Hari sudah gelap. Ed tiba di sebuah alur sungai. 200 meter di luar alur sungai itu ada sebuah pondok dimana dia bina untuknya berehat ketika memancing disitu. Dia melepaskan tali perahu lalu mendayung ke tengah laut.
Saat dia tiba, pondok itu gelap. Hanya sebiji lampu mentol yang berada di pangkin sahaja yang dibiarkan menyala, itupun sudah malap kerana baterinya sudah mahu habis.
Ed turun dari perahu lalu mengikat tali perahunya kemas pada pelantar. Dia membuka kunci pedal lalu melangkah masuk. Dalam pondok itu gelap gelita. Ed menghidupkan generator, lalu lampu ruang hadapan menyala.
Dia meletakkan barangan dapur yang dibelinya di dapur. Kemudian, pandangannya terarah pada pintu bilik yang berkunci. Sepi.
Sewaktu pintu dibuka, dari samar biasan lampu yang menyala di ruang hadapan, dia dapat melihat susuk tubuh Fea yang terlangkup di atas lantai.
**
Fea tersedar.
"Arkh" kepalanya berdenyut. Kawasan sekitarnya terasa berpusing dan lebih membuatkan kepalanya semakin sakit. Fea menyentuh kepalanya perlahan.
"Tak payah nak berlakon. Aku takkan termakan dengan lakonan palsu kau lagi" suara seorang lelaki yang datang menghampiri katil Fea sambil ditangannya ada sedulang makanan.
Penglihatan Fea masih kabur. Tubuhnya lemah dan tidak berdaya mungkin kerana dia belum makan atau minum sejak semalam. Dan sekarang, mungkin hari sudah hampir pagi.
"Makan." Ed meletakkan dulang di atas meja kecil yang berada disisi meja.
"Aku tak mahu nanti ada mayat mereput dalam pondok buruk aku ni"
Hati Fea luluh saat mendengar kata-kata kasar dari Ed.
Fea sangat lapar. Tapi melihat sikap dan layanan Ed terhadapnya, membuatkan seleranya mati.
"Saya tak lapar" suara Fea lemah. Tekaknya terasa kering yang teramat sangat.
Wajah Ed merah padam.
Prang!
Ed menepis kasar dulang berisi makanan itu sehingga jatuh dan bertaburan di lantai.
Fea tersentak dan menangis ketakutan. Fea pasrah. Andai ini merupakan hari terakhirnya melihat dunia ini, dia terima dengan hati yang pasrah.
Ed meluru keluar lalu menghempas pintu bilik dan menguncinya dari luar.
Fea duduk sambil menekuk lutut, menangis. Dia tidak menyangka hidupnya akan berakhir begini.
"Papa" tangis Fea.
**
Seorang lelaki tiba di Lapangan terbang Dublin. Dia menahan teksi lalu menunjukkan lokasi dimana Fea berada.
Fiona yang sibuk memasak sebelum menunggu kedainya dibuka, berjalan ke arah pintu saat pintu rumahnya diketuk seseorang.
Pintu terkuak.
"Maaf, kedai belum dibu..." kata-kata Fiona mati disitu saat melihat susuk tampan seorang lelaki yang kemas mengenakan sut hitam ditubuhnya.
"Taylor" tuturnya perlahan. Fiona menelan ludahnya kasar.
**
Riak wajah Fiona berubah saat mengetahui Fea belum tiba di New York sejak semalam. Mustahil! Fea keluar dari rumahnya sejak dua malam lepas. Kemana dia pergi. Yang paling membuatnya resah, Fea gagal dihubungi.
"Apa sebenarnya yang telah berlaku?" Taylor yang sebelum ini terkenal dengan sikap sabar dan hormat terhadap wanita, kini berubah hanya kerana kehilangan Fea.
Dari awal lagi dia berasa tidak sedap hati saat Rey menyatakan yang anaknya itu gagal dihubungi. Dia juga tahu, Fea sekarang sedang menguruskan sebuah projek yang pernah diuruskan oleh Drake. Dia mula risau fikirkan jikalau ada perkara buruk yang berlaku kepada Fea.
Beberapa hari lalu, dia ada menerima email dari Fea kerana Fea ada menghantar salinan proposal projek yang mahu diusahakan disini. Dia juga sudah tunjukkan semua itu kepada Rey dan Rey juga nampaknya bersetuju dan menerima apa juga keputusan anaknya jika itu dapat memberikan keuntungan kepada mereka.
"Sebenarnya, semua ini salah saya." Fiona mula membuka mulut.
Melihat renungan tajam Taylor terhadapnya, Fiona lantas tunduk. Dia tidak berani memandang wajah Taylor.
"Kalau saya tak usir dia malam tu..."
Rahang Taylor mengeras. Dia sedaya upaya cuba menahan rasa marahnya.
"Usir? Awak usir dia? Awak usir sahabat baik awak sendiri!?" suara Taylor mendadak tinggi.
Taylor tidak percaya dengan apa yang baru saja dia dengar.
"Saya tak boleh kawal rasa marah bila dapat tahu tujuan Fea ke sini sebenarnya mahu merampas Kana Hotel dari Atuk Eldon."
Dahi Taylor berkerut sebelum tersengih dan mengeluh. Sabarnya sudah capai tahap maksimum.
Bammm!!
Fiona tersentak saat Taylor menghentak meja sehingga tangannya memar.
"Apa awak cakap, rampas!?" Taylor memasang senyuman sinis.
"Awak ada tanya Fea tak mengenai rancangannya? Bagaimana cara dia mahu menguruskannya? Apa sebenarnya yang Fea mahu lakukan pada Kana Hotel? Awak ada tanya dia tentang semua ni?" Fiona mendongak. Dia tidak mengerti maksud kata-kata Taylor.
"Awak tak pernah tanya Fea. Benar sekali jangkaan saya." Taylor bangun. Dia kesal dengan Fiona. Taylor meraup wajahnya berkali-kali.
"Patut ke awak ini layak dianggap sebagai teman baik Fea?" sindir Taylor. Dia betul-betul kecewa dengan sikap Fiona.
Fiona rasa tersindir.
"Awak sepatutnya lebih mengenali Fea, percayakannya dan dengar penjelasannya dulu. Tapi disebabkan abangnya Drake yang pernah datang ke sini dan mahu robohkan Kana Hotel, awak tuduh Fea sama seperti abangnya. Manusia macam apa awak ni, hah!?" tempik Taylor.
Fiona menangis. Apa yang dikatakan Taylor, banyak benarnya. Dia mula menyesal dengan apa yang telah dia katakan pada Fea.
"Fea terlalu mengambil berat hal orang sekelilingnya berbanding memikirkan tentang dirinya sendiri. Dia suka lihat orang sekelilingnya bahagia dan gembira. Tapi, kerana sikapnya yang terlalu baik hati itulah mudah untuk orang lain ambil kesempatan, buat ramai orang iri dan mahu menjatuhkannya. Macam sekarang inilah!"
Hati Fiona terasa seperti disiat-siat.
Dia akui, dia bersalah. Dia terlalu awal menghukum dan menghakimi Fea sebelum mendengar penjelasan teman baiknya itu terlebih dahulu.
"Fea" panggilnya sebak. Fiona menyesal.
"Ini" Taylor memegang proposal yang sebelum ini pernah dihantar oleh Fea kepadanya.
Pap! Taylor menghempaskan proposal portfolio graphics yang telah diolahnya serba sedikit semata-mata untuk dibawa kesini.
"Fea berusaha siapkan proposal ni dalam masa seminggu semata-mata mahu bantu naikkan Kana Hotel. Tapi tak sangka, niat baiknya disalah erti. Dia sebaliknya dihina dan diusir"
Airmata Fiona merembes laju. Dia membuka proposal tersebut. Fiona ternganga. Fiona tidak menyangka, Fea siapkan semua ni dalam masa yang singkat. Mungkin rakannya itu tidak cukup tidur semata-mata mahu siapkan kerjanya.
**
Ed pulang ke hotel. Sebaik sahaja tiba, handfonenya berdering.
"Ada apa kau cari aku, Fi?" tanya Ed sambil melangkah panjang masuk ke lobby hotel.
"Kau ada dimana sekarang?" tanya Fiona di sebelah sana.
"Hotel" balas Ed.
"Kau tunggu situ. Lagi 5 minit aku sampai"
Fiona mematikan talian.
Ed hairan. Dia merenung handfonenya lama. Cara perbualan sepupunya itu, nampak begitu serius.
**
Fiona dan Taylor tiba. Dari jauh, dia sudah lihat susuk Ed yang sedang duduk di ruangan santai yang terletak di taman yang berada di sisi hotel.
Waktu itu, Ed sedang menikmati kopi panas sambil menunggu kedatangan mereka.
"Ed" panggil Fiona.
Ed menoleh. Pandangannya kemudian tertumpu pada susuk seorang lelaki yang berjalan di sebelah Fiona. Dahinya berkerut. Siapa? Dia belum pernah melihat lelaki ini. Mungkin dia bukan penduduk disini. Penampilannya kemas, bersut hitam lengkap dan berkasut. Wajahnya juga seperti darah kacukkan Korea.
"Ed kenalkan, Taylor. Pembantu peribadi kepada papa Fea." mendengar nama Fea dipetik, raut wajah Ed serta merta berubah tegang.
"Buat apa kau bawa dia kesini? Kau sendiri tahu, aku dan atuk takkan biar mereka ini robohkan hotel ni!" bentak Ed yang sudah hilang kawalan.
"Ed, kau dengar dulu apa yang aku nak cakapkan ni boleh tak?" bentak Fiona geram.
Ed terdiam. Fiona, sepupunya itu sudah berani tinggi suara dengannya semata-mata untuk membela manusia seperti mereka ini?
"Dua malam lepas, Fea keluar dari rumah aku dengan membawa beg bagasinya sekali. Seperti yang aku katakan pada kau malam tu, Fea dah balik." Ed mendongak memandang Fiona yang masih berdiri dihadapannya.
"Tapi, sampai sekarang Fea belum tiba di New York. Kami juga gagal menghubunginya."
Ed cuba berlagak tenang.
"Dan tujuan kedatagan aku ke sini sebenarnya, aku nak kau lihat ni"
Fiona mencampakkan proposal di atas meja, di hadapan Ed.
"Apa ni?" tanya Ed hairan.
"Proposal" jawab Fiona sepatah.
"Aku tahu ini proposal. Untuk apa semua ni?" soal Ed. Padahal dia sudah dapat mengagak isi kandungannya.
"Aku nak kau buka dan teliti baik-baik" arah Fiona sambil berpeluk tubuh.
Ed mencapainya lalu membuka. Helaian demi helaian dibuka dan dilihatnya. Raut wajahnya berubah. Riaksi wajahnya nampak terkejut dan tidak percaya. Dia mendongak memandang Fiona dan Taylor.
"Ini..." Ed mati ayat.
"Kana Hotel yang telah dimodenkan. Luarannya dikekalkan kerana keunikkan bangunannya. Tapi bahagian dalamnya dimasukkan unsur moden dan kontemporari. Ini semua hasil kerja Fea."
Ed tercengang.
"Dia tidak ada niat mahu robohkan atau merampas Kana Hotel ni. Katanya, sayang jika dimusnahkan. Hotel ini mempunyai sentimental value yang tersendiri. Jadi, dia berhasrat mahu melabur bersama Kana Hotel."
Bola mata Ed merah dan berair. Dia menelan ludahnya kasar.
'Apa yang sudah aku lakukan?' Ed meraup wajahnya kasar.
Ed bergegas ke arah keretanya dan memandu pergi.
"Ed, kau nak pergi mana tu!?" jerit Fiona hairan. Dia belum habis bercakap lagi dengan sepupunya, lelaki itu sudah angkat kaki dan pergi.
Fiona dan Taylor berpandangan.
**
Ed tiba di pondok yang terapung di permukaan laut. Dia bergegas melompat ke atas lalu membuka kunci pintu.
"Argh!" radangnya disaat sekali lagi dia harus membuka pedal kunci pada pintu bilik Fea dikurung.
Pintu terbuka dan dia dapat melihat sekujur tubuh seorang wanita terbaring di atas lantai.
"Fea!" Ed bergegas berlari mendapatkan Fea yang separuh sedar. Tubuh Fea diangkat lalu dipangkunya.
Fea kelihatan sangat lemah dan tidak bermaya. Ed menangis. Dia tidak berhenti menyalahkan dirinya dalam hal ini.
"Apa yang kau dah buat ni Ed!" dia menempik dan meraung kepada dirinya sendiri.
"Ed" panggil Fea lemah. Dirinya begitu lemah sehinggakan matanya saja dia sudah tidak berdaya untuk membukanya. Bibirnya bergerak perlahan sambil memanggil nama lelaki itu.
"Syhh.. Maafkan aku, sayang" luah Ed menyesal dengan perbuatannya.
Ed mengendong tubuh Fea lalu di bawa naik ke dalam perahu dengan berhati-hati. Dia harus membawa Fea ke hospital dengan segera. Tubuh wanita ini sudah dihidrasi kerana tidak minum dan menjamah makanan sudah hampir 3 hari.
Sebaik sahaja tiba dihospital, Fea dibawa ke ruang kecemasan.
"Tolong isteri saya doktor. Tubuhnya lemah kerana dia tidak mahu makan atau minum sudah hampir 3 hari" bohong Ed. Dia tidak mahu doktor fikir yang bukan-bukan tentang dirinya.
"Baiklah. Encik tunggu disini" pinta doktor wanita itu lantas masuk ke dalam bilik kecemasan.
Tubuh Fea diperiksa. Tekanan darahnya sangat rendah. Detak jantungnya laju dan ritma pernafasannya cepat.
Doktor terpaksa memberi bantuan pernafasan kepadanya dan tubuhnya juga harus di infuse. Air di dalam tubuhnya berkurang dan ini boleh menyebabkan tubuh badannya dihidrasi pada tahap kronik. Berkemungkinan Fea tidak sedarkan diri dan ini boleh membawa maut.
Ed menunggu Fea diluar bilik kecemasan dalam keadaan resah.
Bersambung..
Kelalaian hanya akan menyebabkan sebuah penyesalan di hari esok karena waktu yang telah berlalu tidak boleh diputar kembali.
Share this novel