chapter 5

Romance Series 9561

  

  HARI ini bermulanya hari di mana Anisa Ufairah akan bekerja sebagai guru kafa. Subjek yang diajar adalah madah Sirah untuk semua darjah. Takut? Gementar? Sudah semestinya.

Anisa menarik nafas panjang. Tangan diletak ke dada lalu doa penenang hati dibaca.

Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli)

Maksudnya: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.

   "Bismillahirrahmanirrahim...fuh!" Anisa tarik nafas panjang dan dihembus kuat.

Dia hembus awning tudung bawal chiffon bidang 60 berwarna hitam itu sambil melihat pantulan wajah pada cermin di dalam kereta kancil milik kakaknya. Kemudian, baju kurung berwarna pink pastel yang tersarung pada tubuh genitnya dibetulkan dengan rapi sebelum beg dua dalam satu miliknya digalas pada bahu. Kenapa dua dalam satu? Sebab beg tu boleh sandang belakang dan galas tepi. Funtion beli time belajar dulu! Itupun beli dekat Zonria aje. Yang penting tahan lama. Right?

    "Maksu...bila Maksu nak habis belek muka Maksu ni? Asyik hembus aje tudung tu dari tadi. Rimas la Anif tengok."

Hanif, anak buah Si Anisa yang duduk di tempat duduk sebelah sedari tadi cuma memerhatikan tindak tanduk ibu saudaranya itu. Kejap hembus, kejap geleng kepala, kejap senyum seorang diri. Gila ke apa?

Anisa toleh tepi. Sengihan lebar dia tayang sehingga menampakkan sebaris gigi putihnya.
"Cantik tak?"

Hanif mencebik. Sengaja mahu menyakat ibu saudaranya itu.
"Tak. Buruk."

Terus hilang wajah ceria Anisa sebentar tadi. Kurang asam boi punya budak!

   "Malas cakap dengan Anif. Ha jom keluar. Kang lewat pulak."

Hanif ketawa besar. Seronok kacau Maksunya itu. Hilang bosan!

Anisa keluar dari perut kereta bersama Hanif. Dengan berjalan beriringan juga berpegangan tangan mereka masuk ke dalam kawasan Kafa An-Nur.

"Hanif masuk kelas dulu tau. Maksu nak pergi jumpa Ustazah Halimah dulu." Anisa menunduk sedikit supaya tangannya dapat mencapai bahu Hanif dan ditepuk-tepuk.

Hanif berjeda sebelum mengangguk.

 

  "Good. Maksu pergi dulu."

   "Sat, Maksu!" Hanif pegang lengan baju kurung Anisa. Anisa menoleh. Kening diangkat.

   "Ha limaza?"

   "Dekat Kafa Hanif ada ustaz baru ajar Bahasa Arab kan....handsome..."

Terkebil-kebil mata Anisa mendengar ayat Hanif. Jadi, perlu ke dia gelabah kalau dengar benda macam ni?

    "Jadi? Kenapa Hanif bagitahu Maksu?" tanya Anisa penuh kehairanan. Mata dibulatkan, memandang anak buah kesayangan.

    "Hanif kan kawan dengan Ustaz tu. Lepas tu, Hanif pernah bagitau pasal Maksu dekat Ustaz tu tau." selamba badak Hanif berkata begitu. Ditambah dengan sengihan yang menghiasi wajah kecil itu.

   "What?" Anisa terpaku. Ternganga dia dengar pengakuan Hanif yang secara tiba-tiba itu. Ya Allah, budak kecik ni!

 
   "Hanif!"

   "Bye!" Tak sempat Anisa tahan, Hanif dah berlari masuk ke kelasnya.

Eii budak ni kang. Nasib baik lah aku sayang dekat anak buah sendiri. Kalau tak, dah lama aku celup dalam kolah tu!

 

     "Anisa!"

Anisa toleh ke belakang. Automatik bibir mengukir senyum.

Ustazah Halimah pengetua Kafa An-Nur. Bekas ustazah si Anisa juga. Ya Allah rindunya dia dengan insan yang telah mendidiknya suatu ketika dahulu.

"Ustazah..." Anisa mendekati wanita tua bertudung labuh itu. Tangan dicapai lalu dicium.

   "Ustazah apa khabar? Sihat? Lama Anisa tak jumpa Ustazah."

Ustazah Halimah lorek senyum. Bahu bekas anak muridnya itu ditepuk-tepuk.

      "Alhamdulillah sihat. Macam ini ja lah. Kamu apa khabaq?"

 

  "Alhamdulillah sihat, Ustazah. Hehe. Ustazah makin segak dah lani noh." puji Anisa berbaur usikan. Terkeluar sikit loghat utaranya itu. Anisa  jarang guna loghat Kedah sebab dia duduk lama dekat negeri orang masa belajar dulu. Jadinya, dah terbiasa cakap KL. Tapi kadang-kadang tu ada juga lah dia cakap Kedah lepas kena tegur dengan Puan Asma'. Kalau anak jati Kedah, wajib cakap Kedah. Anisa mengiyakan sahajalah mampu.

 Bahu Anisa ditampar manja oleh Ustazah Halimah. Ketawa kecil terlepas dari bibirnya.

   "Toksah duk merapu. Anisa tu yang makin segak. Ustazah dah tua kerepot dah. Anisa dah boleh kahwin dah pun. Kalau nak, Ustazah boleh kenenkan dengan sapa-sapa."

Membulat mata Anisa mendengar ayat Ustazahnya itu.
"Eh tak mau la, Ustazah. Nisa tak ready lagi."

   "Hahahahaha. Macam-macam kamu ni. Ha, Ustazah bawak kamu pusing satu kafa. Nak tunjuk class. Nanti kamu mengajar subjek Sirah tau untuk semua darjah." ujar Ustazah Halimah penuh ramah.

Anisa mengangguk lalu membontoti langkah Ustazah Halimah yang sudah memulakan langkah.

•••

"Bangun... Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Ustazah." Suara Ketua kelas murid darjah 1 diikuti dengan rakan-rakannya yang lain-lain. Mereka bangun dari kerusi sebaik sahaja Anisa melangkah masuk ke dalam kelas 1 As-Syafie.

    Anisa ukir senyuman paling manis kepada bakal anak-anak muridnya itu. Beg galas diletakkan pada bahu kerusi. Dia berdiri di hadapan kelas dengan penuh yakin walau ada sedikit rasa gugup. Iyalah, manakan tidak...ini adalah kali pertama dia nak mengajar budak-budak. Tak biasa. Tapi macam mana pun, kena biasakan jugak.

   "Waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. Duduk."  semua akur seperti yang Anisa arahkan. Kedengaran ada suara-suara halus anak-anak di kelas itu berbicara tentangnya. Anisa tersenyum mendengarnya. Amboi, bergosip nampak.

  

    "Kenapa tiba-tiba ustazah baru? Mana Ustazah Ara?" bisik seorang pelajar perempuan kepada rakannya.

  "Ustazah ni lawa la. Lagi lawa dari Ustazah Ara."

   "Ustazah ni macam garang ja."

Anisa tahan senyum lagi. Uyyo, lagi lawa dari Ustazah Ara eh. Ni kalau Kak Ara dengar ni, confirm dia tarik muka. Garang? Ohh...garang eh...

    "Ha! Yang kat belakang tu, mengata ustazah ke?" sergah Anisa. Leher dipanjangkan seolah-olah mencuri dengar apa yang dikatakan pelajar-pelajar itu.

Beberapa orang dari mereka, tersentak lantas kepala laju menggeleng.

   "D...dak! Kami tak kata pun Ustazah garang!" Dek kerana terkejut, terlebih jujur pula yang seorang itu. Yang disebelah, menampar laju bahu rakannya yang jujur itu. Masing-masing dah cuak takut kena marah.

Anisa terhibur. Tapi masih ditahan riak wajahnya supaya tidak terlepas tawa, hatta secalit senyuman pun. Ah, budak-budak ni, comel betul!

  Anisa bergerak ke arah meja dua orang budak lelaki itu dengan pakej muka sengaja digarangkan.

PAP!

Meja mereka diketuk olehnya.

Spontan, bahu dua budak lelaki itu terhinjut kerana takut.

   "Sor...sorry, Ustazah. Kami tak sengaja."

    "Ma...maafkan kami, Ustazah."

Tertunduk kedua-dua kepala berkopiah putih itu. Nada macam nak nangis dah tu.

   Sumpah lawak dengar budak-budak ni panggil dia Ustazah. Ustazah celup!

   Seketika kemudian terlepas jua tawa dari mulut Anisa. Semua tercengang.

   "Dak aih. Tak marah aih. Jangan la reyau." Bahu Salah seorang dari mereka Anisa tepuk manja lalu kembali ke hadapan kelas semula.

Hanif tidak jauh yang duduk tepi tingkap itu, mengeluh berat. Ei Maksu dia ni! Suka mengacau!

   "Ustazah gurau ja. Jangan la reyau. Haha, sorry-sorry." Anisa tayang peace dengan sengihan lebarnya.

Dua orang budak itu menghela nafas lega. Dada diurut seolah-olah terlepas dari raksasa ganas.

   "Okey...nama ustazah..." Anisa capai marker pen warna biru di atas meja lalu laju sahaja namanya ditulis pada papan putih.

A N I S A  U F A I R A H

Anisa toleh kehadapan semula, menghadap anak-anak muridnya.

  "Ha baca nama ni...sapa betul, dia comel."

   "Anisa!" Ramai-ramai sebut nama Anisa dengan kuat dan bersemangat. Tapi kebanyakannya adalah perempuan, yang lelaki rilek je tengok. Rasanya perkataan comel, tak sesuai kut.

   "Ha lagi satu, Nama belakang tu pulak?"

  "Uf...uf... ufai..."

Ada sorang yang cuba nak sebut nama dia. Anisa terfokus ke arah budak lelaki itu. Membulat mata Anisa menunggu jawapan dari anak itu.

   "Uf...uf...UFO!"

"HAHAHAHAAHHAHAHAHAHAHA!"

Dan dengan sebegitu sahaja, Anisa ditertawakan oleh budak- budak darjah 1. Sekian.

•••

   "Okey sama-sama ikut Ustazah." Anisa pasang qasidah nasab nabi dan dapat dengar dengan jelas melalui corong speaker  yang dipinjamnya daripada Ustazah Halimah.

   "Nabi Muhammad, Ibnu Abdullah, Ibnu Abdul Mutalib, Ibnu Hashim, Ibnu Abdul Manaf...Ibnu Qusoi...Ibnu..."

   "Assalamualaikum."

   "Oh mak engkau!"

  Tak sempat Anisa habiskan qasidahnya yang berbekalkan suara seraknya itu, ada suara lain memberi salam, terus terpelanting marker di tangan Si Anisa, siap dengan pakej melatah lagi.

  "Astagfirullahalazim..." Anisa mengurut dada. Seketika kemudian, mata dibulatkan.

  Tercengang Anisa bila susuk tubuh sasa berdiri di muka pintu kelasnya bersama seorang kanak-kanak perempuan menyapa pandangannya.

   Eh macam kenal?

   "Zulaikha? Encik Nufail?"

Nufail hampir-hampir sahaja terlepas tawa melihat gaya gopoh Anis sebentar tadi, namun dia tahan. Macam...tak percaya gangster celup ni jadi Ustazah Kafa celup pulak dah.

"Ek ehem... Assalamualaikum." Nufail kembali ke dunia nyata dengan deheman. Sekali lagi salam diberi.

"Wa... waalaikumsalam. Aaaa ada apa ye?" Anisa menapak ke pintu kelas. Kerana ketinggian jejaka itu yang agak ketara jika nak dibandingkan dengan dirinya yang pendek, membuatkan Anisa terpaksa mendongak sedikit kepalanya.

   "Saya baru daftar, Zulaikha tadi. Dia baru nak masuk. Lambat sikit. Tak apa ke, Ustazah?" sengaja Nufail tekan sedikit perkataan hujung itu.

Anisa ketap gigi. Eii, duda ni. Sengaja nak cari gaduh ke apa?

  "Ahahaha takpe-takpe. Boleh je. Ha meh masuk. Bapak
nya boleh pulang. Ahahaha." Anisa tarik tangan Zulaikha untuknmasuk ke dalam kelas tapi Zulaikha tak lepas tangan Nufail. So jadinya, dia pegang tangan Anisa dan Nufail.

   "Papa...Ikha tak nak kafa. Papa bawaklah Ikha balik." sebak suara anak gadis itu berbicara. Mata bulat itu sudah berkaca-kaca tanda tidak mahu ditinggalkan oleh papa kesayangan. Anisa dah start nak gelabah. Tapi dia rilek-rilek dulu.

Nufail senyum. Dia yang tadi berdiri, kini duduk mencangkung menghadap anak gadisnya.

   "Papa ada kerja sayang. Petang karang, papa datang ambil ye? Ni, ada Ustazah Anisa. Kan Ikha Dan janji dengan papa taknak buat perangai. Kan? Tu, Hanif pun ada. Ha kan ada kawan boleh tu." pujuk Nufail. Bibir Zulaikha yang tadinya sebek, kembali senyum. Anisa automatik tersenyum sinis bila dengar ayat duda anak sorang ni. Lembut lain maciam. Dengan Anisa heartless betul!

  "Hanif ada?" Zulaikha jenguk kepala ke dalam kelas. Hanif yang duduk tepi tingkap tiba-tiba malu bila Zulaikha dapat tangkap keberadaannya dan mata-mata semua tertumpu kearahnya. Dia tutup muka guna buku. Tak kenal tak kenal. Buat buat tak kenal.

    "Ha Hanif ada, Usta—" Tak sempat Anisa habiskan ayat, Zulaikha mencantas.

     "Haah lah. Hanif ada, Mama ada! Okey, Ikha masuk dulu!" Lepas cium tangan Nufail, dengan langkah ceria Zulaikha masuk ke dalam kelas.

  "Ha betul. Mama kan ad—" Anisa baru tersedar. Ya Allah, malu! Apahal anak Nufail ni panggil aku mama pulak dah! Naya!

Nufail kerut dahi. Mama? Sumpahlah! Ini terlalu awal Wahai anakku! Eh bukan awal, it will never happen!

  "Okeylah saya pergi dulu. Tolong tengok-tengokkan Zulaikha eh?" Nufail cepat-cepat nak pergi dari situ.

   "Haa...pergilah." Spontan, Anisa buat gaya tangan seolah-olah menghalau.

  "Halau?" Nufail angkat sebelah kening.

  "Eh tak tak!" Anisa sembunyi tangan belakang baju kurungnya.

Nufail ketawa sinis.
"Yelah tu. Okey assalamualaikum." Tak menunggu lama, laju sahaja Nufail membawa langkah dari situ sebelum sempat Anisa membalasnya.

Anisa mencebik. Acah!

"Waalaikumsalam warahmatullahiwabaraktuh!"

TBC

  

  

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience