BAB 5

Romance Completed 3910

Nurul masuk ke bilik dan gelak berguling-guling seorang diri. Lawak betul anak majikannya yang seorang ni. Penakut nak mampus!. Tadi Nurul tidur awal kerana terlalu letih setelah seharian menahan mata kerana nak mengambil hati majikan barunya.Sehari sebelum ke sini dia tak dapat tidur malam kerana risau nak berada di tempat orang. Di dalam bas pun dia hanya terlelap sekejap kerana takut ada orang yang mengambil kesempatan dan mencuri beg tangannya andai dia terlalai. Bila dia sampai ke rumah ini, dia terlalu letih dan mengantuk tapi dikuatkan dirinya untuk terus berjaga dan pura-pura segar. Selepas makan dia berbual dengan Hajjah Mastura. Masuk waktu solat Hajjah Mastura mengajak dia berjemaah di masjid sebelah rumah. Untungnya tinggal di sini bila boleh berjemaah di masjid setiap waktu, kalau di rumah mereka jarak rumah dengan masjid memang jauh. Kalau hari raya saja mereka pergi solat berjemaah, itu pun di surau kecil kampung mereka.

Nurul bangun untuk menunaikan solat sunat tahajjud, dengan telekung masih di tubuh Nurul turun ke bawah untuk minum tapi baru saja mengambil gelas ada seseorang masuk ke ruang dapur. Nurul terkejut lalu bersembunyi di sebalik peti ais agar dirinya tak tertangkap. Orang yang masuk ke dapur menuju ke arah peti ais. Nurul mula gabra, mesti dia bakal tertangkap. Itu yang dia fikir tapi sedetik kemudian hatinya berkata-kata lagi. Untuk apa aku takut? Aku bukan buat salah pun. Aku nak minum ayaq ja pun. Lalu Nurul pun keluar dan berdiri di belakang orang tu. Bila orang tu berpusing,tanpa sedar Nurul memerhatikan wajah orang itu sesungguh hati untuk melihat siapa orang tu.

''Mak!'' orang tu bertempik kuat, Nurul turut tersentak. Membulat mata Nurul memandang orang di depannya. Botol air di tangan orang tu terjatuh lalu menimpa kaki Nurul. Terbuntang lagi mata Nurul menahan sakit. Orang tadi terus lari lintang pukang. Nurul pula terkejut dengan tindakan drastik orang tu terus mengintainya dari jauh. Tiba-tiba Nurul diterpa perasaan gelihati. Orang yang masuk ke dapur tadi berlari dengan laju lalu melanggar apa saja yang ada di laluannya. Dia jatuh dan bangun berkali-kali. Nurul sudah sakit perut menahan gelak hinggalah dia masuk ke bilik dan mengunci pintu. Dia terus gelak terguling-guling di atas katil dengan telekung masih di tubuh. Hodoh sangat ka aku ni sampai dia takut macam tu sekali? Ah!,.kalau penakut tu penakut jugak! Agaknya itulah Mirul yang Hajjah Mastura nak kenenkan dengan aku? Penakut nak mampus! Macam tu nak buat laki? Bukan ka laki yang harus lindungi aku? Kalau dia penakut macam tu macam mana nak lindungi anak-anak dan isteri nanti? Aku baru pakai kain telekung saja pun. Bukannya make-up macam hantu dalam filem tu pun.

Nurul bangun dan menuju ke meja solek yang ada di biliknya. Nurul membelek wajahnya di depan cermin. Okey ja, tak ada pun macam muka hantu. Nurul bermonolog dalaman. Nurul berpusing-pusing di depan cermin dan melihat dirinya lagi. Nurul garu kepala, teringat suasana di dapur tadi yang hanya disuluh lampu dari luar. Ya! Lampu dapur tak dibuka pun,hanya cahaya suram yang menyuluh ruang dapur. Nurul tergelak lagi. Gelihatinya yang masih bersisa dihamburkan terus.Lawaklah!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience