"Morning dhia, awalnya bangun." sapa Puan Aima kepada dhia dengan ceria.
"Morning, puan. Dhia ingat nak tolong buatkan sarapan sebelum balik rumah kakak. Tu yang dhia terus turun bawah." segan dhia rasa jika terus balik ke rumahnya tanpa menyediakan apa-apa nanti dianggap sombong tak kenang budi.
"Laaa dhia nak balik dah ke... Auntie tak sempat nak kenal dhia lagi jangan lah balik dulu yee dhia. Lagipun zarah ada tuisyen harini kesian auntie sorang takde kawan...dhia tak selesa tinggal sini ke..." sedih hati Puan Aima rasakan ketika ini.
Dhia mendekati Puan Aima dan menggenggam jemari Puan Aima. Puan Aima hanya membiarkan perbuatan dhia yang sedikit sebanyak mencuit hatinya.
"Puan jangan lah sedih macam ni. Bukan dhia tak selesa tinggal dekat sini cumanya mak dhia pernah pesan jangan susahkan orang lain. Lagipun semalam Puan dengan Dato' dah tumpangkan dhia berehat kat sini, bagi dhia makan lagi, ni baju pun zarah pinjamkan. Dhia taknak susahkan Puan sekeluarga lagi." Dengan lembut dhia memujuk Puan Aima.
Sedang mereka berdua melayani perasaan, tanpa disedari terdapat tiga lelaki yang mendengar perbualan mereka.
"It's okay dhia. Takde apa yang menyusahkan kami semua. Bukan kami tak kasi dhia balik cumanya... Keadaan sekarang tak berapa selamat untuk dhia." seloroh Dato' Hisham yang berjalan menuju ke meja makan keluarga tersebut.
"Haah betul tu dhia. Better you stay sini for a while." sambung zahir menuruti papanya ke meja makan.
"So dhia stay sini ehh??" soal Puan Aima kepada dhia.
"Duduk je sini temankan mama. Nanti your sister dah balik rumah baru awak boleh balik rumah. But not now." tegas sahaja arahan zafril kepada dhia yang masih terpinga-pinga.
"Errr... Tapi sa.."
"No more excuses dhia. I think better you think of your safety now." belum sempat dhia menghabiskan ayatnya laju sahaja zafril memotong.
"Okay kalau macam tu dhia tinggal lagi sehari je boleh ke?" tanya dhia ragu-ragu kepada Puan Aima.
"Boleh sayang. Tapi auntie taknak sehari. Auntie nak dua hari boleh kann..." rayu Puan Aima kepada dhia.
"Insyaallah boleh Puan." jawab dhia dengan senyuman.
"Haaa camni lah auntie suka. Dhia masak apa? Ada nak auntie tolong tak?" tanya Puan Aima sambil melirik ke arah kuali yang terisi sambal ikan bilis didalamnya.
Dhia kembali teringatkan sambalnya yang masih berada didalam kuali.
"Ehh dhia terlupa pulak. Harini dhia buat nasi lemak tapi simple je macam masakkan kampung. Hmm Puan duduk je dulu nanti dhia cedokkan." dengan lembut dhia mengarahkan Puan Aima untuk duduk bersama keluarganya di meja makan sebelum kembali melakukan tugasnya menyediakan sarapan buat keluarga itu.
Zahir yang perasan akan abangnya termenung melihat dhia menolak kasar bahu abangnya sambil tersengih.
"Haaa kau asal?" tanya zafril yang sedikit terkejut atas perbuatan adiknya.
"Kau suka dhia ehh?.. Uishhhh awal la kau ni long." suara perlahan zahir memenuhi meja keluarga tersebut. Dato' Hisham dan Puan Aima juga tersenyum melihat kerenah zafril yang sangat susah untuk memandang wanita.
"Apa kau ni." marah zafril dengan suara perlahan kepada zahir.
Dhia menuju ke meja makan yang dihuni keluarga tersebut dengan membawa semangkuk sambal ikan bilis buatannya.
"Jemput makan Dato' dan Puan sekeluarga. Ni nasi lemak resepi mak dhia tapi taktahu lah sedap ke tidak sebab bukan mak yang buat."
Tanpa melengahkan masa mereka sekeluarga mula menjamu sarapan nasi lemak dhia.
"Sedapnya dhia. Pandai dhia masak, nanti ajar auntie tau." puji Puan Aima kepada dhia yang tersenyum manis di sebelahnya.
*HALAMAN RUMAH KELUARGA DATO' HISHAM
"Dhia buat apa termenung kat luar ni?" tegur zafril kepada dhia yang duduk di bangku sambil termenung memandang kolam dihadapannya.
"Boss. Saja duduk dekat sini teringatkan mak kat kampung." senyum dhia sambil membalas zafril yang duduk di bangku sebelahnya.
"Ohh awak dah lama kan tak balik kampung?" soal zafril.
"Haah lebih kurang dua minggu lebih. Nak balik weekend time tu lah kak nia busy. Kalau dia tak busy, saya pulak yang busy."
Seketika keadaan menjadi sepi. Dhia yang perasan akan itu mula mencari idea untuk hilangkan kejanggalan.
"Boss, boleh saya tanya something?" soal dhia memulakan perbualan.
"Boleh, what is it?" soal zafril sambil memandang wajah dhia.
"Boss takde girlfriend ke? Saya bukan apa, saya just pelik. Biasanya dalam novel mesti ada je perempuan gedik datang office boyfriend dia. Nak nak boyfriend dia kaya haa macam boss ni. Takde ke?" maklumlah dhia ni kaki novel so banyak terpengaruh sikit otak dia ni.
"Takde." selamba jawapan diberikan zafril sambil memandang ke arah kolam renang di hadapannya.
"Takde?!?! Serius lah ke boss tipu saya ni..." pelik dhia memandang zafril takkan lah rupa elok kaya macam ni pun takde girlfriend.
"Yes dhia adlina. Saya dapat apa menipu awak haa. Itu ke something yang awak nak tanyakan wahai dhia?" soal zafril yang masih pandangannya menghala ke arah kolam renang.
"Errr... Sorry boss saya bukan nak jaga tepi kain orang tapi pelik boss rupa macam ni takde girlfriend. Okay takpe kita lupakan heheh..." sengih dhia sambil membetulkan tudung sarung pinjaman zarah kepadanya.
"Ehem.. Mama nak pinjam dhia kejap." laju Puan Aima berkata sambil memandang zafril.
"Ohh okay ambil je lah mama." selamba zaf berkata sebelum mengangkat kaki menuju ke biliknya.
"Dhia, jom teman auntie." bisik Puan Aima kepada dhia.
"Teman? Pergi mana untie?" tanya dhia.
"Girls outing." teruja Puan Aima.
"Wahhh sekarang ke? Okay kejap tau auntie dhia ambil bag." belum sempat dhia melangkah jauh, Puan Aima menyentuh bahunya.
"Baju auntie dah suruh bibik sediakan atas katil tau. Pakai baju tu." bisik Puan Aima sambil tersenyum.
"Okay auntie heheheh tunggu dhia tau." teruja dhia menuju ke arah bilik yang menempatkan dirinya.
Tersenyum Puan Aima melihat telatah dhia. Dia yakin bahawa dhia adalah wanita paling sesuai untuk zafril.
*MALAM
"Akak, nak tengok baju akak boleh?" pinta zarah kepada dhia selepas mengetuk pintu biliknya.
"Okay come in dear." sahut dhia.
Ketika girls outing tadi mereka keluar selepas zarah pulang dari tuisyen. Sepanjang membeli belah tadi Puan Aima membelanjakan wangnya untuk membelikan dhia pakaian berserta tudung untuk dhia. Walaupun ditegah dhia tapi dia tidak kisah.
"Akak baju ni cantik lah. Confirm sesuai ngan akak ni." teruja zarah menggayakan blouse putih kepada dhia.
"Kalau zarah nak pakai bagitahu je akak tau. Sharing is caring hehehe." gurau dhia.
*DI PENJARA BALAI POLIS
"Dhia... Aku nak balik lah.... Kenapa kau buat aku macam ni.... HAHAHAHHAHA BODOH PUNYA PEREMPUAN!! kau mesti mati macam bapak kau !" jerit iqram di suatu sudut penjara tersebut.
eheheh
Share this novel