DIA 40

Romance Completed 131781

Nazrul melangkah masuk ke dalam rumah. Tangannya naik mengurut leher akibat penat. Tali leher dilonggarkan. Dia menoleh.

"Mana Syaza ni?" Soalnya hairan.

Dia bangun lalu menjenguk ke dapur, gelap. Lampu pun tak buka jadi mustahil Syaza ada di rumah. Nazrul menaiki anak tangga menuju ke biliknya.

Tingkat atas juga gelap kecuali biliknya. Nazrul mengangguk perlahan kerana dia yakin, Syaza ada di dalam bilik.

Tangganya menolak pintu perlahan-lahan kemudian melangkah masuk. Dia mengerutkan dahi. Syaza tiada? Bilik mandi juga turut diperiksa tetapi Syaza tetap tiada.

Nazrul menoleh ke arah cermin dan dahinya semakin berkerut. Langkah diatur dengan baik mendekati cermin dan tangannya mengambil nota tersebut.

'Sayang tak pergi jauh. Nak tidur rumah mama semalam dua. Kalau rasa tak ada orang nak tidur dengan U, ajaklah buah hati U, Lara.'

"Semalam dua? Lara mana pulak ni? Eh dia ni tiba-tiba balik rumah mama mesti ada sesuatu ni. Apa dah jadi sebenarnya ni?"

Nazrul segera keluar dari bilik. Lampu pun dia biarkan terbuka. Kunci kereta dicapai dan menuju ke rumah ibu mertuanya, Puan Sri Karisya.

---

"Nice! Kau memang pandai. Sampai nama aku kau gadaikan heh!?" Ujar Kasih bercampur perlian.

"Sekurang-kurangnya aku dah siap. Kau kena ready lah. Sebab tak lama lagi Nazrul serang kau." Ujarnya.

Kasih tersenyum sinis.

"Bukan aku. Kita."

"Iye aku tahu. Okaylah aku nak keluar." Kasih mengerutkan dahinya.

"Keluar ke mana pulak?" Kamal menoleh.

"Manalah tahu kut-kut terjumpa Hanis ke, Hazzar ke, Nazrul or... Syaza. Mana tahu boleh tambahkan sedikit minyak dalam api."

Kasih menggeleng perlahan dan Kamal terus keluar ke mana-mana yang dia mahu.

---

"Syaza! Syaza! Sayang!!"

Nazrul bagaikan orang gila menjerit depan pagar rumah Tan Sri Khalid. Bell juga sudah ditekan banyak kali tetapi tiada sesiapa yang muncul walaupun seekor lalat, apatahlagi pembantu rumah.

"Syaza! Bie tahu U ada dekat dalam! Bukalah. Apa dah jadi sebenarnya? Sayang!"

Nak terkeluar anak tekak Nazrul. Setiap orang yang lalu lalang mesti memandangnya aneh.

Syaza sekarang melihat Nazrul dari dalam rumah. Sekadar menyelak langsir sedikit. Syaza rasa serba-salah. Nazrul tu suami, syurga.

"Tak payahlah nak kasihan sangat dengan laki Syaza tu. Sejukkan hati tu dulu." Ujar Puan Sri Karisya.

"Betul tu. Nanti papa nasihatkan si Nazrul tu. Suka hati je nak mainkan perasaan anak papa ni. Tipu keluarga kita. Dia ingat dia siapa!?" Marah Tan Sri Khalid.

"Ma... Pa... Syaza datang sini bukan nak dengar mama papa membebel marahkan Nazrul. Syaza nak bertenang. Tapi kan ma..."

"Apa dia sayang?" Soal Puan Sri Karisya.

"Nazrul tak tahu pun apa yang dah jadi. Mungkin... Kita perlu bagitahu dia dulu. Mungkin." Ujarnya takut-takut, riak wajah papanya sudah berubah.

"Jadi Syaza nak dia masuk? Dan suruh dia jelaskan semuanya ke?" Syaza mengangguk.

"Syaza akan percaya ke apa yang Nazrul akan cakap? Kalau dia tipu macam mana!? Takkan Syaza masih nak percaya dia?" Soal Puan Sri Karisya pula.

Kata-kata mereka berdua membuatkan Syaza teragak-agak untuk membuat keputusan.

"Sya... Cerai atau- "

"Pa! Takkan sampai cerai?" Celahnya.

"Habis tu. Syaza nak hidup bermadu? Sanggup ke?" Soal Tan Sri Khalid.

Kening Tan Sri Khalid sudah bercantum memandang Syaza yang menundukkan wajahnya dan diam membisu.

"Sayang! What happened!? Bagilah I masuk! Nek Mah! Papa, mama!" Jerit Nazrul.

Dia betul-betul buntu dengan apa yang sedang terjadi. Nazrul menoleh ke atas dan mengeluh.

"Aku taka da pilihan lain. Korang tak nak bukakan?" Ujarnya dengan nada mendatar.

Nazrul mengundur ke belakang sedikit dan mula memanjat pagar tersebut. Syaza sudah terpaku.

"Dia panjat?" Ujar Puan Sri Karisya dengan nada terkejut.

"Memang dah gila. Mak Mah! Arahkan penga- "

"No! Biarkan dia. Syaza nak dengar penjelasan dari dia. Kalau dia tipu, dia akan terima balasan. Please pa."

Tan Sri Khalid mengeluh dan terpaksa mengangguk. Syaza meleret senyuman nipis kemudian keluar dari rumah untuk mendapatkan Nazrul.

Nazrul yang sudah selesai panjang pagar dan melihat kelibat Syaza terus berlari ke arahnya dan menarik Syaza ke dalam dakapannya. Syaza kaku apabila dipeluk begitu. Rambut Syaza dia usap lembut. Nazrul menatap mata Syaza.

"Sayang... Kenapa ni? Bie ada buat salah ke?" Soal Nazrul risau.

Ayat 'bie ada buat salah ke' membuatkan mata Syaza mula menakung air. Bibir diketap kuat.

"Bie tanya apa salah bie? Sebelum tu, sebelum bie buat bie ada fikir ke perasaan Syaza bila tahu tentang benda tu? Perasaan Hanis?" Ujarnya sebak.

"Pe--Perkara apa ni? Kenapa tiba-tiba sayang sebut nama Hanis? Kan sa- "

"Jawab jelah! U tak fikir ke perasaan kami, hahh!?" Marah Syaza.

Perasaan bercampur-baur. Marah, sedih dan kecewa.

"Syaza... Nazrul, kita bincang dekat dalam. Hairan orang tengok kamu laki bini gaduh depan rumah. Masuk." Arah Puan Sri Karisya.

Syaza berpaling dan baru hendak melangkah Nazrul menarik tangannya.

"Sumpah sayang... Bie tak faham apa yang, sayang tengah cakap sekarang ni."

Syaza menarik tangannya kasar kemudian melangkah masuk ke dalam rumah. Nazrul mengeluh panjang. Apa yang dah jadi sebenarnya ni?

Wajah setiap yang berada di hadapan Nazrul sangat sukar untuk diungkapkan. Mereka masih diam tidak bersuara.

"Boleh tak kalau... Kalau bagitahu je apa yang tengah jadi sekarang ni? Ma? Pa? Sayang?" Soalnya.

Tan Sri Khalid dan Puan Sri Karisya menoleh ke arah Syaza. Mereka menyerahkan segalanya pada Syaza. Mulut Syaza masih berat untuk mengatakannya mahupun memandang wajah Nazrul.

"Bie..."

"Ye sayang? Apa dia? Cakap dengan bie."

"Terima kasih untuk segala penipuan yang bie katakan. Terima kasih kerana bie hancurkan dua hati perempuan yang sayangkan bie separuh mati! Terima kasih. Bie memang hebat." Ujarnya bercampur dengan perlian tajam.

Tapi, kata-kata Syaza masih membuatkan Nazrul blur dan tidak memahami apa yang dia cuba sampaikan.

"Sayang... Serius bie tak faham. Straight to the point please. Bie... Sumpah bie blur. Sayang cakap pasal apa?"

Syaza menggeleng perlahan dan mendecit. Dia bangun.

"Kau tak faham atau buat-buat tak faham? Kau dah mengandungkan anak dara orang, lepas tu kau kahwin dengan aku dan kau... Sentuh aku? Aku langsung tak boleh terima. Kau cakap apa? Kau tak pernah sentuh sesiapa kan, walaupun Hanis tu cinta agung kau, sentuh tangan dia pun tak pernah. Tapi Lara? Lara Kasih macam mana pulak!?" Nada suara Syaza agak tinggi.

"Syaza..."

"Papa diam. Biar Syaza dan Nazrul yang selesaikan." Arah Syaza.

"Kalau macam tu, mama dengan papa naik dulu." Ujar Puan Sri Karisya.

"No! Syaza nak, mama dengan papa jadi saksi untuk semua ni. So stay at your place." Arahnya lagi.

Syaza kembali menoleh ke arah Nazrul.

"I... I mengandungkan anak dara orang? Sayang, U are the first one. I tak pernah layan mana-mana perempuan lain sebelum ni." Ujar Nazrul.

"Lara tu?"

"Lara mana ni? Siapa Lara ni?"

"Tak payahlah nak berpura-pura tak tahu. Lara Kasih, kawan Hanis dan bekas housemate aku. Lara Kasih yang memang ada hati dekat kau. Kau kecewakan dia jugak." Jelas Syaza.

Nazrul diam. Dia biarkan sahaja Syaza meluahkan segalanya.

"Naz... Kenapa diam?"

"Bie nak sayang luahkan semuanya. Biar hati tu tenang sikit." Balas Nazrul.

"No way! Bie kena bertanggungjawab pada Lara. Tak kisahlah bie nak cakap apa sekali pun." Ujarnya sedikit tenang.

"Sayang nak... Nie kahwin dengan Lara? Gila ke?"

"Kau tu yang gila! Gila perempuan! Tak cukup satu ke apa? Jantan tak kenang budi. Kalau bukan sebab aku, kau takkan hidup mewah, kerja CEO! Kalau tak sekarang kau buat apa? Mengemis!" Ujar Syaza penuh sinis.

Nazrul angkat muka memandang Syaza dengan wajah kerut seribu.

"Syaza! Aku rimas dengan perangai kau! Sikit-sikit mengungkit! Tak habis-habis dengan kehidupan mewah kaya raya kau tu. Kau nak sangat aku kahwin dengan Lara? Nak aku tebus balik kesilapan aku. Okay."

Syaza mengangguk.

"Syazalina binti Tan Sri Khalid, aku ceraikan kau dengan talak satu. Sekarang, aku boleh bersenang-lenang. Tak payah kejut aku pagi-pagi, kau boleh tidur sampai kiamat pun takpa!" Marah Nazrul.

"Nazrul Ashraff!!" Jerit Tan Sri Khalid.

Nazrul menoleh ke arah Tan Sri Khalid.

"Apa dia orang tua!? Ouu nak aku pulangkan syarikat tu? Ambiklah! Aku tak nak langsung."

Nazrul melangkah keluar dari rumah tersebut dengan hati yang panas!! Tan Sri Khalid tiba-tiba rebah akibat dadanya sakit. Berkemungkinan, serangan jantung!?

"Sya-za..." Panggil Tan Sri Khalid.

Syaza menoleh dan membulat matanya memandang keadaan Tan Sri Khalid. Segera Syaza mendapatkan Tan Sri Khalid.

"Nek Mah! Call ambulance now!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience