76

Romance Series 93218

Sejak semalam Aayra tidak putus - putus mengalunkan kalimah suci Allah buat suaminya. Di setiap penghujung bacaan, Aayra tidak pernah lupa untuk menitipkan doa buat Harraz.

“Ya Allah, Ya Tuhanku.. Andainya ini adalah ujian dariMu untuk menguji kesabaranku, aku redha Ya Allah. Namun begitu, janganlah KAU terus menduga aku dengan sesuatu yang lebih berat sehingga aku tidak mampu untuk menanggungnya. KAU sedarkanlah suamiku dari lena yang panjang ini, Ya Allah. KAU turunkanlah syafaatMu buat suamiku. Sesungguhnya aku terlalui merindunya, Ya Allah. Malah aku tidak sanggup untuk kehilangannya. Kau sembuhkanlah suamiku seperti sedia kala, Ya Allah. Kembalikanlah kesihatan buat suamiku seperti sebelumnya. Aku merayu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku bersujud dan kepadaMu jualah aku berharap. Semoga doa - doaku ini diangkat dan diperkenankan oleh Mu, Ya Allah. Amin, Aminn Ya Rabbal Al'amin." Doa Aayra dengan penuh pengharapan.

Masuk hari ini genaplah dua bulan lamanya Harraz terlantar di hospital ini. Malah selama dua bulan ini juga Harraz langsung tidak menunjukkan sebarang tindak balas yang positif terhadap kesihatannya. Hal ini sedikit sebanyak agak membimbangkan Aayra dan seluruh ahli keluarga yang lain. Namun begitu, Aayra tidak pernah mengalah dan mengenal erti putus asa. Setiap hari dia pasti akan mendoakan yang terbaik buat suaminya. Malah Aayra juga yakin yang suatu hari nanti, Harraz pasti akan sihat kembali seperti sedia kala.

“Assalamualaikum abang. Selamat pagi! Macam mana keadaan abang hari ni? Sayang doakan semoga kesihatan abang akan bertambah baik dari sebelum - sebelum ini. Malah sayang juga sering berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan kepada abang untuk sembuh seperti sedia kala. Sayang harap abang akan terus kuat untuk melawan semua kesakitan ni. Sayang percaya abang kuat. Kuat untuk tempuhi semua ni. In shaa Allah, tak lama lagi abang pasti akan sembuh. Percayalah cakap sayang. Lagipun dah lama sangat kan abang tidur macam ni? Kalau abang nak tahu, hari ni dah genap 60 hari abang macam ni. Maksudnya dah 2 bulan abang tinggalkan sayang dan anak - anak hidup sendiri tanpa abang di sisi. Abang tak rindukan kami ke? Especially Nufael dan Nuffan. Setiap hari mereka tercari - cari abang. Menangis - nangis je cari daddy dia orang. Tapi takpe. Abang jangan risau. Sayang dah jelaskan yang baik - baik dekat dia orang. In shaa Allah, Nufael dan Nuffan pasti akan faham. Lagipun anak - anak kita tu dah semakin besar abang. Dah macam - macam ragam dia orang. Abang pasti tak sabar nak tengok keletah dia orang kan? Kalau macam tu, abang kena janji dengan sayang yang abang akan cepat sembuh ok? Sayang akan tunggu detik - detik tu dengan penuh sabar. Sayang janji." Borak Aayra di sisi Harraz dengan penuh kesabaran. Sesekali jari jemari suaminya diusap - usap perlahan. Betapa dia sangat merindui suaminya itu dengan sepenuh hati.

Tanpa Aayra sedari, segala perbualannya bersama Harraz itu didengari oleh Yasir melalui luar bilik. Terusik hatinya saat mendengar luahan sayu Aayra. Betapa dia merasakan kasih sayang Aayra terhadap Harraz begitu utuh dan tidak berbelah bagi. Walaupun Harraz dalam keadaan begitu, Aayra masih jua setia menemani Harraz di sisi. Malah selama 2 bulan Harraz di hospital, tidak pernah sekali pun Aayra membiarkan suaminya itu bersendirian di hospital. Segala keperluan dan kebajikan Harraz dijaga dengan baik. Mengingatkan hal itu, betapa Yasir merasakan beruntungnya Harraz kerana memiliki seorang isteri sebaik itu.

“Encik Yasir.. Kenapa berdiri aje dekat sini? Kenapa tak masuk ke dalam?" Soal Dr. Elayna selaku doktor yang mengendali kes Harraz.

“Eh, doktor! Terkejut saya. Ingatkan siapa tadi. Err.. bukan tak nak masuk. Tapi biarlah dulu. Saya tak nak ganggu masa - masa Abang Harraz dan isteri dia. Mungkin ada perkara yang sulit yang isteri dia nak luahkan dengan Abang Harraz tu. Nanti kalau ada saya kat dalam tu seperti mengganggu pula." Ujar Yasir sambil menunjukkan ke arah bilik tersebut.

Dr. Elayna menjenguk sedikit ke arah ruang yang ditunjukkan. Kelihatan di dalam bilik itu Aayra sedang membantu membersihkan tubuh Harraz yang berselirat dengan wayar itu dengan sehelai tuala kecil. Sesekali wanita itu dilihat mencium dahi suaminya dengan penuh kasih sayang. Melihatkan sitausi itu, hati Dr. Elayna sedikit tersentuh.

“Sayang betul Puan Aayra dekat Encik Harraz tu kan? Tak pernah lagi saya lihat Puan Aayra membiarkan Encik Harraz bersendirian di hospital ini. Walaupun Encik Harraz tidak memberi sebarang respon, tapi Puan Aayra tetap jua setia menemani dan berbual dengan suaminya. Kagum betul saya dengan Puan Aayra tu." Puji Dr. Elayna ikhlas.

Itulah kenyataannya yang dilihat Dr. Elayna sejak Harraz dirawat di hospital ini. Tidak pernah sekali pun dia melihat Harraz dibiarkan sendiri di dalam bilik itu. Malah ketika solat juga, Aayra lebih memilih untuk bersolat di sisi katil suaminya.

“Yes, saya pun merasakan perkara yang sama. Untung Abang Harraz memiliki isteri yang sebaik Kak Aayra tu. Apa pun yang terjadi dia tetap setia berada di sisi suaminya. Sekarang baru saya faham mengapa Abang Harraz begitu menyayangi Kak Aayra sepenuh hatinya. Kak Aayra tu benar - benar seorang isteri yang sempurna buat Abang Harraz." Kali ini giliran Yasir pula memuji ketulusan hati Aayra.

Dr. Elayna dilihat mengangguk setuju dengan apa yang diperkatakan Yasir sebentar tadi. Jauh di sudut hati, Dr. Elayna turut berdoa semoga dirinya juga akan dikurniakan kesabaran yang tinggi seperti Aayra. Malah sikap terpuji Aayra itu harus dicontohi serta dipuji kerana di dunia ini tidak semua orang yang sanggup dan mampu untuk melakukan perkara yang sama seperti Aayra lakukan.

“Err... By the way doctor, alang - alang doktor dah ada di sini, boleh saya tahu tentang perkembangan terbaru Abang Harraz? Macam mana dengan keadaan diri dia kebelakangan ini? Ada tunjuk apa - apa perubahan positif?" Soal Yasir ingin tahu.

Mendengarkan soalan Yasir itu langsung menyedarkan Dr. Elayna dari lamunannya yang panjang. Seketika kemudian bibirnya dilihat mengukir senyuman manis. Pandangannya tepat dihalakan ke arah anak mata Yasir.

“Actually disebabkan hal ini jugalah yang buatkan saya datang ke sini. Why not Encik Yasir ikut saya masuk ke dalam? Kita kongsikan sama - sama berita gembira ini dengan Puan Aayra. Saya rasa Puan Aayra pun pasti tak sabar nak dengar berita mengenai suaminya ini." Ujar Dr. Elayna memberi cadangan.

Yasir mengangguk setuju lalu mereka bersama - sama melangkah masuk ke dalam. Aayra dilihat sedikit terkejut melihat kehadiran mereka namun seketika kemudian bibirnya mula menguntum senyuman. Satu perkara yang sangat dipuji Yasir mengenai Aayra adalah sikapnya yang tidak pernah lokek memberikan senyuman walau apa pun jua keadaan dirinya pada ketika itu.

“Assalamualaikum, Puan Aayra. Puan apa khabar pagi ni?" Sapa Dr. Elayna lembut.

“Waalaikumussalam, doktor. Alhamdulillah baik. Terima kasih doktor." Balas Aayra bersama senyuman yang masih mekar di bibirnya.

“Alhamdulillah syukur. By the way Puan Aayra, saya ada berita gembira yang nak dikongsikan bersama - sama puan pagi ni. Saya harap dengan berita ni mampu buat puan menarik nafas lega selepas ni." Ujar Dr. Elayna kelihatan sedikit teruja.

“Hal apa tu doktor?" Soal Aayra tidak sabar.

“Begini Puan Aayra. Melalui monitoring kita sejak dua hari lepas, dapatlah saya nyatakan bahawa suami puan sudah mula menunjukkan perubahan yang positif. Degupan jantungnya juga sudah kelihatan agak stabil dan yang paling penting, Encik Harraz sudah tidak memerlukan mesin oksigen ini lagi untuk membantunya bernafas. Cuma apa yang kami boleh beritahu, pihak hospital telah bersepakat untuk tidak menanggalkan terlebih dahulu mesin ini dari tubuh Encik Harraz sehinggalah dia betul - betul sembuh dan sedar dari komanya. In shaa Allah, puan. Jika Encik Harraz terus menunjukkan semangat yang positif, mungkin sehari dua lagi dia akan sedar dari komanya. Sama - samalah kita berdoa kepada Allah agar Encik Harraz diberikan kesembuhan sepenuhnya. Saya yakin doa seoarang isteri yang baik seperti Puan Aayra pasti akan didengari Allah." Jelas Dr. Elayna panjang lebar.

Aayra dilihat sujud syukur sebaik mendengari berita gembira itu. Air mata kegembiraan turut menitis membasahi lantai. Sungguh dia benar - benar gembira saat mendengar berita itu walaupun suaminya masih belum sedar sepenuhnya. Sejurus itu, Aayra terus mendekati Harraz lalu tubuh suaminya dipeluk perlahan. Air mata yang masih setia menamaninya turut sama menitis sehingga terkena wajah Harraz.

“Alhamdulillah syukur, Ya Allah. Abang, abang dengar kan apa yang doktor bagitahu tadi? Sayang percaya abang kuat. In shaa Allah, sayang yakin esok atau lusa abang pasti akan sedar. Sayang akan tunggu abang. Sayang janji. Abang kuat ok? Sayang sayangkan abang." Bisik Aayra perlahan di telinga Harraz namun masih mampu didengari Yasir dan Dr. Elayna.
Akhirnya mereka sama - sama tersenyum dan berdoa semoga akan ada keajaiban dari Allah tidak lama lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience