"Walau apapun Becky, Bahr tetap abang sepupu kamu. Mama tak nak disebabkan hal ni, kita putus pertalian keluarga." kata Mamanya. "Okay, terpulang. Nanti Becky tak jumpa dengan Abang Bahr lagi. Abang Bahr jahat." kata Becky. "Anya okay tak?" soal Mamanya. "Okay, mungkin.. dia ambil cuti dalam seminggu untuk tenangkan perasaan dia. Abang Bahr memang jahat." kata Becky.
***
"Anya sihat?" soal Ayahnya. "Sihat Ayah. Ayah dengan Ibu sihat?" soal Anya. "Sihat. Alhamdulillah.. Tapi, tulah.. terkejut juga kamu balik kampung." soal Ibunya. Anya hanya tersenyum, "Anya rindu suasana kampung." kata Anya. "Yelah.. bagus lah tu." kata Ayah dan Ibunya.
Bahr pula sedang berada di dalam bilik, meraup kasar wajahnya. "Kenapa aku rasa kosong ni? Hishh!" kata Bahr, benci dengan perasaannya. Masih terngiang-ngiang suara Anya dan Zahin bersahutan di dalam kepalanya. "Ahh, perempuan macam Anya tu. Banyak lah aku boleh dapat!" bentak Bahr. Dia terus mencapai telefonnya untuk menghubungi Ally. "Hello Ally, buzy tak?" soal Bahr, terus melakonkan perangai kasanovanya.
***
Anya membantu ibunya membungkus nasi lemak. "Kenapa Ibu masih buat kerja ni? Tak cukup ke duit Anya bagi?" soal Anya, pada pagi itu. Setahunya, sebulan dia akan sentiasa memasukkan lima ribu dalam akaun ibunya. Ibunya hanya tersenyum, " cukup Anya, cuma Ibu bosan. Selepas ni, Ayah nak hantar dekat warung pula. Tu, minggu depan kebun pisang tu berbuah. Ahh, memang tak menang tangan lah kami ni." kata Ibunya.
Anya tersenyum manis. "Ahh, ni anak ketua kampung tu nak berkenalan dengan kamu, kerja pun baik.. Doktor lah katakan. Nak ke?" soal Ibunya. Anya tergelak, "tak nak lah Ibu, kita ni orang biasa je, mana lah sama dengan mereka." kata Anya, terus Anya mengeluh. Teringat kata-kata nista yang dilemparkan oleh Bahr. "Ahh, tu kenapa mengeluh tu?" soal Ibunya.
"Takdelah Ibu.." kata Anya, sedikit sedih apabila rupanya persahabatan mereka hanyalah palsu. "Anya apa kurangnya, pereka fesyen terkenal .. sampai ke Paris, kira hebat lah tu." kata Ibunya. Anya hanya tersenyum. "Tanpa doa ibu, Anya tak ke mana-mana." kata Anya. "Ahh, mana kawan kamu tu, Becky.. dia tak datang ke?" soal Ibunya.
"Tak.. Anya suruh dia jaga butik sementara Anya cuti ni." senyum Anya. Dan, entah kenapa seakan hati dan perasaannya tidak sedap pada hari ini. Dia kurang pasti.
***
Sedang Anya menikmati sarapan pagi, telefonnya berbunyi nyaring. "Hello, Becky. Panjang umur kau, Ibu aku baru cari kau. Kenapa ni?" soal Anya. "Ahhh?? Bila?? Apa??" meninggi suara Anya mendengarkan Becky yang sudah menangis di talian.
"Ibu Ayah, Anya balik dulu. Bahr, Bahr dekat hospital sekarang." kata Anya terus bergegas menuju ke bilik untuk mengambil kunci kereta. "Anya, mari Ayah dengan Ibu ikut.. jom Abang." kata Ibunya.
Mama Becky dan Mummy Bahr masih berada di luar bilik kecemasan. "Sabar kak.. Insha Allah, Bahr tak akan ada apa-apa. Insha Allah.." kata Mummy nya. "Saya dah cakap dah dengan Bahr tu, dia degil. Saya cakap jangan memandu kalau sakit, dia demam panas pagi tadi." kata Mummy Bahr. "Becky, dah call Anya?" soal Mamanya. "Dah Ma. Mungkin dalam perjalanan ke sini." kata Becky, sugul.
Sherry sampai di sana. "Macam mana dengan Bahr?" soal Sherry. Becky hanya memandang ke arah Sherry. "Balik lah Sherry, kau takde kaitan pun dekat sini. Jangan buang masa." kata Becky, malas. "Apa pula. I pun berhak berada dekat sini, Bahr tu boyfriend I." kata Sherry tak puas hati.
"Mama, Mummy.." panggil Anya. Kedua wanita tersebut meluru ke arah Anya dan memeluknya erat. "Anya.." tangis Mummy Bahr. Tergamam seketika Sherry, melihat keakraban kedua wanita ini dengan Anya. "Balik lah Sherry, jangan kusutkan fikiran kami." kata Becky. "Kalau I tak berhak ada dekat sini, habis tu? Anya?? Anya pun bukan kaitan dengan keluarga korang kan?" soal Sherry sekali lagi tidak puas hati.
"Sebab dia sanggup serahkan nyawa dia untuk lindungi aku! Berada dekat ketika aku dan Bahr susah! Kalau kau sekali pun takkan mampu buat apa yang Anya boleh buat Sherry!! Kau ingat aku tak tahu, mesti kau yang kucar-kacirkan hubungan Anya dengan Bahr kan?" soal Becky.
"Apa you cakap ni?" lantang juga suara Sherry. "Jangan pura-pura bodoh, Sherry. Aku muak jumpa spesis macam kau ni. Blah sebelum aku panggil sekuriti." kata Becky. "Okay, fine! Tapi, ingat.. I tak tahu menahu langsung pasal hal ni, gambar tu pun I tak tahu langsung!" jerit Sherry meninggalkan perkarangan hospital.
"Becky, Bahr macam mana?" soal Anya. Dia juga turut menangis, walaupun Bahr menghina dirinya. Namun, dia dan Bahr masih ada kenangan itu. Bilik kecemasan dibuka, doktor mendapatkan keluarga Bahr.
"Macam mana anak saya, Doktor?" soal Mummy Bahr. "Begini Puan, syukur.. kita dah lepasi tahap kritikal. Jadi, kita tunggu Encik Bahr sedar, tapi.. akan ada terdapat hal yang perlu kita risaukan sekarang. Sebab, adakah Encik Bahr bangun, dia akan ingat dirinya ataupun sebaliknya.." kata Doktor tersebut.
Terpempan Anya. Kenapa dirasakan apa yang dia cakap kali terakhir berjumpa Bahr menjadi kenyataan. "Buat masa sekarang, Encik Bahr kita masih letakkan dalam pengawasan ya. Dan, banyakkan berdoa." kata Doktor tersebut.
***
Anya mengelap badan Bahr, kerana dia kasihkan kawan baiknya, bagaimana dia kasihkan Becky. "Bangun lah Bahr, semua girls kau dah tunggu kau. Berapa lama lagi kau nak tidur?" soal Anya.
Dia mengelap lengan Bahr yang sasa itu. Mummy, Mama, dan Becky disuruh berehat. Mereka akan berganti-ganti menjaga Bahr. "Dah nak dekat sebulan kau tidur, Sherry tu balik-balik tanya pasal kau." kata Anya, menahan air matanya daripada jatuh.
"Aku tahu selama ni, kita kawan sebab nak balas budi Becky dekat aku. Pasal tu, kau jangan lah risau.. aku janji selepas kau sedar, aku tak nak muncul pun depan kau lah. Bangun lah Bahr. Kesian Mummy.. Mama, dan Becky. Sudah-sudah lah kau penat kan mereka." kata Anya.
"I'm really miss you, my partner in crime.. Aku rindukan kau, rindukan waktu kita gila sama-sama." Jatuh air mata Anya di pipi Bahr ketika Anya membasahkan rambut Bahr.
"Aku dengar apa kau bisik dekat aku waktu kita dekat Bali, kau cakap kau sayang aku! Kau cakap, hanya kau yang boleh gembirakan aku, jadi.. aku nak tuntut kegembiraan aku, tolong bangun kalau kau nak nampak aku gembira. Kalau kau sayang aku, kau bangun lah Bahr! Bangun.." rayu Anya lagi.
"Please wake up, my partner in crime. Candy kau rindukan kau.. sangat.. Tolong lah. Cukup kau sedar dan buka mata.. Aku lebih dari bersyukur.. biarlah, kau tak kenal aku pun. Biarlah kau hilang ingatan, asalkan kau sihat macam dulu." kata Anya menangis.
"Please.. wake up my partner in crime, your Candy miss you..." bisik Anya.
sorry tak balas komen readers..
Share this novel