Bab 13 Tanggungjawab Adib

Romance Completed 279517

"Lepas ni Anis ada nak beli?" Pelawa Adib Umair kepada Anis Umairah.

"Tidak ada juga Cikgu." Sahut Anis merasa segan.

Apa taknya dari tadi bukan Adib yang berbelanja, tapi kebanyakan perbelanjaan Anis yang Adib beli. Anis melirik Adib seketika.

"Tak payah lirik-lirik, tengok saja...Cikgu takkan telan Anis." Gurau Adib sambil tersenyum tipis.

"Ehhh!" Anis menjadi salah tingkah dengan gurauan Adib padanya.

Adib mengusap lembut kepala Anis, tak menyangka perangai konyol Anis.

Setelah selesai makan, Adib Umair meletakkan semua perbelanjaannya bahagian kerusi penumpang belakang. Dia berpuas hati sebab dapat memenuhi keperluan Anis. Walaupun sebenarnya Anis sempat menolak.

"Kenapa Cikgu baik dengan Anis?" Tanya Anis ketika mereka sudah berada didalam kereta Adib.

"Tidak boleh ke Cikgu baik dengan Anis?" Soal Adib semula pada Anis.

"Anis rasa Anis menyusahkan Cikgu!"

Anis cuma menunduk mendengar setiap kata yang meluncur dari mulut Adib.

"Apa pun Cikgu buat untuk Anis, itu semua murni ikhlas dari Cikgu dan sudah menjadi tanggungjawab cikgu... tidak ada yang perlu Anis risaukan. Cikgu punya alasan kenapa Cikgu layan Anis begini."

"Lagi satu, Anis tak perlu merasa tak sedap hati atau apa pun. Apa yang berlaku hari ni anggap saja tak pernah berlaku kalau Anis tak nak rasa menyusahkan Cikgu. Cikgu tak pernah rasa Anis menyusahkan Cikgu."

Setelah itu, mereka pun meninggalkan mall. Suasana hening melanda dalam kereta Adib dan Anis.

"Assalamualaikum, Anis dah balik!"

"Waalaikumussalam, oh Anis baru balik?" Laung Puan Zulaikha dari dalam rumah.

"Iya umie!" Sahut Anis singkat.

"Anis ikut siapa balik?" Puan Zulaikha tercari-cari kelibat seseorang di belakang Anis.

Anis menjadi hairan dengan tingkah laku umienya, dia mengerutkan keningnya dan ikut menjenguk ke luar rumah.

"Umie cari siapa?" Tanya Anis pada Puan Zulaikha.

"Anis tadikan di hantar oleh Cikgu Anis." Kata Puan Zulaikha tersasul.

"Aik, macam mana umie tahu Anis di hantar balik oleh Cikgu Anis?" Soal Anis semula mula curiga dengan tindakan umienya.

"Oh tadi pihak sekolah call umie!" Dalih Puan Zulaikha salah tingkah.

Anis cuma mengangguk pelan.

"Cikgu Anis dah balik umie." Sahut Anis bersahaja.

"Kenapa tak ajak masuk?" Kata Puan Zulaikha lagi. " Banyak Anis belanja?" Puan Zulaikha melihat tangan Anis penuh dengan beg plastik.

"Cikgu baru Anis belanja, Anis dah berusaha tolak tapi Cikgu kata bukan selalu." Sahut Anis dengan nada kesal.

Puan Zulaikha tersenyum penuh makna. Ini adalah berita baik yang dia dengar.

"Ada ucap terima kasih?" Soal Puan Zulaikha semula.

"Ada umie, mana boleh lupa ucap terima kasih. Banyak ni!" Sambil menunjukkan beg-beg plastik yang ada ditangannya.

Sebenarnya tadi Adib memang sudah menelefon Abah Anis Umairah, time Anis Umairah tengah bersiap di butik. Meminta kebenaran ingin bawa Anis jalan-jalan sebentar. Usaha untuk pendekatan juga, supaya Anis Umairah dapat menerima Adib secara perlahan.

Anis masuk ke biliknya dan menyimpan beg sekolah dan barang-barang yang Adib belikan. Belanja Anis Umairah hari itu betul-betul menguras poket Adib, tapi itu semua bentuk tanggungjawab yang Adib ingin beri pada Anis. Adib ikhlas apa yang dia beri pada Anis. Anis melihat semua yang Adib beli dengan perasaan yang sukar untuk dia ertikan. Selama ini Anis belum pernah keluar dengan seseorang apa lagi lelaki. Itu adalah satu kejutan baru untuk dirinya sendiri. Tiap kali Anis menolak, Adib memaksa agar Anis terima dengan rela hati.

Adib sampai di rumah dengan senyuman bahagianya.

"Assalamualaikum, Adib dah balik." Teriak Adib sambil menjenguk kepalanya di pintu utama rumahnya.

"Waalaikumussalam, Adib dah balik? Macam mana kerja Adib hari ini?" Tanya Puan Saleha dengan lembut.

"Alhamdulillah semuanya okay umie, cuma penat sikit." Ucapnya sambil membaringkan badannya di sofa.

"Kamu rehat-rehat dulu Adib, ibu siapkan dulu makanan kamu." Kata Puan Saleha ingin menuju ke dapur.

"Tak payah ibu, Adib dah makan tadi dekat luar."

"Aik, ibu tak salah dengar ke?" Satu kejutan buat Puan Saleha, Adib paling jarang makan dekat luar. Katanya paling suka masakan ibunya.

Adib menggeleng pelan sambil memejamkan matanya.

"Adib nak tidur kejap ibu!"

"Okay, kalau lapar bagi tahu ibu ya." Sahut Puan Saleha kemudian naik ke tingkat atas rumahnya.

Anis Umairah merapikan barang-barang yang dibelikan oleh Adib tadi, sedang khusyuk mengemas Anis Umairah terlihat sebentuk cincin yang menghiasi jari manisnya. Dia teringat time umie dan abahnya membuat kenduri kesyukuran.

*Flashback on*

"Anis kesini dekat ibu!" Panggil Puan Zulaikha setelah para tetamu sudah kembali ke rumah masing-masing.

"Ada apa umie?" Sahut Anis sambil duduk berdekatan dengan umienya.

"Anis pakai cincin berlian ini ya." Ucap Puan Zulaikha sambil menghulurkan sebuah kotak cincin kepada Anis.

"Untuk apa umie? Anis tak berapa suka guna perhiasan." Rengek Anis manja.

"Tolong pakai ya nak, demi umie dan abah." Sahut Puan Zulaikha sambil dibenarkan oleh Encik Muhaimin.

Encik Muhaimin cuma tersenyum sambil menggangguk pelan.

Anis membuat muka tanda protes tidak bersetuju.

"Anis guna ya!" Tegas Puan Zulaikha dalam kelembutan sambil mengambil tangan Anis dan menyarungkan di jari manis Anis.

"Wah, sesuai sangat cantik anak abah guna!" Sahut Encik Muhaimin tiba-tiba.

Anis cuma tersenyum singkat mendengar pujian abah dan umienya.

"Jangan lepaskan biar apa pun terjadi!" Encik Muhaimin memberi amaran kepada Anis.

Puan Zulaikha cuma tersenyum dan memeluk Anis Umairah seketika.

"Anak umie dan abah dah besar, masih terasa seperti baru semalam mendukung Anis." Sambil melap air matanya yang menitis kerana merasa bahagia.

"Kebahagiaan umie dan abah sudah lengkap." Ucapnya lagi.

Mereka bertiga berpelukan erat, kebahagiaan yang di rasa pada hari itu amat bermakna.

"Semoga Anis sentiasa bahagia." Ucap Encik Muhaimin sambil mengucup dahi puterinya itu.

"Puteri abah dan umie satu-satunya." Katanya sambil tersenyum.

"Terima kasih umie, abah sudah beri Anis kebahagiaan yang tak dapat Anis balas sampai bila-bila." Katanya dengan senyuman bahagianya.

*Flashback off *

Anis memusing-musingkan tangannya sambil melihat kilauan batu berlian yang kecil-kecil dan kelihatan halus, dia tersenyum singkat. Walau pun dia tak minat memakai perhiasan tapi demi menghargai kedua orang tuanya, dia tidak dapat menolak.

Anis berdiri dari kerusinya dan meregangkan otot-otot badannya. Dia terasa badannya sakit sangat, ikut Cikgu Adib berjalan menggunakan seluruh tenaganya. Sudah la langkah Adib panjang, semua kedai pun di masuki. Tapi hujung-hujung hanya barang-barang untuk Anis yang dibeli. Anis sampai menepuk pelan dahinya. Anis bukan jenis pemboros.

Anis tersenyum sambil mengedipkan bahunya bila teringat perangai Cikgu barunya itu, seorang yang perhatian dan mudah mesra. Ambil berat tentang keperluan Anis.

*Jangan salah faham anis, dengan Anis saja Adib macam tu...!

"Lepas ni Anis ada nak beli?" Pelawa Adib Umair kepada Anis Umairah. "Tidak ada juga Cikgu." Sahut Anis merasa segan. Apa taknya dari tadi bukan Adib yang berbelanja, tapi kebanyakan perbelanjaan Anis yang Adib beli. Anis melirik Adib seketika. "Tak payah lirik-lirik, tengok saja...Cikgu takkan telan Anis." Gurau Adib sambil tersenyum tipis. "Ehhh!" Anis menjadi salah tingkah dengan gurauan Adib padanya. Adib mengusap lembut kepala Anis, tak menyangka perangai konyol Anis. Setelah selesai makan, Adib Umair meletakkan semua perbelanjaannya bahagian kerusi penumpang belakang. Dia berpuas hati sebab dapat memenuhi keperluan Anis. Walaupun sebenarnya Anis sempat menolak. "Kenapa Cikgu baik dengan Anis?" Tanya Anis ketika mereka sudah berada didalam kereta Adib. "Tidak boleh ke Cikgu baik dengan Anis? Soal Adib semula pada Anis. "Anis rasa Anis menyusahkan Cikgu!" Anis cuma menunduk mendengar setiap kata yang meluncur dari mulut Adib.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience