SCENE 32

Drama Completed 7675

Pada petang itu, Nediya berseorangan keluar daripada rumahnya untuk pergi ke bandar untuk membeli barang-barang wanitanya. Baby Qiesha pula ditinggalkan di rumah dengan pengasuh. Seperti biasa dia akan menelefon teksi untuk menjemputnya di rumah. Inilah betapa susahnya orang yang tidak pandai memandu kereta. Faris pula masih lagi di tempat kerjanya itu.

Setibanya di bandar, Nediya cepat-cepat masuk ke dalam Guardian dan Watson. Kedua tempat ini merupakan tempat yang wajib dikunjunginya jika dia datang ke bandar. Dicari-cari barang-barang kecantikan dan kesihatan yang diperlukannya. Jenama mandian badan yang paling disukainya itu dicapai kemudian dimasukkannya ke dalam bakul. Sesudah membuat bayaran, Nediya keluar dari dua buah tempat tersebut untuk menunggu teksinya tiba.

Sedang sahaja dia menunggu di bus stop yang berdekatan, tiba-tiba dia ternampak suaminya, Faris sedang berjalan sambil memimpin tangan seorang wanita. Nediya terkejut besar melihat gerangan dua orang tersebut. Digosok-gosokkan matanya kerana mungkin dia tersalah orang. Darahnya sudah pun mendidih apabila melihat kereta yang dinaiki oleh dua orang itu adalah kereta milik suaminya, Faris dengan nombor plat yang sama. Maka, dia sudah yakin itu adalah memang suaminya. Buat seketika, hati Nediya bagaikan berkecai melihat keadaan mereka berdua itu.

Tanpa berlengah, Nediya mengarahkan pak cik teksi tersebut mengikut kereta yang dipandu oleh suaminya itu. Kereta yang Faris pandu itu sungguh laju sehinggakan mereka hampir kehilangan jejak kereta tersebut. Namun nasib baik pak cik teksi itu memang arif dalam menjejakinya kembali.

Nediya terkejut apabila Faris dan wanita tersebut turun daripada keretanya dan berjalan menuju ke arah sebuah kondominium yang mewah di ibu kota itu. Hati Nediya hancur melihat benda yang terjadi di depan mata kepalanya sendiri. Lagi musnah hatinya apabila melihat itu adalah benar-benar suaminya sendiri. Faris!

Betapa pedih bila suami yang didambakan selama ini rupanya curang di belakangnya. Dia berasa dirinya bagai ditikam-tikam oleh pedang samurai terkenangkan peristiwa yang baru sahaja berlaku di depan matanya itu tadi. Dia tidak pernah terfikir Faris akan melakukan perkara tersebut kerana kasih Faris terhadapnya dan anaknya begitu mencurah-curah selama ini.

Nediya segera mengarahkan pak cik teksi menghantarnya pulang. Sepanjang perjalanan dia menangis teresak-esak terkenangkan peristiwa tadi. Dia sugguh tidak menyangka Faris tergamak buat begitu kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience