Rate

Bab 1

Romance Series 4614

Perkenalan aku dan dia tak semanis seperti gula - gula kapas.

Aku terima nikahnya Siti Zubaidah dengan mas kahwin bla bla bla..

Sah!

Sah!

Sah!

Amin..

Huhh..aku mengeluh dan terus mengeluh.Ungkapan keramat itu masih bermain di fikiran.Masih tak percaya yang aku ni dah jadi seorang isteri kepada Mohd Imriz.Lalu aku cubit pipi ku sendiri.Mana tahu itu semua mimpi je.Tapi sayangnya cubitan di pipi terasa sakit dan pedih maknanya aku tak bermimpi lah!.

Owhh..sadisnya bila dia si lelaki lembut menjadi suamiku.

'Boleh tak kau jalan tu cepat sedikit.Terhegeh - hegeh.Lambat macam kura - kura.'.Tegur Imriz setelah melihat zubaidah jauh di belakangnya.

Aku menghentakkan kaki berulang kali persi budak kecil tak dapat nenen.Macam itulah lagak aku sekarang ni.Huh.'Aku punya kaki sukahati akulah nak jalan cepat ke lambat menyusahkan kau ke?''.Teriakku.Beg bagasi penuh dengan pakaianku aku heret.Kasar sahaja aku heret mugkin hampir patah rodanya aku heret.Sakit hati punya pasal.

Imriz menjulingkan mata ke atas.'Suka hatilah kau perempuan hari dah nak malam kau lambat aku kunci pintu.Hah padan dengan muka kau , tidur dengan ayam malam ni.'Balasnya dengan penuh sebal.Tanpa memikirkan isterinya dibelakang dia berlari anak meninggalkan zubaidah.

Aku membialakkan mata bila si lembut tu berkata begitu.Dengan kelam kabut aku mengejarnya.Nasib baik dulu aku ni jaguh larian pecut so boleh la aku lari sepecut mungkin.Tak nak aku tidur dengan ayam.

'Tahu pun takut.Aku ingat kau berani sangat.'Perli Imriz setelah melihat bedah aka isterinya termengah - mengah sambil menekan perut.Jelas sekali isterinya itu tak cukup nafas masa berlari tadi.Huh takut lah tuh!!.

'Siapa kata aku pengecut.Hello tengok orang beb ni bed lah!!'

Puihh..Imriz meludah.'Bed konon bedah tu sesuai dengan kau.'

Huh aku mengeluh kuat.Kalau cakap dengan si lembut ni sehari tak menyakitkan hati aku memang taksah kan?.Dengan kasar aku tolak badan dia yang lembut macam sotong tu.Dan tak semena - mena tolakan aku tadi membuahkan hasil.

Kedebukk!!Macam durian jatuh ketanah bunyinya bila imriz tersungkur di lantai.Dan dengan spontan aku ketawa melihat keadaanya sekarang ni.

'Lembek lah kau ni tolak sikit pun jatuh.'Kataku sedikit memerli.Lucu betullah.Sotong - sotong tolak sikit pun dah jatuh.Haihh itu belum lagi aku tumbuk ke terajang ke kalau dah kena ni lunyai la kau sotong.Tak memasal tak sampai sebulan kau kahwin dengan aku tiap - tiap hari pergi hospital.Hahaha siapa suruh setuju kahwin dengan aku.Haaa kan dah mendapat.Aku bagi hadiah tiap - tiap hari.

'Sotong - sotong haihh itulah kan senang kalau kau kata no pada ayah aku dulu.Maksud aku sebelum kita ni disatukan.Nah kan dah dapat hadiah dari aku. Amacam seronok tak dapat isteri macam aku.'Dengan tanpa rasa bersalah aku duduk di hadapan imriz.Naik geli aku lihat memek mukanya.Lagi - lagi macam nampak mata dia yang hampir banjir.Boleh loya aku dibuatnya.Nak menangis la tuh.

'Kau ni kasar lah.Sakit bodoh!!'.Jerit imriz betul - betul di wajah zubaidah.Mata yang kabur dek air mata dia seka.Cermin mata yang retak dek jatuhan tadi dia tanggalkan.Huhu cermin mata bulat aku dah rosak.Mami please help me.Kalau macam ni lah tak payah kahwin pun tak pe.

Hampir tercengang aku dengar suara ayam jantan imriz.Owh ada juga kasarnya erk?Auch.
air liur imriz yang terkena pada muka aku kesat.Auwhh geli siot.'Hoi cakap tu tutup sikit mulut tersembur air liur kau gila.Busuk doq!!'..Rungutku.

'Memang patut pun air liur aku  kena dekat muka kau.Hati busuk.Mulut busuk. Muka buruk.Badan kerempeng!!'.Pekik imriz.

Fuuuhh!!jambul rambut aku tiup.Owhh dia dah pandai menjawab.Mamat sotong ni aku debik kang.Dengan iman senipis bawang aku cekik leher imriz menggunakan sebelah tangan.Tangan kiri pula aku pulas perutnya sekuat hati.Hampir tak bernafas imriz aku kerjakan.

'Hoi..muka aku buruk kau boleh kutuk tapi kalau kau kata hati aku busuk jangan sesekali.Padah jawabnya.Faham.Kalau aku dengar lagi sekali terkeluar dari mulut sotong kau ni , aku tak jamin lidah kau tu masih panjang atau tidak.Aku bagi last warning dekat kau.Faham.'Bisikku di telinga imriz.Aku bagi peringatan padanya dan ugutan.Kecik beso kecik beso je aku pandang imriz sekarang ni.Heii kalau bukan mengenang dia ni suami aku memang dah lama aku bunuh.

Tanpa peduli kesakitan yang ditanggung oleh imriz dengan muka toya aku melangkah naik atas masuk bilik.Puas sungguh aku rasa bila melihat dia kesakitan macan tu.Huh baru kau tahu siapa aku yang sebenarnya.Ini bed lah!!.Dengan megah Bed menepuk dada sendiri.

Uhuk!!terbatuk batuk imriz dibuatnya bila dicekik begitu kuat oleh zubaidah.Perut pula terasa melecet bila dipulas oleh isterinya yang tak bertamadun tadi.Huh nasib baik aku masih hidup lagi.Kalau mati tadi kau bedah orang pertama yang aku cekik takpun aku ganggu tiap - tiap malam.Baru kau rasa takut dengan si sotong ni!!.

Huh dengan badan terasa sakit dan hati terasa sebal imriz masuk ke bilik kedua depan bilik zubaidah.Sebelum tu dia sempat jeling pintu bilik zubaidah.Dia jelirkan lidah mengejek seakan zubaidah ada di depan mata.Di belakang boleh lah dia ejek cuba depan - depan mau lari tak cukup tanah imriz dibuatnya.

??????????????????????

Pap Macam dungong tergolek ke tanah aku jatuhkan badan di atas tilam.Menelentang ke atas menatap kipas.Putaran kipas di atas tidak melegakan masalah di kepalaku.Aku terus mengeluh.Rambut yang pendek aku garu sekuat hati.Ertinya aku betul - betul kusut di kala ini.

Arghhh!!!Aku menjerit.Aku teriak.Tapi nampaknya jeritan itu tidak dapat menghilangkan masalah yang aku alami sekarang ni.

Haihh kenapalah si sotong.Si roti lembut gardenia tu yang jadi suami aku?Tak ada ke yang gagah sikit ke yang lasak macam aku ke yang gila macam aku ke yang jadi laki aku?Ini haihh aku nak hadap muka dia pun loya.Tambah - tambah lagi cermin mata bulat lelaki itu owhh so nerd.

Apa kebaikan yang si caca tu cakap kalau aku dan dia jadi suami dan isteri?.Mengingatkan caca adik aku seorang tu membuat aku geram.Sebab si caca tu lah aku kena kahwin dengan si roti gardenia tu.Haihh..caca ni pun satu apa dia fikir aku ni sonsang?Bengkok?Suka kaum sejenis?.

Bodoh!!Dah sifat aku ni kasar nak buat macam mana ? apa dia fikir selama ni aku tak ada nafsu yang bernama lelaki?Macam tu?

Huhh!!!Kusut betullah!!.Cadar yang elok kemas kini sudah renyuk dibuat olehku.Kedua bantat dan bantal peluk sudah ku tendang jauh - jauh.Menyemak je benda ni semua.

Tension!!Huh kalau aku ingat kembali macam mana kami disatukan boleh jadi gila aku dibuatnya.Baik aku mandi , masak manggi , makan lepastu tidur.Tentang apa yang nak buat esok nanti je aku fikir.Sekarang aku nak isi perut aku.Pasal si sotong tu dia nak mati kebulur ke apa ke lantak.Aku tak nak fikir pasal dia.Esok lusa baru aku fikir.

????????

Dh lama x nulis huhuhu..nk thu x mcm mana diorg kawin..tggu n lihat k bab 2 esok..sory cite ni bosan sikit.hahaha..Kalau nak thu bab lbh lnjut follow kite di ok..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience