BAB 2 : HMPH!

Humor Series 106134

Ni yang aku tak berapa nak suka ni! Aku tahulah aku bukan orang berada, banyak duit dan tak setaraf dengan taraf kewangan si Amril tu tapi, takkan nak confirmkan appointment pun tak boleh? Aku dah tunggu dari semalam lagi, duh! Paksalah aku tunjukkan muka kat dalam pejabat hari ni. Nampak sangat takde progress. Aku keluh berat seraya mencapai smartphone aku. Pandai je aku gelarkan dia ‘si Amril’, macam dah berkawan baik sejak dari kecil. Suka hati aku.

“worldtravel.com. Apa boleh kami bantu?” kata suara di hujung talian. Pastinya bukan suara Alwa, receptionist semalam yang asyik senyum dan kata akan call aku semula. Hmph! Tipu! Mentang-mentanglah aku bukan siapa-siapa...

“Aku, Nur Arisa Binti Mohd Farouq. Semalam, aku ada datang kat sana untuk buat appointment dengan Encik Amril. Alwa, receptionist semalam cakap Encik Amril available pada pukul sepuluh dan akan call aku semula untuk buat confirmation appointment. Tapi sekarang, dia masih belum call walaupun lima belas minit lagi nak masuk pukul sepuluh. Aku nak buat appointment dengan Encik Amril jugak hari ni” aku berterus terang. Dilembutkan suara aku sebaik mungkin. Nanti tak pasal-pasal termengamuk pulak dengan orang yang tak bersalah. Kesian.

“Hurm, cik nak buat appointment dengan Encik Amril untuk apa, ye?” ni lagi satu hal. Karang aku bagitahu aku journalist dari majalah Jutawan nak kaji dia hari-hari dan duduk dengan dia sepanjang masa, memang kena samanlah syarikat tempat aku kerja ni. Tapi receptionist ni lebih baik dari Alwa semalam tu sebab dia tak gunakan puan. Hmm, aku suka! “Nak bincang untuk private tour, ke?” waktu otak aku masih ligat nak cari jawapan terbaik, dia dah jawab sendiri.

“Err, ye?” jawabku ragu-ragu.

“Oh, kalau macam tu, kami boleh perkenalkan dengan mana-mana agent kami ikut negara mana yang cik ingin pergi. Encik Amril sangat busy, dia sekarang ni hanya urus hal-hal syarikat dan urusan korporat aje. Dia tak bawa tour lagi” aku cebik bibir. Kalaulah receptionist ni kat depan aku sekarang, aku dah bagi dia pandangan yang dia takkan lupakan untuk selama-lamanya. Siapa tak tahu info kecil macam tu? Mestilah si Amril tu sibuk, dia kan pemilik merangkap CEO worldtravel.com tu. Hish! Macam nak ketuk je kepala perempuan ni tau? Aku nak si Amril tu, bukannya aku nak ‘mana-mana agen’ kau!

Takpelah, kiranya aku dah kena mula watak sebenar aku.

“Tak, tak, tak. Aku ni seorang researcher dan sedang lakukan research pasal trait dan personaliti Millionaire. Fortunately, Encik Amril salah seorang Millionaire tersebut. Jadi, aku kena berjumpa dengan Encik Amril in person untuk jayakan kajian aku ni”

“Oh, ye ke? Urm, aku kena tanya dengan atasan dulu. Boleh cik call semula dalam masa lima minit?” okeh, aku hampir berjaya dipertemukan dengan Mr. Millionaire ni.

“Okey, lima minit” balasku laju. Oleh kerana diorang malas nak call aku jadi, aku yang akan call diorang semula. Lima minit! Hanya tu je masa yang aku hadkan. Tut, talian dimatikan. Ni lah nasib orang yang tak dipandang orang lain. Kalau aku ni orang kaya, barulah diorang akan pandang. Mungkin, kan? Hesh!

Aduh, lapar pulak perut aku ni. Nak tak nak, kena jugak berjalan ke pantry untuk bancuh secawan Milo. Aku tak minum coffee. Teh dan Milo je sebab dah jelas sangat ‘minum Milo anda jadi sihat dan kuat!’ kan?

“Eh, masih kat sini? Ingatkan dah mulakan siasatan” terserempak pulak dengn Miss Zaara waktu berjalan ke pantry tu. Mesti dia kata aku tak usaha. Ni yang aku agak malas ni.

“Baru nak jumpa ni, Miss” aku sengih.

“Bukan aku dah bagi business card dia, ke?” dia sengaja kerutkan dahi dia. Naklah tu aku terasa hingga ke ulu hati.

“Dah, tapi biasalah Millionaire ni busy memanjang, mana nak jumpa rakyat Marhaen macam aku ni”

“Tau takpe, usahakan lagi. Bulan depan, kulit muka depan majalah mesti muka dia” dia sekali lagi mengingatkan. Macamlah aku dapat lupa benda tu.

“Yes! Miss jangan marah-marah nanti cepat tua...” aku berseloroh, dia juih bibir.

“Kau nak cakap aku andalusia ke?” eh, terasa ke dia? Miss Zaara ni walaupun cantik, berkerjaya dan mantap, dia masih single sampai sekarang. Umur dia dah tiga puluh dua, aku pulak dua puluh tujuh. Takut pulak aku kalau jadi macam dia, terlampau pentingkan kerjaya hingga tak pandang sisi lain dalam kehidupan.

“Mana ada, Miss. Sama je kita berdua ni...” aku sengih lagi. Malaslah aku kalau dia terasa. Tak pasal-pasal famous pulak kami berdua dalam syarikat sebab berlakunya adegan tarik-menarik shawl. Ada je orang yang akan tertarik nak tangkap video dan viralkan dalam web syarikat, kan? “Miss nak apa-apa ke? Aku nak bancuh air untuk aku ni...” aku sengih. Pandai aku ambil hati dia, kan? Aku nak lari dari tajuk andalusia tu sebenarnya...

“Hurm, boleh jugak. Caffe Macchiato” dia senyum mengejek.

“Caffe Macchiato?” hampir terjerit aku dengan permintaan dia tu. Rasa menyesal pulak volunteerkan diri nak bancuh air untuk dia.

“Hurm... ada jual kat cafe bawah tu, kan?” hmph! Dia sengaja nak kenakan aku. Nak balas dendam dengan seloroh aku tadi. Aku tau!

“Ada ke?” aku buat-buat bodoh. Aku ni manalah minum coffee dan apa-apa yang seangkatan dengannya tu. Sebab tulah aku jarang sangat masuk cafe. Haihla, aku ni tempah kesusahan untuk diri sendiri. Padan muka!

“Hmmm, belikan satu untuk aku” dia terus langkah tinggalkan aku.

“Oh ya, dengan Chocolate Moist cake sepotong. Thank you” dia pusing semula. Belum sempat aku nak bantah, dia dah melangkah semula.

‘Miss Zaara! Kalau ya pun, bagilah duit sikit. Takkan nak pakai duit aku, kot?’ namun, kata-kata itu tak mampu keluar dari dalam kerongkong aku ni. Tak jadi nak bancuh Milo untuk diri sendiri. Dengan langkah longlai, aku kembali semula ke meja. Dalam kepala asyik membuat perkiraan baki duit dalam tangan dan amaun balance dalam bank. Nasib baik gaji masuk dalam dua hari lagi kalau tak, memang ikat perut tak makanlah aku. Sedih. Aku capai beg tangan dan telefon, nak turun bawah belikan Miss Zaara secawan Caffe Macchiato dan sepotong Chocolate Moist. Dalam hati nak minta refund kat dia.

“Milo ais ada tak?” aku soal budak perempuan tu. Nak cuba nasib. Kot-kot ada walaupun kebarangkaliannya sangat tipis. Setahu aku, takde cafe yang jual Milo ais lagi kat dunia ni. Kenapa diorang tak jual? Tu kan sebahagian dari beverages. Banyak jugak manusia kat muka bumi ni yang tak minum coffee macam aku jadi patutlah jual benda tu sekali dalam cafe macam ni.

Budak perempuan dalam lingkungan umur lapan belas tahun tu tergelak kecil. Sedang tunggu keputusan SPM sambil jana pendapatan kot? Aku dulu tak sempat nak kerja walaupun keinginan tu ada sebab kena masuk PLKN. Bestilah jugak sebelum dibandingkan dengan pengorbanan kulit aku yang putih jadi hitam terbakar. Mesti budak perempuan ni gelakkan aku. Dikatakan aku ni kolot sangat.

Baiklah adik. Akak ni memang agak kolot. Puas hati?

“Sini takde jual Milo ais, kak. Kalau akak nak Milo ais, boleh pergi KFC” katanya. Hampeh! Sempat kenakan aku! Fine...

“Baiklah. Nanti akak singgah sana” takde dalam rancangan sebenarnya. Tiba-tiba, telefon aku berbunyi. Ni barulah dikatakan bukan janji Melayu sebab syarikat tu sedang call aku. Tunggu aku nak jawab call diorang atau tak. Lupa pulak nak call diorang bila Miss Zaara dah minta tolong belikan dia dua benda ni. Eh, minta tolong ke dibuli ni?

“Assalamualaikum” sapaku.

“Waalaikumsalam. Cik Arisa, kan?” receptionist yang sama yang sambut call aku tadi.

“Ye...” aku dah berdebar-debar. Macam menunggu keputusan hidup dan mati.

“Encik Amril available pukul sepuluh ni. Boleh datang secepat mungkin tak?” aku kerling jam yang disangkut baik kat tengah-tengah cafe tu. Gila! Sekarang dah pukul sembilan lima puluh lima. Mustahil aku dapat sampai kat syarikat tu dalam masa lima minit! Nak drive dah ambil masa sepuluh minit, tu pun kalau aku speed macam Michael Schumacher. Kalau dah terkena traffic jam lagi? Hish! Diorang ni sengaja tak nak bagi aku jumpa dengan Mr. Millionaire tu ke? Ada aje halangan.

Ya Allah, permudahkanlah ya Allah...

Aku sedang cari rezeki halal untuk diriku, kedua ibu bapa dan adik-beradikku ni, ya Allah...

“Aku datang dalam masa lima belas minit, boleh? Teruk jammed ni” aku cuba bernegosiasi. Diam. Receptionist tu dah diam tapi aku dapat tangkap dia sebenarnya berbisik-bisik, mungkin dengan rakan sebelah dia.

“Err, okey”

“Okey, thank you so much!” aku terus bayar dan menyambar dua benda yang aku dah pesan tu. Aku dah bejalan macam berlari, sprint habis! Dengan beban beg sandang juga dengan beg plastik minuman dan makanan tu, aku cari nombor Miss Zaara. Dapat!

“Miss!” teriak aku.

“Hah, kenapa?” nasib baik dia sambut.

“Sorry. Tak dapat naik ke ofis semula. Kena berkejar ke worldtravel.com”

“Hah? Aku lapar ni. Dah kamu yang offer diri tadi, kecur liur aku” kesian pulak.

“Sorry, miss. Memang tak boleh! Aku ada lima belas minit je nak ke sana. Kena speed ni. Miss suruhlah siapa-siapa je yang ada kat sana tolong miss beli benda yang sama” aku dengar dia keluh berat.

“Baiklah, fine”

“Okey, miss. See you when I see you” aku senyum.

“Hmmm...” dia jawab lemah. Aku matikan talian dan berlari dapatkan kereta aku. Erk, benda ni siapa yang nak makan? Urgh, whatever...

“OH, researcher..” dia angguk-angguk. Syukur, selamat jugak aku sampai kat syarikat dia ni walaupun lewat sepuluh minit dari masa yang aku dah tetapkan sendiri. Aku dah cuba sedaya upaya untuk tepati masa tapi tetap jugak lewat sepuluh minit. Dah tergesa-gesa tu, aku masuk lobi syarikat dan terus tanya dengan receptionists yang ada kat sana. Barulah aku tahu yang sambut call dan hubungi aku semula tu namanya Tasya Hanim. Nama penuh dia letak kat tag nama, ya?

Dan sekarang ni, aku sedang duduk berduaan dengan Mr. Millionaire yang pada aku dia ni agak tinggi jugak. Sebab kenapa? Sebab tinggi aku dah seratus enam puluh dua sentimeter dan bila berdiri berdepan dia pulak, aku hanya cecah telinga dia. Hampir tak cecah pun. Style sangat Millionaire ni, mungkin ada penasihat fesyen di sebalik kekemasan dia. Rambut disikat rapi ala-ala rambut David Beckham, orang putih kata, The Quiff style. Pastu baju dia kemas je; dark black suit dipadankan dengan tali leher biru yang juga agak gelap. Disempurnakan dengan jam tangan Rolex berwarna hitam pada pergelangan kanan dia. Hensem!

Eh, aku cakap hensem ke?

“Ye, aku researcher...” kataku lagi dengan yakin. Aku mesti nampak yakin sebab dia pun nampak sangat yakin. Aku tak bolehlah nampak ragu-ragu nanti dia ragu-ragu jugak nak izinkan aku buat research kat diri dia. Law of Attraction, kata Lisa Nichols dalam filem The Secret. Katanya; every time you look inside your mail expecting to see a bill, guess what? It'll be there. Each day you go out dreading the bill, you're never expecting anything great, you're thinking about debt, you're expecting debt. So debt must show up, it showed up, because the law of attraction is always being obedient to your thought. Kesimpulannya, aku kenalah tarik dia untuk yakin kat aku walaupun contoh yang aku bagi ni pasal hutang. Kira samalah tu. Senang je sebenarnya nak laksanakan Law of Attraction ni. Aku hanya perlu fikir benda yang positif sahaja.

“Banyak lagi Millionaire dalam Malaysia ni, kenapa aku?” tanya dia. Okeh, aku dah fikir mesti dia akan tanya benda ni. Aku betulkan duduk aku. Nak nampak tenang dan rileks. Aku perlu nampak yakin, tenang dan rileks.

“Dah ramai ke orang yang kenal encik sebagai Millionaire?” aku soal dia. Dia mesti masuk jerat aku punya.

“Erm, kiranya belum” dia sendiri pun tak pasti. Aku pasti mestilah orang belum kenal dia sebab dia baru lagi. Banyak lagi wartawan, jurnalis, blogger, kepochi dan pemberita kat luar sana yang belum tahu dia Millionaire. Tunggu aku keluarkan artikel pasal kau dulu untuk jadi terkenal ya, Mr. Millionaire. Aku bisik dalam hati.

“Memang banyak lagi Millionaire dalam Malaysia ni selain encik, tapi aku pilih encik sebab encik baru diisytiharkan sebagai Millionaire minggu lalu. Orang belum kenal encik lagi sebab encik baru muncul. Lebih senang buat kajian tentang diri encik sebab takdelah nanti orang akan cam encik ke mana-mana encik pergi, kan?” dia tarikan jari-jemari dia pada armchair tu, buat aku rasa tak sedap hati. Aku tak dapat yakinkan dia, ke?

“Ye ke?” soalnya pulak. Peluh dah merintih kat dahi aku.

“Aku ni always busy. Macam mana kamu nak kaji pasal trait, sikap dan personaliti aku macam tu?” dia soal lagi.

“Macam aku kata tadi, aku ni seorang pengkaji. Dan kalau dah pengkaji tu, kenalah duduk dengan encik dua puluh empat jam. Tengok apa yang encik buat. Perhati apa yang encik lakukan. Cuba selami apa yang encik fikirkan. Dan usaha untuk tengok pendekatan dan tindakan encik terhadap satu-satu masalah yang timbul. Aku banyak masa, jangan risau. Aku boleh ikut encik ke mana sahaja encik pergi” aku berkata dengan yakin sekali lagi. Harap-harap kali ni dia termakanlah dengan jerat aku. Aku ni macam kena interview pulak. Bukan aku yang patut interview dia ke? Dah terbalik dah ni!

“Duduk dengan aku dua puluh empat jam? Kamu nak tinggal serumah, satu bumbung dengan aku ke?” erk! Kat situ pulak dia ni.

“Taklah sampai tahap macam tu sekali. Haramlah nak duduk serumah dengan encik, kan? Aku duduk rumah aku, encik duduk rumah encik tapi aku akan ikut encik ke mana-mana encik pergi untuk dapatkan hasil kajian aku ni. Selain rumah” hish, cepatlah habis interview ni. Aku yang patut interview dia. Bukan dia yang interview aku! Aku menggerutu panjang lebar dalam hati.

“Macam mana kalau aku tak nak? Aku tak sukalah benda-benda macam ni” erk... Macam nak terjerut leher aku dengar dia cakap macam tu.

“Encik kena nak jugak” meluncur laju ayat tu keluar dari mulut aku. Aku tak sedar.

“Kenapa pulak? Kita hidup dalam negara yang demokrasi sangat, kan? Aku bebas pilih apa aku nak. Macam kau jugak”

‘Sebab encik kena tolong aku dapatkan promotion dan kenaikan gaji...’ nak je aku cakap benda tu kat dia. Oh please, apa aku nak jawab ni? Kesianlah kat aku...

“Banyak lagi Millioanire lain yang kamu boleh kaji. Aku ada beberapa kenalan kalau kamu nak contact diorang. Dr. Azizan Osman, nak? Atau pun Irfan Khairi? Diorang lagi hebat dari aku. Pakar motivasi lagi. Confirm kalau kamu buat kajian pasal diorang, kamu pun akan jadi salah seorang dari diorang. Nak tak?” dia menyeluk saku suit dia. Mengeluarkan dompet Prada hitam dan mencari beberapa bisnes kad kenalan Millionaire dia tu. Pada penglihatan aku, dompet tu mesti original dan harga ribu riban. Tapi kalau dia beli kat tepi jalan je pun, orang tak kisah. Orang akan kata harga dia million sebab dia Millionaire, kan?

“Kalau encik nak bagi kad diorang tu kat aku, boleh, tapi aku nak jugak buat kajian kat encik”

“Kenapa macam terdesak sangat kamu ni?” soal dia serius dengan suara pemilik dan CEO syarikat worldtravel.com. Erm, dia memang pemilik dan CEO syarikat pun...

Oops! Ketara sangat ke?

“Tak, sebenarnya aku kagum dengan encik sejak dari mula encik mulakan bisnes pelancongan ni. Aku ikuti perkembangan encik dalam Fac dan laman website, encik. Jadi, aku sendiri yang buat keputusan nak kaji trait dan personaliti Millionaire dengan encik respondennya” huh! Aku dah tak tahu apa yang aku cakapkan ni. Aku baru tahu nama dia semalam melalui business card yang diberi oleh Miss Zaara tapi sekarang ni aku reka cerita pulak yang aku kagum kat dia? Memang cari nahas kau ni, Arisa.

Sebelum tidur semalam, aku sempatlah stalk official Fac dan laman website dia. Aku tak dapat jadi friend dia dalam Facebok sebab friendlist dia dah terlalu ramai. Jadi, aku hanya mampu jadi salah seorang dari beribu follower. Tu pun dah dikira baik sebab aku dah tahu perkembangan dia, sedari mula dia mulakan bisnes ni. Aku tahu bahawa dia mulakan bisnes pelancongan ni semasa melanjutkan pelajaran kat Korea Selatan sepuluh tahun yang lalu. Tengok tu, nak jadi Millionaire bukan sekejap, tau? Dia ambil masa sedekad untuk jadi Millionaire. Hebat dan penyabar dia ni!

Okeh, lesson learnt! Nak jadi Millionaire kenalah jadi penyabar.

“Jadi kamu stalker akulah ni?” dia senyum mengejek. Nipis je bibir dia senyum macam tu. Mengejek tahap gabanlah ni!

“Pemerhati dari jauh” aku betulkan dengan suara yang yakin. “Stalker tu macam takde kerja lain nak dibuat selain daripada duduk depan laptop kalau tak pun tak pernah lekang dari smartphone untuk stalk orang lain” dia gelak.

“Kamu ni patut jadi peguam. tau tak?”

“Aku tau...” aku senyum nipis.

“Tapi, sorry. Aku tak berkenan nak dikaji. Terima kasih atas tawaran, ye? Kalau nak pergi mana-mana negara boleh je contact nanti. Dan, kalau ada jodoh kita jumpa lagi” dah habis ke interiew kami ni? Aku tak dapat yakinkan dia untuk jadi responden aku ke? Oh my! Tak berkesan nampaknya Law of Attraction aku. Apa aku nak cakap kat Miss Zaara? Bagaimana dengan promotion dan kenaikan gaji aku? Oh, no! Tak, tak. Interview ni tak boleh tamat lagi. No!

‘Kalau ada jodoh kita jumpa lagi?’ Aku nak berjodoh dengan kau supaya aku dapat promotion dan kenaikan gaji! Aku akan buatkan kita berjodoh! Aku teriak dalam hati...

Amril berdiri, aku masih duduk. Macam menghalau aku keluar dari ofisnya pun ada.

“Kalau macam tu, aku keluarlah dulu, okey?” aku berkata lambat-lambat. Dia sedekah senyuman kat aku. Manis!

“Betul ke tak nak jadi responden aku?” aku soal lagi. Mungkin dia dah berubah fikiran sesaat masa berlalu. Dia geleng.

“Terima kasih atas tawaran. Mungkin aku akan terima pada masa akan datang”

“Aku dah tak buat kajian pada masa akan datang” laju je aku balas, dia gelak pulak.

“Kalau macam tu, kiranya kita memang tak berjodohlah...”

‘Tak, kita akan berjodoh! Aku akan pastikan perkara tu berlaku!’ janjiku dalam hati.

“Betul ni tak nak?” aku soal lagi. Perkataan malu dah tak ada dalam kamus hidup aku.

“Takpe, aku okey...” dia senyum je.

“Betul tak nak?” entahlah berapa kali aku nak soal dia dengan soalan yang sama. Dia nak cakap aku desperate ke apa ke, aku dah tak kisah dah.

“Tak nak!” suara dia tiba-tiba tegas. Ehe! Takut pulak aku. Baiklah, aku keluar dulu ye, Mr. Millionaire. Jangan marah-marah, pekerja tak perform dengan baik nanti. Aku sengih kat dia. Luaran, sengih. Dalaman, nangis!

“Assalamualaikum, aku keluar dulu...” aku keluar lambat-lambat. Mungkin ada kemungkinannya dia akan hentikan aku bila dia perasan aku sebenarnya terasa dengan tolakan dia yang agak mengejut tadi. Takdelah mengejut mana pun. Kalau dibandingkan dengan penolakan orang lain, penolakan dia ni kira beribu kali lebih baik. Aku pernah terima penolakan lebih teruk dari ni, berkali-kali. Sejak aku dah buat keputusan untuk menjadi journalist.

“Waalaikumsalam, cik Arisa” haru. Dia sebut nama aku tapi tak terima pun tawaran aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience