34

Other Completed 77609

NOTA KECIL di atas meja ditenung dengan gaya menongkat dagu. Sekejap-sekejap dia hela nafas, sekejap-sekejap lagi dia mengeluh. Terasa berat beban di bahu selagi mulutnya tak mengucapkan kata maaf. Sejak dari pulang dari membeli-belah tadi, dia asyik teringat akan peristiwa yang memalukan tersebut.

Itulah padahnya kalau cakap menkhinzir buta. Malu tak bertempat satu hal. Terkena pulak batang hidup sendiri satu hal.

Mulut punya pasal, badan yang binasa!

"Hang nenunglah kertaih tu sampai dia habaq dia teriak sendiri pun takkan jadi apa Hasma oii! Eee qeyaulah aku budak ni!"

Azizah muncul dengan dua mug di tangan. Kopi panas buatannya cukup mengharumkan segenap ruang. Mug yang berwarna putih diserahkan kepada Hasma.

Tak bersambut, Azizah letak mug itu di atas meja. Betul-betul di hadapan Hasma. Kemudian dia melabuhkan duduk bersebelahan dengan sahabatnya lalu remote TV digapai.

"Dah macam oqhang mati laki aku tengok hang ni! Tapi hang takdak laki" bebel Azizah.

"Awat hang tenung kertaih tu?"

Hasma toleh pandang Azizah.

"Boleh ke aku call dia?"

"Ehh tak boleh. Pasai nanti kertaih tu pandai-pandai dialah pi taip nombor kat phone hang. Dan sambung teruih ke encik Ilham hang tu. Apa punya banganglah soalan hang tanya aku?"

Bebelan Azizah diiringi dengan keluhan kecil. Kopi panas dihirup perlahan. Selama ni, dia sangkakan yang bodoh tu dia. Tapi rupa-rupanya si Hasma tu!

"Kalau dia tak nak angkat call aku macam mana?"

"Lagu mana hang tau dia tak angkat? Dia tahu ka hang yang call dia?"

Betul-betul tak cerdiklah si Hasma ni! Karang cakap diri tu bodoh, marah pulak!

"Ehh betul jugak kan? Bengap jugak aku ni"

"Tahu pun" tempelak Azizah dengan wajah selamba. Nasib baik mengaku...

Handphone jenama Samsung di atas meja digapai. Agak lama Hasma merenung telefon bimbitnya sebelum suara bingit Azizah memecah kesunyian lagi.

"Awat?? Main tenung-tenung pulak hang ni"

"Eihhh nervouslah aku nyah!" Telefon bimbit diletakkan kembali di atas meja.

"Hang nak call siapa? Bakal suami ka cik Hasma oi?"

Hasma beri jelingan tajam.

"Awat? Tak betui ka? Yang hang mengada-ngada nak nervous bagai pasai pa? Hang nak call tu pun sebab nak mintak maaf ja. Atas apa yang hang dah buat. Bukannya hang nak ajak dia kawen. Tak pahamlah aku minah ni. Kang aku kata bodoh bangang, hang teriak kat aku. Nak aku kata bijak pandai, celah mana pulak tak aku jumpa"

Hasma diam. Betul jugak ayat last Azizah tu. Kenapa pulak dia tiba-tiba macam orang bodoh erk? Selalunya selama ni yang nampak bodoh tu Azizah, bukannya dia!

"Nak call ke tak nak?" gesa Azizah.

Perlahan-lahan Hasma gapai telefon bimbitnya di atas meja. Nombor Ilham didail. Namun butang call dibiarkan saja. Alih-alih dia padam semula nombor tersebut dan simpan telefon bimbitnya di tempat tadi.

Baru dia hendak berfikir sejenak, kemudian dia gapai semula telefon bimbitnya. Ulang perkara sama. Dan letak semula telefon bimbitnya sambil geleng kepala.

"Besar kecik besar kecik ja aku tengok hang ni!" gerutu Azizah.

"Aku tak pandailah nak cakap dengan dia. Malulah, dahlah aku sound dia tadi. Mesti dia gelakkan aku. Hu hu" adu Hasma lantas mencicip air kopi buatan Azizah. Hmm sedap!

"Itulah hang! Suka hati nek pak hang ja teriak kat dia. Kalau hang cakap elok-elok, kan ke baguih! Taklah malu sendiqi lagu ni!"

"Nak buat macam mana? Dahlah aku tengah lapar masa tu, dia pulak boleh parking depan kereta aku dengan cuaca panas macam tu. Kalau kau pun, mesti kau hangin satu badan!" Hasma membela diri. Tak mahu dirinya dipersalahkan walhal segalanya berpunca dari dia sendiri juga.

"Lagi satu. Yang dia letak note kecik kat wiper belakang, siapa suruh? Manalah aku nak nampak! Kalau dia selit kat wiper depan ke atau kat cermin sisi ke, senanglah sikit aku nak alert! Tu nasib baik kau yang jumpa note tu, kalau tak sampai ke sudahlah aku bawak dendam ni"

"Amboi amboi amboi! Gheyau pulak aku tengok hang ni!! Tak payah nak dendam-dendam sangat. Bak sini phone hang"

Telefon bimbit sudah bertukar tangan.

"Woii Azi..kau nak buat apa?"

Wajah Hasma sudah memucat tatkala nombor seseorang sedang berada dalam talian. Dan nombor tersebut tak lain tak bukan adalah nombor Ilham!

4 BULAN KEMUDIAN...

SINAR kebencian terpampar pada wajah tersebut tatkala pemeriksaan sudah selesai dijalankan sebentar tadi. Dengan perasaan berketar-ketar, hatinya meradang dan seakan ingin meletup. Sepanjang perjalanan menuju ke rumah, dia hanya diam terkutik di sebelah sang suami.

Berita tersebut tampaknya memberikan impak berbeza kepada Eirfan. Setelah dikhabarkan doktor akan kehamilan Natrah, dialah insan yang paling bahagia sekali. Tak henti-henti wajah tersebut mengukir senyuman penuh manja. Sedangkan wajah Natrah sarat dengan kebencian dan dendam.

Dia tahu, benih yang dikandungnya bukanlah hasil dari hubungannya dengan Eirfan tetapi dari lelaki keparat tersebut! Sepanjang perkahwinannya dengan Eirfan, lelaki itu tak pernah menyentuhnya walaupun sekali. Jadi dia yakin 100% kalau kandungannya bukan milik Eirfan.

Peritnya rasa, hanya Allah sahaja yang mengetahui. Dia tak inginkan bayi tersebut. Dia sudah lama menanam benih kebencian pada keturunan Ehsan, meskipun itu adalah anak yang dikandungnya!

"Love..."

Suara lembut Eirfan membawa Natrah kembali ke dunia nyata. Dia menoleh ke arah sang pemilik suara yang sedang menyungging senyuman manis untuknya. Dalam keterpaksaan menahan rasa, senyuman tersebut dibalas jua.

"Minum susu ni. Baik untuk Love dan baby tu" ujar Eirfan sambil mengajukan segelas susu kepada Natrah.

Punggung dihenyakkan bersebelahan dengan isterinya. Memandang wajah yang tampak kurang ceria tersebut, hatinya mula tertanya-tanya. Sepulangnya mereka dari hospital tadi, Natrah tak menunjukkan tanda-tanda gembira pada tampangnya. Adakah dia tak suka atau teruja dengan berita kehamilannya?

Mendengarkan perkataan 'bayi', jiwa Natrah kacau-bilau. Laju saja dia menjeling ke arah suaminya.

"Baby?" Natrah seakan mempersendakan omongan Eirfan. Wajahnya tampak sugul dan sebal.

Dahi Eirfan berkerut. Tidakkah sepatutnya mereka bahagia dengan berita yang satu itu?

"Kenapa? Love tak happy ke dengan berita ni?"

"Nope!" Suara Natrah kedengaran keras.

"Tapi kenapa? Ni anak kita..."

"Siapa cakap?" Laju Natrah mencantas kata-kata Eirfan.

"Ni bukan anak yang lahir dari hubungan kita. Kita tak pernah ada pun hubungan tu. Macam mana boleh ada baby?"

Eirfan tersentak. Tidak menyangka Natrah akan berbicara seperti itu. Sedikit sebanyak hatinya terasa dengan omongan Natrah.

"Love..."

"Tak payah nak berpura-puralah Hubby! Hubby pun tahu ni anak siapa. Dan untuk pengetahuan Hubby, bayi ni takkan ada kat dunia ni"

"Apa maksud Love?" Wajah dan intonasi Eirfan mulai serius.

"Love takkan kandungkan dia! Love akan gugurkan budak ni!"

"Natrah!!" Suara Eirfan sudah meninggi. Radangnya kian menebal dengan fiil dan tingkah isterinya.

Natrah terpempam dengan suara keras Eirfan. Ketakutan mulai beraja dalam hatinya. Sungguh, dia tak kuat untuk menatap wajah itu.

"Jangan buat kerja gila! Iye, Hubby tahu tu anak siapa. Tapi Hubby tak kisah pun. Hubby happy dan bahagia. Tak kisahlah dia lahir dari keadaan apa sekalipun atau macam mana sekali pun, Love kena ingat yang ni rezeki Allah nak bagi pada kita. Ni rezeki dari Allah, nikmat kurniaan dari Allah"

"Lahir dari pemerkosaan adalah rezeki dan kurniaan dari Allah?" Setitik. Dua titik. Akhirnya berderai-derai air matanya menumpang pada wajah tersebut.

Sekali lagi, Eirfan tersentak dan bungkam dengan kata-kata Natrah. Dia kehilangan kata-kata dan sedar akan keterlanjuran diri.

"Rezeki? Rezeki yang patut disyukuri atau...? Isk isk isk..."

Natrah membenamkan wajah ke lutut. Tangisannya mulai kedengaran. Dia tertekan dengan semua yang barusan berlaku. Empat bulan hidup di samping Eirfan meletakkan dia wanita paling bahagia di dunia. Namun berita tersebut telah menghancurkan segala-galanya.

Siapa dia? Manusia biasa yang kepingin bahagia di sisi tercinta. Apatah lagi setelah bergelar seorang isteri, pastinya dia juga inginkan zuriat untuk sang suami. Dan memberikan syurga buat sang suami. Namun dengan cara seperti ini, dia tidak yakin dia telah memberi syurga pada suaminya.

"Love..."

Eirfan mendekati Natrah dan memaut tubuh tersebut. Wajah sembam Natrah didongakkan. Air matanya diseka perlahan.

"Kita hadapi semua ni sama-sama. Percayalah, Hubby takkan tinggalkan Love. Hubby akan terima Love dan baby ni. We will make a happy family together"

Tubuh Natrah dibawa ke dalam dakapan. Sejujurnya dia juga merasakan kesakitan yang sama. Rindukan bau seorang bayi tetapi bukan dari hubungan mereka, dan itulah kenyataan yang harus dia bawa sampai ke mati!

"MUMMY! MUMMY! Tolong Ehsan mummy! Tolong Ehsan!! Ehsan susah mummy. Ehsan susah! Takde siapa tolong Ehsan kat sini. Mummy please...tolong Ehsan!!"

"Ehsan!!!"

Datin Jenny tersedar dari lena. Terjerit-jerit dia memanggil nama Ehsan. Keringatnya kuat terasa meskipun suhu dari air-con sungguh menyejukkan ruangan bilik.

Air mata merembes keluar saat terkenangkan anak yang kesusahan di sana. Dia tak terdaya untuk membantu anaknya yang terkapai-kapai di alam sana. Jelas pada wajahnya akan riak Ehsan yang dibanjiri dengan tangisan.

"Are you okay Jen?"

Datuk Elias mendekati isterinya. Kerjaannya di atas meja ditinggalkan saat mendengar suara jeritan isterinya sebentar tadi. Dia khuatirkan keadaan Datin Jenny yang tak berapa konsisten belakangan ini. Kesihatannya juga agak merosot semenjak Ehsan pergi.

"I mimpi Ehsan. I dreamt of our son"

Datin Jenny tersedu-sedan menceritakan segala yang dimimpikannya.

"Jen..that was just a dream. Mimpi kan mainan tidur"

"Tapi I mimpi banyak kali. Benda yang sama. Is that a nightmare? You boleh agak tak kenapa I selalu mimpi benda yang sama? I couldn't help him althought I wanted to"

Esak tangis Datin Jenny jelas kedengaran. Betapa terseksanya dia saat bercerita mengenai Ehsan dan mimpi-mimpinya.

"Macam mana kalau dia tak tenang kat sana? Can you imagine that? Our baby son..."

"Jen..." Datuk Elias memaut bahu isterinya. Mendengarkan tangisan Datin Jenny, dia turut sama berdukacita. Air matanya juga tak mampu dia seka.

"Abang..." Datin Jenny mendongak memandang suaminya.

"Hmmm?"

"We need to help him" pinta Datin Jenny.

Datuk Elias terdiam. Dia pun tak punya daya untuk membantu. Apa yang bisa dia hulurkan?

"But how?" tanya Datuk Elias.

"Tanya ayah. He sure knows"

Sekali lagi, Datuk Elias terdiam. Dia bukannya tak mahu setuju dengan cadangan isterinya, namun dia sendiri tak punya hubungan baik dengan Tuan Kassim. Apatah lagi setelah Ehsan meninggal beberapa bulan yang lalu, hubungan antara mereka berubah dingin.

"You know how things going between us" keluh Datuk Elias.

"Tak boleh ke you lower down your own ego for a while? At least do it for our son. Please abang.. Please do this. I beg of you"

Datin Jenny ingin tunduk melutut namun tindakannya dihalang oleh Datuk Elias sepantas kilat.

"Please abang..." rayu Datin Jenny lagi.

"Okey" Perlahan-lahan Datuk Elias mengangguk dan bersetuju demi isterinya. Tampak gayanya, dia harus mulai berubah demi arwah Ehsan. Dan semuanya harus bermula dengan mendamaikan hatinya dengan Tuan Kassim. Jika itu dapat dilakukan untuk membantu Ehsan di sana, dia rela tunduk walau ego tercalar.

"Thank you abang"

PAGI itu, Eirfan bangun sediakan sarapan buat isteri tercinta. Sejak semalam, Natrah tak lena tidur kerana kerap ke tandas dek muntah-muntah. Baru sahaja nak lelapkan mata, Natrah sudah merengek nak ke tandas.

Dan pagi itu dia bangun dengan lena yang masih lagi memanggil. Namun dia kuatkan diri untuk bangkit kerana tak mahu menyusahkan Natrah.

"Kenapa tak kejutkan Love untuk buatkan sarapan?"

Suara serak-serak basah Natrah mengisi ruangan kecil dapur tersebut.

"Takpe. Tak susah pun buat breakfast ni. Come Love!"

Natrah duduk sebelah Eirfan dan perhatikan tingkah suaminya. Mihun goreng siap dicedok ke dalam pinggan lalu diletakkan di hadapan Natrah.

"Makan ye? Biar ada tenaga sikit. Malam tadi, banyak sangat dah Love membuang. Pagi ni makan banyak sikit"

Suara Eirfan seakan memujuk saja nadanya.

Namun pinggan tersebut tak terusik sedikit pun. Hanya ditenung sahaja oleh Natrah. Terlalu banyak yang bermain dalam fikirannya. Entahkan esok, entahkan bila dia mampu bertahan dengan semua ini. Kadangkala dia berfikir sampai bila Eirfan harus bersabar dengan semua ini. Mana ada lelaki di dunia ini yang mampu menerima keadaan dirinya.

Memikirkan itu, hatinya sedih. Fikirannya bercelaru. Perasaannya bercampur-baur. Dia berkahwin dengan Eirfan untuk bahagia bukan sebaliknya. Namun jika keduanya merasa yang sebaliknya, haruskah sebuah perkahwinan dipertahankan?

Apatah lagi dengan keadaan dirinya yang hamil bukan dengan benih suaminya sendiri. Dia tampak Eirfan gembira namun hatinya? Entah siapa yang mampu menebak.

"Love..."

Natrah pandang Eirfan dengan pandangan kosong. Seakan tak punya daya nak bercakap atau melakukan apa-apa.

"Kenapa tak makan?"

"Takde selera. Love nak masuk bilik. Nak rest"

Eirfan membantu Natrah dan memimpinnya sehingga ke bilik. Ketika Eirfan hendak mendukungnya naik ke atas katil, Natrah laju menolak.

"Love boleh naik sendiri"

Eirfan biarkan meski hati sudah mulai terusik. Sikap Natrah aneh pagi itu. Apa ada kesalahan yang sudah dilakukannya?

"Nak pergi klinik tak? Wajah Love pucat je ni"

"Tak naklah. Love nak rest saja. Hubby pergilah kerja. Nanti lambat masuk kerja"

"Hubby masuk kerja akhir sikit. Temankan Love kejap. Nanti Love dah lelap, Hubby gerak pergi kerja"

"Kan Love dah cakap, Love okay!"

Suara kasar Natrah menggugat kekecewaan di hati Eirfan. Namun dia sabarkan hati kerana tak mahu Natrah terluka dan terbeban.

"Okay then! Nanti apa-apa, Love call Hubby ye? Perlukan apa-apa, just call me"

Natrah mengangguk lemah.

"Sure ni? Tak nak Hubby temankan?"

Sekali lagi Natrah mengangguk.

"Okeylah..." Nada Eirfan berbaur kecewa. Dia berharap sangat untuk menemani Natrah kerana risaukan keadaan isterinya. Namun keengganan Natrah menerima kehadirannya di situ memaksanya menuruti saja kehendak isterinya.

Eirfan tinggalkan sebuah kucupan pada dahi dan pipi Natrah. Ketika dia hendak menyasarkan bibir Natrah, laju saja isterinya mengelak. Sekali lagi, Eirfan bungkam dengan sikap aneh Natrah. Namun seperti biasa, dia hanya mampu sabarkan hatinya sendiri.

Meski berat hati meninggalkan Natrah, langkah kaki tetap diteruskan. Agaknya Natrah perlukan masa dan ruang untuk bersendiri.

DERETAN baju bercorak bunga menarik perhatiannya. Dia menapak ke arah deretan baju tersebut. Satu-persatu dia ambil dan cuba dipadankan ke tubuhnya.

Hasma kecewa. Baju yang dipadankan tidak ngam dengan saiz badannya yang besar. Walhal baju tersebut sangat cantik dan kelihatan elegan.

"Errr miss"

Staff yang bertugas di situ dipanggil oleh Hasma.

"Iye?" Gadis itu menoleh dengan wajah yang angkuh. Dia pandang Hasma atas bawah beberapa kali lalu memberikan pandangan yang seakan mengejek dirinya.

"Errr ada tak baju ni yang saiz saya?"

"Baju ni tak sesuai untuk cik. Tak muat!" jawab gadis yang bertugas itu.

Hasma gigit bibirnya. Dia tengok tag nama gadis tersebut. Amira! Ohh nama dia Amira. Sombongnya!

"Miss, cik ni tanya pasal saiz. Bukan pasal sesuai ke tak"

Satu suara menyebelahi Hasma. Kedua mereka menoleh. Hasma terkesima melihat lelaki itu. Lelaki double park!

Amira terdiam tatkala ditegur oleh lelaki tersebut.

"Lagipun, saya tak rasa yang kedai baju mewah dan mahal macam ni ada ajar staff dia untuk kurang ajar dan body shaming orang lain! Kan?" Ilham menyelar Amira dengan pandangan penuh sinis.

"Maaf cik. Saya akan cuba cari saiz baju cik..."

"Tak payah! Kami akan pergi kedai lain and you..." Ilham pandang wajah gadis tersebut.

"Amira" Dia sebut nama gadis itu. "I'll remember your name and will tell all my friends not to come here"

Amira menunduk malu dengan kata-kata Ilham. Hasma terdiam. Sungguh dia tak menyangka akan bertemu si Ilham itu lagi setelah empat bulan tidak bersua. Kali terakhir mereka berjumpa pun setelah dia dipujuk oleh Azizah untuk keluar makan dengan lelaki itu. Itupun kerana dia merasakan dia 'berhutang' dengan lelaki itu setelah peristiwa double parking.

"Miss yepo.." Ilham panggil Hasma.

Hasma terkebil-kebil. Yepo? Dia ejek aku ke?

"Jom. Saya belanja awak banyak baju kat tempat lain. Yang lagi mewah dan mahal" Ilham sengaja berkata-kata begitu di hadapan Amira.

Hasma mengeluh panjang. Mula dah.. Dia punyalah nak mengelak dari nak berjumpa dengan si Ilham itu, tup tup terjumpa pulak kat situ. Arghhh!! Keciknya dunia!

Share this novel

Zai Zai
2024-09-10 16:17:06 

next


NovelPlus Premium

The best ads free experience