BAB 21

Romance Completed 3910

~syg,.kata nak datang..nape tak datang? abg rindu!~

Nurul terima mesej dari seseorang,dia hairan,siapa pulak yang gatal nak memanggilnya sayang ni? Abang mana pulak ni? Nurul tertanya-tanya di dalam hati.

~hang sapa?? silap no kot ni?~

Nurul membalas mesej tersebut,dia memang yakin orang yang menghantar mesej kepadanya tersalah nombor.

~sampai hati syg,tak save no abglah tu :( ~

Nurul garu kepalanya,siapa pulak yang nak main teka-teki pagi-pagi ni. Rasanya semua nombor telefon orang yang dia kenal dia save dalam ni kecuali nombor Amirul. Hah! Nurul tepuk dahi,dia chek semula nombor yang menghantar mesej kepadanya. Dia kenal dengan nombor telefon ni,cuma tak ada nama saja. Hiesy!,.gatallah pulak,nak bersayang,berabang bagai,macam manalah Nurul nak cam,kalau dia tulis kau,aku tu kotlah Nurul nak perasan.

~gatai!,.bersayang,berabang bagai! ~

Nurul balas lagi mesej tersebut sambil tersengeh,rasa bahagia sekejap dapat bermesej dengan Amirul.

~abg memang gatai pun,syg tolong la garukan! ~

~bluekk~

~hiss..seriuslah sayang..~

~hang ni pasai apa? buang tabiat dah ka?~

Nurul Istighfar dalam hati,kalau Amirul mati nanti,aku jugak yang nak merana. Na'u zubillah hi min zhalik! Minta simpanglah! Anak aku ni perlu ada ayah,aku pun tak mau jadi ibu tunggal lagi. Nurul berdialog di dalam hati. Telefon bimbitnya berbunyi lagi.

~abg kawen lain baru tau~

~trylah,.kalau nak tau langit tu tinggi ka rendah!! ~

Selepas membalas mesej Nurul terus off telefon dia. Nurul mendengus kasar. Meluat betul dengan orang lelaki ni,sikit-sikit nak ugut kahwin lain. Tahulah mereka tu boleh kahwin empat pun. Kalau nak buat ayat pun,tak ada topik lain dah ka? Nurul membentak dalam hati. Perasaan amarahnya memuncak tiba-tiba. Telefonnya diletak ke tepi. Dia mencapai novel yang dipinjam di perpustakaan sekolah. Layan novel lagi baik dari layan perasaan marah kepada orang yang jauh tu.

Nurul terus membaca dari satu muka surat ke satu muka surat walau mindanya tak berapa nak fokus sangat pada apa yang dibaca. Dia mahu melupakan Amirul seketika. Hari ini dia mahu merehatkan minda dari mengingati Amirul. Letih menaggung perasaan ni.

''Kenapa off handphone??'' ada suara di tepinya. Macam nak kenal ja. Takkanlah! Nurul berdialog di dalam hati sambil menoleh ke sebelah kiri. Tersentak Nurul melihat orang yang sedang merenung dirinya. Nurul cubit pipi,mana tahu dia sedang bermimpi. Amirul dah tergelak.Nurul beralih ke arah Amirul pula,kini pipi Amirul pula ditarik. Menyeringai Amirul menahan sakit.

''Aku tak mimpikan??'' Nurul tanya Amirul,Amirul mengeleng pantas.

''Bila hang mai?,awat yang gatai nak hantaq mesej lagi?'' sambil bercakap lengan Amirul dipulas kuat.Amirul mengerang sakit tapi tak dimarah pun Nurul tu.

''Ummi cakap hang masuk hospital,macam mana boleh mai sini pulak? Dah lega ka? Tak muntah-muntah lagi?'' Nurul yang teringat kembali akan perbualannya dengan ibu mertuanya kemarin menyoal Amirul. Tiba-tiba pula Amirul boleh ada di sini.

''Yupp!.. abang minta tolong ummi suruh call sayang supaya datang tengok abang tapi ummi cakap sayang tak boleh datang, jadi pagi ni abang minta keluar wad dan ikut Pak Hamid balik Kedah. Abang nak tinggal di sini terus. Doktor dah chek darah abang,tak ada sakit serius pun. Mungkin doa sayang tu yang dah makbul. Sampai hati sayang,nak kenakan abang macam ni,.'' Amirul menjelaskan panjang lebar. Nurul dah tersengeh kemenangan. Ketika tu dia sedang marah dengan Amirul kerana meragut kesuciannya,lagi pun mana dia tahu doanya akan makbul secepat ini.

''Eh,.bagi pulak doktor tu lepaskan hang? Habih tu,hang dah tak muntah ka?'' Nurul bertanya sangsi. Nampak Amirul segar saja pagi ni.

''Tunggu lagi tak muntah. Abang makan ubat tahan muntah. Okey sikit,.dari KL ke sini,abang tidur ja dalam kereta. Tak makan pun lagi. Abang laparlah sayang! Buatkan abang moi sup,please!'' Amirul merayu lagi. Nurul dah bangun dari kerusi untuk keluar dan memasak. permintaan suami yang tengah kelaparan mana boleh ditolak. Sapa tak sayang laki oiii!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience