BAB 1

Romance Completed 42886

Cermin panjang yang terletak di bahagian hujung sebuah pejabat memantulkan sebuah figura yang berada bertentangan dengannya. Figura itu kelihatan sedang membetulkan pakaiannya dengan teliti.

Rambut hitamnya yang terletak kemas menampakkan dahinya. Sut yang dipakai melekap pada tubuhnya dengan sempurna. Seutas jam tangan dipakai pada bahagian pergelangan tangan kirinya melengkapkan lagi penampilan lelaki itu.

Sebaik berpuas hati dengan penampilannya, langkahnya diatur ke arah sebuah kerusi yang tidak jauh dari tempat dia berada. Derapan langkah yang dibawa bersama kasut kulit hitamnya memenuhi ruangan pejabat tersebut.

Akhirnya, punggungnya dilabuhkan di atas sebuah kerusi. Belakang badannya disandarkan pada kerusi tersebut. Tangannya pula naik mengurut pelipisnya buat seketika. Sebuah keluhan dilepaskan.

Tali lehernya yang mula senget dibetulkan oleh sebelah tangannya lagi. Riak wajahnya yang serius dikekalkan. Matanya yang dulu bersinar-sinar dengan kegembiraan kini diganti dengan pandangannya yang beku.

Senyuman lebar miliknya dahulu sudah tidak lagi terukir di bibir lelaki itu. Kegembiraan dan keceriaan yang jelas terpamer pada wajahnya juga telah hilang untuk sekian lama. Kini, hanya tinggal kesunyian dan kebencian sahaja yang berada di dalam diri lelaki itu.

Tidak lupa juga, memori pahit yang masih segar di dalam ingatan. Tangannya mula mengepal penumbuk setiap kali memori itu terlayar di fikiran. Rahangnya turut diketapkan. Namun ketukan di pintu melenyapkan segalanya.

"Masuk." arah Adi Ashraf dengan nada yang mendatar.

Bebola matanya dialihkan ke arah seorang pekerja perempuannya yang masuk ke dalam pejabatnya. Kelihatan sebuah dulang yang berisi sarapan paginya dibawa oleh pekerja perempuan tersebut.

Tidak lama kemudian, secawan kopi hitam pekat dan sebuah kepingan sandwic dihidangkan dihadapannya. Sebuah senyuman dihadiahkan oleh perempuan tersebut kepada lelaki itu. Malangnya, senyuman tersebut hanya dibalas dengan pandangan maut daripada Adi Ashraf.

Tanpa membuang masa, pekerja perempuan itu keluar meninggalkan lelaki itu bersendirian. Lantas, secawan kopi itu disisip perlahan. Matanya terpejam menikmati rasa kepahitan kopi yang mula larut pada deria rasanya.

Rasa pahit tersebut perlahan-lahan mula mengingatkan dirinya kepada sebuah memori hitam yang disimpan rapi. Namun, dia terpaksa menelan kepahitan kenyataan itu untuk sekian lama. Lima tahun sudah berlalu. Sepanjang tempoh itu jugalah, Adi Ashraf telah banyak berubah.

"Abang!" sergah satu suara tiba-tiba.

Pandangan matanya jatuh ke arah seorang lelaki yang sedang tersengih ke arah dirinya. Keningnya dijongketkan sedikit. Tanpa dipinta, lelaki itu telah melabuhkan punggung dihadapannya. Matanya dijulingkan ke atas.

"Kau nak apa, Akid? Pernah dengar pasal ketuk pintu sebelum masuk tak?" soal Adi Ashraf bersama perlian pedasnya.

Akid Ahnaf hanya menghiraukan sahaja perlian abang sulungnya. Dia tersengih menundukkan barisan giginya tanpa serba salah.

"Kau tidur dekat office lagi ke? Dah seminggu kau tak balik rumah. Mama tak habis-habis suruh aku pujuk kau balik. Balik la abang. Aku dah tak larat nak dengar mama membebel pasal kau." luah lelaki itu dengan nada yang terdesak.

Akid melepaskan satu keluhan kecil. Dia rindukan abangnya yang dulu. Dia rindukan abangnya yang selalu akan luangkan masa dengan dia dan keluarga mereka. Berborak, bergurau-senda dan bergelak tawa.

Dia risau dengan keadaan abangnya yang sekarang. Semenjak ketiadaan dia, abangnya menjadi seorang yang workaholic yang terlampau. Sehinggakan pejabat tersebut mempunyai sebuah bilik tidur yang lengkap dengan segala keperluan lelaki itu.

Nasihat yang diberikan oleh ibu bapa mereka langsung tidak diendahkan oleh abangnya. Apatah lagi nasihat dia. Haih. Pada masa yang sama, dia pasti satu hari nanti abangnya yang dahulu akan kembali kepada mereka.

Yes, satu hari nanti!

"Akid, dah puas mengelamun? Dengar tak apa aku cakap tadi?" soal Adi Ashraf sedikit bengang.

Akid Ahnaf hanya mengangguk laju. Bebola matanya dilarikan daripada pandangan lelaki itu. Air liur yang ditelan terasa kesat pada ketika ini. Risau sekiranya dia ditangkap oleh abangnya kerana menipu.

"Mama dengan papa tak pernah ajar kita menipu, Akid. " pesan Adi Ashraf tegas sebelum menyambung kata-katanya.

"Pesan dekat mama dengan papa, aku balik malam ni. Pesan kat dia orang jangan risaukan aku. Aku tahu jaga diri aku sendiri. Dah, keluar cepat. Aku nak buat kerja. Semak tengok muka kau." sempat juga Adi Ashraf mengejek Akid Ahnaf.

Akid Ahnaf hanya tersenyum sendiri. Tanpa memberi amaran, dia menarik Adi Ashraf ke dalam pelukan. Dia cuba melepaskan rasa rindunya kepada abangnya melalui pelukan tersebut. Adi Ashraf yang terpinga-pinga membalas pelukan tersebut tak lama kemudian.

"Aku tahu kau rindu aku. Tapi aku kena pergi dulu. Jumpa malam ni!" ucap Akid Ahnaf sebaik meleraikan pelukan.

Adi Ashraf hanya mampu mengelengkan kepala. Bertuah punya adik. Siapa yang rindu siapa sekarang ni? Dia menghantar pemergian adik lelakinya melalui ekor mata.

Bibirnya tak lama kemudian mengukir senyuman nipis. Tipulah kalau dia kata dia tak rindukan masa yang diluangkan oleh mereka berdua selama ini. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dia rindukan saat-saat tersebut.

Kalau dia dikenali dengan sikapnya yang dingin terhadap perempuan, Akid Ahnaf pula sebaliknya. Semua pekerjanya telah sedia maklum tentang sikap adiknya yang terlebih mesra terhadap perempuan. Kalau boleh, semua perempuan di pejabat mereka akan diajak keluar oleh lelaki itu walaupun sekali.

??????

"Selamat pagi Tuan." ucap pembantu peribadi Adi Ashraf.

Adi Ashraf hanya membalas dengan anggukan.  Dia memberi isyarat supaya lelaki itu meneruskan kata-katanya. Tanpa membuang masa, lelaki itu memaklumkan jadual Adi Ashraf untuk sepanjang hari tersebut.

"Ada apa-apa lagi? Dah periksa semua meeting  hari ni tak melibatkan mana-mana klien perempuan? Ataupun mana-mana pertemuan yang Puan Linda tetapkan untuk hari ni? Kalau ada, pastikan semuanya diserahkan pada Encik Akid." arah Adi Ashraf mahukan kepastian.

Ini semua kerana ibunya, Puan Linda, selalu menetapkan pertemuan antara dirinya dengan mana-mana perempuan sebagai calon isteri. Alasannya untuk membantu Adi Ashraf melupakan tunangnya dahulu.

Namun segalanya tidak berjaya. Semua perempuan yang ditetapkan untuk bertemu dengan dirinya pasti akan menyesal kerana sikap dingin lelaki itu. Itu juga yang terjadi apabila dia terpaksa bekerjasama dengan mana-mana klien perempuan.

Akhirnya, dia menyerahkan segala pertemuan yang melibatkan mana-mana perempuan kepada adiknya, Akid Ahnaf sebagai penyelesaian. Bagi dirinya, dia lagi suka untuk mengekalkan keadaan sebegitu.

Dia pun tak pernah ada niat untuk berbaik dengan mana-mana perempuan. Biarlah dia kekal bujang sehingga akhir nyawa sekali pun asalkan dia tak menghadapi lagi rasa kehilangan orang yang dicintainya.

"Semuanya dah diserahkan kepada Encik Akid, Tuan. Hanya ada satu pertemuan saja yang dikecualikan. Klien tu hanya nak berurusan dengan Tuan." jelas pembantu peribadi tersebut kepada Adi Ashraf.

Sebelah kening milik Adi Ashraf terjongket sedikit. Dahinya dikerutkan. Tak pernah lagi sesiapa yang mahu berjumpanya tanpa melalui adiknya, Akid. Yang lebih mengejutkan lagi, klien tersebut ialah perempuan. Namun dia cuba untuk tidak mengendahkan perkara tersebut.

Tak lama kemudian, Adi Ashraf mengarahkan pembantu lelaki itu menyambung kembali kerjanya. Manakala, dia mula bersiap sedia untuk menghadiri sebuah mesyuarat pada pagi ini. Sebuah bingkai gambar yang tersorok di dalam laci mejanya diusap penuh kasih  sebelum pergi.

??????

Akid Ahnaf mengerutkan dahi. Dia tak tahu bagaimana lagi untuk dia bergadis yang berada di hadapannya kini. Segala cara dia telah lakukan namun semuanya gagal.

Kalau sebelum ini, semua perempuan akan bekerjasama dengan dirinya untuk berurusan dengan abangnya, Adi Ashraf. Tak pernah lagi timbul apa-apa masalah. Sehinggalah hari ini. Malah ada juga yang tergilakan dirinya kerana kekacakkan yang dimiliki oleh lelaki itu. 

Namun bukan kepada Ariana Atilia. Gadis itu hanya mahukan abangnya, Adi Ashraf. Sebab apa pun dia tak tahu. Tangannya mula meraup muka. Kalaulah gadis itu tahu bagaimana sikap Adi Ashraf terhadap perempuan.

"Cik Ariana, cik tahu tak saya ni 5 kali lagi handsome daripada Encik Adi Ashraf tu." kata Akid Ahnaf penuh bangga.

Ariana Atilia mengeleng kepala. Matanya dipejamkan. Rahangnya diketapkan. Kenapa susah sangat untuk dia berjumpa dengan Adi Ashraf? Sehinggakan dia perlu mengendalikan buaya darat tak tahu malu ni. Apa salah aku?

"Encik Akid, saya tak mintak banyak pun. Saya cuma nak jumpa Encik Adi Ashraf. Susah sangat ke permintaan saya?" balas Ariana Atilia sedikit bengang.

Akid Ahnaf menjongketkan sebelah keningnya. Otaknya ligat memikirkan motif gadis itu yang sejak dari tadi mahu berjumpa dengan abangnya. Sudah pasti bukan atas urusan kerja.

"Apa urusan Cik Ariana dengan Encik Adi Ashraf?" soal Akid Ahnaf cuba mengetahui motif gadis itu.

"Itu bukan urusan Encik Akid. Itu urusan saya dengan Encik Adi Ashraf." balas Ariana Atilia tak puas hati.

Akid Ahnaf melepaskan keluhan kecil. Gadis dihadapannya ini nampaknya pandai bermain dengan kata-kata. Ariana Atilia menyilangkan tangan ke dada. Dia mula penat melayan Akid Ahnaf.

"Macam mana kalau saya kata yang Encik Adi Ashraf tak nak jumpa Cik Ariana?" soal Akid Ahnaf lagi cuba mengetahui jawapan gadis itu.

"Kalau dia tak nak jumpa saya, saya tak kisah. Sebab saya yang nak jumpa dia." balas Ariana Atilia yakin.

"Kalau itu yang Cik Ariana nak, saya akan tunaikan. Tapi saya nasihatkan supaya Cik Ariana takkan menyesal dengan keputusan Cik." kata Akid Ahnaf cuba memberi amaran.

Ariana Atilia menghela nafas lega. Dia menghadiahkan senyuman penuh makna kepada Akid Ahnaf. Dia takkan menyesal dengan keputusan dia. Takkan!

??????

Adi Ashraf memerhatikan gadis yang berada dihadapannya. Dia telah sedia maklum tentang  gadis itu daripada adiknya, Akid Ahnaf. Masih terngiang-ngiang lagi aduan lelaki itu pada telinganya.

Pandangannya pula dijatuhkan pada sebaris nama yang tertera pada sebuah fail yang dibawa oleh gadis itu. Tanpa dia sedari, dia menyebut nama gadis itu dalam diam.

"Ariana Atilia." ucap Adi Ashraf perlahan kepada dirinya sendiri.

Sebaris nama itu mula mengingatkan dirinya kepada seseorang. Hatinya sakit apabila memori tersebut perlahan-lahan mula kembali di mindanya.

Mawar Adriana.

"Ya saya. Encik ada sebut nama saya ke tadi?" soal Ariana Atilia kepada lelaki dihadapannya.

Soalan Ariana Atilia mula menarik perhatian Adi Ashraf. Dia mengeleng kepala cuba menyedarkan diri kembali kepada realiti.

Namun malangnya, Ariana Atilia telah tersalah anggap terhadap tindakan lelaki itu. Dia mula menarik nafas panjang dalam diam.

Tak silap aku, dia ada sebut nama aku tadi. Ke aku dah pekak? Kau dah pekak ke Ariana Atilia? Fikir gadis itu sendirian.

Mungkin sebab aku nervous kot. Jangan risau, Ariana! Kau boleh! Jangan biarkan segala usaha kau sia-sia. Gumam gadis itu berkali-kali.

"Erm...Cik Ariana?" panggil Adi Ashraf buat sekian kalinya cuba menarik perhatian gadis itu.

Dahinya dikerutkan apabila melihat mulut gadis itu seperti sedang terkumat kamit membicarkan sesuatu. Dia mula rasa tak sedap hati.

Jangan kata ibu dia kali ni hantar bomoh untuk lembutkan hati dia. Matanya mengerling sekilas penampilan gadis dihadapannya.

"Ariana Atilia!" panggil Adi Ashraf sedikit meninggi.

Terhenjut bahu gadis itu apabila dipanggil sebegitu. Matanya membulat akibat terkejut.
Dia menilik riak muka tidak puas hati yang terpampang pada wajah Adi Ashraf.

"Apa kau nak? Kenapa kau datang sini? Kenapa nak jumpa aku? Tolong jangan bazirkan waktu aku kalau kau nak diam membisu." soal Adi Ashraf bertalu-talu dengan rasa tak puas hati .

Tiada lagi formaliti yang digunakan kali ini. Dia sudah penat mahu berbasa basi. Lebih baik dia berterus terang. Dia tak suka membuang masa tambah-tambah lagi kalau dengan mana-mana perempuan .

Mata Ariana Atilia dikecilkan ke arah Adi Ashraf. Tangannya naik menyentuh dadanya untuk menenangkan diri. Bibirnya naik mengukir senyuman yang sukar ditafsirkan.

Kalau tadi keyakinan dia hilang akibat gelabah yang tak tentu pasal, kini keyakinan tersebut kembali menyerpa dirinya tanpa dipinta. Dia kini duduk sambil menyilangkan tangan ke dada. Manakala, kakinya pula turut melakukan  perkara yang sama.

" First, kau memang tak reti nak tanya elok-elok ke hah, Adi Ashraf?" soal Ariana Atilia dengan berani.

Adi Ashraf menjongketkan keningnya melihat tingkah laku gadis itu. Matanya merenung tajam ke dalam anak mata Ariana Atilia.

"You know what, Ariana? Aku rasa baik kau berambus dari sini sebelum aku panggil sekuriti. Tolong jangan buang masa aku lagi, please? Aku tak ada masa nak bergaduh macam budak kecik dekat sini." jelas Adi Ashraf malas mahu meneruskan perbualan tersebut.

"Oh, siapa kata aku datang nak bergaduh dengan kau? Aku akan pergi lepas aku dapat apa yang aku nak. Tak payah nak susahkan diri panggil sekuriti." celah Ariana Atilia tenang.

"Aku tanya kau sekali lagi. Apa kau nak, Ariana Atilia? Apa yang kau nak dari aku sebenarnya?" soal Adi Ashraf ingin tahu.

"Marry me."

                          -To be continued...-

Hello my lovely readers! Special thanks sebab sudi baca story ni! Enjoy reading! Don't forget to vomment! -ftnfzyyy-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience