PROLOG

Romance Completed 64871

Cinta, kehidupan, ajal itu adalah teka teki dunia yang semua orang tidak tahu jawapannya pada akhirnya seperti apa. Seperti kisah cintaku yang dulu aku anggap dialah segala-segalanya menemani aku sehingga ke hujung usia. Namun aku salah. Bahagia sehinggaku lupa wujudnya takdir yang tiada siapa yang tahu. Percaya akan cinta, sehingga aku sendiri yang terluka. Namun aku percaya bahawa bahagia akan jadi milikku jua namun bila aku tidak pasti.

................

Di pesta ulang tahun Andrian, terlihat semua tetamu menikmati pesta ini yang di hadiri banyak tetamu vip. Majlis ini di buat secara besar-besaran di rumahnya kerana ini keinginan papa.

Sementara di pintu utama, terlihat Ara sibuk melayan tetamu yang baru sahaja tiba bersama Naim kawannya memandang Aoran tidak dapat hadir kerana ada kerja yang harus dia selesaikan.

"Selamat datang puan dan tuan. Silakan."

“Terima kasih.”

"Oi !, mana isteri kau?. Dari tadi aku tak nampak batang hidung dia." Soal Ara, kerana dari tadi dia hanya melihat Naim bersama papanya sahaja sedangkan kawannya itu mempunyai isteri.

"Isteri aku ada dekat rumah, dia tak larat nak jalan maklumlah mengandung jadi aku suruh dia rehat je dekat rumah bersama mama. So aku dan papalah yang jadi wakil untuk datang pesta ni. Lagipun Datuk Farhan banyak bantu syarikat kami. Yang kau ni, mana suami?. Tak datang ke?."

"Dia ada kerja mendadak yang harus dia uruskan. Aku nak jugak, dia dekat sini bersama aku." Ujar Ara dengan tersenggihnya.

"Eleh, manja. Eiw."

"Seriusly, aku sangat sayangkan dia. Sayang sangat, kalau party ni takda kaitan dengan aku. Dah lama aku ikut dengan dia. Tapi aku tak tahulah dia sayangkan aku ke tak."

“Kenapa bunyi macam ada masalah je. Why, kau gaduh dengan dia ke?.”

“Mana ada. Kami ok-ok je. Tapi seriusly, aku sayang dia.”

"Tapikan Aoran tu terlalu posesif, kau boleh terima ke orang macam tu?."

"Boleh !. Sejujurnya memang awal-awal aku rasa rimas di tambah takut tapi lama-lama ok. Makin sayang adalah, my pakcik. Tu sebab aku tak sambung belajar. Nak fokus pada rumahtangga aku."

"Baguslah. Susah nak dapat lelaki macam Aoran tu. Gila-gila dia. Mana nak dapatkan." Puji Naim sekaligus menyindir Ara. Namun matanya tertarik pada tali baju Ara yang terlepas, itu menganggu pandangannya. Dengan pantas Naim menepuk bahu Ara.

"Kenapa kau ni?."

"Tali baju belakang kau terlepas."

"Terlepas?." Soal Ara, dengan meraba-raba belakangnya. "Yelah, terlepas pulak. Macam mana ni?. Kau boleh tolong aku ikat balik tali ni. Pastikan kemas."

"Boleh !, tapi suami kau tak marah ke?. Nanti dia mengamuk tak pasal-pasal lebam mata aku."

"Kita buat apa, sampai dia nak marah kau. Hanya tolong ikatkan tali aku ni je. Cepat." Jawab Ara dengan memusingkan badannya bagi memudahkan Naim mengikat tali bajunya semula.

"Ok." Naim pun mengatur tali Ara, agar diikat berbentuk reben. Namun belum sempat dia menghabiskan ikatan terakhir ada satu tangan yang menepis tangannya dengan kasar.

"Jangan kau sentuh isteri aku." Tegas pemuda itu.

"Siapa?." Soal Ara lalu menoleh ke arah suara sepertinya sedang marah, dengan tatapan penuh amarah. "Hubby!."

"Ikut hubby kejap." Lalu menarik dengan kasar tangan Ara untuk ke taman bunga tidak jauh dari pesta diadakan.

"Sakitlah hubby!. Kenapa ni.." Menarik tangannya dari terus digenggam oleh suaminya.

"Siapa jantan tu?, kenapa dia sentuh sayang?."

"Dia Naim and kami tak buat pape pun, hanya sayang minta tolong dia untuk ikat balik tali baju sayang ni. Itu sahaja."

"Kenapa harus dia yang ikat?. Kan ada banyak tetamu perempuan dekat pesta tu. Kenapa tak suruh mereka je yang tolong?. You know hubby cepat-cepat buat kerja hubby semata-mata nak datang sini buat sayang gembira tapi apa balasannya malah sayang seronok layan jantan lain. Isteri jenis apa sayang ni, semua jantan nak layan."

"Hubby ni cemburu tak bertempatlah. Sayang dan Naim hanya sekadar kawan bukan seperti apa yang hubby sangkakan. Tolonglah faham."

"Kawan?. Pergi mampuslah dengan kawan sayang tu. Ingat hubby bodoh ke macam sayang tak dapat bezakan kawan dengan cinta."

"Hubby !, sumpah kami hanya sekadar berkawan. Percayalah sayang untuk kalini hubby."

"Ni bukan pertama kali hubby tengok sayang berdua-duan dengan Si Naim tu, apa kurangnya hubby di mata sayang. Cepat bagitahu hubby. Apa kurangnya hubby !." Ujar Aoran dengan nada kesalnya.

"Hubby takda kurang sama sekali. Hubby sempurna, di mata sayang. Please, hubby maafkan sayang. Sayang janji lepas ni, sayang akan jaga jarak dengan dia."

"Jaga jarak?. Kenapa selama ni tak buat?. Kenapa baru sekarang, hubby marah macam ni baru sayang nak berjanji?. Hei, hubby sedar yang hubby tak semuda Naim. Hubby tak tahu apa yang anak muda seperti sayang mahukan. Tapi tolonglah hormat hubby ni sebagai suami."

"Kenapa harus memperbesarkan masalah ni hubby?. Ke hubby gunakan alasan ni supaya nak cari alasan untuk kita berpisah."

"Selama ni hubby sabar je, kerana hubby yakin yang sayang setia. Tapi nampaknya, hubby tak dapat menahannya lagi kerana perkara ni sering hubby nampak. Semakin hubby menahannya, semakin hubby terluka. Sedangkan hubby meletakkan 100% kepercayaan dekat sayang, tapi apa hubby dapat. Hubby hanya dapat menyaksikan drama romantik antara sayang dan Naim tu." Ujar Aoran dengan matanya kelihatan menahan amarahnya.

"Jadi hubby nak apa?. Huh. Tolonglah jangan jadi manusia yang cemburu buta tanpa tahu kebenarannya. Kalau dah tak sayang saya lagi cakap, jangan basa basi macam ni buang masa lah." Balas Ara, betapa dia kesal saat ini penjelasan yang di berikan tak bermakna bagi Aoran malah suaminya itu kelihatan sangat marah.

Saat ini Aoran hanya mendiamkan diri,

"Cepatlah cakap. Bisu ke apa?." Soal Ara dengan nada yang tinggi.

"Ok fine !. Farhana Rose binti Farhan, aku ceraikan kau dengan talak satu. Puas!." Teriak Aoran.

"Apa !, cerai?." Betapa luluh hati Ara mendengar lafaz cerai dari Aoran. Adakah dia melafazkan cerai dalam keadaan marah atau memang hatinya sudah tidak meyayanginya lagi. Tanpa sedar air matanya mengalir membasahi pipinya. Kenapa harus begini di kala hati masih menyayangi dan mencintai?.

"Ya, aku ceraikan kau dengan talak satu. Tak perlu menangislah, kau sukakan dengan status kau sekarang 'Janda'. Maka dari ini kau boleh bebas bergaul dengan kawan jantan kau tu aku dah tak kisah kerana kau bukan isteri aku lagi. Terima kasih sebab dah jadi isteri aku selama 3 tahun ni."

"Kenapa harus cerai?. Masalah kita ni besar sangat ke?. Sampai perlu berpisah macam ni?. Oh !, adakah awak dah tawar hati sebab saya keguguran ke?." Soal Ara dengan menatap dalam mata Aoran. Ya, semenjak dia keguguran. Aoran dah banyak berubah, seperti sering keluar, mengelak berdepan dengannya, malah jarang berkomunikasi tapi dia percaya bahawa Aoran menyayanginya tapi sekarang....,

"Cerai?. Siapa yang cerai?." Soal seseorang yang datang entah dari mana. Dengan serentak Aoran dan Ara menoleh kearah suara misteri itu. Melihat siapa gerangan yang menyapa mereka dengan pantas Ara mengelap air matanya.

"Papa !."

Ya, terlihat Datuk Farhan dan Datin Seroja yang saling bergandengan tangan dengan menatap mereka dengan pandangan kebinggungan.

"Kenapa ni?. Kenapa Ara nangis?, korang bertengkar ke?. Pasal apa?." Soal Datuk Farhan.

"So sampai sini jelah jodoh kita. Terima kasih, dah jadi suami yang baik untuk saya. Terima kasih sangat-sangat. Pakcik gila, takda otak." Ujar Ara, lalu melangkah pergi.

"Apa dah jadi ni, Aoran?. Cerai?. Betul ke apa yang mak dengar." Soal Datin Seroja inginkan kepastian. Namun soalan hanya di balas dengan diamnya Aoran. Dia tidak dapat bersuara saat ini, apa yang merasuki dirinya sehingga dia berani melafazkan cerai kepada Ara.

Namun takdir seperti itu, tidak kira waktu dan di mana sahaja. Kini Aoran dan Ara secara resmi bercerai dan memegang status baru iaitu janda dan duda. Namun apa kesudahannya?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience