Bab 4 : Moon Night

Fantasy Series 1383

Setelah memastikan polis telah datang menjaga Latifah di atas penjelasan Felisa kepada keluarga Latifah terdiri dari seorang lelaki 40-an dan wanita 40-an juga, mereka menjenguk Latifah yang tidak sedar sejak pagi lagi.
Kebetulan hari itu bermulalah cuti sekolah selama seminggu di atas kejadian kebakaran di makmal yang perlu diperbaiki oleh pihak sekolah. Itu memberi peluang kepada Felisa untuk mencari tahu kandungan dalam surat daripada Latifah itu.
Pagi jam 7 lagi, Felisa dan Ronaldon pergi ke rumah Roses bagi mengajaknya mengembara bersama mereka, lalu Felisa menceritakan segalanya kepada Roses.
“Okey jadi ni dikira sebagai pencarian harta karun?”kata Roses.
“Hmm.. lebih kurang,”kata Felisa duduk di sofa ruang tamu. Rumah itu harum dengan minyak wangi dipakai kakak Roses, Brenda. Brenda melambai Felisa dan Ronaldon lalu naik ke bilik.
“Kami akan bertolak jam 11 ni, tapi kami akan makan sarapan dulu,”Kata Ronaldon.
“Jangan risau, ibu saya baru masak tadi,”Kata Roses tersenyum malu melihat Ronaldon. Sesungguhnya hanya Tuhan tahu betapa istimewanya perasaan dalam benak Roses untuk remaja tampan itu.
Roses membawa sedulang kuih pisang, dan sejag jus oren. Pagi itu mereka menjamah sarapan disediakan oleh ibu Rose, Tina dan apabila mereka sudah kenyang, Roses naik ke bilik mengambil beg berisi barang keperluan. Setelah itu, mereka bersedia untuk bertolak.
“Hmm saya akan minta duit dengan ibu saya,”Kata Roses.
“Hei jangan risau, saya sudah sediakan,”Kata Felisa dengan senyuman bermakna di bibir merahnya.
“Dia.. kaya!”Kata Ronaldon mengejutkan Roses, namun hanya gelak tawa keluar dari mulut Roses.
“Hahaa mari jalan,”Kata Felisa, dengan keadaan badan yang ringan dan gaun labuhnya melimpasi betis, begitu indah dilihat.
Mereka menaiki bas besar untuk meredahi kawasan kediaman di tepi kota. Ronaldon mengetahui pulau Moon Night itu kerana pernah pergi ke sana, lalu dengan naluri kuatnya mengatakan tidak sia-sia bagi dia mengajak Felisa dan Roses ke sana, sekaligus mengeratkan hubungan persahabatan mereka bertiga yang baru berputik.
“Okey ne bas?”Kata Felisa, mendengar perbualan Roses dengan Ronaldon.
“Yup, kamu tak tahu ne kenderaan bernama bas?”Kata Roses ketawa kecil.
“Haa. Hmm tak, baru saja tahu,”Kata Felisa mengaru kepalanya. Ronaldon menyuruh Felisa duduk di sebelahnya, dengan Roses duduk di belakang mereka berdua sambil melihat pemandangan bandar Big Town itu.
“Saya tak sangka kita akan mengembara ke tempat jauh,”Kata Roses.
“Inilah masanya untuk kita luangkan masa!”kata Felisa membuatkan Ronaldon melihat anak mata Felisa, lalu bermain dengan rambut hadapan Felisa.
“Kamu tahu… rambut kuning kamu terlalu cantik dilihat,”Kata Ronaldon, mengejutkan Felisa. Felisa merasa dadanya berdebar tatkala Ronaldon merenungnya, dengan lembut sekali dan begitu mengusik jiwanya.
“Hmm terima kasih?”Kata Felisa, mengaru kepala.
Mereka sampai di tepi pantai Danum tepat jam 11 lebih, dan Ronaldon mengurus kapal bagi mereka meredahi laut luas. Sesudah kapal besar diberikan ruang bagi mereka bertiga menaikinya, kemudian, banyaklah orang ramai membanjiri kapal itu.
Ronaldon menjadi orang yang menyimpan duit yang diberikan oleh Felisa, kerana sesungguhnya Felisa tiada idea untuk menggunakan duit itu untuk banyak hal.
Mereka meredahi laut luas, sehingga 20 minit kemudian, mereka pun sampai ke sebuah pulau dengan hutan tebal, bersama gunung ganang tinggi mencecah lapisan awan berarak solo di langit.
“Wow, besar,”Kata Roses.
“Ini pulau tu?”Kata Felisa, melihat kecantikan Moon Night.
Sesampainya di tepi pantai, kapal diberhentikan bagi penumpang kapal menurunkan diri mereka, termasuk kumpulan Felisa. Ronaldon membawa mereka berdua masuk ke dalam perkampungan, dan berjumpa orang kampung mengenai surat daripada Latifah itu.
Pada mulanya, Felisa memerhatikan cincin emasnya berharap ada hala tuju diberikan cincin itu, tetapi sebaliknya, tiada apa-apa berlaku. Felisa tiada idea hendak menghubungkan kampung itu dengan ayat-ayat dalam kertas Latifah.
Apa yang pasti, dia harus bersabar dan menunggu apa berlaku.
“Hei mari kertas tu,”kata Roses semasa mereka berjalan kaki memasuki kawasan kampung.
Roses membaca tulisan pada kertas itu dan berfikir-fikir.
“Kamu pasti tempat ni ada kaitan dengan ayat dalam kertas ni?”Kata Roses.
“Saya tak pasti, kita kena menyiasatnya,”Kata Felisa, dengan peluh menitis dari dahinya kerana cuaca panas di pulau kecil itu.
“Tongkat Delima Bulan.
Mencari mangsa di sinaran bulan.
Mencari musuh di padang gurun.
Kuasai seluruh alam,”Baca Roses.
“Hmm saya rasa ada kaitan dengan bulan purnama,”Kata Roses dengan bijak.
“Maksud?”Kata Felisa, mendengar perbicaraan Roses dengan teliti, sambil-sambil berfikir mengenai misteri ayat dalam kertas itu.
“Mencari mangsa, bukankah ini berdasarkan orang asli, tentu memasang perangkap untuk haiwan…mencari mangsa tentu merujuk haiwan,”Kata Roses lagi.
“Hmmm kita kena tanya ketua kampung mengenai Tongkat Delima Bulan tu,”Kata Ronaldon, yakin.
Mereka meredahi kebun dan ladang besar sehingga Ronaldon mendekati seorang wanita 30-an sedang menyiram bunga di halaman rumah.
“Hai, kami datang dari bandar,”kata Ronaldon.
“Ohh hai, selamat datang,”Kata wanita itu.
“Maaf menganggu, tapi kami ingin berjumpa ketua kampung di sini,”Kata Ronaldon.
“Ohh encik Badin, itu rumahnya,”Kata wanita itu menunjukkan sebuah rumah kayu lebar dan tinggi.
“Ohh terima kasih,”Kata Roses.
“Kamu pernah dengar pasal tongkat Delima Bulankah?”Kata Felisa menyebabkan wanita itu berfikir sedalamnya.
“Tidak,”Kata wanita itu, lalu masuk ke dalam rumahnya dalam keadaan panik.
“Kenapa dia tu?”Kata Felisa, bingung. Dia merasakan ada sesuatu disembunyikan oleh wanita itu.
Tetapi dia endahkan saja dan mengikut jejak Ronaldon pergi ke rumah ketua kampung. Sesampainya di halaman rumah, ada seekor anjing menyalak ke arah mereka, dengan rantai besi terikat pada leher anjing itu. Sungguh menganggu ketenteraman mereka bertiga.
“Siapa kamu?”Kata seorang lelaki memakai baju batik dengan seluar ketat sehingga tumit. Ronaldon ketakutan melihat anjing itu, lalu lelaki itu mendekati mereka bertiga.
“Err.. kami nak jumpa ketua kampung,”Kata Ronaldon.
“Yaa sayalah,”Kata Badin itu.
“Ohh.. maaf encik menganggu, kami nak tanya mengenai tongkat Delima Bulan,”Kata Felisa.
“Tongkat tu.. bagaimana kamu tahu!?”kata Badin membulatkan matanya.
“Adakah Rahmat yang mengkhianati kami memberitahu kamu?”
“Siapa Rahmat?”Kata Roses.
“Dialah yang memberi miss Latifah surat ini,”Kata Felisa, mengeluarkan kertas itu.
“Surat apa?”Kata Badin.
“Err.. ini,”Kata Felisa, mengeluarkan surat itu, lalu Badin mengambilnya dan membacanya dengan mata sepet.
“Okey ni sesuatu menarik. Okey, mari masuk,”Kata Badin melihat kiri dan kanan dengan hati berdebar. Felisa, Ronaldon dan Roses masuk ke dalam ruang tamu rumah Badin, disediakan sejag kopi manis, beserta kuih pisang yang baru siap digoreng, masih panas lagi.
“Kamu tahu tongkat tu?”Kata Felisa, membuatkan Badin hampir tersedak.
“Kamu nak cari tongkat sebab kenapa?”kata Badin.
“Saya... nak bawa tongkat tu kembali,”Kata Felisa.
“Maksud kamu apa, Felisa?”Kata Ronaldon.
“Yaa, kamu tahu tongkat tu? Sungguh berkuasakah tongkat itu?”Kata Roses.
“Dengar ni, saya tak nak ceritakan segalanya, tapi tongkat tu… berkuasa mengambil jiwa, seperti malaikat kematian,”Kata Felisa, mengetahui hal itu disebabkan dia berasal dari kayangan, lalu dua orang temannya itu mengangguk dan tidak ingin menanyakan banyak hal terhadap Felisa lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience