BAB 9

Family Completed 6607

`Asal papa tengok Riz cam tu? Nape papa nak tampar Riz ke? Tamparlah!’ kata aku untuk menyakitkan hati papa. Akhirnya aku terkena tamparan yang agak berbisa daripada papa.

`Aku nak ko berambus dari sini! Jangan pernah lagi datang ke sini. Aku nak ko juga ambil barang-barang ko yang ada kat rumah aku tu. Selepas kau dah ambil semua barang kau, ko jangan pernah sesekali melangkah kaki ke rumah aku lagi. Termasuk pejabat ni. Faham!’ papa menengking ke arah aku.

`Papa…’ ujar aku.

`Siapa papa kau? Aku tak ade anak yang macam ko. Berambus sekarang.’ Papa melenting pada aku.

Aku terus meluru pergi untuk kembali ke rumah mengambil barang-barang aku

sebab papa dah halau aku. Sebak aku rasakannya aku terpaksa lakukan ini semua. Demi papa, Iman,Amir dan Atul. Maafkan Riz semuanya. Setelah sampai ke rumah aku mengambil pakaian-pakaian aku untuk dibawa keluar.

Aku tak tahu ke mana aku nak pergi sekarang. Hampir 2 jam aku mencari rumah untuk disewa sehingga aku terleka waktu zohor sudah lama memanggil. Kemudian aku berhenti di masjid berdekatan situ untuk menunaikan solat zohor. Aku solat dengan begitu khusyuk sekali. Dan sesudah itu aku berdoa mengadu nasib pada Ya Rabbana.

Ketika berdoa aku menangis sepuas-puasnya. Lama aku duduk di dalam masjid hingga telah masuk waktu solat asar. Aku menunaikan solat asar dulu kemudian aku pergi. Dalam perjalanan keluar aku terserempak dengan Uncle Harith dan Amir. Secara tak sengaja aku terlanggar bahu Amir.

`Ko ni apahal? Nak cari gaduh ke? Tak cukup-cukup ke aku dah buat ko tadi, ko nak lagi ke?’ dengus Amir.

`Amir dahlah jangan kamu salahkan Riz. Mungkin dia ada sebab buat semua ni.’ Pujuk Uncle Harith.

`Uncle, Amir satu hari nanti pasti kalian akan tahu apa sebab saya lakukan ini semua. Saya minta maaf uncle. Saya pergi dulu.’ Kata aku dengan tenang.

Sebelum melangkah keluar, hanya tinggal beberapa tapak aku terdengar Amir mengatakan sesuatu pada aku.

`Senangnya kau minta maaf. Ingat sampai kau mati aku tak maafkan kau!’ ayat Amir itu tertusuk ke telinga aku.

Aku meluru kedalam kereta dan mula memandu hingga sampai di selekoh tiba-tiba kepala aku sakit. Cepat-cepat aku mencari ubat tapi aku tak jumpa. Baru aku teringat ubat itu tertinggal di pejabat. Aku pergi ke pejabat dan aku mengambil keputusan untuk tidur di pejabat. Walaupun tidak selesa tetapi aku tetap bersyukur kerana ada juga tempat untuk aku bermalam.

Esok pagi aku buru-buru keluar sebelum staff lain melihat aku. Aku hidupkan enjin kereta kemudian terus memecut kereta. Waktu sampai di selekoh jalan tiba-tiba kepala aku sakit. Sakitnya begitu perih sekali hingga aku tidak dapat melihat jalan dengan begitu jelas. Akhirnya aku kemalangan.

`Dah 2 hari abang tak balik. Kenapa papa buat abang macam tu? Takkan abang buat macam tu papa nak halau dia. Papa memang tak berhati perut.’ Ujar Iman pada papa.

Dia naik ke atas masuk ke dalam bilik aku. Tujuannya adalah untuk mencari buku telefon kawan-kawan aku tetapi secara tak sengaja dia terjumpa satu fail yang sangat sulit. Dia membukanya dan alangkah terkejutnya dia apabil melihat isi fail tersebut.

`Edrin Hazriz bin Daniel Hazim anda dihidapi menghidapi penyakit barah otak tahap ke-4.’ Terduduk adik aku apabila membacanya.

Tiba-tiba telefon rumah berdering membuatkan adik aku mengangkatnya sambil memegang fail sulit tersebut. Selepas mendengar panggilan itu fail yang dipegang oleh Iman terjatuh ke lantai dan dia terus meluru memberitahu kepada papa. Apabila papa mendengar dia tidak percaya bahawa aku kemalangan, dia mengatakan aku ni saja-saja nak pujuk dia sebab peristiwa hari itu. Iman yang sakit hati melihat perbuatan sedemikian terus menarik tangan papa lalu memboncengnya.

Setibanya di hospital papa baru yakin bahawa aku kemalangan. Kelam kabut papa mencari di mana aku dirawat. Papa dan Iman sedang bertapak di hadapan bilik yang aku sedang dirawat. Lama menunggu Doktor Fendy pun keluar dan papa terus bertanyakan keadaan aku sama ada serius ataupun tidak.

`Alhamdulillah. Anak encik selamat cuma keadaan dia agak kritikal. Di samping itu, En.Daniel dan Iman ada perkara yang perlu saya sampaikan mengenai Riz walaupun saya sudah berjanji dengannya. Saya dah tak sanggup nak bohong lagi disebabkan keadaan Riz bertambah kritikal.’ Tenang Doktor Fendy berbicara dengan keluarga pesakitnya.

Sebenarnya Iman sudah menduga apa perkara yang bakal Doktor Fendy katakan mengenai aku. Sehingga itu dia masih mengalirkan mata. Selepas dia mengetahui soal penyakit aku ni, langsung dia terus menangis bertambah pula pihak hospital menelefonnya mengatakan aku kemalangan. Mana taknya air mata dia tidak berhenti mengalir.

`Begini encik, Iman sebenarnya kemalangan ini adalah punca daripada penyakit Riz.’ Kata Doktor Fendy.

`Penyakit? Penyakit apa tu doktor? Serius sangat ke penyakit anak saya?’ tanya papa pula.

`Serius dan disebabkan kemalangan ini keadaan penyakitnya bertambah serius. Saya harap selepas saya memberitahu penyakit yang dihidapi oleh Riz selama ni, kamu berdua bersabarlah. Yang sejujurnya anak encik,Riz dia positif menghidapi penyakit barah otak.

Tetapi penyakitnya ini sudah sampai ke tahap-4 yang merupakan tahap paling kritikal dan peluangnya untuk hidup tidak lama. Bila-bila masa sahaja nyawa dia akan dicabut oleh malaikat Izrail. Tapi saya harap kamu berdua banyakkan bersabar dan bertawakal serta doa kepada Pencipta kita diatas sana iaitu Allah s.w.t. Saya minta diri dulu dan buat masa ni encik tidak dibenarkan masuk ke bilik itu.’

Panjang lebar Doktor Fendy yang telah memecahkan rahsia aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience