Rate

2

Romance Series 1592

'Huarghh', aku menguap untuk entah kali keberapa. Atikah di sebelahku hanya memandangku seperti aku ada 10 kepala gamaknya.

Cepatlah class habis ni, aku tak sabar nak balik bilik nak tidur. Menyesal pula semalam pi layan drama kat netflix sampai subuh. Lepastu tidur sekejap je sebelum pergi kelas pukul 9 pagi.

"Aaarghhh nak balik!!!!"

Tiba-tiba sunyi satu dewan kuliah tersebut. Eh kenapa ni? Semua kepala memandangku. Ku kerling wajah Atikah di sebelah yang kelihatan terkejut dan sedang tahan ketawa. Kenapa ni?

"Hawa Nur Irdina, do you have any problem? Why are you suddenly screaming? Anything wrong? Or you really miss your bed haa?" Habis sahaja Prof. Aisyah berkata begitu, terus gamat balik dewan kuliah dengan suara-suara sumbang yang mengejek dan mentertawakanku.

'Ciss, tak gunalah kau Wa. Yang kau pergi jerit kuat-kuat tu kenapa. Cari bala ke.'

+++++++++++++

"Gila lah kau ni Wa. Yang kau pi jerit kuat-kuat tu kenapa. Kan dah jatuh saham kau tadi. Buat malu je. HAHAHA" , ucap Atikah ketika kami sama-sama ingin pulang ke bilik.

"Heish kau ni! Mana lah aku sedar aku jerit camtu, aku ingat aku cakap dalam hati je. Dahlah kau sanalah asyik nak ketawa je tak henti."

Terus tangan kecilku menumbuk bahu Atikah. Bengkek betul aku dengan minah ni, rasa nak sekeh je nak luku sekali kepala sewel dia hurghh.

"HAHAHA aku janji aku berhenti ketawa pasni. Eh Wa jomlah gi cafe sekejap. Aku nak cari kek tiramisu. Kalau kau nak ambiklah aku belanja okey sayang? Alololo takmo sedih-sedih ni. Nanti makin tak cantik muka tu meh sini busyuk masyam Tikah ye" semakin galak perempuan ni ketawa lepas nampak aku jeling dia.

Mana mungkin aku nak marah Tikah lama-lama. Dia kawan baik aku kot, kawan susah senang. Cuma rasa nak backflip 360° mulutnya saja bila dia suka kenakan aku. Biar senget mulut tu dah takda peminat nanti ..Haha.

Hawa duduk di sebuah meja sementara menunggu Atikah si kuat makan tu beli kek. Sedang ralit dirinya melihat telefon, sibuk men'skroll' instagram sampai tak sedar dirinya diperhatikan dari tadi.

Seseorang menapak mendekatinya sambil menguntum sebuah senyuman. Ralit sangat gadis tu sampai tak sedar dia dah duduk dekat depan siap tarik kerusi lagi. Haish. Tak boleh jadi ni.

"Ehem, assalamualaikum"..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience