39.

Romance Completed 46657

Lima bulan perkahwinannya, Aura dan Uth sibuk selepas balik dari bercuti. Uthman sibuk mempersiapkan dirinya dalam Misi di Pulau Simabul.

Manakala Aura sibuk dengan menyiapkan mentalnya untuk berpisah lama dengan Uthman.

Disaat Uthman dihantar melalukan Misi, Aura akan naik ke Platform di Semarang dalam masa 4 bulan penuh.

"Sayang dah balikke?" Tanya Uthman yang kiniasih berada dipangkalan.

Aura telah membeli sebuah kereta Mitshubishi Attrage dan sebiji Motorbike untuk suaminya pergi dan balik kerja.

"Belum. Masih kat pejabat." Kata Aura lemah.

Mendengar perubahan isterinya dia bertanya.

"Sayang ada masalah ke?" Tanya Uthman.

"Hmm Bendera Jepun naik lagi." Kata Aura.

Aura Sebak kerana yang difikirnya sejak tahu haidnya lambat 2 minggu dari biasa, Tiba tiba memunculkan diri petang tadi semasa dia dalam plant 2.

"Oo ingat apa tadi." Kata Uthman.

"Masih juga Aura tak mampu By." Kata Aura.

"Tak payah fikir sangat Sayang. By taknak Emosi sayang terganggu." Kata Uthman.

"Kejap lagi By tunggi sayang kat luar gate." Kata Uthman.

"Tak payahlah By. By balik terus. Aura belum selesai ni." Kata Aura lalu memutuskan talian.

Uthman terkebil bila Isterinya memutuskan panggilan.

"Kenapa lagi? Aku salah cakap ke?" Tanya Uthman.

"Uth aku gerak dulu." Kata Amin.

"Ok Min. Jumpa esok." Kata Uthman.

"Awal sikit esok sebab latihan terjun payung tu kena buat awal pagi." Kata Amin.

"Ok set." Kata Uthman.

Amin berlalu meninggalkan Uthman yang masih bersandar memikirkan salahnya pada si isteri.

Di sisi lain.

Aura menahan emosinya yang datang. Sedih marah bercampur jadi satu.

"Aura." Panggil Apai.

"Hmm." Jawab Aura dengan mata terpejam.

"Kau ok tak?" Tanya Apai.

"Aku ok. Kenapa Pai?" Tanya Aura pula.

"Tolong kejap." Kata Apai didepan pintu bilik pejabatnya.

"Apa?" Tanya Aura.

"Something Wrong di area yard Paint and Blast." Kata Apai.

"Ok. kejap." Kata Aura.

Dia berjalan beriringan dengan Apai menuju ke yard paint and blast.

Lama Aura berada didalam yard bersama teamnya.

"Aku harap esok siaplah. Sebab benda ni kita hantar lusa kan?" Tanya Hani.

"Haah lusa." Balas Dayak.

"Bah aku mulih ah. Jam 9 sudah ni. Riuh beliau kang dirumah atu." Kata Hani.

"Ok sambung esok lah tinggal sikit je tu." Kata Aura.

"Ok Aura kejap lagi kami balik." Kata Apai.

"Ok. Aku balik dulu." Kata Aura.

"Hati-hati bawa kereta tu." Kata Dayak pula.

Mereka melihat Aura menghilang dari balik pintu Yard.

"Sejak balik ni aku dapat lihat si Aura tak ceria kan." Kata Dayak.

"Aku sangka aku saja yang perasan rupanya kau pun perasan." Kata Apai.

Aura keluar dari gate. Menyapa pekerja polis bantuan mesra.

"Bang Man." Sapa Aura.

"Baru balik Ra?" Tanya Man.

"Haah. Sibuk sikit." Kata Aura.

"Bah, Bawa kereta tu hati-hati." Kata Man.

"Ok bang." Balas Aura mulai menghidupkan enjin kereta dan berlalu dari situ.

Dalam perjalanan dekat lampu isyarat, Dia terlihat suaminya yang sedang menantinya pulang dibahu jalan.

Dia membunyikan hon kereta agar suaminya perasan akan kereta miliknya.

Uthman yang mendengar hon dari kereta melihat kesisi. Wajah siisteri tersenyum memandangnya.

Aura tahu suaminya akan menantinya lewat macam mana pun waktunya. Hanya hari ni berlainan, suaminya menantinya dibahu jalan tak jauh lampu isyarat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience