KEADAAN sekeliling mulai tenang setelah para tetamu beransur masuk ke dalam rumah. Majlis kembali berjalan lancar.
"Err sekejap.."
Hakeem memegang tangan Haura.
"Erm tuala tu nanti tolong basuh dan bagi balik sebab saya beli mahal.."
Semua mengalih pandang melihat Hekeem kerana terkesima dengan kata-katanya. Datin Merissa laju mencubit lengan anaknya.
"Adoi, sakitlah ibu. Hakeem cuma.."
"Maaf yer. Takpa jangan pulangkan tuala tu. Saja jer Hakeem ni merepek."
Datin Merissa memotong kata-kata Hakeem dan cuba untuk menyejukkan keadaan, Encik Rostam memberikan jelingan maut kepada Hakeem. Hakeem menelan liur. Kesal dengan perkataannya.
Encik Rostam berada di rumah majikannya untuk berbincang berkenaan anaknya Haura dan Hakeem anak majikannya. Dia masih lagi tidak dapat melupakan apa yang telah dibuat oleh Hakeem kepada Haura.
"Abang Rostam, sila duduk.."
"Ya dato. Terima kasih. Maafkan saya dato. Saya nak bercakap sikit la pasal kejadian hari tu."
"Oh yer. Abang nak cakap apa tu? Kalau ada yang boleh saya tolong, insyaallah saya akan tolong."
Suasana sunyi seketika, hanya kedengaran suara mak Siti memasak didapur.
"Macam ni dato. Dato sedia maklum kan kejadian yang menimpa anak kita berdua. Hurm serba salah saya nak bercakap.."
"Yer abang Rostam. Takpa, cakap jer. Saya faham."
"Sebenarnya, saya rasa terkilan dengan apa yang terjadi dengan anak saya. Dia masih lagi muda. Lepas kejadian tu, saya risau nanti macam mana dia nak berdepan dengan penduduk kampung.."
Encik Rostam memandang Datuk Malik dengan perasaan sedih.
"Maksud abang Rostam?"
"Haura tu masih lagi anak dara. Lepas kejadian tu, dato rasa ada ke lagi lelaki yang nakkan dia. Ya lah, dia dah dipegang lelaki lain.."
"Hurm abang Rostam. Masa tu keadaan terdesak. Hakeem cuma nak membantu anak Abang. Lagipun takda apa masalah kan. Haura pun baik-baik jer. Abang Rostam, jangan kita rumitkan lagi keadaan budak-budak tu."
"Dato senang lah cakap sebab anak dato lelaki tapi anak saya ni perempuan. Bila-bila masa saja dato boleh pinang anak dara orang tapi anak saya ni, ada lagi ke lelaki yang hendak. Takdanya dato.."
Datuk Malik menggaru kepala. Peluh jantan mula mengalir diwajahnya. Dia tidak mampu mengata tidak dengan apa yang dikatakan oleh Encik Rostam.
"Abang nak macam mana sebenarnya?"
"Saya cuma cakap jer dato. Saya harap dato pertimbangkan demi kebaikan kedua-dua pihak ."
"Saya usaha mana saya mampu jer abang. Abang bagitau jer abang nak macam mana.."
"Saya ni kalau boleh err nak mereka berdua tu.."
"Apa tu abang?"
Belum sempat Encik Rostam menghabiskan ayatnya, Datuk Malik mula mencelah.
"Saya nak mereka kawen."
"Kawen?!"
"Err ya.."
Keringat mula membasahi baju Encik Rostam. Dia risau jika cadangannya ditolak mentah-mentah oleh Datuk Malik.
"Abang Rostam ni serius ke? Nikah kawen ni bukan benda main-main. Kena bincang betul-betul."
"Dato, takkan lah saya nak main-main dengan benda macam ni. Bagus la kan sebab maruah kita sama-sama terjaga.."
Datuk Malik mula mengerutkan dahinya, dia meletakkan tangan didagunya, lama dia berfikir.
"Saya kena bincang dengan datin dan Hakeem dulu pasal ni. Nanti saya akan bagitau keputusan Hakeem.."
"Dato dengan datin fikirlah dulu yer tapi saya harap sangat kalau dato dan datin dapat tunaikan permintaan saya ni. Saya taknak anak saya jadi anak dara tua disebabkan Hakeem.."
Datuk Malik perhatikan Encik Rostam yang berjalan menuju ke pintu utama rumah agam itu. Fikirannya bercelaru, bagaimana dia hendak kahabarkan kepada Hakeem tentang rancangan Encik Rostam untuk menikahkan dia dan Haura.
Datin Merissa mendekati Datuk Malik. Bahunya disentuh lembut.
"You, kenapa ni?"
"I sakit kepala lah."
"Kenapa tiba-tiba jer ni, nak i ambiklah ubat?"
Datin Merissa memicit bahu dan kepala Datuk Malik. Datuk Malik menanggalkan cermin mata dan matanya ditutup rapat.
"Takpalah. Tak teruk pun. Hurm.."
"Encik Rostam cakap apa-apa ke?"
Keluhan berat dilepaskan. Datuk Malik membuka matanya semula dan memandang isteri kesayangannya itu.
"Abang Rostam nak Hakeem kawen dengan Haura.."
"Hah! Kenapa tiba-tiba jer?"
"Pasal kejadian hari tu lah. Dia kata maruah anak dia dah tercemar gara-gara kelakuan Hakeem.."
"Hurm you tak cakap ke tu sebab terdesak, bukannya Hakeem sengaja pun. Lagipun kalau Hakeem tak tolong, anak dia mesti dah jadi pape kan.."
"Tu lah masalahnya. Orang kampung mana faham semua tu. Entahlah, i malas nak fikir pasal ni. You jer lah cakap dengan Hakeem."
"Eh kenapa i pulak. Mengamuk Hakeem tu nanti. Tak kuasa i nak melayan. Hurm i pulak yang sakit kepala sekarang ni."
Mereka saling memandang antara satu sama lain. Keringat mula muncul didahi. Kepala Datin Merissa dipicit perlahan. Dia duduk termenung memikirkan reaksi anak tunggalnya nanti jika dikhabarkan dengan permintaan Encik Rostam.
"Abah daripada mana ni? Patutnya abah tak balik lagi kan masa sekarang ni.."
"Hari ni abah balik awal, Datuk Malik takda appointment petang ni."
"Owh yer ker. Ok lah tu.."
"Adik kamu mana, tak nampak pun daripada tadi.."
"Entahlah abah, rasanya tadi dia keluar."
"Adik kamu ni ada jer benda dia nak buat, tak pernah lekat kat rumah. Munah owh munah.."
"Yer abang, munah kat dapur ni.."
"Sini kejap, abang ada benda nak cakap.."
Puan Maimunah duduk disebelah suaminya setelah dia bergegas keluar daripada dapur.
"Kenapa abang? Macam ada benda serius jer ni.."
Wajah isterinya ditatap. Bibir Encik Rostam mengukirkan senyuman.
"Awak nak jadi besan orang kaya tak?"
Wajah suaminya ditatap. Dahi dikerutkan. Puan Maimunah mencari jawapan disebalik wajah dan senyuman suaminya.
"Maksud abang?"
"Tadi abang ada cakap pasal kawenkan anak dato dengan Haura."
"Hah! Apa?!"
"Abah biar betul?!" Zarif yang juga terkejut dengan kata-kata abahnya itu meninggikan suaranya tanpa sengaja.
"Abang, jangan main-main la. Betul ke abang cakap dengan dato pasal dorang?"
"Betullah, buat apa abang nak tipu.."
Zarif dan Puan Maimunah terpinga-pinga, mereka tidak percaya dengan kata-kata Encik Rostam.
"Dato kata apa? Dia marah ke?"
"Berani dia nak marah, dah 3 tahun abang bekerja dengan dia."
"Habis tu dato cakap apa? Abang ni betul-betul lah.."
"Ya lah abah, betul-betul lah. Zarif pun nak tahu jugak." Zarif mencelah mencari jawapan.
"Sabar lah. Dato kata dia nak bincang dengan Hakeem pasal ni. Abang ugut sikit jer, tak tahu pulak dato penakut orangnya. Hahaha."
"Abah jangan main-main bah dengan dato Malik tu, dia ramai anak buah tau, nampak jer biasa-biasa.."
Kata-kata Zarif membuat Puan Maimunah risau.
"Ya lah abang, saya risau lah. Nanti susah plak kita nak cari makan. Lagipun Haura tu kan bukannya rapat dengan Hakeem pun. Isk tak payah la abang.."
Encik Rostam menepuk lembut tangan isterinya.
"Awak jangan la risau sangat. Abang tengok tadi dato okay jer, takda lah marah-marah. Plan abang ni pasti menjadi. Awak mintak Haura tu bersiap sedia, buat apa yang patut. Hal lain biar abang yang uruskan.."
"Abah kalau nak mintak Zarif tolong apa-apa boleh jer, mana tau nanti Zarif boleh kerja dengan dato kan. Hakeem dengan Zarif kan belajar sama-sama dulu. Hehe."
"Pandailah kamu tu nak ambik kesempatan. Benda entah jadi entah tidak.."
Tegur Puan Maimunah kepada Zarif. Perasaan risau masih bersarang dalam hatinya. Dia risaukan anak gadisnya yang polos itu.
"Awak ni jangan la risau sangat. Awak ikut jer nanti.."
Wajah muram isterinya dipandang lama sehingga Puan Maimunah melemparkan senyuman hambar.
Share this novel