Rate

Prolog

Mystery & Detective Series 461

"SIAPA sangka budak mentah ni lebih kuat dari korang?" Suara seorang lelaki tua bergema di ruangan bilik mesyuarat itu. Dia berpakaian formal serba hitam. Nampaknya seperti ketua kumpulan orang-orang yang ada di dalam bilik itu.

  Mereka semua tertumpu pada gambar-gambar yang ada di atas meja bulat. Seorang lelaki nerd yang berpakaian baju kemeja kotak-kotak berwarna merah sedang memegang buku sebesar saiz A4 berada di dalam gambar itu.

  "Dia ni yang menyebabkan business kita lenyap," ketua kumpulan itu bersuara lagi.

  "Sekarang ni kita nak buat apa ngan dia?" tanya ketua kumpulan itu. Mereka semua berdiam diri. Tidak tahu nak selesaikan macam mana. Kerana budak mentah ni licik. Susah untuk dikalahkan. Sekali pandang dah tumpas semua musuhnya.

  "Saya tahu," salah seorang anak buahnya bersuara.

  "Apa dia?" tanya ketua kumpulan itu. Semua orang menunggu jawapan darinya.

  "Kita suruh si Dasim tu yang settlekan," cadangnya.

  Mereka semua terbeliak mata mendengar nama yang paling digeruni. Dasim.

  Bukan calang-calang orang dia tu. Pembunuh paling kejam dan lincah.

  "Hmm, okey, aku pilih dia, tapi... aku pilih Ezra sekali," keputusan ketua kumpulan itu muktamad. Keputusan yang boleh membuatkan negara itu  mencetus peperangan.

  Dasim dan Ezra. Dua orang pembunuh upahan yang paling top sekali di negara ini. Boleh dikatakan kategori mereka berdua adalah HITMAN.

-HITMAN-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience