MAB 13: JODOH SALAH ALAMAT*

Romance Completed 902447

BEBERAPA minit sebelum pukul lima petang, Zahran kembali ke bilik. Masih dengan pakaian yang sama seperti sebelum dia keluar beberapa jam tadi.

Arianna yang sedang berbaring di katil sambil menatal skrin telefon, segera menegakkan tubuh.

Anak matanya mengekori langkah Zahran sehingga lelaki itu menghilang ke bilik mandi. Dia mengembungkan pipi sebelum mencebik dan kembali berbaring.

“Sombong betul. Apa salahnya tegur ala kadar. Tanya aku dah siap ke belum? Tak pun, amboi santainya kau baring kat katil aku. Ini pandang pun tidak. Eh, dia ingat aku ni tunggul ke apa?” Arianna melekapkan tapak tangannya ke dada. “Oh, I’m hurt.”

Beberapa minit kemudian, Zahran keluar dari bilik mandi dengan pakaian yang sudah rapi di tubuhnya. Masih tanpa menyapa atau memandang Arianna, dia melangkah ke walk-in closet. Arianna juga malas mengacuhkan Zahran melihat sikap dingin lelaki itu.

Namun selepas beberapa minit lelaki itu tidak juga kunjung keluar dari sana, Arianna jadi penasaran pula.

“Dia buat apa lama-lama dalam tu? Takkan pakai baju? Bukan tadi dia dah pakai baju ke?”

Dahi Arianna berkerut-kerut sambil otaknya cuba mengagak-agak apa yang dilakukan Zahran di dalam sana.

Tidak mahu berteka-teki sendiri, dia bangkit lalu menuju walk in closet. Langkahnya terhenti apabila melihat Zahran melakukan ritual yang setahunya disebut solat.

“Oh…” Cepat-cepat dia berundur dan kembali semula ke katil.

“Orang solat ni bukan orang baik ke? Macam Qai…” Arianna menggeleng, tidak mahu mengingat nama itu lagi.

“So Zahran tu sebenarnya baik ke? Hmmm…Diragui!”

Malas memikirkan lelaki yang menyebalkan itu, Arianna kembali merebahkan tubuhnya sambil menonton rancangan pencarian model di UK di mana dia menjadi juri jemputannya.

“Why my English sounds like British accent?” rungutnya apabila mendengar suaranya sendiri di dalam video itu.

Benci mendengar slanga Inggerisnya, Arianna membaca pula komen-komen yang ditinggalkan pada video itu.

-So pretty Arianna.-

-Very pretty and sweet. I love your accent.-

Arianna tertawa perlahan. “Ohh…Seriously?”

-Oh my god, she’s so beautiful.-

-Adorable young lady.-

-Super sexy and beautiful goddess.’

“See…Semua cakap Arianna cantik. Tapi boleh dia kata tak tertarik dengan aku? Dia rabun ke?”

-Is she single?-

“Yeap…I’m still single but…Ermmm…Available or not available?” Arianna berfikir-fikir.

“Technically I’m not available…But emotionally I’m available…Yeah…Complicated…I know.”

Sedang Arianna asyik membaca komen-komen pada video itu, Zahran keluar dari walk in closet. Berkerut wajahnya melihat Arianna bercakap sendiri sambil tersenyum-senyum memandang telefon. Dia menggeleng.

“Tersengih-sengih macam orang tak betul,” gerutunya.

“Dah siap ke?” tanya Zahran.

Arianna yang tidak menyedari kehadiran Zahran, terkejut mendengar suara bariton itu. Terlepas telefon dari tangannya lalu jatuh menimpa muka.

“Aduh…!” Arianna menggosok hidungnya.

“Tak boleh ke tanya tu slow-slow sikit. Guna suara paling rendah. Ini main sergah je.”

Zahran malas melayan. Jam tangan berjenama Urwerk dengan model paling rumit di dunia disarungkan ke pergelangan tangannya.

“Kalau dah siap, kita keluar sekarang. Tak boleh lewat sangat nanti terserempak dengan ibu,” katanya.

“Biarlah terserempak. Buat apa nak takut. Apa orang kata, berani kerana benar. Kita tak buat salah kan?”

“Siapa kata kita tak buat salah?”

“Dah tahu salah, yang you nak bawak jugak I datang sini kenapa?”

“Itulah. Menyesal pulak aku bawak kau. Itu yang aku cepat-cepat nak hantar kau balik.”

Arianna menyengir sebal. Tidak bolehkah sesekali Zahran berkata sesuatu yang menyenangkan?

Dengan sedikit membentak, Arianna melangkah ke pintu sambil menyeret bagasinya. Saat tangannya sudah menyentuh kenop, suara Zahran menahannya.

“Tunggu!”

Arianna toleh. “Kenapa?”

Zahran menarik Arianna ke belakang, berganti dia yang berdiri di depan pintu. Dengan berhati-hati dia membuka pintu lalu menjulurkan kepalanya keluar, melihat ke kiri dan ke kanan, memastikan semuanya selamat. Setelah berpuas hati, barulah dia melebarkan bukaan pintu dan memberi laluan Arianna keluar dulu.

Arianna berdesis sinis. “Mulut bukan main, cakap tak nak kalah, tapi penakut. Bawak perempuan je kut, bukan bawak ganja.”

“Bawak kau samalah macam bawak ganja,” kata Zahran sambil mengekori langkah Arianna keluar dari bilik sebelum menutup pintu.

“Kenapa macam tu pulak?”

“Dua-dua illegal and against the law.”

“Hahaha. Funny!”

Zahran hanya tersenyum nipis. Ketika itu mereka sudah sampai di depan lif. Zahran menekan butang turun sebelum beberapa minit kemudian pintu lif terbuka. Mereka sama-sama melangkah masuk.

“There’s a quote by Barry Crimmins,” ujar Zahran.

Arianna toleh, mendongak sedikit memandang Zahran di sebelahnya yang hanya memandang lurus ke depan.

“Dia kata ganja adalah sejenis dadah yang merbahaya. Some people smoke it just once and go directly into politics.”

“Hahaha!” Arianna tidak dapat menahan ketawanya. “Make sense.”

“Politics are actually the gentle art of getting votes from the poor and campaign funds from the rich, by promising to protect each from the other. Dirty and unfair,” kata Arianna lagi.

“Well…Couldn’t agree more with you. Tapi politik tak salah dan perlu untuk bentuk kerajaan. Yang salah ialah politicians."

“Yeah...Politicians and diapers should be changed frequently and all for the same reason,” ujar Arianna yang membuat Zahran tertawa.

"Kenapa kita cakap pasal ni?” ujar Zahran.

Arianna angkat bahu. "You yang mula dulu. Talking about ganja then meleret-leret sampai politik.”

Tiada tanggapan daripada Zahran. Kembali hening sehinggalah pintu lif terbuka. Dengan gestur tangan, Zahran menyuruh Arianna keluar dahulu sebelum dia menyusulnya.

Diam-diam Arianna mengulum senyum. Zahran walaupun menyebalkan namun ada masanya dia tahu bagaimana berkelakuan sebagai seorang ‘gentleman’.

SEPANJANG jalan dari hotel sehinggalah mereka tiba di Lapangan Terbang, hanya sepi menyelubungi. Tiada sesiapa bersuara, baik Arianna mahupun Zahran.

"Mesej aku bila dah touch down nanti," ujar Zahran sambil menarik bagasi Arianna memasuki bangunan lapangan terbang.

"Awh...So sweet. You worried about me?"

"Tak jugak.”

“Habis tu? Kenapa nak suruh I mesej. Macam saja je cari alasan nak get in touch dengan I kan?”

“Aku suka orang macam kau. Yakin diri. Bagus. Kau punya yakin tu dah reach level paling tinggi yang kita panggil perasan.”

Arianna mencebik lantas berkata, “Almost everyone is over confident, except the people who are depressed and they tend to be realists.”

“Teori mana kau pakai tu?”

“Joseph T Hallinan.”

“The American journalist?”

“Yeah. Dan I rasa you depressed.”

“Sejak bila teori wartawan diguna pakai untuk diagnos orang depress tak depress?”

“Sebab you terlalu realistic!”

Zahran tertawa sinis. “Buktinya?”

“Bila you kata tak tertarik dengan I.”

“Memang pun.”

“See…you terlalu realistic and it shows that you depressed.”

“No I’m not.” Zahran menafikan.

“Jadi bila you kata you takkan tertarik dengan I, maksudnya you tak realistic?”

Zahran kelu. Apa itu soalan perangkap?

“Itu terlalu specific. Bila aku kata aku realistic, it’s…it’s…general. Tak tertakhluk kepada kenyataan yang itu sahaja. faham?
And the benefit of being realistic is..it can save us from pain and disappointment.”

“Ah…” Arianna mendesah dramatik. “…So, you takut kalau you tertarik dengan I, you suka I, tapi I tak suka you, then you akan frust? Sebab tu you tried so hard to be reailistic and convince yourself that you won’t be attracted to me?”

Arianna mengangguk-angguk. “Now I understand.”

Zahran menganga tidak percaya. “You misinterpreted my statement.”

“It’s okay, mister. Kalau you tertarik atau suka I, just let me know. I will like you back. I promise.”

“Thanks but no thanks.”

“Tengok, you over confident.”

“Stop it!”

Arianna terkekeh, mahu mengusik lagi namun melihat wajah Zahran yang sudah berubah kelat, dibatalkan niatnya itu.

Seorang pramugari menghampiri mereka, memperkenalkan dirinya sebagai Zeeta dan menjemput Arianna ke pesawat.

“Okay, I pergi dulu. Thanks,” ujar Arianna.

“For?”

“Chartered jet untuk I, hantar I ke airport, and for the so not wonderful day and night in Langkawi.”

Zahran tertawa perlahan. “Sebelum kau naik flight, aku nak pesan satu je. "

"What is it?" tanya Arianna.

"Tolong jangan berkokok dalam flight," kata Zahran sambil menahan ketawa.

"Hei..." Satu penampar dia layangkan ke lengan Zahran sebelum berdecit marah.

“Aku pesan je. Takut FA, pilot semua terkejut tiba-tiba dengar bunyi ayam dalam flight.”

“You tahu tak kenapa ayam berkokok waktu malam?” tanya Arianna.

“Because they saw an angel.”

“That’s right. I berkokok because I saw an angel. And the angel is you.”

Lagi-lagi Zahran terkedu. Pick up line ke tu?

Arianna tersengih apabila melihat wajah Zahran yang terkulat-kulat.

“Okay, I pergi dulu. Bye.” Arianna melangkah, meninggalkan Zahran yang masih berusaha mengusir aura panas pada wajahnya.

Arianna menoleh. Melihat Zahran masih di situ, dia tersenyum. Diangkat tangannya dan melambai. Hanya mencuba nasib.

Jika Zahran membalas lambaiannya, dia bersumpah tidak akan minum lagi.

Tanpa disangka, Zahran mengangkat tangan membalas lambaiannya.

‘Shit!’

SEKEMBALI dari menghantar Arianna ke lapangan terbang, Zahran kembali ke hotel. Berkurung di dalam bilik sambil meneliti kertas kerja yang baru separuh dibacanya. Sedar tak sedar, sudah lebih tiga jam dia di depan Mac Book dan dikejutkan oleh bunyi telefon yang menandakan notifikasi mesej.

Bersandar pada kerusi, dia mencapai telefonnya.

-Reached home safely.-

Zahran tersenyum membaca mesej dari Arianna itu. Laju tangannya menyentuh skrin menaip mesej balas.

-Okay.-

Hantar!

Dua tanda berwarna biru muncul serta merta sebaik sahaja mesej itu dihantar, seolah-olah Arianna memang menanti balasannya.

Tidak sampai satu saat, dia melihat Arianna menaip . Entah mengapa, dia jadi tidak sabar pula mahu tahu apa yang ditulis Arianna. Setia dia memandang skrin sehingga mesej Arianna muncul di skrin.

-Just okay? That's it? No good night wish for me?-

Zahran tertawa perlahan. Segera dia menaip balasan untuk Arianna.

-Good night. Go to bed, you sleepy head!-

Arianna membalas dengan emoji menguap dan ucapan selamat malam juga untuknya yang tidak gagal menerbitkan senyum pada wajah Zahran.

SEMINGGU berlalu selepas perasmian Ayana Imperial Langkawi. Selama tempoh itu Zahran tidak berhubung dengan Arianna. Terlalu sibuk sehingga dia tiada masa untuk bergaduh dengan sesiapa.

“Ran, ikut ayah hari ni?” kata TS Zahari ketika dia dan isterinya bersarapan bersama Zahran hujung minggu itu.

“Pergi mana?”

“Main golf.”

Bahu Zahran merosot. Paling dia tidak minat dengan sukan itu.

“Ajak Zahrinlah.”

“Zahrin dah ada family. Weekend ayah malas kacau dia. Lagipun kan dia baru balik dari LA. Biarlah dia spend time dengan isteri dan anak-anak dia.”

Ayat ayahnya itu benar-benar membuat Zahran bersimpati dengan dirinya. Itu bunyinya seperti ‘Ayah kesian tengok hidup kau sunyi dan sendu. Jadi ayah ajak kau keluar berhibur. Bukan macam Zahrin, hidup dia meriah dengan isteri dan anak-anak.’

“Pergilah Ran. Duduk rumah pun bukan buat apa. Keluar dengan ayah, mana tahu jumpa jodoh.”

“Jodoh siapa? Jodoh ayah?” Celopar Zahran membalas yang membuat sekeping roti yang sudah disapu jem strawberry melayang ke dahinya.

Zara yang sejak tadi diam melayan rasa mengantuk, terbahak ketawa.

“Kemain kau ya gelakkan abang.”

“Tu la, mulut tak bertapis. Padan muka,” kata Zara.

“Jodoh untuk ayah dah lama sampai. Jodoh Zahran tu masih sangkut dekat sorting centre agaknya,” jawab PS Wahida.

“Kena check tracking number tu, “ ujar TS Zahari yang membuat Zara semakin galak ketawa. Hilang serta merta rasa mengantuknya.

“Jodoh Zahran is in transit…Hahaha!”

Zahran memandang adiknya dengan wajah sebal.

“Agaknya item dah delivered tapi tak sampai ke tangan Zahran.” PS Wahida pula menambah.

“Kejap lagi cuba check kat luar rumah, dalam post box, bawah kereta ke, kot-kot dah sampai.” TS Zahari menyambung.

Zahran diam, mengunyah lumat nasi lemak berlaukkan ayam goreng berempah persis haiwan karnivor mengunyah lumat daging mangsanya.

“Kalau tak ada jugak, boleh mintak refund,” ujar PS Wahida.

“Jangan lupa tulis reason mintak refund. Saya belum terima pakej jodoh saya. Ke mana awak hantar jodoh saya? Kenapa tidak hantar ke rumah saya?” ujar Zara.

“Hahaha! Jodoh salah alamat rupanya.”

“Fine!” Zahran tiba-tiba bersuara. “Ran ikut ayah main golf."

TS Zahari sengih. “Good.”

ZAHRAN mendengus perlahan apabila ternyata ayahnya sudah berjanji dengan Datuk Eric dan Tan Sri Albert. Tidak hanya itu, Arianna juga ada bersama.

“Congrats on the grand opening of Ayana Imperial Langkawi,” ujar TS Albert selepas berjabat tangan dengan TS Zahari.

“Thank you, Tan Sri.”

“Bertuah ada anak yang boleh ikut jejak langkah you," ujar Datuk Eric.

TS Zahari tertawa. Terselip sedikit rasa bangga kerana dipuji. Ya, dia seharusnya bersyukur kerana Zahran dan Zahrin tidak menolak untuk bekerja di syarikatnya.

“You pun ada young and talented daughter to help you,” balasnya.

TS Albert tertawa sambil menjeling Arianna yang hanya diam sejak tadi. Dia tahu cucunya itu memprotes kerana dipaksa ke padang golf pada hujung minggu yang sepatutnya menjadi waktu rehatnya.

“Arianna tak berapa berminat dengan Yun Hua.” ujarnya.

“But I’m trying,” balas Arianna.

“Dia masih belajar and I believe she'll try to do her best,” ujar Datuk Eric lalu melingkarkan tangan ke bahu anaknya itu.

“Tak apa. Zahran dulu pun slow-slow belajar. Banyak kontroversi jugak, selalu bergaduh dengan board members,” ujar TS Zahari lalu tertawa.

“Tak heran.” Arianna menggumam perlahan.

“Bukan bergaduh, tapi berdebat. But we ended up with a good decision,” kata Zahran.

“Yeah…No doubt.”

Arianna mencebik mendengar jawapan Zahran.

‘Ended up with a good decision? Memanglah. Dah siapa tahan dengan mulut kau? Daripada bergaduh, baik setuju aje.’ Arianna menggerutu dalam hati.

“Who's gonna start?” tanya Datuk Eric apabila mereka sampai di kawasan tee off.

“Lady first," kata Zahran sambil memandang Arianna.

"Okey."

Arianna bersedia di posisinya. Memegang kejap kayu golf, bersedia untuk membuat ayunan dan memukul bola.

Setiap gerak geri Arianna itu diperhatikan Zahran. Dia mengagak ini bukan kali pertama gadis itu bermain golf melihat gerakannya yang spontan dan tidak kekok. Cara dia berdiri, cara dia memegang kayu golf, malah cara dia membuat pukulan juga nampak alami.

Dan ya, gadis itu nampak mempesonakan dengan pakaian golfnya. Baju T berkolar berwarna biru muda dan seluar putih; Nampak santai dan seksi dengan cara tersendiri tanpa mendedahkan mana-mana bahagian tubuhnya.

Pukulan pertama Arianna tidak memasuki lubang. Berjarak beberapa cm sahaja daripada lubang, dia melakukan pukulan kedua.

"Yes!" Dia bersorak perlahan apabila pukulan itu berhasil.

"Two pars. Not bad," ujar Zahran.

Arianna meneruskan permainan, melengkapkan satu pusingan dan semua pukulannya tidak melebihi dua par.

Terakhir untuk pusingan itu, hanya dengan sekali pukulan, bolanya memasuki lubang.

"Wow!" Dia bersorak kerana tidak menyangka begitu bertuah. Bagi pemain amatur, untuk mendapat hole-in-one cuma 0.01%.

Datuk Eric, TS Albert dan TS Zahari memberi tepukan. Zahran pula tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Hanya mengagumi Arianna di dalam hati.

"Good job, honey," kata Datuk Eric lalu memeluk bahu anaknya itu setelah Arianna melengkapkan satu pusingan dan menghampiri mereka.

"So next is Zahran?" ujar Datuk Eric.

"Yeah...sure."

Giliran Arianna pula memerhatikan Zahran. Tangan Zahran yang sedang menghayunkan kayu golf diperhatikan.

'Ah, kaki tangan dia nampak sama kacak dengan muka dia,' gumamnya dalam hati.

'It looks like God used premium materials to create him.'

'So perfect.'

"Wow, hole in one!"

Suara daddynya yang disertai dengan tepukan membuat Arianna terlonjak kaget.

"So handsome!" ujarnya.

"What?" Serentak Datuk Eric dan TS Zahari bertanya sambil memandangnya.

"Aaa..." Arianna gelagapan. "Awesome...wow awesome. Hahaha." Tangan ikut bertepuk bagi mengusir gugup.

"Yeah, right?" Datuk Eric bersetuju.

"Hari bertuah orang-orang muda hari ni. Dua-dua dapat hole-in-one," kata TS Albert lalu ketawa.

Arianna turut ketawa menutupi kegugupan dan kecanggungannya.

Terlepas daripada tatapan daddynya, Arianna menepuk kepala sendiri.

"Boleh aku puji dia handsome depan bapak dia."

Lebih sejam mereka berada di padang golf sebelum Datuk Eric menjadi orang terakhir bermain.

Tidak segera pulang, TS Zahari mengajak mereka minum di cafe di dalam Kelab Golf itu.

"So Zahran, bila nak tamatkan zaman bujang?" tanya Datuk Eric yang membuat Zahran yang baru menyedut minumannya tersedak.

Arianna pula mengulum senyum. Tidak sabar dia mahu mendengar jawapan Zahran.

Share this novel

Aisyah Esya
2022-04-22 16:22:00 

so handsome


NovelPlus Premium

The best ads free experience