BAB 3

Family Completed 666

Setelah kerja rumah aku siapkan, aku bermain piano yang terdapat dalam pejabat Abah. Dari dulu lagi Abah tahu aku minat main piano, jadi Abah belikan aku sebuah piano masa hari lahir aku dua tahun lalu. Aku membuka suis piano. Tanganku mula menekan-nekan key board piano.

Dahiku berkerut. Mana pergi bunyi piano ini? Hilangkah? Tak mungkin. Speaker sudah aku kuatkan. Suis telah aku hidupkan. Tak mungkin rosak? Selama dua tahun aku guna piano pemberian Abah ini tak pernah pernah pula rosak.

“Kak Liya!” jeritku, memanggil pembantu Abah.

Kak Liya menjadi pembantu Abah sejak tahun lepas. Kak Liya baik, selalu ikut arahan Abah. Kak Liya juga mesra dengan anak-anak yatim di rumah ni walaupun yang baru masuk. Sebab itulah aku sayang sangat kat Kak Liya. Aku dan Kak Liya seperti tak dapat dipisahkan.

“Kenapa ni, Raihana?” Kak Liya yang berusia 21 tahun itu memasuki pejabat Abah dengan cemas setelah terdengar teriakanku. Aku ketawa melihat wajah cemas Kak Liya. Lucunya!

“Ni kak.., Piano rosak. Tak de bunyi. Camne ni Kak? Kakak rosakkan eh?”

“Mana ada! Main tuduh je budak sorang ni. Piano tu memang begitu sejak semalam. Semalam Kak Liya dah telefon kawan kakak tolong baikikan. Kejap lagi dia sampai, kot,” jawab Kak Liya. Aku mengeluh kecil. Mahu main apa lagi? Main dengan anak-anak yatim di luar sana? Tak mahu!

“Hurmm.. agak-agaknya bila, Kak?”

“Petang ni, mungkin. Kakak pergi dulu, ye. Kakak tengah suapkan Wafiy dan Haris makan. Kalau nak apa-apa, panggil kakak, ye!”

“Ok..” Aku cuma duduk dan pura-pura menekan piano padahal tak keluar bunyi pun.. Kadangkala aku termenung sendiri dan kadangkala aku menyanyi-nyanyi kecil.

Akhirnya, oleh sebab bosan terperuk di dalam pejabat berpendingin hawa itu, aku keluar lalu duduk di taman rumah anak yatim itu walaupun tak rela. Abah memang menyediakan halaman yang agak besar untuk kanak-kanak di sini beriadah. Tamannya sungguh cantik dengan beberapa pokok besar serta pokok-pokok bunga yang terhias indah. Sebuah kolam ikan kecil melengkapkan keindahan taman.

Aku lihat ramai kanak-kanak yang seronok bermain bola manakala aku, duduk termenung. Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sebaya aku turut membuat perkara yang sama.Mengapa dia tidak bermain dengan rakan-rakannya? Wajahnya kelihatan sugul sahaja. Hmm.. mesti ada rahsia di sebaliknya.

“Hmm.. Barangkali..” Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, tanganku ditarik oleh dua orang kanak-kanak yang comel. Aku sungguh terkejut sehinggakan selipar aku pun putus! Almaklumlah, selipar itu sudah setahun mengalas kakiku. Haih, kena beli selipar barulah nampakanya..

“Kakak! Kakak! Mari main!” kedua-dua kanak-kanank perempuan dan lelaki itu terlompat-lompat keriangan di hadapanku yang sedang terkial-kial, tak tahu apa yang berlaku.

“Kakak, nama kakak siapa?” Tanya budak perempuan itu.

“Nama kakak Raihana,”

“Nama saya Asyraf! Ini adik saya, Alya.” Kata budak lelaki itu pula.

“kami nak main bola beracun. Kakak nak main juga, tak?”

“Ermm,, Boleh jugak…,”

“YEAY!!”

“KAK! Hari ni kita nak main apa?” tanya Asyraf. Aku meletakkan jari telunjuk ke daguku tanda berfikir. Asyraf dan Alya turut meniruku.Tiba-tiba idea datang bergolek.

“Kita main nenek-nenek si bongkok tiga, nak?” cadangku.

“Hah? Nak! Nak!” jerit Asyraf dan Alya serentak.

“Ok, jom!” aku mengajak mereka ke halaman rumah. Baru sahaja Alya menyarungkan seliparnya, setitik air jatuh ke pipiku. Lama-kelamaan titisan air tersebut semakin banyak. Aku, Asyraf dan Alya bergegas masuk ke dalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience