"Fazura?,"
Fazura terangguk-angguk sambil menangis teresak-esak memandang suaminya
Farid Husin menapak perlahan mendekati Fazura wajahnya berkerut kelihatan tidak pecaya jika wanita yang sedang menangis itu adalah isterinya
"Ya Allah, fazura ke nie?,"
Fazura terangguk-angguk, cuba memaksa bibirnya tersenyum walaupun masih menangis, dia begitu teringin memeluk tubuh suaminya saat suaminya mendekat
farid Husin menatap wajah Fazura seketika,
"Macam manalah aku tak boleh kenal wajah kau fazura,"
Kata Farid Husin tersenyum, sambil memegang kedua bahu Fazura
"Se.. semua nie Mak dan.. dan kak farah buat untuk encik Farid,"
Kata Fazura, suaranya tersekat-sekat sambil mengharap suaminya memeluk tubuhnya
Farid Husin mengalih pandangan memandang ibunya dengan kakak keempatnya dengan senyuman seakan mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua
"Dia memang layak untuk kamu Farid,"
Ucap Datin sri Sahara dengan nada sedih, manakala Farah mengangguk kepala, setuju dengan ucapan ibunya
Farid Husin mengangguk perlahan dengan senyuman lega
"Aku minta maaf Fazura, sebab marah kau tempoh hari, aku tak sengaja,"
Ucap Farid Husin sambil menatap wajah cantik isterinya
Fazura mengeleng kepala sambil mengesat-ngesat air mata
"Takpe encik Farid, Fazura sentiasa maafkan encik Farid,"
Farid Husin lantas memeluk tubuh isterinya dengan erat, membuatkan fazura terpaku seketika, kedua matanya terbeliak seakan tidak pecaya Farid Husin akan memeluknya lalu membalas perlukkan suaminya dengan erat sambil meraung dengan tangisan penuh syukur
Raungan Fazura membuatkan para tetamu yang hadir menjadi hairan, lebih-lebih lagi Dato sri Hassan kamarudin sejak tadi asyik berbual dengan rakan-rakannya, Fuad sobri, Fazilah yang sedang duduk lantas berdiri, begitu juga Fadil Fitri memandang ke arah sepasang pasangan sedang berpelukan
Fazura meleraikan perlukkannya kemudian menatap wajah suaminya
"Encik Farid tolonglah janji, jangan sesekali ceraikan saya, saya cuma nak jadi isteri Encik Farid, saya betul-betul cintakan Encik farid,"
Rayu Fazura sambil mengesat-ngesat air matanya
Farid Husin mengangguk lalu mencium dahi fazura sehingga wajah Fazura berkerut menahan diri dari meraung kali kedua lalu mendekapkan wajahnya pada tubuh suaminya
Dato sri Hassan kamarudin, Fuad sobri kelihatan bergegas menghampiri Farid Husin dan fazura
"Kenapa nie Farid?,"
Tanya Dato sri Hassan kamarudin dengan wajah hairan sambil mengalih-ngalih pandangannya pada isteri dan anak keempatnya sebelum memandang kembali farid Husin dan fazura
Datin sri Sahara lantas menapak menghampiri suaminya bimbang suaminya itu akan pingsan jika mengetahui anak bongsunya benar-benar sudah berkahwin
Farid Husin menarik nafas lega sambil mengusap-ngusap belakang isterinya lalu mengalih pandangan memandang ayahnya
"Ayah, isteri Farid,"
Ucap Farid Husin sambil kedua tangannya perlahan-lahan mengalih tubuh fazura supaya mengadap ayahnya
"Isteri Farid?,"
Ucap Dato sri Hassan kamarudin
"Ya, itu isteri Farid, Abang jangan nak pingsan pulak,"
Celah Datin Sri Sahara dengan tatapan tajam pada suaminya
Dato sri Hassan kamarudin menelan air liurnya bila melihat tatapan tajam dari isterinya
"Ya saya tak akan pingsan,"
Jawab Dato sri Hassan kamarudin
"Tapi, Hari tu farid cakap, farid cuma bergurau je?,"
"Memanglah Farid tu bergurau mula-mula, tapi kalau abang dah memaksa dia, Farid tu kahwinlah betul-betul,"
Jawab Datin Sri Sahara
"Entah ayah, dari dulu dah Angah dah cakap, jangan buat benda tu dengan Farid, kan dah dapat betul-betul menantu,"
Celah Fazilah sambil berdiri di sebelah suaminya
"Angah jangan nak banyak cakap, bila mak tanya, Angah tak nak beritahukan,"
Marah Datin Sri Sahara
Fazilah cepat-cepat mendekati ibunya
"Alaa.. mak, waktu tu Angah takutlah, bukan Angah segaja,"
"Sudahlah kau,"
Marah Datin Sri Sahara sambil memeluk tubuh memandang Anak keduanya
"Janganlah macam nie mak,"
Rayu Fazilah
"Ayah saya kenalkan ini Fazura,"
Ucap Farid Husin sambil memeluk bahu isterinya
Wajah Fazura kelihatan takut untuk memandang wajah Ayah mertuanya
Dato sri Hassan kamarudin terangguk-angguk
"Okaylah, nanti lepas habis jamuan, ayah nak dengar semuanya pasal korang berdua
Datin Sri Sahara segera menapak menghampiri Fazura selepas Suaminya beredar
"Farid bagi mak sapu tangan Farid?,"
Pinta Datin Sri Sahara selepas berdiri di depan Fazura dan Farid Husin
Farid Husin lantas menarik keluar sapu tangan dari poket atas blazer lalu menghulurkan sapu tangan itu ke arah ibunya
"Huu.. Rosak make up Fazura, macam mana mak nak kenalkan Fazura dengan para tetamu,"
Kata Datin sri Sahara sambil mengesat air mata yang membasahi wajah menantunya
"Jangan risaulah mak, Farah ada bawa mini make up, sebab farah dah agak, fazura mesti menangis,"
Kata Farah pula, sambil membantu ibunya membersihkan wajah Fazura
Farid Husin hanya diam sambil memerhati ibu dan kakak keempatnya sedang membersihkan wajah isterinya dan di saat itu, dia mendengar namanya di panggil dengan nada perlahan
Tidak jauh dari tempat Farid Husin berada, kelihatan Hamdan bersama-sama Para Staf Farid Husin sedang melambai ke arah bos mereka
"Mak, kak farah, Fazura, Farid pergi jumpa rakan-rakan Farid dulu,"
Kata Farid Husin
"Encik Farid.."
Panggil Fazura dengan wajah bimbang
"Tak usahlah fazura risau, mak kan ada,"
Celah Datin Sri Sahara tersengih
"Fazura, ikut je mak dan kak farah dulu ya,"
Pinta Farid Husin
Fazura mengangguk lemah, walaupun hatinya agak berat membiarkan suaminya menjauh darinya
Farah menghembus nafas perlahan
"Okay, dah cantik dah"
Datin sri Sahara memerhati wajah Fazura, selepas berpuas hati, dia mengangguk kepala, kemudian mengalih pandangannya seakan-akan mencari-cari seseorang
"Anita! mari sini,"
Panggil Datin Sri Sahara
Seorang wanita free hair berwajah putih berdiri di samping Fadil Fitri kelihatan terpinga-pinga selepas namanya di panggil Datin sri Sahara
"Pergilah cepat, mak i panggil you tu,"
Arah Fadil Fitri sejak tadi memerhati ke arah Fazura
Setiausaha Fadil Fitri lantas menapak laju ke arah Datin Sri Sahara dengan wajah cemas, selepas dia berdiri di belakang ibu Fadil Fitri, tangan kanannya di tarik lembut
"Fazura.. kenalkan ini Anita bakal isteri abang ipar Fazura,"
Kata Datin sri Sahara sambil memeluk bahu setiausaha anak ketiganya
"Apa kabar kak Anita,"
Ucap Fazura
"Kak baik je, Fazura,"
Jawab Anita dengan nada sebak, tak menjangkakan jika Datin Sri Sahara mempekenalkan dirinya bakal akan menjadi menantunya
"Baiklah, kamu berdua mari ikut mak, mak nak kenalkan kamu berdua dengan kawan-kawan mak dengan para tetamu yang datang,"
Suasana majlis makan malam terlihat lebih meriah, dengan suara berbicara para tertamu, gelak ketawa, membuatkan Suasana majlis lebih ceria, Datin Sri Sahara bersama Fazilah, Farah, Fazura dan Anita berkumpul sekali bersama-sama para tetamu, manakala Farid Husin pula terlihat wajahnya begitu ceria ketika berbual dengan rakan-rakannya
*******************
Setelah habis sahaja jamuan makan, Dato sri Hassan kamarudin duduk di single sofa sambil memandang ke arah Farid Husin dan Fazura sedang berdiri tidak jauh darinya
Datin sri Sahara bersama Farah dan Anita kelihatan duduk sekali, Fadil Fitri pula berdiri di balik Sofa di belakang kekasihnya, manakala Fuad sobri bersama isterinya Irene duduk di Sofa sebelah kiri sofa Dato sri Hassan kamarudin,
Dato sri Hassan kamarudin menghela nafas tenang
"Boleh Fazura beritahu ayah, Fazura asal daripada mana?,"
"Bo.. boleh Dato,"
"Apa Dato.. Dato lagi, Panggil Ayah,"
Celah Datin Sri Sahara
"Ba.. baik puan, ma.. maaf Datin.. tak. tak Mak,"
Fazura mengaru-garu tudung kepalanya
Tingkah Fazura membuatkan semua yang berkumpul di ruang tamu tergelak tawa
"Relaxlah Fazura.. aku kan ada,"
Tegur Farid Husin sambil memeluk bahu isterinya
"Takutlah Encik farid,"
Balas Fazura dengan nada perlahan, wajahnya kelihatan pucat
"Beritahu je pada Ayah, tak usah takut, Ayah dengan diaorang semua dah tahu, Fazura dulu cleaner Farid, cuma ayah nak tahu je tentang Fazura,"
Fazura mengangguk lemah
"Fazura, asal Mersing, umur Fazura sekarang 17 tahun..,"
"Be.. be..berapa umur Fazura,"
Tanya Dato sri Hassan kamarudin dengan wajah terkejut
"17 tahun Ayah,"
"Ya Allah, mudanya,"
Ucap Dato sri Hassan kamarudin sambil menjeling ke arah isterinya
"Sambung je Fazura,"
Pinta Datin Sri Sahara
Fazura menghela nafas panjang
"Fazura dari keluarga susah, ayah Fazura meninggal dunia sewaktu fazura berusia 11 tahun, cuma tinggal Mak dengan adik perempuan, Mak Fazura pula kudung tangan kanan di sebabkan kemalangan, sebab tu fazura cuma bersekolah sampai darjah enam, Fazura perlu bantu keluarga,"
Ujar Fazura sambil mengesat air matanya yang mengalir
Ke semua, yang duduk di ruang tamu terdiam mendengar kisah hidup Fazura,
"Habis tu, macam mana Fazura boleh jumpa Farid?,"
Tanya Dato sri Hassan kamarudin dengan raut wajah bingung
"Ayah.. isteri farid tulah, dalam rakaman kat lobi tu,"
Celah Fuad Sobri
Kening Dato sri Hassan kamarudin berkerut memandang Fuad Sobri
"Ooo dialah cleaner tu,"
"Yo.. ayah,'
Jawab Fuad Sobri
"Rakaman video apa, saya tak tahu pun?,"
Celah Datin sri Sahara mengerut wajahnya
"Takde apa-apa mak, Rakaman biasa je,"
Cepat-cepat Farid Husin mencelah, bimbang jika ibunya tahu rakaman itu, masak dia di kerjakan ibunya nanti
"Mak nak tengok ke?,"
Kata Fuad Sobri sengaja mengusik
Farid Husin menyenget bibirnya
"Ayah pasal bonus tu, Farid ing..,"
"Ala.. ala.. ala, Along gurau pun tak boleh,"
Datin Sri Sahara mengeleng kepala
"Habis tu Fazura, macam mana Fazura boleh kahwin dengan Farid"
Tanya Dato sri Hassan kamarudin dengan wajah masih lagi bingung
"Sebenarnya Fazura memang tak nak kahwin dengan Farid, ayah, tapi farid yang perangkap Fazura dalam hotel,"
jawab Fazura dengan wajah bersahaja
Dato sri Hassan kamarudin menepuk dahi
"Ha.ha.ha.ha..,"
Farid Husin ketawa terkekeh-kekeh
"Gila betullah kau Farid,"
Ucap Fazilah
Fuad Sobri menepuk-nepuk tangannya
"Hebatlah kau Farid,, kalau bab tu, kalaulah rajanya,"
"Sudah.. semua tu dah berlalu, yang penting sekarang, Fazura dah pun dah jadi menantu keluarga nie, mak ucapkan selamat datang pada Fazura,"
Ucap Datin sri Sahara, di susuli ucapan dari Farah, Fazilah, Fuad sobri dan isterinya, kecuali Fadil Fitri hanya diam sejak tadi
Dato sri Hassan kamarudin mengeleng kepala
"Ayah fikir, ayah nak buat majlis bersanding untuk kamu berdua, buat sekali dengan majlis Fadil"
Datin sri Sahara mengangguk setuju
"Boleh juga tu,"
**********************
Fazura kelihatan diam hanya menatap wajah suaminya sedang memandu kereta, bibirnya tersenyum seakan tidak sabar untuk sampai ke rumah
"Fazura tak bosan ke tengok aku?,"
Tanya Farid Husin
"Tak bosan pun,"
Jawab Fazura mengeleng perlahan
Farid Husin tersengih
"Cantiknya isteri abang sekarang,"
Ucap Farid Husin sambil mencubit pipi isterinya
"Sakitlah abang..,"
rungut Fazura
"Abang?,"
Fazura terpaku seketika, wajahnya terlihat cemas, bimbang jika Farid Husin tidak menyukai dia memanggil abang
"Tak boleh ke, kalau Fazura panggil encik Farid abang?,"
"Laa.. tentulah boleh, lepas kita angkat nikah hari tu lagi, sepatutnya Fazura dah boleh panggil aku nie abang,"
"Fazura takut kalau abang marah?,"
Balas Fazura dengan wajah merajuk
Farid Husin mengeleng kepala
"Ya, abang faham, Baby,"
"Abang nie..,"
wajah Fazura kemerahan tersipu-sipu malu
"Nanti sampai umah nak buat apa?,"
Tanya Farid Husin, rasa rindu dengan masakan isterinya
"Buat apa lagi, buat anaklah,"
Jawab Fazura dengan wajah bersahaja
"Astaghfirullahalazim,"
terkebil-kebil mata Farid Husin memandang wajah isterinya
************************
Setelah hampir tiga minggu perkahwinan Farid Husin dengan Fazura, rumah tangga mereka berdua di layari penuh gembira dan bahagia, Farid Husin tidak pernah sesekali memarahi atau menghina fazura lagi, bahkan sifatnya yang dulu terkenal biadap tidak lagi sebiadap dulu,
Farid Husin terus menerus menjadi bahan bualan di Teguh holding, selepas sahaja dia berjaya mendapat projek dari Tesla dan Indonesia, banyak syarikat-syarikat tempatan dan luar negara begitu berminat berkerjasama dengan Teguh holding, walaupun dia di bebani kerja yang semakin bertimbun namun farid Husin tidak pernah sesekali membiarkan Fazura keseorangan
"Jom sayang, jalan-jalan kat luar,"
Pinta Farid Husin sambil berdiri di depan pintu rumah
"Sekarang ke?,"
"Yelah, tak akan esok pulak,"
"Abang nie.. tanya pun tak boleh,?,"
Balas Fazura dengan wajah merajuk, sambil mencari-cari tudungnya
Setelah keluar dari rumah dengan cuaca petang yang redup, Fazura tidak sesekali pernah melepaskan tangan Farid Husin dari genggamannya
"Abang, boleh zura tanya?,"
Tanya Fazura
Farid Husin mengangguk
"Tanya jelah,"
"Kitakan tak lama lagi nak bersanding, abang tak nak ke balik kampung zura, jemput mak dengan adik zura,"
Tanya Fazura, nadanya terketar-ketar kerana bimbang
Farid Husin berdengus perlahan
"Abangkan sibuk, lagi pun abang tak biasalah dengan keadaan kampung, tak akanlah zura tak boleh nak faham..,"
"Tak.. tak, zura faham, zura faham, abang janganlah marah,"
Balas Fazura wajahnya ketakutan bila Farid Husin meninggikan suara sambil lengan suaminya di rangkulnya dengan erat
"Nanti zura suruh Mak dengan adik naik bas je,"
Kata Fazura sambil tangan kirinya diam-diam mengesat air mata
"Dah sampai,"
Kata Farid Husin bila berhenti di depan sebuah rumah tidak berapa jauh dari rumahnya
Wajah Fazura terpinga-pinga hairan
"Rumah siapa nie, abang?,"
"Nie rumah X girlfriend abang, abang lupa nak kenalkan zura dengan dia,"
Jawab Farid Husin dengan wajah berang
"X.. x apa tu abang, zura tak fahamlah,"
Farid Husin tergeleng-geleng
"Ini, rumah bekas kekasih lama abang, abang nak kenalkan zura pada dia, biar dia tahu abang dah kahwin,"
kening Fazura berkerut kerana cemburu kemudian mengangguk
"Zura pun nak tengok, cantik sangat ke bekas kekasih abang tu?,"
"Tekanlah loceng tu, kalau zura nak tengok sangat,"
"Zura ke?,"
Farid Husin mengangguk
"Yelah..,"
Fazura menarik nafas, lalu menapak ke hujung pagar rumah, jarinya telujuknya menekan beberapa kali butang loceng di tengah tiang batu
Tidak beberapa lama kemudian pagar rumah terbuka secara automatik, membuatkan Fazura menapak laju mendekati Farid Husin dengan wajah cemas
"Kakak!,"
wajah Fazura lantas terkejut seperti mengenali suara yang memanggil namanya lalu cepat-cepat kedua kakinya menapak melihat kelibat yang memanggil namanya ketika pagar rumah masih belum terbuka sepenuhnya
"Hey Adik!,"
jerit Fazura bila melihat kelibat adik perempuannya sedang berdiri di halaman depan rumah
Gadis bertudung corak segera berlari ke arah Fazura, lalu memeluk tubuh kakaknya
"Ya Allah, Adik,"
Fazura seakan-akan masih tidak pecaya apa yang dia lihat ketika itu, dia tatap wajah adiknya seketika kemudian mencium-cium pipi adiknya
"Fazura..,"
"Mak!,"
Jerit fazura bila melihat ibunya berdiri di depan pintu rumah, bergegas dia belari ke arah ibunya
"Mak..,"
Fazura menangis teresak-esak sambil memeluk ibunya namun wajah berubah hairan lalu melihat ke arah tangan ibunya
"Mak.. tangan mak nie?,"
Tanya fazura teresak-esak, hairan bila melihat tangan kanan ibunya
"ini Tangan palsu je sayang, suami kamu yang belikan untuk mak,"
Jawab Ibu Fazura sambil mengusap-ngusap pipi anak perempuannya
"Abang..,"
Fazura memaling tubuhnya memandang suaminya sedang berdiri di sebelah adiknya
"Terima kasih abang,"
Ucap Fazura dengan nada tersekat-sekat tak mampu menahan tangisannya lalu menapak laju untuk memeluk suaminya
"Terima kasih.. terima kasih abang!,"
Raung Fazura dengan tangisan esak sambil memeluk erat tubuh suaminya
TAMAT..
Share this novel