BAB 5

Humor Completed 1389

Syaira menyumbat mulutnya dengan cucur ikan bilis milik Feroz.Cucur bersaiz sederhana besar itu nyaris-nyaris membuatkannya tercekik! Muat-muat mulutnya sahaja.

‘Dasar penyamun!’

Feroz menjeling.Tak padan dengan perempuan.Perangai macam jantan!Ketawa berdekah-dekah.Ini kalau mak mertua tengok terus masuk ICU!

“Sedaplah cucur kau.Siapa buatkan ni?”

“Ini aku punyalah! Kau nak, buatlah sendiri!” Feroz bangkit dari kerusi nya.

Lama-lama dia pandang muka Si Syaira itu boleh makan hati berulam jantunglah jawabnya. Kalau tak berhati-hati, silap-silap haribulan masuk IJN kerana serangan jantung pula!

Syaira menceduk tepung gandum ke dalam mangkuk.Satu sudu, dua sudu.. eh, nak letak berapa sudu sebenarnya? Alah, hentam sahajalah.Ikan bilis, garam,dan bawang besar. Minyak masak untuk menggoreng.Okey, mula-mula Syaira campur tepung gandum dengan air, masukkan ikan bilis dan bawang besar dengan garam.

“Eleh, senang saja pun.Budak tadika pun boleh buat cucur putih ni!” Syaira tersengih-sengih seorang diri.

Syaira mula mengacau adunan sambil menyanyi-nyanyi kecil mengikut rentak lagu dalam ipod yang dipasangnya.Tak seronok pula.Kuatkan lagi.Barulah puas nak melalak!

"Cause I am your lady
And you are my man
Whenever you reach for me
I'll do all that I can

Lost is how I'm feeling lying in your arms
When the world outside's too
Much to take

That all ends when I'm with you.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience