Setibanya mereka berdua di dal bilik, dengan tangkas Amanda mengunci pintu. Wajah suaminya dipandang.
"Kau memamg sengaja kan buat aku macam ni!" jerkah Amanda setelah nafasnya dapat dicuri semula. Riak wajah Amanda bengis dan penuh dengan kebencian.
"Apa yang abang buat dekat sayang?"
"Jangan nak bersayang-sayang dengan aku lah! Lelaki hipokrit macam kau ni masih lagi kan kau nak main lakonan kau dengan aku!" bentak Amanda.
Tanpa sedar air matanya tumpah jua. Darris mula merasa kasihan terhadap isterinya. Inilah wanita yang dia cari selama ini. Sungguh dia merindukan isterinya yang dulu. Nuhayra Amanda yang sekarang sudah berubah berbanding yang dulu.
"Maafkan abang, Ayra. Abang merayu jangan tinggalkan abang lagi..." rayu Darris. Air matanya juga gugur.
" Kau ingat kau menangis dengan air mata palsu kau ni boleh buat aku percaya ke? Aku kenal kau lah Darris. Jantan murahan macam kau ni memang menyusahkan hidup aku dari dulu lagi! Kenapa lelaki macam kau ni tak mati je hah!" marah Amanda membuak-buak.
" Abang rindukan Ayra. Ayra tak rindukan abang ke? "
" Eiii! Stres lah aku cakap dengn lelaki sampah macam kau ni! " wajahnya diraup kasar kemudian dia merebahkan tubuhnya di atas katil. Mahu tidur agar hatinya tidak semakin sakit daripada menghadap wajah suaminya.
Kalau semalam merupakan hari-hari yang murung bagi Darris Anaqeef namun setelah bertemu semula isteri tercintanya, hatinya berbunga riang apatah lagi setelah mereka diijabkabulkan semula.
" Kenapa Ayra tak keluar tadi? "
Darris melabuhkan punggungnya di atas tilam sambil memandang wajah Amanda yang sedang leka bermain telefon bimbit.
Wajah suaminya dipandang sekilas.
" Saja malas. "
" Mana boleh macam tu. Tadi saudara abang tanyakan Ayra. Kita ni nak eratkan silahturahim."
" Eratkan silahturahim? Aku tak salah dengar ke? Setan mana sampuk kau ni? "
" Abang nak Ayra yang dulu yang pernah cintakan abang sebelum ni. "
" Tak kuasa aku nak buat benda tu. Ingat aku kahwin dengan aku sebab satu juta tu. Kalau tak, tengok muka kau ni pun aku tak ingin lah! " cebik Nuhayra.
" Macam mana pun Ayra masih isteri abang. Ini kali kedua perkahwinan kita. Kita pernah kahwin dulu. Tapi... " ayatnya terhenti. Amanda terus mencelah.
" Perkahwinan atas dasar paksaan. Dan aku sedar aku ni siapa dalam hidup kau. " tutur Nuhayra.
Jika tidak kerana perbuatan bodoh dulu yang dibuatnya agar dapat mengikat lelaki itu, sudah oasti Amanda tidak membenci lelaki seteruk itu. Kerana satu kesilapan pernah terbuat, perasaannya bencinya makin berubah.
" Abang cintakan Ayra. "
Entah mengapa pengakuan yang tiba-tiba daripada Darris membuatkan Amanda terkedu. Ungkapan cinta daripada bibir itu kedengaran mempesonakan. Kata-katanya mati untuk terus menghina suaminya.
" Kenapa kau cintakan aku? " wajah Darris tidak dipandang.
" Kenapa baru sekarang aku dengar perkataan tu keluar dari mulut kau tadi. Kenapa bukan dari dulu lagi? "
" Abang selalu tunggu Ayra dari dulu lagi. Abang selalu berharap semoga Allah temukan kita semula. Abang sangat yakin yang satu hari nanti abang akan bersatu dengan Ayra. "
" Kau saah jatuh cinta dengan orang, Darris. Aku tak nak hati kau terluka. "
" Semua orang pernah terluka, sayang. "
" Cukuplah Darris. Aku tak nak cakap apa-apa lagi dengan kau. Aku harap bila esok hari aku bangun, semua ni cuma mimpi. " keluhan dilepaskan, suaranya tidak setegang tadi.
Darris faham dengan kehendak isterinya. Lagipun dia tidak mahu memaksa Amanda buat masa ini.
Isterinya perlukan masa untuk sedar dengan keikhlasan cintanya. Pungung diangkat dan bantal diletakkan atas sofa yang terletak berhampiran tingkap.
" Kau nak tidur mana pula tu? " suara Amanda menghentikan langkah Darris.
" Tidurlah. "
" Buat apa tidur sana? Boleh je kan tidur dengan aku. "
" Boleh ke tidur dengan sayang? " senyuman Darris makin lebar.
" Bolehlah, kenapa pula tak boleh. Dah kau tu suami aku, tidur jelah dengan aku. Ke kau masih jijik tidur sekatil dengan aku, Darris? " wajah Darris direnung.
" Ish tak lah. Abang cuma takut Ayra tak selesa. Bukan maksud abang... " belum sempat ayat dihabiskan, Amanda memotong.
" Okey. " balas Amanda ringkas.
Selimut ditarik menyebulungi seluruh tubuhnya tanda perbualan mesti dihentikan. Lagipun, dia tidak selesa tatkala dengan lelaki itu dalam keadaan berdua-duaan di dalam bilik apatah lagi di atas katil.
Segalanya akan terlerai
Share this novel