Putus

Romance Completed 28079

Keesokan harinya, Nadia pergi ke sekolah berseorangan. Alya, Sofea dan Atiffa pulang ke rumah mereka kerana mak ayah mereka risau akan mereka. Pengetua juga sudah menyiasat hal ini. Semua pelajar agak risau kerana mungkin mereka akan datang lagi namun pengetua menegaskan yang sistem keselamatan sudah diperketatkan dan hal ini tidak akan berlaku lagi.

Nadia pula agak murung selepas kejadian itu. Dia takut sekiranya gambar dan video itu tersebar.

"Morning sayang" kata Adam tersenyum manis.

"Mo...morning" balas Nadia lalu segera melarikan diri daripada Adam.

"Hey...sayang...why?" kata Adam risau.

Saat ini air mata Nadia keluar bercucuran. Tak sanggup ya Allah nak hadapi semua dugaan ini. Sesungguhnya aku benar-benar mencintai Adam ya Allah.

"Nah" kata seseorang menghulurkan tisu.

Nadia menoleh ke arah suara itu. Ilyas. Ya Allah Ilyas!

"Thanks" kata Nadia.

"Sama-sama. Kau okay? Kenapa aku rasa macam kau lain ja?" tanya Ilyas curiga.

"Nothing. Aku cuma erm rindukan mak ayah aku. Tambahan lagi aku takut dengan kejadian hari itu" kata Nadia tipu.

"Hm dah...esok kan cuti seminggu. Balik la kampung. Lawat mak ayah kau. And tentang kejadian tu kau tak perlu risau lah. Ni sekolah swasta. Pengetua dah upah pengawal keselamatan yang banyak untuk kawal keselamatan pelajar." kata Ilyas menerangkan apa yang dikatakan oleh pengetua tadi.

"Oh...o...okay...thanks...dah la aku nak masuk kelas dulu" kata Nadia.

"Okay. Aku nak cari Adam jap" kata Ilyas sebelum pergi. Satu langkah, dua langkah, tiga langkah. Ilyas berhenti daripada melangkah kerana Nadia memanggilnya.

"Eem Ilyas...boleh tolong aku?" Nadia menelan air liur.

"Boleh. Apa dia?" tanya Ilyas

"Kau bagitau dekat Adam, aku nak jumpa dia petang ni. Ada something nak bagitau. Jumpa lepas asar di padang sekolah" kata Nadia lalu bergegas pergi kerana khuatir Ilyas akan bertanyakan pelbagai soalan.

Setiba sahaja Nadia di mejanya, terdapat sepucuk surat. Nadia membelek surat tersebut sekiranya terdapat nama pengirim dan penerima.

Nadia

Okay. Surat ini untuk dia. Dibuka sampul surat itu lalu membacanya

Aku nak kau putuskan hubungan kau dengan Adam dengan segera atau gambar kau aku akan viralkan! As soon as possible! Ingat! Aku ada pasang spy dekat sekolah tu! Pastikan kau ikut apa arahan aku!

Haziq

Muka Nadia terus pucat. Allah! Satu dugaan lagi! Maafkan aku Adam...aku terpaksa. A...aku dah tak suci. Aku tak kisah kalau gambar aku tersebar namun aku tak sanggup kau beristerikan perempuan kotor. Adam...awak layak dengan perempuan yang lebih baik.

Setitis demi setitis air mata Nadia keluar tanpa henti. Begitu perit dugaannya. Allah! Apa motif Haziq ini! Nadia terus teringatkan Aina! Ya Aina juga ada waktu kejadian itu. Tapi mana Aina? Mungkin tidak dapat hadir ke sekolah juga dek penculikan hari itu. Tak apa lah...nanti jika sesuatu berlaku...Aina akan membantunya! Fikir Nadia yang langsung tidak menyedari niat Aina yang sebenar. Dia tidak tahu! Punca semua ini ialah Aina!

Adam masuk ke kelas seperti biasa. Dia duduk di sebelah Nadia dan memerhatikan Nadia yang agak pelik

"Sayang...sayang okay? Ada masalah lagi ka? Duit tu biy dah hantar dekat Ah Long tu. Tak perlu risau dah. Kenapa ni? Ada masalah?" tanya Adam prihatin. Adam serabut! Lepas satu-satu kejadian menimpanya.

"Nothing. Ilyas dah bagitaukan?" tanya Nadia sepatah.

"Dah. Okay...petang ni kita jumpa...tapi kenapa sayang tak beritahu sendiri dan sayang nak cakap apa? Bagitau lah...penting ka?" tanya Adam. Sekarang jantungnya berdegup kencang. Tidak tahu apa yang bakal disampaikan oleh Nadia

"Jumpa petang ni" kata Nadia lalu berdiri dan berjalan ke tandas. Buat masa ini dia perlukan masa dan ketenangan.

Petang itu Nadia terus bergegas ke padang. Dia sudah bertekad untuk mengakhiri perhubungan ini demi kebaikan kedua-dua belah pihak. Adam tiba selepas 2 minit Nadia tiba.

"Assalamualaikum" Adam memberi salam.

"Waalaikumusalam" jawab Nadia.

"So...apa yang sayang nak cakap? Penting? Tentang apa?" tanya Adam sudah tidak sabar. Dari tadi dia berasa tidak sedap hati.

"Saya harap awak tidak marah dan tidak sedih. Saya harap awak terima dengan hati yang terbuka. Saya banyak menderita selama ni. Saya harap awak faham demi kebaikan kita berdua." kata Nadia tanpa memandang terus mata Adam.

"Sayang...are you okay?" tanya Adam.

"Listen Adam. Saya harap awak terima dengan hati terbuka" kata Nadia serius.

"Apa yang sayang cuba nak sampaikan sekarang ni? Sayang tahu tak yang biy risaukan sayang. Sayang...biy sayan-

" Kita putus" kata Nadia membuatkan percakapan Adam terhenti. Nadia menoleh ke arah lain kerana tidak mahu melihat reaksi wajah Adam dan sebab utama dia berpaling kerana dia hendak menangis!.

Adam terdiam. Apa dia salah dengar?  No! Dia betul-betul dengar yang Nadia kata...pu...putus..

"No. Biy sayangkan sayang sangat-sangat. No...jangan putus. Biy tak nak! Kita akan teruskan hubungan ini tak kisah apa pun yang terjadi!" kata Adam muktamad

"No. Please Adam. Kalau awak cintakan saya...kita putus. Please...demi kebaikan kita berdua" kata Nadia cuba merayu.

"No. Biy taknak." jawab Adam muktamad! Kelihatan urat di kepala Adam menandakan dia sedang tertekan.

"Saya tetap nak putus. Tolonglah Adam" rayu Nadia lagi.

"But why? Awak cintakan saya kan? Kenapa tetiba minta putus? Awak dah tak sayang saya ka?" kata Adam sedikit kuat.

"Sa...saya...dah...t...takk...cintakan...awak" kata Nadia terketar-ketar.

" Tipu. Awak tipu. Awak cintakan sayaaa. Beritahu sayaaa kenapa awak minta putus!" tanya Adam dengan nada kuat. Dia sudah hampir mengeluarkan air mata jantannya

"Sa...saya ada banyak masalah. Pelbagai halangan menimpa hubungan kita. Ramai yang sukakan awak Adam. Saya tidak sempurna. Awak lebih sesuai dengan orang lain" kata Nadia. Air matanya sudah dikesat. Sudah penat menangis.

"Dengar ni sayang. Tiada siapa yang perfect di dunia ini. Segala kekurangan sayang...biy akan terima. Kita mesti utuhkan hubungan ini. Kita kena jaga. Sayang...biy cintakan sayang. Mari kita kekalkan hubungan ini. Walau apa halangan dan rintangan yang ada...kita hadapi bersama? Biy akan tetap bersama sayang saat sayang jatuh...saat sayang sedih...saat sayang tidak ada sesiapa yang menyokong sayang...biy akan pastikan sayang gembira dan menyokong sayang." kata Adam meyakinkan Nadia.

Nadia sudah menangis lagi. Allah! Patutkah aku kekal hubungan ini? Namun...bagaimana dengan video dan gambar tu? Tapi...Adam akan bersama dengan aku.

"B...biy janji...yang walau apa jua yang terjadi...biy akan...percaya...kan sayang? Biy akan terima sega...la kek...urangan sayang?" tanya Nadia teresak-esak.

"Ye. Biy akan sentiasa percaya dengan sayang...akan sentiasa sokong sayang...akan sentiasa menyayangi sayang walau apa jua berlaku...biy akan terima kekurangan sayang" kata Adam menerima janji Nadia.

Nadia apa lagi! Menangislah! Ya Allah...kau lindungilah Adam. Dia adalah lelaki yang baik. Dia benar-benar mencintaiku.

"Maafkan sayang...ma...maafkan sayang" kata Nadia.

"Dah...biy maafkan. Jangan menangis...nanti tak cantik..macam mana nak kawin dengan abang hensem ni?" tanya Adam cuba menceriakan suasana.

Nadia berasa sedikit tenang. Terima kasih ya Allah. Terima kasih Adam. Saya harap awak pegang janji tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience