan I la.” Datuk Marzuki mengenyitkan matanya.
“Tak. Maksud I, you sebenarnya bukak bisnes apa ya? Yelah, you kaya. Punya kereta mewah. Sampai I jealous tengok kemewahan you. You tak nak kongsi apa-apa ke dengan I. I pun teringin nak punya harta banyak macam you. Boleh?”
Datuk Marzuki angkat kening. Dia terhidu sesuatu daripada cara percakapan perempuan muda itu. Perlahan dan penuh berhati-hati. Selama lima tahun Fatma hilang dari khidmat guamannya namun tiba-tiba perempuan itu mahu bersemuka dengannya pula.
Dan lebih mengejutkan, Fatma bertanya tentang perniagaan yang diusahakannya selama ini. Penuh lembut dan dia boleh nampak Fatma sedang menggunakan kuasa wanita untuk menundukkan lelaki tua sepertinya. Tersilap langkah, dia juga yang akan tersungkur nanti.
Maka, dia harus berlakon di depan peguam muda itu. Sampai satu masa, Fatma yang bakal jatuh ke dalam jeratnya!
Share this novel