Tidak Perlu

Poetry Series 2151

Kau tidak perlu menyakiti seseorang untuk melupakan seseorang.
Kau tidak perlu menggunakan seseorang untuk melupakan seseorang.
Kau tidak perlu menerima kalau benar kau tidak mahu.
Kau tidak perlu beri harapan jika kau sebenarnya tak punya hati.

Dia mungkin tak tunjuk kalau dia sakit dan sedih apa yang kau lakukan,
tapi hati dia tak pernah menipu dengan semua rasa yang kau beri.

Dia cuma perlu kekal seperti tidak ada apa semata untuk kekal kuat demi diri sendiri.
Positif untuk diri sendiri.

Dan kau, tidak perlu buat begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience