Setelah dua bulan bertunang, akhirnya hari yang dinantikan telah tiba. Ariana Atilia duduk bersimpuh di atas kusyen yang telah disediakan. Dia menundukkan muka melihat jari jemarinya yang merah kerana berinai. Puan Sandra mengukir senyuman lebar. Dia saling berpandangan dengan Puan Ratna sesekali. Encik Johan dan Encik Marzuki menghela nafas lega.
Baju nikah yang berwarna putih bak salju dipakai oleh Ariana Atilia pada hari pernikahan dia dan Adi Ashraf. Maisarah memberikan senyuman kepada Ariana Atilia untuk menghilangkan kegelisahan yang mula menguasai gadis itu. Tak lama lagi, dia akan dijabkabulkan.
Lafaz akad nikah dilafazkan oleh Adi Ashraf dengan lancar. Hanya perkataan 'sah' sahaja yang dapat ditangkap oleh telinga milik Ariana Atilia. Dengan itu, secara rasminya dia telah menjadi isteri kepada Adi Ashraf. Air mata gadis itu mula bertakung tanda tak percaya.
Setitis air mata berjaya mengalir dari anak matanya. Adi Ashraf yang mendekatkan dirinya untuk menyarungkan cincin pada jari isterinya menyedari perkara itu. Lantas, ibu jarinya mengelap air mata itu dari terus mengalir. Ariana Atilia menelan air liur dengan kesat. Cuba mengawal emosi yang mula tak terkawal.
"Don't cry, wifey." bisik Adi Ashraf perlahan pada telinga isterinya. Tangan isterinya digenggam lembut. Bibirnya mengukir senyuman cuba menenangkan emosi gadis itu.
"Mana ada nangis. Habuk masuk mata." balas Ariana Atilia tak nak mengaku. Padahal hati dah berdebar-debar bagai nak gila kerana nama panggilan yang baharu itu.
Malangnya hidungnya yang merah mengatakan yang sebaliknya. Pipi gebu milik Ariana Atilia turut berubah warna. Membuatkan Adi Ashraf menyedari cubaan menipu gadis itu.
Adi Ashraf tersengih menunjukkan sebaris giginya yang putih. Tangannya naik mencuit hidung mancung milik Ariana Atilia. Membulat mata gadis itu dibuatnya. Habis merah lagi hidung Ariana Atilia.
"Ouch, sakitlah gila." marah Ariana Atilia tak puas hati. Dia menggosok lembut hidungnya yang pedih dicuit suami tak guna dia tu. Tetapi tangannya ditampar lembut oleh Adi Ashraf.
"Liar." ucap Adi Ashraf kepada Ariana Atilia. Isterinya menjeling tajam ke arah suaminya. Lelaki itu hanya tersengih.
Tanpa amaran, hidungnya dicium lembut oleh Adi Ashraf. Dahinya turut dilakukan perkara yang sama. Namun dahinya dikucup lama membuatkan rentak jantung Ariana Atilia semakin laju.
"Better?" bisik Adi Ashraf sesudah itu. Bibirnya tersenyum manis. Ariana Atilia diam tak membalas. Risau kalau kata-katanya keluar tergagap-gagap. Tangannya yang masih dalam genggaman tangan suaminya ditarik perlahan.
Sebentuk cincin perak disarungkan pula pada jari manis Adi Ashraf. Lalu, disalam oleh Ariana Atilia dengan lembut. Adi Ashraf memerhatikan tindakan isterinya.
"Dah habis termenung, husband?" tegur Ariana Atilia sambil tersenyum mengejek. Adi Ashraf yang baru tersedar mencebikkan bibir. Ceh.
Husband huh?
??????
Pasangan pengantin tersebut duduk bersanding sambil melihat tetamu yang datang di atas pelamin. Mereka berdua telah menukar pakaian yang lain untuk majlis ini. Senyuman lebar terhias diwajah Ariana Atilia.
Izz Faris yang merupakan pengapit lelaki untuk Adi Ashraf pada hari itu menyiku Adi Ashraf sekali sekala cuba mengganggu lelaki itu. Namun dibalas dengan jelingan tajam daripada Adi Ashraf.
Manakala, Maisarah pula sibuk berbual-bual dengan Ariana Atilia tentang tetamu yang hadir. Adi Ashraf menjeling isterinya disebelah yang tak mahu berbual-bual dengan dirinya. Mukanya dimonyokkan. Ingat dia tunggul ke?
"Oi." tegur Ariana Atilia sambil mencucuk lengan suaminya yang berlapikan sepersalinan baju songket. Dirinya pula lengkap dengan kebaya songket yang sama dengan lelaki itu.
"Hmmm...nak apa?" balas Adi Ashraf nak tak nak. Wajahnya juga tak dipalingkan kepada Ariana Atilia. Malah riak wajahnya makin dimasamkan.
"Senyumlah sikit." ucap Ariana Atilia sambil menyiku lengan lelaki itu. Adi Ashraf menoleh ke arah Ariana Atilia sambil mengelengkan kepala tanda tak mahu.
"Eiii mengada. Malas layan." balas Ariana Atilia mahu putus asa. Lidahnya dijelirkan kepada Adi Ashraf. Matanya dijulingkan ke atas.
Adi Ashraf menutup mulut menahan daripada tawanya meletus. Tindakan isterinya membuatkan dia geli hati. Namun keadaan lebih teruk, apabila Ariana Atilia masih mengekalkan riak wajahnya yang agak hodoh itu. Akhirnya, tawa Adi Ashraf meletus juga.
Ariana Atilia mengukir senyuman apabila melihat suaminya yang kini mula tersenyum. Dia sendiri terfikir hodoh sangat ke muka yang dia buat tadi? Tapi dia tak kisahkan semua tu. Asalkan suaminya bahagia.
"Stop doing that, wife." kata Adi Ashraf diselangi tawa. Ariana Atilia menekup telinga tanda tak mahu mendengar kata-kata suaminya.
Izz Faris mengukir senyuman penuh makna melihat pasangan pengantin tersebut. Seronok melihat Adi Ashraf bahagia bersama gadis pilihannya. Dia mendoakan yang baik-baik sahaja kepada mereka berdua.
Akid Ahnaf yang melihat situasi itu tersenyum bangga. Tangannya naik mengelap air mata palsu yang mengalir di pipinya. Akhirnya, abang dia dah kahwin! Dia bila lagi? Huhuhu...
Akid Ahnaf melihat seketika ke arah Maisarah yang merupakan pengapit untuk kakak iparnya. Satu kenyitan mata diberikan kepada gadis itu bersama senyuman nakal. Namun, dibalas dengan muka bengis daripada Maisarah. Ala...
"Abang, kakak! Duduklah rapat-rapat sikit. Orang nak tangkap gambar ni." laung Akid Ahnaf yang sudah bersedia bersama kamera di tangan.
"Entah, kau ni. Sana sikit." sokong Izz Faris sambil menolak tubuh tegap Adi Ashraf ke arah Ariana Atilia. Kini kedudukan mereka begitu rapat membuatkan Ariana Atilia tak senang duduk.
"Hish, janganlah rapat sangat." rungut Ariana Atilia menolak tubuh Adi Ashraf menjauhi tubuhnya.
Adi Ashraf tersenyum sinis. Dia semakin mendekatkan lagi kedudukan mereka sehingga tiada ruang lagi. Tindakan itu membuatkan Ariana Atilia menarik nafas panjang.
"Ops, takut ke?" bisik Adi Ashraf sambil menggerakkan kedua-dua belah keningnya. Bibirnya masih tersenyum senget.
"Mana ada. Nak takut apanya?" bentak Ariana Atilia yakin. Tangannya disilangkan ke dada cuba mencabar ego lelaki yang sudah dikahwininya itu.
"Afraid to fall in love with me, dear wifey?" balas Adi Ashraf tepat pada telinga Ariana Atilia. Membuatkan gadis itu seram sejuk.
Ariana Atilia bingkas berdiri cuba mengelak dari soalan maut yang ditanya oleh suaminya. Langkahnya diatur dengan cepat. Bahagian belakang pakaiannya yang panjang berjela membuatkan dia mengeluh. Kasut tumit tinggi yang dipakai semakin menyukarkan lagi dia untuk berjalan. Argh...
Entah macam mana, kakinya tersilap langkah sehingga terpijak kainnya sendiri membuatkan dia terjatuh. Matanya dipejamkan takut untuk menerima impak kuat yang bakal dirasakan olehnya sebentar nanti.
Namun, tiada apa-apa yang berlaku. Sebelah kelopak matanya dibuka melihat keadaan sekeliling. Terkejut bukan kepalang apabila dia menyedari dia di dalam pelukan sang suami.
"Someone is falling for me already?" bisik Adi Ashraf dengan nada mengusik pada Ariana Atilia. Pegangan lelaki itu diketatkan.
Kata-kata suaminya tepat terkena pada batang hidung Ariana Atilia. Kedua-dua belah tangannya menolak dada Adi Ashraf dengan kasar. Membuatkan pegangan suaminya terlepas dari pinggang gadis itu. Akhirnya dia jatuh terduduk.
Adi Ashraf mentertawakan isterinya yang sedang mengerut dahi menahan kesakitan. Degil sangat kan? Itulah padahnya.
Ariana Atilia mendesis kesakitan sambil menjeling ke arah suaminya yang seronok melihat dirinya menderita. Apalah nasib dia.
"Need my help?" pelawa Adi Ashraf menghulurkan tangan. Dia taklah kejam sangat. Masih berhati perut lagi.
Ariana Atilia pula memandang sepi huluran tangan suaminya. Masih berkira-kira sama ada mahu menerima atau tidak. Punggungnya dan kakinya mula sakit membuatkan dia tiada pilihan lain.
Tak lama kemudian, huluran tersebut disambut oleh Ariana Atilia. Riak wajahnya yang masam mencuka membuatkan Adi Ashraf menahan senyuman. Namun, secara tiba-tiba riak wajah isterinya bertukar serta-merta.
Tak semena-mena, Adi Ashraf terjatuh bersebelahan isterinya apabila huluran tangannya ditarik dengan kuat oleh Ariana Atilia. Gadis itu sudah galak mentertawakan Adi Ashraf.
"Looks like you're faling for me too." ucap Ariana Atilia penuh bangga. Adi Ashraf berdecit. Bibirnya dimuncungkan tak puas hati. Ariana Atilia tersenyum kecil.
Tanpa mereka berdua sedari, sepasang mata memerhati mereka berdua dengan penuh dendam. Hadiah perkahwinan mereka ditinggalkan sebelum berlalu pergi.
"Don't be too happy."
??????
Tubuh yang dibasahi peluh membuatkan Ariana Atilia meminta diri terlebih dahulu. Tangannya dikibaskan cuba menyejukkan dirinya yang kepanasan. Lagaknya sudah seperti cacing kepanasan.
"Eh Riana, kamu okay tak ni?" soal Puan Ratna mula risau. Dia memusingkan tubuh kecil Ariana Atilia mahu memeriksa keadaan anak menantunya itu. Puan Sandra baru sahaja pulang bersama Encik Johan selepas majlis perkahwinan anak mereka.
Membuatkan Puan Ratna merasakan dia bertanggungjawab untuk menjaga Ariana Atilia seperti anaknya sendiri. Ariana Atilia mengeleng kepala.
" Eh, mama. Riana okay. Cuma penat sikit. Sikit je. Tak banyak." balas Ariana Atilia cuba menenangkan kerisauan ibu mertuanya. Mengingatkan dirinya kepada ibunya sendiri.
"Betul ni?" soal Puan Ratna sekali lagi. Ariana Atilia mengangguk laju. Wanita tua itu mengukir senyuman. Pipi Ariana Atilia diusap lembut.
"Okay. Kalau ada apa-apa, bagitau mama tau. Kalau Adi buli Riana, cakap je dekat mama. Tahulah mama kerjakan budak tu, ya?" pesan Puan Ratna lembut. Ariana Atilia tersengih seronok.
"Dah, Riana rehat dulu. Penat kan? Tu bilik Adi. Mama pergi layan tetamu kejap." ucap Puan Ratna sambil menunjukkan kamar tidur milik Adi Ashraf. Dia berlalu pergi meninggalkan Ariana Atilia bersendirian.
Langkah Ariana Atilia dipercepatkan menuju ke dalam bilik tidur tersebut. Tombol pintu dipulas lalu dibuka sebelum masuk ke dalamnya. Matanya meliar ke dalam bilik tidur tersebut. Manakala mulutnya memuji kekemasan ruangan bilik tidur milik suaminya.
Pintu bilik tidur itu dikunci sementara Ariana Atilia membersihkan diri. Sedang dia leka menikmati mandian yang hangat untuk melegakan otot-ototnya yang lenguh, ketukan pintu yang bertalu-talu mengejutkan dirinya.
"Siapa pulak ni?" rungut Ariana Atilia tak puas hati. Dia cepat-cepat mengeringkan tubuh lalu menyarungkan baju tidur sebelum berlalu keluar dari bilik mandi untuk membuka pintu.
"Kau boleh sabar tak?" marah Ariana Atilia sambil mencekak pinggang kepada Adi Ashraf. Rambutnya yang masih basah menitikkan air pada baju tidurnya yang kering.
Adi Ashraf meneguk air liur. Kepalanya digelengkan. Itu pertama kali dia melihat Ariana Atilia tidak bertudung. Dia masuk melintasi Ariana Atilia.
"Yang kau kunci bilik aku kenapa? Aku pun nak mandi jugak." balas Adi Ashraf selamba. Tengkolok yang berada diatas kepala dibuka lalu diletakkan diatas meja.
Dengan sengaja, dia melanggar bahu Ariana Atilia sebelum masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri. Ariana Atilia mengeluh kuat.
"Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini." doa Ariana Atilia sebelum melabuhkan punggung di atas katil milik suaminya.
Baru sahaja, dia mahu mengangkat pergelangan kakinya. Rasa mencucuk mula menyerang dia sehingga mendesis kesakitan. Tangannya mula mengurut lembut untuk mengurangkan kesakitan itu.
"Ouch, sakitnya!" adu Ariana Atilia meringis kesakitan dalam diam. Namun perhatiannya dialihkan ke arah timbunan hadiah perkahwinan dia bersama Adi Ashraf.
Senyuman lebar mula terukir dibibir. Tangannya pantas mengambil salah satu hadiah tersebut. Balutan hadiah dibuka dengan berhati-hati. Hadiah yang berupa set cadar katil bercorak terbaru membuatkan Ariana menjerit kecil dalam keriangan.
"Woi, yang terjerit tu dah kenapa?" tegur Adi Ashraf sebelum mengambil tempat disebelah isterinya. Ariana Atilia menjulingkan mata ke atas tak kisah dengan teguran lelaki itu.
"Nah, ada surat untuk kau." ucap Ariana Atilia menyerahkan sepucuk surat kepada suaminya. Lelaki itu membelek seketika sampul surat itu sebelum dimasukkan ke dalam laci meja.
Sebuah hadiah menarik perhatian Ariana Atilia. Tertulis nama pemberi hadiah tersebut membuatkan dia tersengih macam orang gila. Kandungan tersebut dikeluarkan membuatkan riak wajahnya berubah serta-merta.
Adi Ashraf mengerutkan dahi melihat riak wajah isterinya. Dia cuba mencuri-curi pandang apa yang disorokkan daripada dirinya.
"Kau kenapa? Apa benda tu?" soal Adi Ashraf cuba mengambil hadiah tersebut dari pegangan isterinya.
"T-tak boleh. Ini untuk aku sorang je." balas Ariana Atilia pantas. Hadiah itu disorokkan dibawah katil dengan pantas.
Tanpa amaran, Adi Ashraf memerangkap Ariana Atilia menggunakan tubuhnya. Wajah mereka didekatkan sehingga meninggalkan jarak seinci sahaja. Nafas Adi Ashraf menampar lembut wajah Ariana Atilia.
Degup jantung gadis itu mula mengepam laju. Membuatkan dadanya berombak naik turun. Wajahnya dipalingkan ke tepi tak sanggup berpandangan dengan suaminya. Adi Ashraf mengeluarkan tawa halus.
Satu kucupan pantas dihadiahkan pada pipi isterinya yang merah itu. Dia menjauhkan tubuh mereka lalu baring untuk lena diulit mimpi. Komen dari membuatkan Ariana Atilia naik geram.
"Sleep well, sweetheart."
-To be continued...-
Hello my lovely readers! Special thanks sebab sudi baca story ni! Enjoy reading! Don't forget to vomment! -ftnfzyyy-
Share this novel