Bab 36
Tak pernah pun aku menangis dua puluh empat jam sebab tak ada siapa nak kawan aku. Aku okey dengan hidup aku. Aku tak pernah kisah pun tak ada kawan selama ni tapi aku kisah bila kau khianati aku.
Salahkah jadi bisu? Salahkah tak sempurna macam orang lain?
Daniel mendekatiku dan tangannya merangkul pinggang aku. Tak suka dengan kehadiran Wardina.
“Cikgu cakap awak ada masalah. Tu yang awak diberikan cuti. Boleh saya tahu awak ada masalah apa?”
“Masalah suka makan,” tutur Daniel laju.
Hahaha. Daniel buat lawak.
“Nama siapa?”
Din melutut dan usap kepala Daniel. Daniel tengok dia masam. “Daniel.”
Lut dan Daniel ni ada satu masalah iaitu tak rapat dengan orang yang tak dikenali. Kalau orang yang diorang tak kenal tegur, sah tak nak cakap. Kalau cakap pun, muka mesti masam.
“Umur berapa?”
Daniel tak jawab. Dia buat tak dengar soalan yang ditujukan kepadanya dan bermain dengan hujung baju aku. Senyuman dah tak ada di bibirnya. Muka jadi kelat macam baru lepas gaduh dengan orang. Din ukir senyuman hambar.
“Awak okey?” tanya Din.
Aku angguk.
Semuanya okey. I am doing well with my life. A new beginning, a new chapter.
“Sihat?”
Angguk lagi.
Alhamdulillah. Aku sihat walau banyak ujian yang mendatang.
“Baguslah,” ujar dia yang sudah kehilangan kata.
“Saya pergi dulu.”
Din mengatur langkah pergi dan lambat-lambat aku angguk.
You used to piss me off, girl. Tapi aku manusia biasa. Aku perempuan biasa. Marah dah hilang. Dia pun manusia biasa. Buat silap jugak. Perkara terbaik yang aku boleh buat ialah lupakan semua tu dan move on dengan hidup aku. Tak guna nak marah. Benda dah berlalu dah pun. Kalau aku tak jumpa dia tadi, mesti aku langsung tak ingat pasal tu.
Tanganku digugah berkali-kali. Lamunanku lenyap. Tengok Daniel dan wajahnya masam.
“Kak Jeeya termenung apa? Cepatlah pilih aiskrim.”
Aku masih terpinga-pinga dan dia geleng kepala. “Biar Daniel yang pilih. Haih.”
Macam-macam.
Aku peluk tubuh. Teringat Along dan Fath. Ke mana agaknya mereka? Balik ke rumah pak cik tu ke? Atau Along bawa dia ke masjid?
“Kita pilih yang pelangi ni.” Suara Daniel terjah gegendang telingaku.
Satu tupperware aiskrim Daniel ambil dan aku pegang. Tunggu mama datang sini.
“Kak Jeeya lawa. Hee…”
Tubuhku dia peluk dan aku sengih. Malu ler pulak…
“Kak Jeeya comel.”
“Kak Jeeya manis.”
Nak suruh aku belanja apa-apa ke? Aku tak ada duit nak belanja. Ahaks. Aku memang tak makan puji tapi terima kasihlah sebab sudi nak puji aku.
…bersambung
Bab akan datang:
Adakah Najya belanja mereka aiskrim?
Share this novel