7

Romance Series 10716

"Kau kenapa Fea, dari tadi aku tengok kau tersengih sorang-sorang. Kau jangan cakap yang kau dah ada teman lelaki"

"Teman lelaki? Taklah, mana ada. Siapalah yang nakkan aku ni" nafi Fea pantas.

"Siapa saja yang tak terpikat bila tengok kau ni, Fea. Hanya yang buta saja akan tolak cinta kau, paham tak?" tempik Fiona tidak puas hati.

"Yang kau emo sangat ni apesal" bidas Fea sambil terkekeh ketawa.

Fiona membuat memek muka kearah Fea.

"Fea"

"Hmm"

"Maafkan aku" Fea menoleh kesamping.

"Baru sekarang kau nak minta maaf dengan aku? Baru sekarang kau sedar ke yang kau tu banyak dosa dengan aku"

"Fea" bentak Fiona geram.

Fea ketawa besar.

"Kau ni...tak baik tau buat sahabat kau yang paling baik diabad ini rasa bersalah." Fiona mencebir bibir.

Fea hanya tersengih.

Kereta berhenti pada sebuah rumah kedai tiga tingkat.

Fea sempat melopong.

"Selamat datang ke rumah aku" ujar Fiona gembira.

"Wahh.. ini ke rumah kedai yang kau pernah cerita dekat aku hari tu? Besarnya" Fea kagum dengan rakannya.

"Nanti aku bawa kau jelajah dalam kedai aku. Tapi sekarang ni, mari kita naik dulu. Kau tentu penat." Fiona mengambil bagasi Fea.

"Biar aku je.." Tahan Fea kepada Fiona.

"Kau ni.. jangan degil boleh tak? Kau tu tetamu aku dekat sini." Fiona merampas pemegang bagasi dari tangan Fea.

"Apa yang kecoh-kecoh ni" seorang lelaki muncul.

Kedua mereka menoleh.

"Ed" tegur Fiona.

Tidak ada respond dari Ed. Fiona dapat lihat sendiri bagaimana cara sepupunya memandang kearah Fea.

"Ed" panggil Fiona.
"Edbert" kali ini, Fiona memanggil sambil menyentuh bahu Ed.

Ed tersentak. Fea yang melihat hanya tersenyum.

Ed malu kerana dipergok begitu.
Ed memandang semula kearah Fea. Dia seperti pernah lihat wajah wanita dihadapannya ini, tapi ingatannya tidak jelas.

"Ed kenalkan Fea, best friend aku. Kalau kau nak tahu, dengan dia la yang aku selalu Skype tu" jelas Fiona tanpa selindung.

Apa maksud Fiona? Fikir Fea.

Fea menundukkan sedikit kepalanya tanda sapaan.

"Fea, ini la sepupu aku yang paling tampan di Ireland ni. Dia la yang aku selalu ceritakan tu"

Fea mengangguk perlahan sebelum pandangannya bertembung dengan Ed. Fea tersenyum.

"Ed, kebetulan kau ada ni, boleh kau tolong angkatkan beg Fea ni tak?"

Ed mengangguk.

**

"Terima kasih kerana sudi tolong saya angkatkan beg sampai atas" ucap Fea tanpa segan.

Setelah selesai makan malam, Fea tidak keberatan menghantar Ed hingga ke kereta.

"Hal kecik je tu" balas Ed sambil tersenyum.

Suasana kelihatan sedikit kekok bagi Ed. Namun tidak pula bagi Fea.

"Kalau macam tu, saya naik dulu" suara Fea seraya melangkah setapak ke belakang.

"Erm" Ed sekadar membalas dengan anggukkan.

"Good night" ujar Fea sebelum berlalu pergi.

**

Sepanjang perjalanan pulang, fikiran Ed hanya terbayangkan Fea.

Raut wajahnya, tingkah lakunya begitu memikat hati Ed. Dan saat itu juga dia tersedar yang dia sering melihat Fea melalui Skype Fiona beberapa bulan yang lalu.

**

Fea bangun seawal 6 pagi. Dia sudah terbiasa bangun awal pagi melakukan riadah pagi.

Fiona yang baru saja bangun, berjalan ke arah bilik Fea.

"Fea, kau nak..." Fiona memandang sekeliling. Katil Fea kemas dan teratur.

"Fea" Fiona melangkah masuk dan berjalan menuju ke bilik mandi.

"Fea" bilik mandi juga kosong.

"Mana dia pergi? Beg ada" suara Fiona sendirian.

**

Fiona baru selesai sarapan. Dia kemudian mula menyiapkan barang-barang yang hendak dimasak sebelum kedainya dibuka beberapa jam lagi.

"Morning Fi" Sapa Fea yang muncul dari pintu depan.

Fiona melihat rakannya itu lengkap dengan pakaian sukan. Mungkin rakannya itu baru lepas berjoging.

"Awal kau bangun. Aku masuk bilik kau tadi nak ajak kau sarapan sekali, kau tak ada." beritahu Fiona tanpa selindung. Sebenarnya dia cuma risaukan Fea.

"Erm, jadi..mana sarapan tu?" tanya Fea sambil matanya meliar mencari makanan yang dimaksudkan Fiona. Sedangkan Fiona sekarang lincah menyiapkan bahan-bahan masakkan saat kedai dibuka nanti.

"Dalam mikrowave" beritahu Fiona sambil menunding jari ke arah microwave yang berada di sudut kiri.

"Sorry Fea, aku tak dapat nak layan kau" luah Fiona dengan rasa bersalah.

"It's okay. Aku boleh ambil sendiri." Fea sempat memanaskan semula makanan sambil dia mencapai sebiji mug lalu membancuh kopi.

"Kau nak?" tanya Fea kepada Fiona.

"Tak perlu. Aku dah sarapan tadi. Kau buat je apa yang kau rasa nak makan, kau buat macam rumah kau sendiri" ujar Fiona sambil tangannya lincah memotong sayuran untuk dijadikan salad.

Fea mengangguk. Siap hidangan, dia duduk di meja pantry sambil menyaksikan Fiona menyiapkan menu untuk kedainya.

"Kalau kau perlukan tangan, aku sudi membantu" celah Fea. Tawarannya ikhlas mahu membantu.

"Tak perlu. Kau rehat je. Aku dah biasa siapkan semua ni sorang-sorang." tolak Fiona lembut.

"Fea.. aku sebenarnya nak minta maaf dekat kau"
Dahi Fea berkerut.

"Kenapa?" tanya Fea hairan.

"Sorry tau sebab aku tak dapat pergi masa kau convo hari tu. Sebenarnya kau sendiri tahu kan, kedai aku baru je sebulan beroperasi, takkan la aku nak tutup. Nanti apa pulak orang dekat sini cakap"
sudah lama dia mahu bersuara tentang hal ini, tapi belum berkesempatan.

"Kau tak payah nak fikir sangat la pasal tu. Aku tak marahkan kau pun." Fea terdiam.

"Fea, kau cakap tadi kau tak marahkan aku. Tapi kenapa sekarang kau diam?" Fiona mula rasa serba salah.

"Sebenarnya Fi, aku cuma terkilan bila abang aku sendiri tak datang ke majlis convo aku" Raut wajah Fea berubah sugul.

"Aku sebenarnya berharap sangat dia dapat datang, raikan aku. Aku tak faham, apa penyebab yang dia marah sangat dekat aku dengan ibu. Sejak aku kecil sampailah sekarang, dia tak pernah nak anggap aku sebagai adik. Aku ni ibarat orang asing yang hanya hidup dan menumpang kasih sayang papa." luah Fea sebak. Sudah lama dia pendam perasaan ini. Akhirnya, Fiona menjadi tempat untuk dia luahkan segalanya.

"Sabarlah Fea. Batu yang keras, bila terkena air setiap hari pun boleh berubah bentuk, inikan pula hati manusia. Kau cuma perlu sabar dan berdoa semoga abang kau berlembut hati dan sudi terima kau sebagai adiknya." pujuk Fiona.

Fea mengesat airmata diwajahnya pantas.

"Kalau kau nak tahu, aku datang kesini juga atas arahan abang aku. Dia yang arahkan aku dapatkan projek yang dah lama dia cuba usahakan , tapi tak pernah berhasil. Selagi aku tak dapat projek tu, aku tak boleh pulang ke sana." cerita Fea.

"Kejamnya" suara Fiona berang. Dia tidak percaya yang Drake sanggup perlakukan adiknya sedemikian rupa.

"Papa kau tahu ke pasal semua ni?"

Fea mengangguk.

"Habis, papa kau tak cakap apa ke pasal abang kau tu?" soal Fiona ingin tahu.

"Papa aku pun dah penat nasihatkan dia. Hati batu" omel Fea. Tapi benar, itulah yang dikatakan Rey kepada Drake, hati batu.

"Aku seronok datang sini sebab ada kau. Aku rindu dekat kau, Fi." luah Fea.

"Kalau macam tu, kau tinggallah dekat sini lama sikit. Hari kedai aku cuti, boleh kita jalan-jalan." putus Fiona.

"Humm, aku tak rasa yang aku akan pulang dalam masa yang terdekat ni"

**

Sepanjang Fiona di kedai, Fea keluar berjalan-jalan disekitar bandar Balbriggan. Dia singgah di sebuah cafe Bilkos Coffee.

Semasa membuat pesanan, dia sempat bertanyakan kepada pelayan mengenai Kana Hotel.
Dia berhasrat untuk kesana selepas ini.

**

Kana Hotel, Bridge St, Balbriggan.

Fea berdiri tercegat di seberang jalan sambil memerhatikan bangunan tua yang merupakan sebuah hotel lama yang telah diusahakan hampir 30 tahun.

Dari luar, bangunannya tampak biasa sahaja. Jika laman dibahagian luar itu dicantikkan, bangunan ini akan kembali mendapat tarikkannya yang tersendiri.

"Fea"

Fea menoleh. Entah bila, kereta milik Ed sudah berada di belakangnya.

"Ed" tegur Fea lantas melepaskan senyuman manis.

"Fea buat apa dekat sini, mana Fiona?" soal Ed hairan.

"Owh, Fiona sibuk uruskan kedai. Saya nak bantu, dia tak kasi. Sebab bosan terperap je dalam rumah, tu yang saya keluar jalan-jalan. Sedar tak sedar, saya sudah berada disini." cerita Fea panjang lebar.

"Kalau tak salah saya, hotel tu sudah dibina hampir 30 tahun kan?" Fea menunjukkan rasa keterujaannya.

Ed mengangguk.
"Ya, betul." akui Ed pantas.

"Design bangunannya masih cantik dan terlihat kukuh. Tapi, jika diberi sedikit sentuhan, sudah pasti ia akan ada daya tarikkannya yang tersendiri."

Dahi Ed berkerut saat mendengar pendapat Fea.

"Awak kenal siapa pemilik hotel ni?" Pada pendapat Fea, Ed tentu tahu. Lelaki ini sudah lama tinggal disini, sudah pasti dia kenal baik dengan pemilik hotel tersebut.

Ed tidak membalas pertanyaan Fea.

"Tak mengapa, saya boleh uruskannya sendiri" suara Fea lagi. Fea berjalan menyusuri batu-batu kecil yang dibuat khas bagi pejalan kaki menghala ke pintu masuk hotel.

Saat melangkah masuk ke dalam, tatarias hotel nampak biasa dan tidak punya daya tarikkan. Keadaan suram dan tidak ceria. Tiada langsung penggunaan motif flora dan fauna yang boleh menimbulkan rasa tenang dan damai. Perabot yang digunakan juga adalah dari versi yang lama dan sudah tidak digunakan lagi.

Warna pada dinding juga kelihatan lusuh dan sebahagian wallpaper yang dilekatkan sudah koyak. Lantai kayu juga tampak usang dan perlu diganti baru.

Ketika melihat keadaan sekitar, Fea menangkap satu susuk tua yang sedang mengemas.

"Uhuk! Uhuk!" Fea yang memang seorang yang prihatin, berjalan ke arah lelaki tua itu.

"Pakcik tak apa-apa?"

Bersambung...

Siapa lelaki tua itu? Dapatkah Fea bertemu dengan pemilik Kana Hotel? Apa tindakkan Fea yang seterusnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience