Detik berlalu tetapi terasa terlalu perlahan buat pasangan itu.Sudah hampir sejam mereka berada di dalam bilik hotel itu dan Hana Aishah sudah tidak terkira berapa ribu kali dirinya mahu melarikan diri. Berjuta kali pun dia cuba memikirkan tentang saat itu dia tahu dia tidak akan pernah bersedia untuk menghadapi pertemuan ini.
Fakhrul tidak berganjak daripada tempat duduknya. Matanya tidak lepas daripada memandang Adam. Wajah lelaki itu yang siang tadi dipenuhi penyesalan dan kesedihan sekarang ini beku seperti selalu. Hana Aishah seperti patung di situ. Takut mahu melakukan apa – apa pergerakan.
Fakhrul hanya merenung anak yang tidak pernah dia tahu kewujudan itu daripada jauh. Raungan Adam apabila dia cuba mengangkat anaknya cukup untuk membuatkan Fakhrul berdiri melihat Adam daripada kejauhan. Adam yang semenjak tadi penuh tenaga itu sedang bermain di laci di kabinet TV ruang tamu bilik hotel itu biarpun jam sudah menunjukkan hampir pukul 2 pagi.
Tiga tahun Hana Aishah cuba mempersiap sediakan dirinya untuk menghadapi saat itu tetapi apabila tiba saatnya dia kelu tanpa bicara. Semua dialog yang pernah Hana Aishah cuba hafal, semua situasi yang dia cuba gambarkan terus lesap dari mindanya.
Hana Aishah memandang ke arah Emir yang sesekali memandang ke arah Hana Aishah itu. Wajah tegang Emir itu jelas saat dia mengetahui siapakah gerangan lelaki yang meredah masuk bilik hotel mereka.
Mengingatkan bagaimana Emir sampai ke Malaysia dengannya, Hana Aishah bersyukur. Hana Aishah tidak mampu nak memberi reaksi apa saat Emir sudah siap beg pakaiannya sewaktu Hana Aishah tiba di rumah mereka di London. Tiga beg pakaian sudah tersedia di pintu rumah mereka di London saat di pulang dengan wajah sembap.
“You`re not going there alone” kata putus Emir tanpa sempat dia membantah. Tetapi Hana Aishah bersyukur kerana daripada saat mereka menaiki kapal terbang sehingga mereka mendarat di malaysia dia tidak mampu menguruskan Adam bersendiri kerana mindanya yang kusut.
Segalanya Emir uruskan, kerjanya hanya memberi Adam susu dan selebihnya Emir lakukan kerana sejujurnya dia tidak mampu berfikir apa sepanjang perjalanan pulang. Sehingga saat mereka berpisah di lapangan terbang apabila Emir pergi membawa Adam terus ke hotel manakala Hana Aishah mengikuti Tan Sri Fadhil untuk menemui ibunya, dia tenggelam dalam emosinya. Dalam segala kekusutan itu, Emir seperti selalu tenang menyelesaikan.
“I… I… ermmm…” Hana Aishah cuba menyusun kata kerana kesunyian ini semakin lama semakin membunuhnya tetapi dia seperti kehilangan kata – kata. Seperti anak kecil yang baru mahu belajar berkata – kata.
“How long did you plan to hide him from me?” bukan perlian , bukan tuduhan , bukan marah. Sejujurnya Hana Aishah tidak pernah mendengar tona itu daripada Fakhrul. Buat pertama kalinya lelaki itu jujur bertanya. Hana Aishah terkejut sebentar. Dia harapkan kemarahan, amukan atau apa – apa sikap normal Fakhrul. Dia tidak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan versi Fakhrul yang ini.
“I didn’t have a choice” Hana Aishah membalas perlahan. Peti air matanya yang tadi beku itu mulai cair. Dia dapat merasakan matanya yang mula bergenang. Sejujurnya dia memang tidak punya pilihan waktu itu.
Saat mendengar nafas berat yang dihela Fakhrul, Hana Aishah mengangkat wajahnya. Wajah Fakhrul saat itu, merobek hatinya. Hampir dua tahun dia hidup bersama Fakhrul. Dia terlalu arif dengan lelaki itu.
Fakhrul bukan suami yang baik. Fakhrul bukan anak yang baik. Fakhrul bukan adik yang baik. Terlalu banyak keburukan lelaki itu bila berkait dengan hubungan seorang lelaki bernama Tengku Fakhrul dengan insan – insan di dalam hidupnya termasuk Hana Aishah. Hana Aishah juga tidak pernah nampak keinginan lelaki itu mahu memperbaiki aspek itu dalam kehidupan Fakhrul.
Tetapi seribu kali dia cuba menafikan pun dia tidak mampu menolak hakikat yang lelaki itu terlalu mahukan zuriat. Hana Aishah tahu lelaki itu sanggup kehilangan segalanya untuk menjadi seorang bapa. Untuk ada seorang zuriat. Kerana itu sehingga saat ini, rasa bersalah yang mencengkam jiwanya membuatkan hidupnya tidak pernah tenang.
“I`m sorry” Hana Aishah menahan air matanya daripada mengalir saat itu.
*********************************
“Assalamualaikum warahmatullah” Fakhrul memberi salam usai solat sunatnya.
Dia merenung ke arah pemandangan di sisinya saat itu. Hana Aishah sudah terlelap sambil duduk bersandar di katil di bilik hotel itu. Kemudian matanya turun pula pada punca emosinya berkecamuk sewaktu itu. Adam sedang berbaring di atas riba Hana Aishah. Tenang anaknya tidur.
Tidak sampai 24 jam segalanya berubah. Pelbagai maklumat yang dilemparkan kepadanya diikuti dengan pelbagai emosi. Bahagia itu ada cumanya dia sudah tidak tahu bagaimana mahu menikmati rasa manis bahagia dengan kekaburan segala realiti yang berlaku di hadapan matanya selama 24 jam ini.
“Adam. That`s Babah” percubaan Hana Aishah tadi untuk mengenalkan Adam dengan bapanya sendiri sekali lagi tidak berjaya.
Sakitnya sama sahaja seperti kali pertama Adam meraung kuat apabila Fakhrul tanpa berlengah terus mengangkat Adam apabila Hana Aishah memutuskan susunya saat melihat Fakhrul yang merenung ke arah mereka.
Kalau dia sangka sakit kerana ditinggalkan saat menyedari ketiadaan Hana Aishah di rumah mereka tiga tahun lepas adalah perkara paling menyakitkan pernah berlaku kepadanya, dia salah. Saat melihat Adam yang meraung mahukan lelaki lain, hatinya seperti dihiris berkali – kali.
Lelaki tadi yang Fakhrul tidak tahu pertaliannya dengan Hana Aishah. Lelaki yang jelas lagi bersuluh telah mengambil alih tanggungjawab. Tetapi salah siapa sampai isterinya perlu bergantung harap pada lelaki asing? Bagaimana dia mahu mempersoalkan keberadaan lelaki itu di situ apabila dia sendiri telah menghalau wanita itu pergi daripada hidupnya dengan penghinaan demi penghinaan? Kerana itu Fakhrul menarik nafas lega apabila saat Adam melelapkan mata, lelaki itu melangkah keluar meninggalkan mereka walaupun wajah itu kelihatan tidak berpuas hati.
Fakhrul lansung tidak keluar daripada bilik hotel itu. Dia tidak mampu melangkah keluar. Selama ini dia yang hidup bersendiri dengan kesunyian yang semakin melumpuhkan akhirnya menjumpai punca bahagianya. Seperti semut yang sudah lama tidak menjumpai gula, dia mahu terus berada di situ merasai bahagia yang mula mengembang di dalam hatinya. Walaupun dia hanya mampu melihat. Walaupun dia tahu di tidak dialu alukan di situ.
“Thank you Allah. Thank you so much” air mata yang tadi bertakung terus menitik saat dia menghampiri tempat di mana dua insan paling penting di dalam hidupnya sedang diulit mimpi.
Dia duduk di lantai. Merenung pemandangan di hadapan matanya. Kalau boleh dihentikan kedipan matanya saat itu sudah pasti dia lakukan kerana sesaat pun dia tidak mahu terlepas.
“I have a family” hati kecilnya menjerit girang. Bibirnya mengukir senyuman lebar.
“Never stop praying. Allah makes the impossible , possible” kata – kata yang pernah diberikan seorang insan yang banyak menyedarkan dia dengan dendam yang dibawa di dalam hatinya semenjak kecil. Fakhrul perlahan – lahan menghampiri Adam sebelum pipi gebu itu dia kucup.
“Anak Babah” air mata Fakhrul gugur saat dia bisikkan ayat itu.
“I`m so sorry you have to grow up without me. Umi tak salah. Umi tak berdosa. This is all my fault. Babah yang berdosa. I hurt your brother. I hurt her” bergetar bibirnya menahan sebak mengakui kesilapannya. Fakhrul menghirup haruman syurga itu.
“Babah promise I won’t let you down nor your Umi anymore. Babah janji” air matanya menitik mengenai wajah Adam dan saat itu tubuh anak kecilnya mulai bergerak. Rengekan Adam mula kedengaran. Hana Aishah masih terlelap kepenatan.
Tanpa berfikir walaupun sejenak, Fakhrul merangkul tubuh Adam sebelum di rapatkan ke tubuhnya. Segala terlalu natural baginya saat itu. Tubuhnya digerakkan ke kanan dan kiri sambil dia berzikir. Rengekan Adam semakin perlahan sebelum nafas Adam yang tadi berombak laju beransur tenang. Berkali – kali ubun – ubun anaknya yang sedang terlentok di dadanya dikucup.
“Allahu Akhbar” matanya dipejam rapat memanjat kesyukuran yang terpaling tinggi saat itu.
“Ya Allah. Dosa aku terhadap isteri aku tidak mampu aku ungkap. Dosa aku dengan satu – satunya insan yang kau hadirkan untuk menyusuri hidup dengan aku tetapi aku sakiti bukan sahaja emosinya malah tubuhnya. Aku dayus Ya Allah. She was the cure that you gave to me but I became her poison. Jadi aku redha, sekiranya ini balasan aku. Aku akan lalui sakit ini sampai akhir nyawa aku tetapi Kau bawa dia balik” rayuannya pada Tuhan pagi semalam bermain di mindanya.
“Izinkan mak jumpa dengan isteri aku Ya Allah. Cukup aku menerima balasan kerana aku gagal menjadi pelindung dia. Dia isteri yang baik, yang solehah. Dia anak yang taat. Jangan kerana kesilapan aku, dia harus menanggung bebanan tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya kepada ibu bapanya. Kembalikan Hana Aishah kepada keluarganya Ya Allah walaupun …. Walaupun mungkin dia tidak lagi mampu menerima sebagai suaminya” doanya dini hari semalam. Pagi itu di kala segenap umar manusia sedang lena diulit mimpi, Fakhrul duduk berteleku di atas sejadah merayu kepada Yang Maha Mendengar.
Hati dia redha dini hari semalam sekiranya dengan kembalinya Hana Aishah ke Malaysia maka akan berakhir hubungan mereka. Saat itu yang dia mahukan adalah supaya Hana Aishah kembali kerana Fakhrul tahu derita yang akan ditanggung isterinya sekiranya Hana Aishah tidak sempat berjumpa Teacher Basirah.
Tetapi rencana Tuhan amat indah. Dirinya yang terlalu banyak kekurangan itu diberikan satu hadiah yang tidak ternilai tidak sampai 24 jam. Apabila dia sudah berserah pada Dia, Tuhan rencanakan satu hadiah yang terlalu bermakna untuknya. Satu asbab kuat untuk dia berjuang demi perkahwinan mereka.
“Babah janji I will fight for our family until my last breath. Umi and Adam amanah Allah untuk Babah. I will not let both of you down anymore. I promise you” Fakhrul memejam matanya rapat merenung pada langit yang masih gelap itu. Adam sudah terlentok di dalam dakapan bapanya buat pertama kalinya semenjak dia hadir ke dunia ini.
*************************
Tawa Adam yang sedang mengekek itu mengejutkan Hana Aishah daripada lenanya. Badannya menggeliat mahu menghilangkan kesengalan di badannya tetapi tilam empuk itu membuatkan matanya kembali mahu tertutup. Badannya yang keletihan itu terasa lega ya amat pagi itu. Dengan suhu yang sejuk dan selimut tebal yang menyelubungi tubuhnya, bibir Hana Aishah mengukir senyuman kemamaian.
“Mamam...” suara Adam kedengaran sebelum sekali lagi anaknya mengekek ketawa. Hana Aishah tersenyum sendiri saat suara yang menjadi penenangnya itu kedengaran di sebalik bunyi hon kereta yang sesekali kedengaran.
“Babah`s good boy aren’t you” tetapi saat suara lelaki itu kedengaran, Hana Aishah terus kelam kabut duduk daripada pembaringannya.
Kepalanya dipicit kerana denyutan yang tiba – tiba muncul barangkali akibat perubahan posisi yang mendadak. Hana Aishah memejam matanya rapat kerana cahaya matahari yang menyinari ke dalam bilik itu membuatkan sakitnya berganda.
“Since when the sun is so high up” hatinya berbisik sendiri memikirkan matahari yang susah muncul di kota London.
Beberapa minit berlalu sebelum matanya dibuka perlahan – lahan sambil tubuhnya dipusingkan supaya membelakangkan tingkap yang menjadi asbab cahaya terang itu menyuluh masuk. Saat pandangannya mulai jelas, Hana Aishah merasa panik kerana dia tidak mengecam bilik itu.
Bilik tidur yang bertemakan warna keemasan dengan perabot kayu jati yang berwarna coklat gelap adalah bukan pemandangan biasanya. Tubuh dia dengan sepantas kilat turun daripada katil. Dia semakin panik walaupun tawa Adam masih kedengaran daripada kejauhan.
“Adam wants more banana is it?” sekali lagi suara yang Hana Aishah takuti itu kedengaran seperti sedang berbual dengan anaknya. Kaki Hana Aishah menyentuh permaidani yang lembut itu sebelum kakinya melangkah laju mencari punca suara tadi.
“Nana. Nana” suara Adam semakin jelas saat Hana Aishah bergerak memasuki ruangan yang dirasanya seperti ruang tamu itu. Ruangan itu mempunyai tema yang sama dengan kamar tidur yang besar tadi.
Sebelum sempat Hana Aishah hendak menjerit memanggil nama Adam pemandangan di hadapan matanya saat itu membuatkan dia terpaku. Air liurnya ditelan kesat. Dadanya terasa sesak saat itu. Beberapa kali matanya digosok kerana memikirkan dia sedang bermimpi.
“Adam Babah is so clever. Look at you eating all your greens like a big boy” Hana Aishah dapat merasakan tubir matanya hangat saat itu.
Adam sedang tersengih memandang ke arah Fakhrul yang sedang merenung anaknya dengan rindu dan sayang yang sarat. Saat yang selalu dia impikan untuk Adam apabila melihat Adam dan papa – papanya. Adam dan Fakhrul sedang bersarapan di balkoni hotel itu sambil menghadap bangunan KLCC.
Fakhrul yang hanya berkain pelekat itu sedang menyuap Adam yang duduk di dalam kerusi makan bayi di sebelahnya. Mata lelaki itu lansung tidak lari walaupun sesaat daripada Adam. Senyuman mekar sentiasa menghiasi bibir Fakhrul.
“Do you want the pancake?” Fakhrul bertanya ceria sebelum Adam meloncat – meloncatkan tubuhnya di atas kerusi tinggi bayi itu keterujaan.
“Mamam cake” air mata Hana Aishah mengalir deras mendengar anaknya Menyusun kata.
“Ya Allah” bibirnya berbisik saat melihat interaksi dua beranak yang terlalu asyik dengan satu sama lain.
Segalanya mulai terang di mindanya yang masih mamai kerana baru bangun daripada tidur. Bibirnya digigit kuat menahan daripada esakannya menjadi kuat. Saat itu dia terasa seperti satu beban diangkat daripada bahunya. Rasa bersalah yang dibawanya kerana memisahkan Adam dengan bapanya perlahan – lahan dibawa pergi saat melihat Adam yang kelihatan girang itu.
“I don’t know how to feel looking at that” suara Emir mengejutkan Hana Aishah daripada terus dibuai emosi.
“I hate that guy for making you into this but ….hmmm” Emir mengeluh panjang saat dia mahu meneruskan bicaranya. Mata Hana Aishah masih tidak dialih daripada melihat pemandangan di hadapannya.
“You are right. Adam needs him” suara Emir kedengaran tidak berpuas hati tetapi dia tidak akan menipu tentang hakikat yang sedang dilihatnya.
“Subhanallah” pujian Hana Aishah berikan pada Yang Satu pagi itu.
“Look at him interacting with that guy. God, I hate it but … how can I deny the fact that Adam looks so happy with him” Emir menarik Hana Aishah yang sedang berdiri di sisi almari itu rapat ke tubuhnya. Tangannya melingkar ke bahu Hana Aishah sebelum Hana Aishah menyandarkan tubuhnya ke sisi Emir.
“It feels like a heavy rock just being lifted from me” Hana Aishah mengukir senyuman kelegaan saat kata – kata itu meniti bibirnya.
Lama mereka berdua berdiri di sebalik almari melihat Adam yang sangat susah untuk selasa dengan orang asing itu kelihatan terlalu gembira dengan bapa kandung yang baru dia ketemui itu. Hana Aishah tidak tahu sama ada anak kecil itu faham ataupun fitrah seorang insan yang merasa selamat dengan darah dagingnya sendiri.
“I`m sorry I told you to leave” Hana Aishah merenung ke arah Emir sejenak.
Sejujurnya dia takut mahu bersendirian dengan Fakhrul. Pengalaman lepas cukup untuk mengajarnya dan menyuruhnya untuk berhati – hati berkenaan perkara yang tidak disukai Fakhrul. Tetapi saat dia melihat Adam yang lansung tidak mahu mendekati bapanya sendiri dan asyik melekat dengan Emir, Hana Aishah perlu menyuruh Emir meninggalkan mereka tiga beranak sebentar.
“Tiga beranak?” hati Hana Aishah tertawa pahit saat kata – kata itu diulangi mindanya. Air matanya yang baru sahaja mahua mengering kembali mengalir laju.
“This is the only thing I could give to him. To go back with his Babah and create a family with him, I don’t think I have the strength anymore” Emir mengeratkan pegangannya di bahu Hana Aishah saat dia dapat mendengar getaran hebat di sebalik suara itu.
“I`d do anything for this boy happiness” Emir mengeluh berat mendengar kata – kata Hana Aishah.
“Hana. You are the best mother Adam could have. So, stop saying as if you didn’t provide him enough just because his dad is not in the picture” Hana Aishah hanya diam membisu mendengar kata – kata Emir yang kedengaran tegang sambil memerhatikan anak dan bapa yang sedang bersarapan itu. Selalunya di tempat asing dengan orang asing, Adam akan melekat dengannya seperti gam gajah. Dengan papa – papanya pun anak lelakinya itu tidak mahu.
Tidak kira bagaimana pun dia cuba menerangkan pada sesiapa pun mereka tidak akan memahami pergelutan perasaannya. Ya, Fakhrul seorang suami yang zalim tetapi bila berkaitan dengan zuriat mereka lelaki itu tidak mampu berbuat apa. Kerana itu setiap kali tubuhnya disakiti tangan lelaki itu tidak akan sesekali menyentuh tempat anaknya sedang membesar.
Kerana itu, sepanjang dia mengandungkan anak sulung mereka lelaki itu akan memastikan dia menjamah juga makanan walaupun setelah tubuhnya dia sakiti. Kerana itu dia tidak terkejut apabila Aiman memberitahunya bahawa Fakhrul akan selalu datang melihat arwah anak mereka di NICU pada tengah malam buta di kala NICU itu sunyi.
“He is an ass. He didn’t even come and see you but anak yang kau bertarung nyawa lahirkan tu bukan main lagi tiap – tiap hari dia pergi tengok. He think I didn’t know. I got mata – mata ok. Awal tu aku bengang la jugak sebab kau dengan anak kau sekali dia tak pegi tengok tapi since past few days he`s been coming very late at night to visit him. Lagilah aku bengang. Ingat anak tu keluar dari oven ke apa” Hana Aishah masih ingat bebelan Aiman yang datang melawatnya di wad. Lelaki itu tanpa penat akan datang menemannya sewaktu makan tengah hari untuk memastikan Hana Aishah menjamah sesuatu.
“Where did you sleep at?” Hana Aishah bertanya kepada Emir setelah beberapa ketika masing – masing diam membisu melihat interaksi Adam dan Fakhrul seperti mereka tidak pernah berpisah sebelum ini.
“My house cause all rooms is full” Hana Aishah tersenyum saat mendengar suara Emir yang tidak berpuas hati.
“Pandai senyum kan Em. Do you know how difficult it was to sleep when I don’t even know whether both of you are safe or not?” Hana Aishah melepaskan nafas panjang sebelum tubuhnya ditegakkan.
Dia menfokuskan matanya ke arah Emir yang kelihatan penat dan tidak cukup tidur itu. Untuk seketika dia cuba mematikan tawa gembira anaknya dan fokus pada lelaki yang sanggup mengambil cuti kecemasan hanya untuk memastikan Hana Aishah dan anaknya selamat.
“Sejuta kali Hana cakap terima kasih pun it would never be sufficient. I`m forever thankful to Allah for sending you into my life. The best papa Adam could ever ask for. Thank you for doing what you did yesterday. I know its difficult but its time for Adam to meet his Babah” Emir tersenyum pahit mendengar kata – kata Hana Aishah pagi itu. Dia menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya saat melihat mata yang menanggung seribu beban itu seperti sudah menjumpai ubatnya.
“Don’t go back with him even if its for Adam. You deserve so much more” Hana Aishah tersenyum pahit mendengar kerisauan Emir.
Sejujurnya dia tidak mahu memikirkan tentang dirinya lagi. Segalanya Demi Adam. Matlamat hidupnya, segalanya tenaganya , segala kebahagiannya. Senang kata, dia akan melakukan apa sahaja untuk kebahagiaan Adam. Setiap inci hatinya sudah dipenuhi luka oleh itu tiada apa lagi yang mampu menyakitkan apa yang sememangnya sudah rosak tanpa ada secebis pun harapan untuk di pulihkan.
“Thank you for always worrying about me and Adam. I know we will be just fine” Hana Aishah menutur katanya sebelum dia merenggangkan pelukan. Dia merenung ke dalam anak mata coklat Emir yang tidak kelihatan sinarnya pagi itu.
“You want to know why?” Hana Aishah tersenyum pendek sambil bertanya. Tubuhnya dipusingkan ke arah Adam yang sedang memegang tangan Fakhrul yang mengagah sudu bayi yang berisi telur hancur itu.
“Because I have you” Hana Aishah melepaskan nafas kelegaan. Dia memandang ke arah Emir sejenak sambil tersenyum manis , sebelum kakinya melangkah menuju ke arah anak beranak yang sedang bersarapan bahagia itu.
“Good morning. Did someone forget about Umi” Hana Aishah mematikan interaksi Adam dan Fakhrul saat suara cerianya menegur. Saat itu, kedua – dua pasang anak mata hitam milik bapa dan anak merenung. Kedua – dua renungan yang memandangnya dengan perasaan yang sama dan sinar yang sama. Hatinya berdoa saat itu memohon kekuatan melalui fasa seterusnya yang Tuhan sedang susunkan untuknya.
“Whatever good you are planning for me I am thankful. Whatever pain awaits me, I need to be thankful to so give me strength” hati Hana Aishah berbisik pagi itu.
***************************
“Mimi” Hana Aishah mengucup dahi Adam yang sedang tersenyum memandangnya. Fokus Fakhrul beralih kearah isterinya saat suara yang dia rindui itu kedengaran.
Matanya memandang kearah Hana Aishah yang memakai baju pijama cotton berlengan panjang yang bercorak bunga sakura itu. Cantik Hana Aishah daripada dulu sehingga sekarang adalah dalam keadaan simple seperti itu. Pijama cotton berwarna putih itu membuatkan rindu Fakhrul bertambah kuat. Dia mahu memeluk tubuh itu erat tetapi ditahan dirinya.
“Someone is happy today” Hana Aishah melabuhkan punggungnya di kerusi di sebelah Adam sambil menyambung gembira.
Selepas dia mengambil Adam daripada Hana Aishah, Adam terus terlelap di dalam dakapannya. Matanya tidak mahu tutup semenjak pagi tadi apabila Adam sudah berada di dalam rangkulannya. Sewaktu dia menunaikan solat subuh itupun hatinya berat mahu meletakkan Adam di sebelah ibunya tetapi memikirkan tanggungjawabnya pada Yang Satu, Fakhrul meletakkan Adam di dalam katil bayi di sebelah katil di bilik tidur sut itu.
Dia membaringkan Hana Aishah yang sudah tidur dalam keadaan duduk sebelum dia menyelimutkan isterinya. Ubun – ubun itu dia kucup di dalam tidur isterinya. Lama dia merenung wajah isterinya yang sedang tidur dalam wajah sembap. Kesan air mata yang sudah mengering itu dia tenung menahan rasa. Rasa bersalah mencengkam jiwanya pagi tadi melihat keadaan Hana Aishah. Dengan berhati – hati dia naik ke atas katil menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya subuh itu. Rindunya Tuhan sahaja yang tahu. Dia mengucapkan syukur walaupun dia hanya dapat memeluk tubuh itu secara curi – curi.
Apabila sekali lagi kedengaran alunan ayat al quran daripada Masjid Negara, barulah Fakhrul menuju ke bilik air mengambil wuduk sebelum menunaikan solat subuh. Bibirnya tidak putus mengucapkan syukur kerana Tuhan memberinya peluang dan juga hadiah yang tidak ternilai. Air matanya mengalir lagi subuh itu.
Adam terjaga saat dia sedang duduk di sisi isterinya di atas katil sambil membaca ayat Al – Quran. Tiada rengekan daripada anak kecil itu hanya renungan penuh dengan perasaan ingin tahu. Fakhrul tidak perasan awalnya, tetapi apabila Adam mula mengeluarkan bahasa – bahasa yang tidak dia fahami, barulah Fakhrul merenung ke arah katil bayi.
Adam sedang berdiri merenung ke arah dia yang duduk di sebelah Hana Aishah yang sedang tidur mengiring ke arahnya. Fakhrul teragak- agak mahu mengangkat Adam tetapi saat Adam membaringkan kepalanya ke dada Fakhrul, segala perasaan was – wasnya hilang yang ada hanyalah bahagia.
Daripada saat itu, Adam lansung tidak mahu berenggang dengannya. Mereka melangkah menuju ke balkoni sambil melihat langit yang bertukar warna. Fakhrul terlalu asyik melayan anaknya sampai tidak sedar akan keadaan sekeliling.
“Abang tak dengar sayang bangun tadi” Fakhrul yang semenjak tadi asyik memandang Hana Aishah dengan wajah baru bangun tidur itu menegur ceria.
“Its ok. Thanks for feeding him. I didn’t even notice he wokes up” Hana Aishah mengelap pipi Adam yang comot dengan kesan coklat sambil membalas pendek. Suara tenang Hana Aishah itu melegakan sedikit hati Fakhrul tetapi hakikat Hana Aishah sedang berusaha kuat menenangkan dirinya walaupun sejujurnya hatinya gentar. Berhadapan dengan punca tidur malamnya tidak lena bukan sesuatu yang mudah tetapi demi anaknya, dia telan.
“More” Hana Aishah memandang ke arah Adam pelik. Adam sedang memandang kea rah bapanya sebelum membuka mulutnya seujurus kata – kata yang tidak pernah muncul daripada bibir anak kecil itu kedengaran.
“Adam wants more. But which one do you want? You need to tell Babah” fokus Fakhrul terus kembali kepada Adam. Hana Aishah diam memerhati interaksi kedua beranak itu.
“Beyi” Fakhrul tersenyum lebar sebelum tangannya terus mengambil strawberi yang berada di atas pinggan di hadapannya.
“Clever boy. Yes, that is strawberry” tangan Fakhrul menyuakan strawberi itu ke mulut Adam yang dengan lajunya mengigit buah itu sambil memuji anaknya. Adam yang hanya memakai pampers itu membebel perkataan `beyi` dengan beberapa perkataan yang tidak dapat difahami kedua ibu bapanya.
“Abang ordered bihun goreng Singapore for you. It’s a bit cold already though. You want to heat it up” Hana Aishah yang sedang memandang anaknya pelik itu tersedar daripada lamunannya.
Dia memandang ke arah Fakhrul yang berbaju T shirt lengan pendek berwarna nude itu. Dia terkejut melihat Adam yang tiba – tiba muncul dengan perkataan – perkataan baru yang selama ini mereka ajar tetapi tidak mahu disebut anaknya. Hatinya benar – benar tidak keruan saat itu. Tidak sampai beberapa jam Adam bertemu Fakhrul segala perkara pelik anak dia lakukan.
“Sayang. Are you okay?” Fakhrul yang sedang menyuap strawberi kepada Adam itu bertanya. Wajah Hana Aishah yang tadi ceria berkerut dalam span masa beberapa saat merisaukan dia.
“Huh?” Hana Aishah bertanya bingung. Dengan kekusutan mindanya, Hana Aishah tidak dapat menghadam situasi di hadapannya.
“You don’t look ok sayang. Abang tanya sayang nak abang panaskan balik bihun itu tak? Sayang tak jawab and you look upset” Fakhrul meluahkan kerisauannya dan untuk seketika Hana Aishah dibuai satu perasaan yang sudah lama mati. Cepat – cepat dia melarikan pandangannya sebelum dia menggelengkan kepalanya.
“Abang salah cakap ke?” Fakhrul terus bertanya kerisauan.
“I`m fine. You tak kerja ke today?” Hana Aishah cepat – cepat mengubah topik. Sejujurnya hatinya masih belum kuat untuk berhadapan dengan Fakhrul.
“Nope. Today is Saturday sayang. Plus, abang nak ambik long leave. I want to spend time with both of you” Hana Aishah mengetap bibirnya cuba mengawal perasaannya mendengar suara ceria lelaki itu.
“I miss a lot already. How old is he now?” Hana Aishah yang sedang menguis bihun goreng di dalam pinggannya terus terhenti. Penat dia melalui roller coaster emosinya semenjak dia bangun tidur tadi.
“He is 2 years and 4 month” Hana Aishah membalas perlahan. Dia memandang kea rah wajah kecewa Fakhrul.
“I`m sorry Adam. Babah wasn’t there to see you grows up. I missed 28 months of your life” suara sebak Fakhrul membuatkan perasaan bersalah bertubi – tubi menyeksa Hana Aishah. Hana Aishah mengigit bibirnya kuat menahan sebak.
Fakhrul menarik nafas dalam menahan sesak di dada saat itu. Memikirkan masa – masa yang dia telah hilang bersama Adam hatinya dipukul rasa kecewa teramat sangat. Adam yang tidak faham dengan situasi yang sedang berlaku kepada ibu bapanya sedang membebel dalam bahasa bayinya.
“I promise you I wont miss even a single day after this” Fakhrul mengucup pipi Adam sambil memejamkan matanya membuangkan segala perasaan kecewa yang semakin menyesakkan. Tawa Adam saat itu menjadi ubatnya.
Matanya kemudian merenung ke arah Hana Aishah yang sedang merenung ke arahnya. Air mata isterinya sudah bertakung menanti masa untuk gugur manakala bibir yang sedang terketar menahan sebak itu digigit isterinya kuat.
“I miss you so much” saat itu segala nasihat Hariz sudah tidak bermakna. Dia perlu memberitahu Hana Aishah kerinduannya yang sarat.
“Abang mintak maaf. I failed you. I failed our babies. I… I failed our family” Hana Aishah menggelengkan kepalanya kuat tidak mahu mendengar kata – kata maaf yang akan merobohkan segala tembok yang dia bina selama ini.
“Mimi” suara Adam bertukar nada saat itu. Hana Aishah terus melarikan wajahnya. Saat matanya bertembung dengan mata Emir yang sedang berdiri di tempat tadi, Emir terus melangkah ke arah mereka anak beranak. Kekuatannya bila – bila masa akan gugur.
“No. Mimi. No” Hana Aishah tahu air matanya sudah gugur saat itu kerana itu Adam sedang memberitahunya untuk berhenti menangis.
Fakhrul sudah berdiri daripada pendudukannya mahu menuju ke arah isterinya. Dia mahu memeluk erat tubuh itu membawa pergi segala derita yang ditanggung Hana Aishah tetapi saat lelaki semalam muncul kembali dan terlebih dahulu menarik Hana Aishah ke dalam pelukan lelaki itu, Fakhrul terus tergamam.
“Mimi. No. No” suara Adam yang tadi ceria berubah sedih apabila melihat Hana Aishah ditarik Emir masuk ke dalam bilik hotel sekaligus membawa Hana Aishah yang sedang bergelut di dalam emosi itu jauh daripada Adam.
Fakhrul masih lagi berdiri dan cuba memproses segala yang terjadi. Dia tidak tahu mahu merasai apa saat melihat isterinya yang dahulu menjaga aurat dan menjaga batas sekarang berada di dalam satu bilik hotel dengan seorang lelaki yang dia tidak tahu daripada mana asal usulnya. Lelaki yang terang lagi bersuluh sudah mengambil alih tugasannya menjaga keluarganya.
“No. Mimi. Go Mimi” Fakhrul merenung ke arah anaknya yang sudah mengalirkan air mata sambil merenung kepadanya. Seperti mana Adam dia turut mahukan wanita yang dibawa pergi lelaki itu.
“Anak Babah” Fakhrul mengangkat Adam yang comot dengan makanan yang bersisa di tubuh montel Adam yang tidak berbaju. Wajah Adam yang tadi hanya fokus padanya sekarang hanya merenung ke arah pintu balkoni.
Dia beristghfar kuat menolak segala perasaan negatif yang mulai muncul. Dia memohon kekuatan untuk melihat aspek positif situasi yang sedang dihadapinya walaupun untuk dia berfikiran positif saat itu adalah amat sukar. Melihat Hana Aishah yang sudah terlalu banyak berubah, dia tidak mampu untuk marah.
“Its my fault” akhirnya kata – kata itu meniti di bibirnya. Fakhrul menahan sebaknya. Rasa berdosa bertimpa – timpa saat itu. Kalaulah dia tidak mempercayai gambar – gambar itu. Kalaulah dia tidak membuat keputusan membuta tuli.
“Babah” Adam yang semenjak tadi merenung Fakhrul menutur satu bicara mengubat segala deritanya dalam sekelip mata.
Tangan montel Adam memicit pipi kanan Fakhrul. Tanpa Fakhrul sedari, air matanya sudah mengalir dan Adam sedang cuba mengelap pipinya. Seperti mana Adam selalu buat apabila melihat ibunya mengalirkan air mata.
“Babah no. No. No” Fakhrul menarik anaknya rapat ke tubuhnya sebelum dikucup berkali – kali anak kecil yang sedang berusaha untuk memberitahunya untuk berhenti menangis.
“Ya Allah. What have I done?” pagi itu, penyesalannya tidak bertepi. Selama ini perkara yang paling dia takuti menjadi penyebab keluarganya musnah.
*****************************
Hana Aishah sedang duduk merenung ke luar jendela di bilik tidur itu. Kata – kata Fakhrul membuka semula segala derita yang cuba dia tambus sedalam – dalamnya. Tetapi saat dia berdepan dengan lelaki itu, dalam sekelip mata segalanya kembali. Sikit pun tidak kurang deritanya. Segalanya seperti baru semalam berlaku.
Dia sudah penat mahu menyuruh air matanya berhenti. Pujukan Emir daripada tadi tidak masuk ke telinganya. Mindanya benar – benar buntu. Perasaan kebas yang dia benci itu perlahan – lahan mula kembali. Dia takut dia akan kembali kepada dirinya yang dahulu.
“You are a strong woman. Remember that” Emir melihat wajah Hana Aishah yang semenjak tadi diam membisu.
Emir menahan geram apabila melihat lelaki itu dengan selambanya meluahkan segala perasaan tanpa memikirkan tentang Hana Aishah. Lelaki itu ingat dengan kata – kata maaf cukup untuk memadam segala yang Hana Aishah lalui selama tiga tahun di tanah asing.
“Hana..” kata – kata Emir terus mati apabila Hana Aishah menggeleng kepalanya lemah. Dia tidak mahu mendengar apa – apa saat itu.
Emir mengeluh berat. Tangannya laju sahaja mahu melayang penumbuk ke muka Fakhrul. Dengan selamba lelaki masuk ke dalam hidup dua beranak itu dan mengharapkan segalanya akan menjadi normal kembali. Semalam apabila Hana Aishah menyuruhnya untuk meninggalkan mereka berdua bersendirian dengan Fakhrul dia mahu membantah tetapi tidak sampai hati apabila memikirkan pergelutan perasaan Hana Aishah saat itu.
“Her going back is going to do more harm than good” Emir teringat luahan Scott yang risau membayangkan rencana Hana Aishah yang mahu kembali ke Malaysia.
Dan benarlah sangkaan Scott. Sejujurnya Emir tidak tahu lansung tentang kehidupan Hana Aishah di Malaysia tetapi berdasarkan mimpi ngeri wanita itu hampir setiap malam dia yakin lebih banyak luka daripada bahagia yang dirasai Hana Aishah.
Saat dia mendengar derapan kaki yang menuju ke bilik tidur itu, Emir menahan geram. Tubuh Hana Aishah terus berubah aura. Emir yang duduk di sebelah Hana Aishah dapat rasai. Menyesal pula dia tidak memberitahu Mikhail tentang keberadaan mereka di Malaysia. Asalnya kerana dia tahu Mikhail akan meninggalkan kursusnya dan kembali ke London dalam sekelip mata tetapi hakikatnya, kurus itu wajib untuk Mikhail ikuti.
Emir merenung ke arah Fakhrul yang sedang mendukung Adam. Wajah lelaki itu kelihatan sugul. Adam pula sedang berbaring di dada bapanya sambil mengisap jari. Itu petanda yang anak kecil itu mahu menyusu.
Fakhrul sedang mencuba kuat untuk tidak mengendahkan kewujudan Emir yang dia masih tidak tahu status siapa lelaki itu. Kakinya melangkah perlahan sebelum dia melabuhkan punggung di hadapan kerusi meja mekap beberapa meter daripada isterinya yang sedang duduk di birai katil.
Wajah Hana Aishah yang sedang mengalirkan air mata itu membuatkan hatinya dipangguk rasa pedih. Segalanya salah dia. Fakhrul akui kebenaran hakikat itu. Adam masih berbaring di dadanya. Anak kecil itu merenung ke arah ibunya.
“Mimi. Mimi” suara sayu Adam memanggil ibunya. Hana Aishah masih diam seperti patung.
Emir memandang Adam yang sedang merenung ibunya dengan pandangan kesedihan. Dia dapat melihat tangan anak kecil itu didepakan mahukan ibunya tetapi Hana Aishah kelihatan seperti sedang berfikir dalam.
“Hana” Emir memegang tangan kiri Hana Aishah mahu menyedarkan Hana Aishah daripada dibawa emosi.
“Can you leave us alone for awhile Em” Hana Aishah meminta setelah beberapa ketika. Emir mahu menggelengkan kepalanya tetapi Hana Aishah terlebih dahulu menyambung.
“Please” Emir mengetap bibirnya. Dia menjeling ke arah Fakhrul tidak berpuas hati.
“If something happen to any of them, trust me you wouldn’t like what I`m going to do” selepas memberi amaran, Emir melangkah keluar.
Suasana sunyi menyelubungi mereka anak beranak. Hana Aishah masih diam membisu. Fakhrul cuba mendodoi Adam tetapi semakin lama, Adam semakin resah.
“Mimi. Nenen. Mimi” Adam sudah meminta. Rengekan anaknya cukup untuk membawanya ke alam realiti yang pernuh dengan ketidak pastian.
Hana Aishah menarik nafas panjang sebelum kakinya berdiri menuju ke arah Adam. Adam bertukar tangan tidak sampai seminit. Hana Aishah menuju kembali ke tempat yang dia duduk tadi. Kakinya dibersilakan di atas katil sebelum dengan pantas butang bajunya di buka dan disuakan punca keresahan Adam ke dalam mulut anaknya.
Matanya kembali merenung ke Menara KLCC yang berdiri gah. Rindunya dia dengan tanah airnya tidak terkata. Tiga tahun dia merantau cuba membina satu kehidupan untuk anaknya. Cuba melindungi satu nyawa ini supaya tidak bernasib seperti abangnya. Sangkanya dia sudah kuat. Dia mampu sekurang – kurangnya mengubat lukanya tetapi hakikatnya dia hanya melarikan diri tiga tahun lepas.
“My only sin with you and Adam was separating both of you” bibir Hana Aishah lancar menutur kata pagi itu.
“Sampai akhir nyawa saya, I owe that 28 months that both of you missed. For that I forever will apologize” Hana Aishah menarik nafas dalam apabila dia menghabiskan ayatnya.
Hana Aishah kembali diam cuba mengumpul kekuatan untuk meneruskan bicaranya. Bait bicara seterusnya akan menamatkan segala kekusutan mereka. Itu Hana Aishah pasti tetapi untuk meluahkan kata – kata itu, dia tidak pastis ama ada hatinya akan mendapat ketenangan yang di cari ataupun membuat hatinya kembali berdarah.
“We are over. There`s nothing left for us anymore. The only thing that bound us is this tiny soul” Hana Aishah tersenyum pahit. Seperti yang dia sangka, rasanya tidak membahagiakan.
“I will not deny your right on him. You are Adam`s Babah” Hana Aishah menyambung sebak. Air matanya kembali bertakung. Dia menahan sedaya mungkin supaya air matanya tidak mengalir.
“Tapi awak dah tak ada hak ke atas saya. We just need to make it official” Hana Aishah menahan getaran di bibirnya. Dia cuba menguatkan suaranya supaya tidak kelihatan gementar.
Fakhrul diam membisu. Semenjak tadi dia memerhatikan anak dan isterinya. Hana Aishah isteri yang baik. Hana Aishah ibu yang baik. Hana Aishah anak yang baik. Hana Aishah adik dan kakak yang baik. Kerana itu dia yakin saat dia mengangkat akad nikahnya.
“We have been separated more than 3 years already. What ever ties we have has already been broken. Saya tak nak bergaduh dekat mahkhamah dengan awak. Adam doesn’t have to go through that. He already went through enough” saat kata – kata itu meniti bibir isterinya Fakhrul melihat air mata isterinya mengalir deras.
“Jadi sekali lagi saya mintak. Awak lepaskan saya cara baik” Fakhrul dapat merasai segala kekuatannya terbang pergi saat kata – kata yang dia takuti meniti di bibir yang menjadi kegemarannya itu.
“Sayang isteri abang dunia akhirat. You can use any means you want but I wont utter that word. I promise you that night at abi`s house” suara Fakhrul bergetar menahan sebak saat itu.
“There will be no divorce. Cerai mati is something that I cant stop. Jadi sayang doa umur abang pendek. Allah ambik nyawa abang pergi. At least abang dapat teman our first born Adam right” Fakhrul tertawa pahit.
Mereka diam membisu di dalam derita. Hana Aishah sedang bertarung dengan perasaannya. Sakitnya tidak terperi saat itu. Fakhrul seperti selumbar yang sudah terbenam di dalam jarinya dan tidak kiralah bagaimana cara dia gunakan untuk membuang selumbar yang menyakitinya itu, Hana Aishah tidak mampu. Perlukah dia memotong jari yang terkena selumbar itu kerana dia tidak mampu menanggung perit yang di rasainya?
Fakhrul bangkit daripada pendudukannya, sebelum kakinya melangkah menuju kea rah Hana Aishah yang sedang duduk membelakanginya. Saat dia berdiri di hadapan isterinya, bibirnya mengukir senyuman bahagia. Adam sudah terlentok di riba ibunya tetapi mulut itu masih laju menyusu. Fakhrul melutut di hadapan birai katil. Matanya tidak lepas memandang ke arah bukti cinta dia dan isterinya.
“I pray day and night for Him to bring you back. And He gave me more than that. He gave me another chance not only at being a husband but being a father. I`m not sorry that I can’t let both of you go” Fakhrul mengucup pipi Adam yang sedang menyusu sebelum matanya merenung ke arah wajah Hana Aishah yang sedang memejam matanya rapat.
“But I am sorry for the pain that I`ve caused you. I am sorry for abandoning you to a point that you had to go away and raised our baby alone” Fakhrul menahan dirinya daripada menyentuh isterinya tetapi dia benar – benar berharap Hana Aishah dapat merasai keikhlasan kata – katanya saat itu.
Share this novel
nite, dear...update plz...
hi dear. mlm ni update x
salam zohor, dear.bila nk update