Kelihatan sebuah kereta dari ibu kota yang dalam perjalanan ke Kampung
Utara.
"Kamu kena tinggal disini sehinggalah ayah habis kerja di Jepun",
"Bosan la di kampung ni. Dahlah terpaksa tinggal seorang diri"
"Han. Atuk dan nenek kan ada. Lagipun kamu pernah tinggal disini dulu"
"Tak ingat la" jawab Han.
"Takkan dah tak ingat?"
"Itu tiga tahun yang lepas, saya dah tak ingat"
"Pelupa betul kamu ni" ujar ayahnya.
Setelah lama berada di dalam kereta, akhirnya mereka sampai di rumah
datuk dan nenek Han iaitu ayah dan mak kepada ibu Han.
"Akhirnya sampai juga" kata ayah Han sambil membuka pintu kereta dan keluar.
Han yang baru saja keluar dari kereta, dengan tiba-tiba rebah ke tanah
dan tidak sedarkan diri. Dia segera dihantar ke Hospital Kampung Utara
oleh ayahnya. Setelah tiga hari Han pengsan dan dirawat di hospital, dia
sedarkan diri.
"Di mana ni?" tanya Han.
"Kamu dah sedar Han? Kamu berada di Hospital Kampung Utara" kata ibu
saudara Han iaitu Elly.
"Di mana ayah saya?"
"Dia sudah pergi ke Jepun semalam, nanti dia akan telefon Han jika ada
masa. Satu lagi, ayah kamu sudah daftarkan kamu bersekolah Sekolah
Menengah Utara. Ayah kamu dah daftarkan kamu di kelas 4 Biruni dan satu lagi,
rakan sekelas kamu akan datang melawat kamu jam 1:30 tengahari nanti"
kata Elly.
"Apa tarikh hari ini?"
"28 Mac"
"Oh.. Saya pengsan selama tiga hari. Bila saya boleh mulakan sekolah?"
"Esok, dan ayah kamu sudah sediakan pakaian di rumah"
"Oh"
"Dokter cakap kamu kekurangan air dalam badan, sebab itulah kamu kerap
pengsan. Jadi saya sediakan 5 botol besar air untuk kamu minum" kata
Elly sambil menunjukkan 5 botol air yang berada di meja bersebelahan
dengan katilnya.
"Apa lima?!"
Saya perlu pergi sekarang, pastikan kamu minum air tu!" kata Elly sambil
berjalan keluar dari bilik rawatan.
Setelah lama bersendirian di bilik rawatan, Han dikejutkan dengan bunyi
ketukan pintu masuk bilik rawatan tersebut.
"Masuk" kata Han.
Pintu dibuka secara perlahan dan didapati tiga orang pelajar sekolah
menengah masuk dan berdiri di hadapan katil Han. Seorang lelaki dan dua
orang perempuan, yang lelaki berada di tengah.
"Kamu semua dari Sekolah Menengah Utara ke?"
"Ya" jawab lelaki yang berada ditengah.
Selepas itu keadaan menjadi senyap. Tiga orang pelajar itu melihat Han.
"Ee.. Jadi kamu pelajar dari 4-B dan rakan sekelas saya?" tanya Han.
"Ya" jawab lelaki tadi.
Keadaan kembali senyap dan mereka sekali lagi melihat Han.
"Oh.. Saya Hani, yang ditengah ini Hendry dan yang disana..."
"Harin Shira" katanya yang berada di sebelah kiri Han.
"Ini bunga untuk kamu" kata Hani sambil memberikan bunga sebagai buah
tangan.
"Saya Hendry, gembira bertemu kamu" katanya sambil menghulurkan tangan
untuk berjabat tangan.
"Saya Daniel Han, panggil saya Han" balasnya sambil berjabat tangan
dengan Hendry.
"Bila kamu boleh keluar?" tanya Shira.
"Mungkin hari ini"
"Bila kamu boleh mula bersekolah?" tanya Shira lagi.
"Esok"
"Baiklah kami pergi dulu" kata Hendry sambil keluar bersama yang lain.
Pada masa yang sama, seorang dokter perempuan yang masih muda masuk ke
bilik rawatan Han.
"Han kamu sudah ok ke?" tanyanya.
"Ya, rasanya. Siapa kamu?"
"Saya dokter kamu, Lily. Kamu dibenarkan pulang malam ini"
"Oh.. Tapi kamu nampak masih muda"
"Betul ke? Terima kasih"
************
Pada malamnya, Han yang sudah dibenarkan pulang, bergerak ke lif untuk
turun. Didapati seorang nenek tua yang keluar dari lif, Han meluru masuk
ke lif tersebut sambil cuba untuk menghubungi ayahnya untuk memberitahu
bahawa dia sudah sedar, tetapi gagal. Han berasa pelik dan melihat di
atas pintu lif, dia semakin turun ke tingkat bawah. Han berpaling ke
belakang dan didapati terdapat seorang gadis remaja yang berpakaian
Sekolah Menengah Utara sedang memegang patung yang dibaluti matanya.
"Maafkan saya" kata Han.
"Kamu nak turun ke bilik bawah tanah ke?" tanya Han
"Ya"
"Tapi di situ gelap, lagi pun di situ tempat penyimpanan mayat"
"Saya ada urusan yang perlu diselesaikan di situ"
Setelah sampai di tingkat bawah tanah, gadis yang memegang patung yang
pelik itu keluar menuju suatu lorong yang gelap.
"Tunggu!" kata Han.
Gadis tadi berhenti melangkah kakinya.
"Apa nama kamu?" tanya Han.
Keadaan menjadi senyap untuk beberapa saat.
"Haru.. Haru Rin" kata gadis tersebut lalu meneruskan langkahnya.
************
Keesokkan harinya, Han masuk ke kelas 4 Biruni setelah memberitahu guru, dan
memperkenalkan diri.
"Nama saya, Daniel Han. Saya berasal dari ibu kota dan berpindah ke sini
kerana urusan kerja ayah saya"
Semua pelajar di dalam kelas tersebut diam dan tertunduk sejak Han masuk
ke kelas.
"Han kamu boleh duduk sekarang" kata guru yang berada disitu.
Han melangkah ke tempatnya yang berada di tengah. Semua pelajar diam dan
menundukkan pandangan mereka ke meja bagaikan tiada apa-apa yang
berlaku. Han melihat sekeliling dan terlihat Rin yang berada di penjuru
sebelah kanan kelas yang sedang merenung ke luar tingkap.
Tibanya waktu sukan, Han berada di bangku yang berada di padang melihat
rakan sekelas yang lain berlari.
"Kamu suka berlari?" tanya rakan sekelas yang berada disebelahnya.
"Saya, Kay"
"Maaf saya kena ke bilik rawatan" kata Kay sambil memegang dadanya dan
bergerak menuju ke bilik rawatan di tingkat dua.
Hani datang kepada Han dan bertanya,
"Kay nak pergi ke bilik rawatan ke?"
"Ya. Dia ada penyakit ke?" tanya Han.
"Ya, dia ada masalah jantung".
"Oh. Kenapa kelas lain tidak turun ke padang sekali?"
"Kelas lain melakukan sukan pada hari lain. Hanya kelas 4 Biruni saja yang
melakukan sukan hari ini"
"Shira tak datang ke hari ni?"
"Ya"
Han melihat sekeliling dan mendapati Rin tiada.
"Dimana Rin?"
Hani terkejut mendengar soalan itu.
"A.. Apa?"
"Saya tanya, dimana Rin?" ulang Han.
"Si.. Siapa?"
Han melihat ke bumbung sekolah dan terlihat Rin berada di situ. Dia
segera pergi ke bumbung sekolah. Hani cuba menghalangnya tetapi gagal.
Tiba di bumbung sekolah.
"Kamu tak melakukan sukan ke?" tanya Han kepada Rin yang sedang melukis.
"Tak"
"Semalam saya nampak kamu ke bilik bawah tanah di hospital dengan
patung. Kenapa?" tanya Han lagi.
"Semalam.. Saya ada urusan penting"
"Apa?"
"Kamu tidak perlu tahu"
Han mendekati Rin yang sedang melukis.
"Nama kamu Daniel Han kan?"
"Ya"
"Rakan sekelas kamu tidak pernah memberitahu, kamu nak datang"
Han terkejut mendengar kata-kata itu.
"Jangan sesekali mendekati lorong itu. Jumpa lagi, Da Ni El Han" kata
Rin sambil berjalan meninggalkan Han.
"Lorong?" bisik Han yang bingung.
************
Setelah tamat sesi pembelajaran dan tiba waktu untuk pulang, keadaan
tiba-tiba hujan.
"Kamu bawa payung?" tanya Hani.
"Tak. Tapi mak saudara saya akan datang ambil saya"
"Oh, saya pergi dulu jumpa lagi"
ucap Hani dan pulang dengan payungnya.
Di dalam kereta, yang dipandu oleh Elly.
"Kamu dapat kawan baru ke?"
"Ya dan tidak" kata Han sambil menjenguk ke luar tingkap kereta.
Tiba-tiba pandangan Han tertumpu pada Rin yang berjalan dalam hujan
tanpa payung.
"Kenapa?"
"Tidak.. Tidak ada apa-apa" kata Han.
Han teringatkan kata-kata Rin.
"Jangan sesekali mendekati lorong itu".
"Lorong apa? Lorong yang dia lalui di hospital ke?" bisik Han.
Share this novel