Bab 10

Humor Series 9625

"Natalein..aku nak ucapkan terima kasih sebab kau tolong aku panggil si Firash.Kalau kau tak panggil orang mesti teruk dah aku sekarang ni"ujar aku sambil menatap muka Natalein gadis kacukan cina indian itu.

"It's okay lah.Aku cemas gile beb kau teruk kena pukul.Lagi2 bila dia pijak kaki kau yang masih sakit tu."gumamnya.

Peristiwa pahit itu diputar kembali.
Natalein mengenggam erat tangan aku.
"Jangan risau ok.Mamat tu akan dibuang sekolah dan kau tak akan jumpa lagi muka dia"

Aku mengangguk.Peristiwa yang hampir aku kena rogol dengan mamat tu pun aku tak pernah cerita kat orang sekeliling aku kecuali...Firash.Yelah,dia mesti tau apa mamat tu nak buat kat aku.

"Natalein...kau suka Firash tak?"soal aku dengan tiba2.
Mukanya berona merah.Eleh.
Sama merah dengan bunga di pangkuan aku tu.Bunga ros cantik!Siap ada kad tulis get well soon agi.

Yup,aku still kat katil hospital.Entah bilalah boleh discharge ni.

"Suka lah tu"ujar aku mengerling ke mukanya.

Natalein menyentuh pipi mulusnya.
"Aku suka dia..tapi aku tak berani nak tegur dia lah beb..yelah kat sekolah berduyung2 perempuan beratur nak kat dia tau!"ujar Natalein.

Budak Cindian yang persis model,Cantik,Kurus dan tinggi.Aktif bersukan.Ada jugak yang ship dia dengan Firash.Memang nampak secocok gituh!
Kemudian muncul suatu idea..

"Kenapa kau tanya ni?"soal Natalein.Pelik.
"Hah?Tak adalah aku just tanya je."dalih aku.

Natalein menggeleng pelik kepada aku.
Aku tersengih macam kambing.

"Jadi berapa lama kau cuti?"soalnya.
"Emm..ntahlah tengoklah sampai kaki aku pulih."balas aku.

"Get well soon okay.Jangan banyak gerak.Kau kena banyak rehat.Cepat sihat..kesian aku sorang2 kat kelas nanti"ujarnya.Sedih ke kak?

"Heh..selamat merindui aku ye nanti"ujar aku.
"Hmp!Nyampah sayee!"ujarnya dengan gaya ala2 gedik.Tapi nampak comel lah pulak.

***
"Idlaaaaaaaaaaannn"panggil aku.
"Hm?apa kau nak?"jawabnya sambil tekun menyiapkan kerja sekolah di meja belajarnya.

Teka aku kat mana?
Dalam bilik Idlan lahh!Siap landing atas katil dia lagi kau tahu.Tapi jangan risau,pintu sentiasa dibuka.Yelah,kalau pintu tu tutup nanti orang fikir bukan2 pulak.

"Aku bosan lahh..Jom keluar jom"ajak aku.Daripada baring aku bangkit duduk di tepi katil.

"Alah nanti2lah"ujarnya malas nak melayan aku.
"Arrggg!Ah tak de2 Jom keluar!I said now!"bentak aku.

Idlan yang sedari tadi khuyuk membuat kerja sekolahnya meletakkan pen.Kemudian kerusinya yang beroda digerakkan menghadap aku.Muka Idlan berkerut.Marah ke bang?

Idlan mendengus.
"Haaa..macam nilah Jom keluar"aku sudah berdiri dengan tongkat di sini aku.

Ayah belikan aku tongkat.Makin senang aku nak berjalan.Tak ada lah mengharapkan orang je.

"Wait,kau nak keluar ke mana?"soalnya.
"Lahh kau rasa?" kening aku di angkat.

Idlan mengangkat bahu.Ke mana?
"Kat halaman jela dek oi.Kata je genius guna otak lah.Takkan dengan macam ni aku nak keluar gi mall kott adohh"bebel aku sambil berjalan keluar dari biliknya.

Idlan mengerling matanya keatas.
"Lahh aku ingatkan nak out gi mall ke..tak cakap awal2"ujarnya sambil berjalan di belakang aku.

Kemudian sampai di kolam ikan,Aku dan Idlan duduk di tepi kolam tersebut.

"Weh,Firash tu ada minat siapa2 tak?"ujar aku sambil mencabut rumput yang agak panjang di tepi kolam ikan itu.

Idlan merenung aku dengan muka berkerut.
"Jangan nak pikir bukan2 lah.Nak tahu je.Sebab ramai kot perempuan nak kat dia..tapi tengok macam dia tak layan sangat"ujar aku.

"Entah,dia tak pernah share dengan kami pasal benda2 ni.Malas nak melayan perempuan kot"ujar Idlan selamba.

Aku terkejut.
"Whattt?!"
"Oh My!dia..."

"Aipp!fikir bukan2 lah kau ni"ujar Idlan.
"Dah tu macam tak minat budak perempuan je"

"Entahlah manalah aku tahu..mungkin hati dia pernah dirobek ke suatu hari dulu..siapa tahu?"Idlan mengangkat keningnya.

"Apa pendapat kau tentang Natalein?"soal aku.
Idlan terdiam sebentar memikirkan tentang kawan aku sorang tu.

"Hmm..cantik,macam model..sopan tak macam kau!"sakatnya sebelum menghemburkan ketawanya.

"Ishhhh!kau ni aku serius lahhh!"Aku menolak bahunya.

"Ish kau ni aku cakap betul lah..dia sopan,cantik macam model.."ujar Idlan sambil mengosok bahunya.

"Aku ship lah dia dengan Firash"kata aku.
Idlan terdiam lalu dia menoleh kearah aku.

"Yalah,sebab aku tengok diorang sesuai.Shoo Kiutt"ujar aku.
"Sometimes benda yang kita nak, mungkin tak akan dapat"gumam Idlan pula.

"What do you mean?"soal aku.
"Jangan cuba pasang2kan orang lah ngek.Sebab tu bukan kerja kita"Idlan memandang ke langit.

Ok..aku faham.Tapi tak semestinya kalau kita tak boleh cuba okehh.

Aku akan tolong Natalein untuk dapatkan Firash.Aku sayangkan kawan baik aku.Aku nak dia bahagia.

"Ok lah aku chau dulu"
Aku mula berdiri dan mahu beredar masuk kedalam rumah semula.

"Oi budak!Main tinggalkan orang je eh!"laung Idlan.

Ah peduli apa aku.

Masuk je bilik,aku terus mengeluarkan sebuah buku yang telah aku beli sewaktu aku dan Natalien pergi out di mall tempoh hari.

"1001 CARA MEMIKAT HATI"ujar aku perlahan.Kemudian secara tiba2 muncul senyuman yang menyeramkan di bibir aku.

"HUAHUAHUAHUA!!"aku ketawa jahat memikirkan semua perancangan aku.

"Oi diam lah sikit!ketawa macam Cik Ponti je!"laung Idlan dari luar bilik aku.

Aku menekup mulut.
Lalu senyuman jahat sekali lagi muncul.
Bersiap sedialah!

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience