23

Romance Completed 95763

Sampai saja diruang kerjanya, pintu ditutup rapat. Dia memulas kunci tombol. Badannya bersandar pada pintu. Matanya berkelip-kelip memikirkan kejadian tadi. Sekali lagi bayangan tubuh basah Ikram Benjamin terlakar dimatanya. Dia memegang dada.

Dup dap! Dup dap!

Detak jantungnya laju. Kemudian, dia memegang pipinya yang berbahang. Tidak! Tidak mungkin kerana tubuh basah itu jantungnya berentak gila seperti itu. Bibir bawahnya digigit. Matanya memandang gelas yang berisi air masak. Tetapi yang muncul hanyalah muka Ikram Benjamin yang sedang mengelap rambut basahnya sambil tersenyum ke arahnya. Jelas dimatanya butir air mengalir pada setiap lekuk tubuh kekar itu. Lelaki itu sedang menyelak rambutnya ke belakang sambil mengenyit mata kepadanya.

Pranggg!

Gelas yang berada dipegangannya terlepas. Bahunya terhinjut dek bunyi kaca yang berderai dilantai. Ah, parah dirinya! Dia bertinggung dihadapan kaca itu. Satu-persatu serpihan kaca dikutip dengan tangannya.

"Awww!" Hujung jari manis dan kelingkingnya tertusuk serpihan kaca. Dia mengaduh kepedihan. Taktala itu bunyi ketukan dipintu bertalu-talu.

Tok! Tok! Tok!

"Sayang. Is everything alright? Buka pintu. Kenapa kunci?" Kedengaran suara cemas Ikram Benjamin dari luar bilik itu.

Perlahan dia bangun untuk membuka pintu. Tombol pintu dipulas. Pintu ditolak dari luar. Terjengul riak cemas Ikram Benjamin. Kemudian, dia memandang ke arah serpihan kaca yang berselerakan dilantai.

"Macam mana boleh pecah? Lagi satu, jari sayang luka tu." Tangan Anggun Dahlia dipegang.

"Sayang duduk sini. Biar abang yang kemas." Dia memimpin tangan lembut itu menuju ke sofa panjang bewarna kelabu yang terletak ditengah ruang kerjanya. Kemudian, dia bergegas untuk membersihkan serakan kaca tadi.

Anggun Dahlia pula hanya memerhati dari tempat duduknya. Dia memandang jari yang terluka. Masih pedih. Tetapi kepedihan itu sedikit pun tidak melunturkan debaran didada. Semakin menggila nampaknya taktala lelaki itu muncul dihadapannya.

"Come, sayang." Selesai membersihkan serpihan kaca, Ikram Benjamin melabuhkan punggungnya disofa itu.

"Hah?" Anggun Dahlia tercengang dengan ayat pendek itu.

"Come. Duduk sini." Pehanya ditepuk lembut. Dia menarik tangan Anggun Dahlia agar duduk diatas ribanya. Teragak-agak perempuan itu mahu menurut.

"Come. Abang tolong bersihkan luka sayang." Dia merangkul pinggang Anggun Dahlia. Kotak ubat-ubatan dibuka.

Anggun Dahlia hanya mendiamkan diri. Kaku dan kejung tubuhnya saat berada diatas peha lelaki itu. Dia duduk diatas peha Ikram Benjamin? Sangat memalukan! Ini sudah kali ke-2 dia memalukan diri sendiri.

"Sayang fikir apa tadi sampai pecah gelas tu?" Ikram Benjamin mencuci luka dijari. Kapas ditekap perlahan. Sesekali tangan itu ditarik kerana kepedihan. Tetapi dia memegang lembut tangan itu bagi memudahkan lagi luka tersebut dibersihkan.

"Tak....err...tak ada apa. Cuma terlepas aje." Dia melarikan anak matanya apabila mereka bertembung pandang. Lembut saja Ikram Benjamin membersihkan lukanya. Jika lembut begini, mahu dia terbuai sekali lagi nampaknya.

"Abang. Err...biar Dahlia buat sendiri." Kapas ditangan Ikram Benjamin diambil. Tetapi cepat saja lelaki itu merebutnya semula.

"No! Duduk diam-diam." Dia menyambung kembali kerjanya. Iodine dituang sikit ke lapisan kain gauze. Kemudian, dia membalut luka itu dengan penuh teliti. Dia tidak mahu perempuan itu rasa kesakitan walaupun sedikit. Setelah itu, plaster ditampal pada kain tersebut. Kerjanya sudah siap.

Tangan lembut Anggun Dahlia diramas lembut. Dia membawa tangan itu mendekati bibirnya. Satu ciuman hinggap pada hujung jari yang telah dibalut. Sekali lagi, jatuh pula ciuman yang kedua pada tapak tangannya. Lama ciuman itu diberikan.

"Abang...buat apa?" Anggun Dahlia memandang dengan kerutan didahi. Tangannya ditarik dari pegangan Ikram Benjamin. Tetapi sempat ditahannya.

"Saja. Tanda terima kasih abang pada sayang sebab tangan ni yang selalu masakkan untuk abang. Tangan ni yang selalu tolong gosokkan baju abang. Tangan ni yang selalu buat kerja-kerja dalam rumah." Redup pandangannya menikam ke dalam anak mata Anggun Dahlia.
Kali ini kedua-dua tangan mulus itu diambil. Singgah lagi satu ciuman pada belakang tangannya.

Anggun Dahlia terpempan dengan tindakan spontan itu. Tenang hatinya ketika itu. Tiba-tiba saja perasaan sebak menyapa dadanya. Namun, cepat saja dikawal. Belum sempat dikawal, air matanya pecah dari tubir.

Ikram Benjamin mengelap lembut pipinya. Dia cuba membalas renungan lelaki itu. Tetapi dia tidak boleh. Dia malu mungkin. Apabila berhadapan dengan lelaki itu, mudah benar jiwa perempuannya terusik. Sikit-sikit mahu menangis. Jika dulu hatinya yang paling keras. Tetapi sekarang apa sudah jadi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience