Rate

Lelaki paling biadap Bab 2

Humor Completed 61915

"Kurang asam betul kakak aku nie, untung dia dua juta, bayar kat aku 15 ribu je, lahabau betul!"
Keluh Farid Husin sambil melihat akaun bank di skrin Telefon pintar

"How much"
Tanya Farid Husin setelah kereta grab di naikinya berhenti di hadapan pintu masuk lobi bangunan Teguh holding

"25 ringgit je encik"
Jawab pemandu grab sambil tersenyum memandang Farid Husin

"Takde servis ke buka pintu untuk saya"
Kata Farid Husin dengan mengankat keningnya

"Ha.."
Pemandu grab itu tergamam sebelum mengeleng kepalanya pelan-pelan sebelum mengambil wang di hulur Farid Husin

"Never mind"
Farid Husin menyenget bibirnya lalu keluar dari kereta Honda civic

"Aduhhh... time-time aku tengah sibuk bermimpi, time ginilah ayah nak jumpa, macamlah tak boleh nak jumpa kat rumah"
Keluh Farid Husin sambil berdiri tegak di hadapan pintu masuk lobi bangunan Teguh holding dan itulah pertama kali dia datang ke bangunan milik datuknya dan sekarang sudah menjadi milik ayahnya

Farid Husin ber T-shirt putih berseluar jean berjalan bersahaja dengan siulan menghampiri penghadang laluan

"Hey kau di sana,"
Kata Farid Husin selamba, jari telujuknya menunjuk ke arah seorang pengawal bangunan sedang menjaga penghadang laluan

Wajah pengawal bangunan itu terpinga-pinga memandang kiri ke kanan sebelum memandang Farid Husin semula kemudian menunjuk dirinya

"Ya.. kaulah, sapa lagi yang ada kat situ,"

"Encik nak apa?,"
Tanya pengawal bangunan itu masih terpinga-pinga

"Tolong buka penghadang nie, aku nak masuk"
Jawab Farid Husin bersahaja

"Encik ada apa-apa urusan ke nak masuk dalam"
Tanya pengawal bangunan itu lagi

"Aku nak jumpa bapak akulah,"

"Bapak encik? sapa?,"
wajah pengawal bangunan itu semakin bingung

"Pemilik bangunan nielah, sapa lagi,"
Farid Husin mengeleng kepala

Pengawal bangunan itu melopong seketika melihat Farid Husin sebelum seorang lagi pengawal bangunan mendekati Farid Husin

"Maafkan saya encik, sebenarnya jika ada apa-apa urusan di sini, encik perlu ada appointment"
Kata pengawal bangunan itu
"Encik boleh pergi ke kaunter sana, cuba encik periksa jika nama encik ada dalam senarai tu"
Kata pengawal itu lagi sambil menunjuk pada Farid Husin kaunter di tengah lobi

"Nak jumpa bapak sendiri pun susah"
keluh Farid Husin kemudiannya menapak ke arah kaunter di tengah lobi

Dua orang wanita berseragam kemas lantas berdiri di balik kaunter bila Farid Husin berdiri di depan kaunter
"Boleh saya bantu encik?"
Tanya salah seorang penjaga kaunter dengan senyuman manis

"Aku nak pergi jumpa bapak aku, tapi pengawal kat sana suruh aku datang sini"
Jawab Farid Husin sambil tangan kanannya di atas kaunter

"Bapak encik? sapa?,"
Tanya penjaga kaunter itu terlihat bingung

Farid Husin mengeluh perlahan sambil memandang wajah penjaga kaunter itu
"hey, penatlah macam nie, benda yang sama je korang nie soal aku"

"Maafkan saya encik"
Ucap penjaga Kaunter itu menunduk-nunduk kepala
"Boleh saya tahu nama encik, saya boleh periksa dalam sistem jika ada nama encik"

"Farid Husin bin Dato sri Hassan kamarudin"

penjaga kaunter terpaku senjenak memandang Farid Husin kemudian mengalih memandang rakannya di sebelah
"Periksa jela"
Bisik rakannya di sebelah tersengih-sengih memandang Farid Husin

Penjaga kaunter itu segera duduk di kerusi kemudiannya menaip papan kekunci untuk memeriksa nama Farid Husin

"Maafkan saya encik"
Penjaga kaunter tadi bangun perlahan-lahan dengan wajah serba salah
"Nama encik tiada dalam sistem"

"Takde?,"
Berkerut dahi Farid Husin sambil memandang penjaga kaunter itu

penjaga kaunter mengeleng kepala

"Maksud ye saya tak boleh jumpa bapak sayalah"
Kata Farid Husin lagi

kedua-dua wanita penjaga kaunter mengangguk kepala hampir serentak

"Alhamdullilah...syukur"
Farid Husin menadah tangan kemudian menyapu di wajahnya

"Aku memang tak nak jumpa bapak aku pun, Tapi?,"
Farid Husin memanjangkan lehernya memandang kedua penjaga kaunter itu

"Kalau bapak aku tanya nanti, mengapa aku tak pergi jumpa dia, aku akan cakap kau, kau dan dua orang kat sana tu telah halang aku dari jumpa dia"
Kata Faris Husin sengaja membulatkan mata kemudian melakar senyuman sinis

"Shopping time!,"
Jerit Farid Husin sambil mendepa kedua tangannya membuatkan orang-orang yang berada di lobi memandang ke arahnya

kedua-dua penjaga kaunter yang masih berdiri di balik kaunter saling berpandangan dengan raut wajah bingung sebelum mengalih pandangan mereka memandang Farid Husin

Namun di saat Farid Husin sedang berjalan ke arah pintu lobi

"Encik Farid.. Encik Farid!,"
jerit seorang wanita berpakaian suit Fitted Blazer biru berlari-lari anak ke arah Farid Husin

Farid Husin segera menghentikan langkahnya lalu memalingkan tubuh

"Maafkan saya Encik Farid, saya setiausaha Dato dia minta saya bawa encik Farid ke pejabatnya"
Kata wanita itu cuba menahan nafasnya yang termegah-megah

Farid Husin mengecilkan kedua anak matanya
"I not interested"

"Ha.. tapi Encik Farid?,"
Wajah Wanita itu terpinga-pinga

Farid Husin mengalih pandangan ke arah kaunter lobi
"Tadi.. bila saya nak masuk ke dalam sana, dua orang kat situ, dan dua orang kat sana"
Farid Husin menunjuk dua orang pengawal bangunan berdiri di sisi penghadang laluan
"halang saya dari masuk, so saya betul-betul terkilan sekarang,"

Wanita bersuit fitted blazer itu lantas menoleh ke arah kaunter kemudian memandang ke arah penghadang laluan sebelum mengalih semula pandangan ke arah Farid Husin

"Maaf encik farid, mereka semua tu tak kenal siapa encik"
Kata wanita itu dengan wajah serba salah

"I don't care, now you choose, kalau kau nak aku pergi jumpa bapak aku, kau kena pecat mereka semua"
Kata Farid Husin dengan nada yang kuat sambil membulatkan matanya

"Ha.."
Wajah Wanita itu lantas tergamam dengan permintaan Farid Husin

"Tik.. tok.. tik.. tok, masa sedang berjalan, cepat pilih"
Kata farid Husin lagi masih membulatkan matanya sambil memeluk tubuh

"Aduh macam mana nie, Dato dah pesan kena bawa juga anak dia nie naik ke atas, tak sangka pula anak Dato nie belagak nak mampus"
Bisik wanita itu dengan wajah serba tak kena

Wanita bersuit fitted blazer akhirnya memusingkan tubuh berjalan ke arah Kaunter dengan wajah nekad sambil hatinya mengharapkan itu sebagai gurauan dari Farid Husin

"Maafkan kami Puan Haida, kami berdua betul-betul tak tahu dia tu siapa"
Kata salah seorang penjaga kaunter dengan wajah takut menyedari niat wanita besuit fitted blazer itu berjalan ke arah mereka

"Okay enough, aku bergurau je"
Ucap Farid Husin tersengih-sengih namun Wanita bersuit fitted blazer kelihatan melepaskan nafas lega bila mendengar kata2 Farid Husin

Wanita Bersuit fitted blazer menoleh memandang Farid Husin dengan senyuman lebar seakan di paksa
"Kalau macam tu, encik Farid silalah ikut saya"

Farid Husin lantas mengekori belakang wanita bersuit fitted blazer itu, bibirnya masih tersengih-sengih sambil menjeling ke arah dua orang penjaga kaunter masih terpinga-pinga memandang ke arahnya

"Tunggu!,"
Arah Farid Husin bila dia hampir menghampiri penghadang laluan membuat wanita bersuit fitted blazer di depannya terkejut segera menoleh memandangnya

Farid Husin memerhati ruangan lobi seakan-akan mencari Sesuatu membuatkan orang-orang yang berada di lobi kehairanan

"Kau yang kat sana tu!,"
panggil Farid Husin sambil jari telujuknya menunjuk ke arah seorang wanita muda tidak jauh darinya sedang mengeluarkan plastik sampah dari tong sampah hitam

wanita muda itu terpinga-pinga memandang Farid Husin kemudian menunjuk dirinya sendiri

"engkaulah.. tak kan aku panggil tong sampah tu pulak,"
Kata Farid Husin tergeleng-geleng kepalanya
"come here"

Wanita muda itu lantas berjalan laju menghampiri Farid Husin

"Kutip tu"
Arah Farid Husin sambil menunjuk ke arah lantai mamar terlihat plastik gula-gula di atas lantai

Wanita muda itu segera mengutip plastik itu kemudian berdiri di depan Farid Husin

"Seorang cleaner kenalah peka kalau ada something kat lantai, faham tak?,"
Kata Farid Husin menjengkil matanya memandang wanita muda itu

"Faham Encik"
Jawab wanita muda itu dengan wajah ketakutan

Farid Husin meletakkan tangan kanannya di atas kepala wanita muda itu kemudian menolak kepala wanita muda itu ke bawah dan ke atas supaya wanita itu menuduk-nundukkan kepala

"Lain kali bila cakap faham kenalah buat camnie"

Wanita bersuit fitted blazer, dua pengawal bangunan, dua penjaga kaunter dan orang-orang yang berada di lobi menjadi tergamam melihat kelakuan Farid Husin

Share this novel

DHIA AMIRA
2023-10-03 10:05:08 

anak have2 no wonder lah act


NovelPlus Premium

The best ads free experience