Sampai sahaja di hospital Razin terus berjalan menuju ke wad yang Shira di tempatkan. Dia berasa bersalah kerana telah meninggalkan Shira.
Razin perlahan lahan masuk ke dalam wad Shira. Dia duduk di sebelah katil. Dia mengusap perlahan tangan isterinya itu. Dia sepatutnya jaga Shira bukan bahayakan Shira.
"Abang, saya mintak maaf sebab kurang ajar dengan abang semalam"ucap Shira perlahan.
"Sayang dah bangun. Sayang ada nak apa apa ke?"tanya Razin lembut
"Shira nak abang maafkan Shira"kata Shira sayu. Dia memandang ke arah Razin. Dia tahu dia tidak hormat suaminya itu
"Abang dah maafkan sayang dah. Takde apa lah. Abang faham mood sayang masa tu"balas Razin sambil mengusap kepala Shira.
"Abang"panggil Shira
"Ye sayang ada apa? Sayang nak minum air ke makan?"tanya Razin
Shira mengeleng kepalanya
"Shira nak cerita something dengan abang ni"kata Shira
"Sayang nak cerita apa?"
"Tadi masa abang belum sampai lagi. Sayang nampak macam ada orang intai sayang. Tapi sayang tak nampak muka dia sebab dia pakai topi dengan mask hitam. Dia duduk dekat luar bilik ni tadi"cerita Shira tentang kejadian yang meragukannya
"Siapa pulak ni?. Takpe saya kan bodyguard plus husband awak jadi saya akan jaga awak okay"
"Oh, sayang nampak tak dia perempuan ke lelaki?"tanya Razin
"Nampak macam perempuan"balas Shira. Tak kan Adelia pulak. Boleh jadi jugak ni
"Takpe sayang jangan risau ok"
"Ok"
"Ira,tok wan ada belikan kamu nasi ni,meh makan dulu nanti perut masuk angin"ajak Puan Shafa. Dalam marah marah pun sayang lagi. Cucukan
"Nek,kenapa Shira masuk hospitak?"tanya Razin
"Sebab kekurangan air dalam badan dengan stress"jawab Puan Shafa yang sedang menyuap nasi ke dalam mulut Shira
"Haih,sejak bila pulak sayang stress ni?"tanya Razin tak pernah pun Shira stress selama ni
"Dah abang tinggal sayang sorang sorang. Dah lah sayang tidur sorang sorang semalam"rajuk Shira
"Dah tu sayang cakap macam macam dekat abang. Abang takut sayang marah abang lagi tu lah abang keluar rumah"jelas Razin. Bukan saja saja tau dia nak keluar rumah dengan keadaan Shira yang di kejar penjenayah lagi.
Satu hal lagi Shamir. Budak ni kawin dengan siapa pun tidak tahu
"Hah Raz, kamu menungkan apa tu?"tanya Puan Shafa
"Pasal kawan Raz, Shamir"kata Razin
"Hah,Shamir. Dia ada call abang ke? Dia ok ke?"tanya Shira
"Kamu ni Shira. Macam kamu pulak isterinya"ujar Puan Shafa
Sengih Shira
"Ha ah. Dia call abang tadi. Dia ok. Dia kata dia dah kawin tapi bukan dengan Akrina"terang Razin
"Oh... Hah? Dia kawin tapi bukan dengan Akrina? Dah tu dengan siapa"tanya Shira lagi
"Tu lah abang tengah fikir. Dia tak bagi tahu pulak siapa isteri dia"kata Razin sambil mengusutkan rambutnya tanda serabut
"Biarlah Raz. Kamu tak yah nak fikirkan sangat"tegur Puan Shafa
Razin mengganguk perlahan
Sudah seminggu Adelia tidak pulang ke rumah. Dia mahu menalefon Adelia tapi dia tidak ada nombor isterinya itu.
Dia turun ke bawah untuk melihat jika ada sesiapa di bawah. Shamir melihat para bodyguard Adelia berada di hadapan pintu utama. Dia mendekati bodyguard itu.
"Ehem!"Shamir berdehem mengejutkan para bodyguard itu
"Eh,ada apa tuan?"tanya salah seorang bodyguard itu
"Boleh saya tahu kemana Cik Adelia pergi?"tanya Shamir pula
"Cik Adelia tengah bersorok"jawan bodyguard itu
"Oh,boleh saya mintak nombor dia?"
"Oh,boleh boleh. Nah"bodyguard itu memberi sekeping kad yang tentera nombor Adelia
"Oh terima kasih"ucap Shamir sambil menepuk bahu bodyguard itu. Nasib baik
Dia naik semula dan masuk ke dalam bilik. Dia mendail nombor Adelia.
"Hello siapa ni?"
"Aku ni Shamir"
"Oh kau,ada apa call aku?"
"Kau dekat mana? Kau buat apa? Kenapa tak balik? Bila kau nak balik? Kenapa kau menyorok?"tanya Shamir.
"Kau ni tanya satu satu tak boleh ke?"
"Hihihihi"
"Aku ada dekat rumah adik aku. Aku sembunyikan diri aku dekat sini. Aku tak nak balil lagi, aku takut. Aku tak tahu lagi bila aku balik. Aku menyorok sebab kakak aku tengah cari aku."jawab Adelia jujur!
"Hah,kakak kau cari kau? Asal tak bagi tahu awal awal. Aku boleh jaga kau"
"Tak payah aku okey dengan adik aku. Bye"
Adelia terus mematikan panggilan talefon
Shamir pelik juga kadang kadang. Sekejap baik sekejap dingin minah ni. Aku bawak jumpa ustaz betul betul kang
Adelia terbaring lesu di atas katilnya memikirkan tindakan Shamir jika lelaki itu tahu kakaknya sedang mencari dia. Kakaknya bukan calang calang orang untuk buat main. Nyawa dia pon hampir melayang di sebabkan kakak sulungnya. Kejam!. Itu lah ciri ciri yang ada pada diri kakaknya. Sanggup membunuh darah dangging sendiri.
"Akak"panggil Adini perlahan. Takut juga kakaknya akan memarahinya,tengok muka dah seram.
"Oh adik. Ada apa cari akak?"tanya Adelia
"Akak,macam mana kalau kak Rina jumpa kita dekat sini?"tanya Adini takut
"Takde lah. Kan Kai dah kata kita akan baik baik je"jawab Adelia lembut
"Akak bukan tak tahu macam mana kak Rina kan? Dia akan dapatkan apa yang dia nak"jawab Adini
"Ye akak tahu tu. Kita dah tak boleh buat apa. Ada bodyguard pun tak boleh pakai"ujar Adelia. Dia pun tengah pening.
"Ye lah kak. Ha kak, abang Shamir kan bodyguard kenapa tak ambik je dia jadi bodyguard kita?"tanya Adini dengan nada teruja. Siapa tak suka abang iparnya. Dah lah hensem,lembut pulak tu.
"Kau jangan macam macam. Kita tak boleh membabitkan orang luar. Bahaya tahu tak!"kata Adelia begang.
"Alah akak ni. Dia kan bodyguard dia tahu lah kerja dia macam mana. Walaupun dia orang luar tak tahu masaalah kita ni,dia dah jadi suami akak tau. Adik nak jugak dia jadi abang adik. Akak jangan cari orang lain. Selagi akak tak jadikan abang Shamir bodyguard kita adik tak nak cakap dengan akak. Biar adik je jumpa kak Rina senang."balas Adini tegas!. Dia terus keluar dari bilik kakak keduanya
"Adini!!!!"jerit Adelia geram.
Razin memikirkan siapakah isteri Shamir kalau bukan Akrina?. Siapa Adelia?. Banyak tanda tanya. Kenapa isteri dan rakannya tidak mahu beritahu perkara sebenar? Kenapa mesti berteke teki dengannya?
Arghhhhhh!!!!! Serabut!!
"Hello Mr. Bodyguard"sapa Shira.
"Amboiii"balas Razin dengan senyuman terukir di bibirnya
"Abang bodyguard tengah fikir apa tu?"tanya Shira
"Saya tengah fikir siapa isteri Shamir? Siapa Adelia? Kenapa awak tak nak bagi tahu saya?"jawab Razin
"Ohhh,fikir pasal tu ke. Takpe lah kalau macam tu. Sambung lah berfikir ye"balas Shira sambil menepuk bahu suaminya
"Awak. Tak boleh ke awak bagi tahu saya? Saya tak penting ke?"tanya Razin. Dia cuba mengumpan isterinya untuk beritahu
"Sorry. Saya tak boleh bagi tahu sekarang. Kalau saya tak bagi tahu awak,awak akan tahu jugak suatu hari nanti"balas Shira dan terus berlalu hingga hilang di pandangan mata Razin
"Hish diorang ni nak berahsia pulak dengan aku. Aku ni dah lah bodyguard kepada isteri sendiri. Sekarang macam isteri aku pulak yang jadi bodyguard. Banyak sangat berahsia. Penting sangat ke bende tu sampai nak kene berahsia bagai. Orang yang fikir ni dah pecah otak nak berfikir"bebel Razin seorang diri
Benggang dengan kawan dan isteri jenis suka berahsia sangat. Oh Razin isteri kau berahsia tak boleh kau berahsia boleh. Isteri kau dah tahu ke siapa mak ayah kau? Perli satu suara
Razin tersentak. Ye Shira belum tahu siapa orang tuanya.
Dah lah baik aku masuk bilik tidur daripada fikir bende ni.
Share this novel