Apa mungkin pertemuan semula papanya dengan wanita yang dipanggil auntie Airra itu sesuatu yang begitu membahagiakan papanya?
***
“PENATNYA hari ni!” Liyana menghempaskan tubuhnya ke atas pembaringannya yang empuk. Zarief yang sedang bersandar pada kepala katil sambil membaca buku hanya tersenyum. Tangan kirinya yang sedang memegang buku, ditarik manja oleh Liyana lalu kepala wanita itu terletak elok di atas dada bidang Zarief.
“Awak tu, hari-hari pun awak penat. Dah berbuih mulut saya suruh awak jaga kesihatan awakkan,”
“Ala sayang! Saya jagalah! Tapi kerja saya tengah banyak sekarang ni. Summer dah nak habis. Lepas ni autumn, saya dah kena get ready untuk fashion show saya kat Paris. Sekarang ni semua tengah kejar dateline. And saya pun kenalah sacrifice sikitkan,”
“Yes. I know it’s your job to ensure everything is okay and runs smoothly, tapi saya tak nak awak paksa diri awak sangat. Saya tak suka kalau nanti awak asyik sakit aje,”
“Sayang jugak awak kat saya yea?”
Zarief menjeling sikit pada isterinya. “Sapa tak sayang bini oiii!!”
“Sebab tu saya pun sayang awak!”
Meski usia mereka sudahpun mencecah 40 tahun, namun sedikitpun mereka tidak mengaanggap usia mereka sebagai penghalang untuk menunjukkan rasa kasih sayang mereka. Pengalaman lalu banyak mengajar mereka untuk lebih menghargai pasangan masing-masing kerana apa-apa pun mungkin terjadi dengan izin TUHAN.
“Rief?”
“Hmm…?”
“Kalaulah saya meninggal, saya nak awak cari pengganti saya ye?”
Pembacaan Zarief terhenti. Kepala isterinya ditolak perlahan untuk menghadapnya. “Kenapa tiba-tiba cakap macam ni pulak?”
“We have to take all possibilities in life, Rief,”
“Yes. I know. But why with all the topics in the world, you chose this topic tonight?”
“Saja. Saya nak juga tahukan,”
“Peristiwa dulu pun tak berjaya membuat saya kahwin lain, inikan pula kalau awak tak ada. It wouldn’t change me at all!”
“Tapi yang dulu tu, saya hidup. Kalau saya takde nanti, sapa nak jaga Ari dengan Aqil? Sapa nak jaga awak?”
“Tak ada sapa-sapa yang perlu jaga saya dan anak-anak sebab itu hanya kerja awak seorang. Saya tak akan benarkan orang lain masuk dalam kehidupan kita anak-beranak. Kalau betullah awak tak ada nanti, saya ikut sekali,”
Liyana tergelak. “Kalau kita dua-dua pergi, sapa nak jaga Ari dengan Aqil?”
“Sebab tu saya tak nak awak fikir yang bukan-bukan. No one is going anywhere. And we’ll raise them well. Saya tak izinkan awak cakap pasal hal ni lagi tau,”
“Uuuu…scary me!” Liyana kembali tergelak. “Lainnya muka Dr Zarief ni kalau dah marah. Makin handsome!”
Zarief semakin hilang perhatian pada pembacaannya. Buku dalam pegangannya ditutup dan diletakkan di atas side bed table. Tubuhnya yang sedang tegak, diluruskan ke bawah selimut tebal. Sebelum itu, dia sempat menutup suis lampu sisi katil. “Ni mesti awak nak apa-apa daripada sayakan?”
“Awak memang memahami saya sayang!” Liyana turut memasukkan tubuhnya ke bawah selimut. “Tak banyak yang saya nak. Sikit aje. And you can give it to me tonight,”
“Apa dia ni? Buat saspens saya aje,”
Liyana merapatkan tubuhnya pada Zarief. Butang baju tidur Zarief dirungkai satu persatu. “Saya nak awak!” Bisik Liyana perlahan namun tegas.
Senyuman Zarief muncul. “Nakalnya dia!” Zarief membalas pelukan Liyana dan malam merangkak pergi membawa 1001 rahsia.
Share this novel