Rate

Nasuha 3

Drama Series 6346

Nasuha menelan air liur kelat.

"Acik..." Panggil Nasuha kepada mak cik Mila.

"Ye Nas?"

"Papa, papa dah balik ke?" Soalnya takut-takut kepada mak cik Mila, si pengasuhnya itu.

Mereka masih berada di perkarangan rumah. Baru sahaja mak cik Mila mahu membuka suara, pagar besar rumah tersebut terbuka luas secara automatik.

Nasuha cepat-cepat mendekati mak cik Mila. Hatinya berdebar kencang. Takut kalau itu adalah ayah angkatnya.

Sebuah kereta mewah memasuki perkarangan rumah terbuka. Jantung Nasuha seakan-akan sudah tidak berdegup.

"K-kereta papa..." Ujar Nasuha dengan nada takut. Dka masih bersembunyi di belakang mak cik Mila.

"Tuan Mukhriz, dah balik."

"Acik..." Panggil Nasuha dengan suara bergetar-getar.

Mak cik Mila menepuk lengan Nasuha dengan lembut.

"Masuk cepat, sebelum papa keluar." Arahnya.

Nasuha mengangguk dan bergegas masuk ke dalam rumah. Baru sahaja kaki  ingin melangkah menuju ke ruang tamu, satu suara garau telah membuatkan dirinya kaku.

"Putri Nasuha!!" Jerit Mukhriz, ayah angkatnya.

Sekali lagi Nasuha menelan air liur kelat. Nasuha kaku apabila melihat Mukhriz yang berada di sofa ruang tamu. Mata tajam Mukhriz setia meneliti pakaian seragam sekolahnya yang kotor dan busuk. Mukhriz merengus.

"P-papa?" Nasuha terkejut, kalau ayahnya ada di ruang tamu, jadi siapa memandu kereta ayahnya diluar tadi?

"T-tadi kereta papa dekat luar-"

Mulut Nasuha berhenti berkata-kata apabila melihat seorang wanita yang agak muda dan cantik mendekati Mukhriz. Mukhriz bangun sebaik sahaja melihat kehadiran wanita tersebut.

"Sara..."

Mukhriz membuka lengannya lalu wanita bernama Sara itu masuk ke dalam dakapannya dengan malu-malu. Nasuha masih tercengang.

"Papa ni-"

Baru sahaja dia ingin memuka mulut, Sara sudah menyampuk.

"Oh ini ke anak awak? Ape tuh nama dia emmm ha Nasuha kan?" Katanya dengan penuh ramah.

Nasuha hanya tercengang.

Mukhriz mengangguk.

"Tapi pembetulan, anak... Angkat." Kata Mukhriz lalu mencuit hidung Sara.

"Alaa same jelah, anak awak jugak.." Ujar Sara.

Nasuha yang masih kaku hanya memerhatikan mereka berdua, bingung. Sara perlahan-lahan mendekatinya.

"Hai... Nasuha?" Sara menguntum senyuman manis kepada Nasuha.

"H-hai?" Nasuha berdebar-debar.

Sara mengusap rambut Nasuha dengan perlahan, mata Sara turun ke pakaian Nasuha yang kotor.

"Nasuha-"

"Aunty boleh panggil Nas." Sampuk Nasuha. Sara mengangguk.

"Nas, kenape baju sekolah Nas kotor?"

"Awak tak payah nak ambil tahu pasal budak tu! Dia tu memang, pengotor. Kalau nak diikutkan hampir setiap hari dia akan balik dengan baju kotor macam tu!" Marah Mukhriz.

Sara menoleh ke arah Mukhriz.

"Awak! Tak baiklah... Dia kan anak awak... Awak tak kasihan ke dekat Nas?"

"Tak." Balas Mukhriz.

"Ishh awak ni.."

Nasuha sedikit terkejut apabila melihat Sara yang begitu mengambil berat mengenainya padahal, ini adalah hari pertama mereka bersemuka.

"Dahlah tu, menyusahkan mak Mila je! Asyik baju dia je nak di cuci! Cuba tengok budak-budak lain, ade je yang kotor macam budak ni?!" Marah Mukhriz lagi.

Nasuha sudah mula mengetap bibirnya, menahan tangis.

"Nak menangis lah tu! Lemah!"

"Awak sudahlah... Kasihan lah dekat Nas. Apa je yang dia tahu..."

"Awak dia dah 17. 17 bukan tujuh tahun. Dia dah boleh fikir, boleh pertahankan diri dia, sepatutnya dia dah matang! Bukannya macam ni!" Marah Mukhriz lagi.

Satu persatu air mata Nasuha mengalir keluar, perlahan sahaja bunyi tangisnya.

"Nas..."

Sara cuba memeluknya tapi Nasuha menghalang.

"J-janganlah, n-nanti baju aunty kotor jugak..." Katanya berselang dengan esakan kecil. Pantas Nasuha membuka langkah dan berlari menuju ke biliknya.

Sara mengeluh, Sara menoleh memandang ke arah Mukhriz.

"Awak ni... Kasar betul dengan dia."

"Hm, dah tu awak nak saya buat ape? Cakap baik-baik bukannya dia dengar pun. Dia buat pekak je nanti. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri."

Sara diam.

•~•

Nasuha mengunci pintu biliknya dan terus menangis. Tubuhnya disandarkan pada belakang pintu lalu terduduk menangis.

Nasuha melepaskan semua tangisnya. Penat. Sedih. Sakit.

"Mummy..."

Hanya itu yang mampu dia katakan.

"Eeeeey!!!!" Marahnya.

Nasuha mengeluhkan nafasnya perlahan.

"Mummy, Nas nak mummy... Papa bukan sayang Nas pun. Mummy..." Katanya sambil memandang biliknya dengan pandangan kosong.

Tok tok tok.

Nasuha sedikit tersentak apabila seseorang mengetuk pintu biliknya.

"Hm?"

"Nas... Ni acik ni." Ujar mak cik Mila.

"Hm."

"Nas dah makan belum? Kalau belum jom turun makan, Tuan Mukhriz dengan Cik Sara pun ada dekat bawah. Diorang tunggu Nas." Kata mak cik Mila.

Nasuha sedikit diam.

"Nas...?"

"Papa... Papa tunggu Nas?" Soal Nasuha dari dalam bilik.

"Ha'ah, papa tengah tunggu Nas. Cepatlah keluar sayang..." Pujuk mak cik Mila.

"Okay... Tapi Nas nak mandi dulu. Boleh?" Sambung Nasuha.

"Boleh sayang." Balas mak cik Mila dengan penuh lemah lembut.

Nasuha bangun dari duduknya dan bergegas menuju ke bilik mandi. Kalau lambat, nanti papa mengamuk lagi.

•~•

Pantas sahaja kaki Nasuha menuruni anak tangga dan bergegas menuju ke meja makan tapi, tiada siapa yang berada di situ.

"Acik..." Panggil Nasuha.

Cepat-cepat mak cik Mila mendatangi Nasuha sebaik sahaja namanya diseru. "Ye Nas?"

Nasuha memandang ke arah mak cik Mila. "Papa?" Soalnya sepatah.

Mak cik mila hanya mampu menghelakan nafas berat.

"Nas lambat sangat, papa Nas mengamuk sebab tunggu Nas tadi. Jadi dia dengan Cik Sara pun-"

"Takpelah." Potong Nasuha.

Mak cik Mila mula berasa serba salah.

"Acik..."

"Ye Nas?"

"Ada makanan lebih tak? Nas lapar, tadi dekat sekolah pun tak sempat nak makan." Katanya dengan nada sayu.

Mak cik menggeleng kepala.

"Mak cik Mila minta maaf, tadi papa paksa mak cik Mila buang semua semua lebihan makanan tadi." Terangnya perlahan.

"Papa? Papa suruh buang?" Soal Nasuha lagi.

Mak cik Mila mengangguk tanda mengiyakannya. Nasuha diam seribu kata. Sanggup papa paksa mak cik Mila untuk buang semua makanan tu?! Rezeki tu! Hmm...

"Kalau Nas nak makan, acik boleh buatkan Nas mee segera? Nak?"

Pantas sahaja Nas menganggukkan kepalanya.

"Boleh ke? Nas... Nas lapar sangat..." Katanya sambil mengusap perutnya sedikit sebagai tanda dia sedang lapar.

Mana taknya, nak makan dekat sekolah tak dapat sebab Lila dengan kawan-kawan dia. Nak cuci baju dia lagi, hmm. Apalah nasib kan.

Sedangkan remaja yang seusia dengan dia sekarang tengah hidup senang, gelak ketawa dengan mama papa. Nasuha pulak? Duduk terperap dekat sekolah.

Kalau nak kata kawan dekat sekolah... Hmm. Tak tahulah. Masing-masing nak jauhkan diri, yelah Nasuha kan. Hampir satu sekolah tu terpedaya dengan kata-kata jahat Lila.

Maklumlah, siape je yang tak kenal Lila tu. Anak orang kaya, ayah dia pun boleh beli sekolah tu. Tambah pulak... Pengetua sekolah tu. Hm. Kenape dengan pengetua sekolah tu?

Tengoklah nanti.

Mak cik Mila memerhatikan Nasuha yang sedang makan mee segara yang dibuat olehnya tadi. Berselera sungguh!

"Apalah nasib budak ni. Ada ayah, tapi tak di layan. Mak pulak dah meninggal masa dia kecik. Nas, Nas... Apelah nak jadi nanti." Katanya seorang diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience