BAB 8 : SELEPAS

Humor Series 106134

SELEPAS mayat disuntik formalin, disolatkan dan diterbangkan semula ke Malaysia bersama ahli keluarga, barulah aku dengar nafas kelegaan daripada Amril. Dia menyuruh Zarith pulang bersama-sama keluarga itu. Dia pulak menetap di Bandung untuk sehari lagi. Staf lain pula mengambil alih tanggungjawab Zarith. Katanya, dah bersusah payah urus orang lain, kena beri peluang diri sendiri untuk bernafas pula. Apa yang peliknya, dia minta aku turut sama untuk stay sehari lagi. Aku ikut aje. Sambil melancong sambil korek rahsia. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, of course aku nak. Dan sejujurnya, dia tak nak aku join sama pun, aku nak join sebenarnya. Aku masih rasa kagum dengan cara dia menyelesaikan masalah. Segala yang terjadi dari subuh tadi masih segar dalam ingatan aku.

Awal pagi lagi aku dah bangun, solat, bersihkan diri dan tunggu dia kat restoran sambil makan sarapan pagi. Beberapa minit selepas tu, dia munculkan diri dan duduk depan aku dengan hanya secawan dark coffee. Aku ucap hai kat dia tapi dia hanya senyum nipis aje. Lepas tu sibuk scrolling up and down sesuatu kat phone dia. Kami tak bercakap sepatah pun dan aku tak terfikir nak melanjutkan perbualan bila dia hanya membalas hai aku acuh tak acuh. Dalam tempoh beberapa minit selepas tu, dia dihubungi dan menghubungi orang. Berkali-kali sampai satu tahap dia ajak aku gerak dari tempat tu.

Destinasi kami yang pertama pada hari tu adalah kantor polisi. Zarith dah awal-awal tunggu dekat sana. Kami masuk ke dalam sebuah bilik dan seorang pak polisi menunjukkan potongan klip CCTV kemalangan tersebut. Kemalangan itu berlaku seperti apa yang didakwa oleh supir bas – dia cuma mahu mengelakkan kemalangan yang lebih besar berlaku. Mereka tak laju mana pun sebenarnya dan melalui klip CCTV tu, aku fikir ia betul-betul bukan salah supir tu.

Jalan nak ke Tangkuban Parahu bengkang bengkok, berbukit dan kemalangan tu berlaku di salah satu selekoh. Memandangkan tidak ada kereta di hadapan, sebuah Land Cruiser yang sepatutnya berada di belakang bas yang mereka naiki memotong. Selamat dan boleh memotong, mungkin itulah yang ada dalam fikiran pemandu Land Cruiser tersebut. Malang tidak berbau, tiba-tiba sebuah kereta Avanza dan dua buah bas wisata muncul dari arah depan, masing-masing dengan kelajuan sembilan puluh kilometer sejam. Dengan ruang yang sempit, satu-satunya perkara yang boleh dilakukan oleh pemandu Avanza tersebut adalah keluar dari jalannya dan berhenti secara mengejut, betul-betul di hadapan sebuah gerai arnab. Syukur kerana tidak ada orang yang berjalan atau berdiri di sekitar tempat tersebut., Kalau tidak, dia pun pastinya dah jadi arwah sekarang ni. Kereta lain yang berada di belakang Avanza itu turut sama berhenti secara mendadak. Dan satu-satunya perkara yang mampu dilakukan oleh supir adalah pusingkan kereta ke kiri dan berhenti secara mendadak juga. Dalam keadaan tidak terkawal dan nervous tahap gaban, pemandu Land Cruiser itu turut memusingkan keretanya ke kanan. Akibatnya bahagian depan Land Cruiser itu merempuh bahagian tengah badan bas. Sekiranya supir dan pemandu Avanza tersebut masing-masing tidak keluar dari jalan mereka, tentunya satu kemalangan yang lebih besar akan berlaku yang mana melibatkan lebih banyak kereta.

Aku tak mampu bayangkan kemalangan yang lebih besar berlaku.

Kemalangan yang kecil ni pun sudah cukup mengerikan. Sudah mengorbankan nyawa seorang klien. Semuanya kerana sikap tidak sabar dan mahu cepat si pemandu Land Cruiser. Aku tak tahu status pemandu Land Cruiser tu. Malas aku nak ambil tahu. Tak pasal-pasal aku maki hamun dia nanti.

Cukuplah setakat itu. Aku hanya perlu diamkan diri supaya emosi aku terkawal.

Hmph! Aku geram sendiri. Dan aku tak tahu apa perasaan aku yang selebihnya. Yang pasti, ia bercampur-baur.

Aku keluar dari bilik tersebut dan duduk di ruang menunggu. Klip CCTV itu masih jelas dalam ingatan aku, bermain seperti sebuah movie yang ditayangkan di kaca televisyen. Aku duduk berteleku dan tak bergerak hinggalah sedar nama aku dipanggil, aku angkat muka.

“Are you okay?” soal Mr Millionaire. Dia dan Zarith berdiri di hadapan aku.

“I’m okay,” jawabku lemah.

“Aku dah kata tak payah join tengok klip CCTV tu tadi...” katanya pula. Ya, dia ada bagi aku amaran dan pilihan sebelum masuk ke dalam bilik tu tadi tapi aku degil, nak juga tengok dengan kepala mata aku sendiri. Sekarang, padan muka aku.

“Jomlah,” ajaknya. Zarith dah keluar dari kantor polisi itu. Aku berdiri lemah.

“Kita nak ke mana?”

“Crime scene,” jawab Amril dan aku terus membontoti dia dari belakang. Sepanjang perjalanan ke tempat kejadian tu, aku langsung tak bersuara. Amril, Zarith dan supir sahaja yang bercerita antara satu sama lain. Aku tak tahu apa yang diorang bincangkan sebab emosi dan fikiran aku masih terganggu dengan klip CCTV yang aku tengok sebentar tadi. Kami berhenti di hadapan gerai arnab dan masing-masing keluar dari dalam perut kereta. Kami mengikuti Amril untuk bertemu dengan seseorang yang didakwa melihat kemalangan tersebut secara live. Alasannya, dia mungkin mempunyai informasi yang tidak dilihat dari klip CCTV tersebut. Banyak soalan yang Amril, Zarith dan supir tanyakan kepada pemuda tersebut sehingga aku sendiri hilang fokus. Aku ada cara aku sendiri dalam mencari jawapan dan kebenaran, dia biasanya, itulah cara yang aku selesa dan selalu gunakan sepanjang bergelar jurnalis. Memang lumrah jurnalis kot aku ni. Perlahan-lahan aku tinggalkan mereka dan berjalan ke sebuah gerai kelinci, nampak kelibat seorang makcik dalam lingkungan umur empat-puluhan, aku terus dekati dia.

“Hai,” sapaku.

“Iya hai, ibu. Mau apa, bu? Sini ada banyak jual kelinci. Mau apa, dibilangin aja.”

Aku geleng. Tak sanggup aku tengok arnab-arnab comel tu disembelih dan dimasak. Nak membayangkan aje pun tak sanggup. “Nggak, nggak ada apa-apa. Aku bukan mau kelinci. Aku cuma pingin nanya pasal kemalangan yang berlaku di sini semalam. Nak tau macam mana kemalangan tu boleh berlaku.” Berkerut dahi makcik tu. Mungkin pelik dengan sebutan dan bahasa aku yang dah bercampur Indon-Malay. Tak kisah, aku cuma nak dengar penjelasan dari mulut dia. Tak sangka kemahiran bahasa Indonesia aku meningkat dengan mendadaknya sesaat mendarat kat sini. Terima kasih kepada sinetron Indonesia yang panjang berjela-jela tapi dapat jugak aku habis tengok.

“Kemalangan? Kemalangan apa ya?” soalnya pula. Giliran aku pula berkerut sambil berusaha mencari perkataan yang sesuai. Nampaknya kemahiran bahasa Indonesia aku tak cukup baik lagi. “Oh, maksud ibu ketabrakan ya?”

Aku gelak. “Ye, maksud aku ketabrakan yang berlaku kat sini semalam.”

Makcik tu terus senyap. “Nggak tau ada ketabrakan disini.” Aku dapat rasakan mata aku membulat besar. Mustahil makcik tu tak tahu. Aku rasa ada something wrong aje yang berlaku.

“Tak ada?” soalku.

“Oh, nggak. Aku kelmarinnya ke Pasar Baru. Nggak tau kalau ada ketabrakan. Benter ya.” Makcik tu terus mengalihkan pandangannya dariku dan memanggil seseorang dari dalam kedai. Melihatkan fizikal budak lelaki itu, aku mengandaikan dia berada dalam lingkungan umur belasan tahun, mungkin anaknya kot. “Mosmail, ada ketabrakan ya disini masa aku ke Pasar Baru?”

“Nggak tau, bu.” Mosmail keluar dari dalam kedai sambil memegang tiga biji bola kecil sebesar genggaman tangan berwarna merah, biru dan kuning dan membuat aksi juggle di hadapan kami. Dia mengingatkan aku sewaktu aku menjalani PLKN dulu. Jurulatih ada mengajar juggling kat kami tapi tak tahulah kenapa, aku memang teruk kot dalam benda-benda macam ni. Sampai saat ni, aku masih tak kuasai kemahiran tu. Cemburu pula tengok budak ni juggling ke hulu ke hilir dengan benda tu. Urgh, aku dah kenapa tak fokus? Tapi kenapa semua cakap tak ada kemalangan, tak ada ketabrakan? Err, aku tak boleh gunakan perkataan semua bila responden aku hanyalah dua orang. Yelah tapi, dipercayai kot sumber aku ni. Tinggal dan menetap kat sini dah lama. Nampak apa yang berlaku di sekeliling setiap hari. Dan kemalangan? Kenapa diorang boleh miss benda ni?

“Arisa!” Suara yang aku kenal sangat panggil aku. Aku menoleh. Temuramah aku dengan makcik dan anak dia ni belum tamat lagi, dia dah datang pula.

“Ye?”

“Jom!”

“Ke mana?”

“Kau tak nak balik ke?”

“Kita dah nak balik ke?”

“Habis tu kau nak tinggal sini?”

“Err, tak.” Aku sengih dan berpamitan dengan makcik dan Mosmail. Kami mula gerak ke kereta dan aku tak boleh tahan diri aku daripada tak bertanya perkara yang aku tahu tu. “Err, Am,” panggilku.

“Hmm?”

“Ibu tu cakap takde kemalangan kat sini.” Membulat besar mata Amril pandang aku.

“You really are a great researcher, you know that? But what makes you go around asking people something you already know? How great it is if the ibu is actually right, isn’t it? We won’t be here if she’s right, then. Unfortunately, the CCTV and the dead person told otherwise.”

“Ya, the CCTV and the dead told otherwise,” aku ulang kata-kata dia sambil mengangguk.

“Kenapa? Kau meragui aku ke, Arisa?” soalnya bila kami dah duduk dalam kereta.

Aku geleng. “Takdelah. Nak tau cerita dengan lebih mendalam tapi tiba-tiba cerita tak tally pulak.”

“Apa yang buatkan kau pergi tanya makcik tu?”

“Entah, saja aje. Instinct aku suruh,” aku jongket bahu. Dia menyeringai dan kami hanya berdiam diri sepanjang perjalanan ke hospital. Satu perkara yang aku pelajari selama menjadi journalist adalah percaya pada instinct aku. Dan kebanyakan masa bila aku percaya pada instinct aku adalah masa aku betul dan buat perkara yang aku rasakan betul. Tapi pada ketika ini, aku tak tahu kenapa aku masih ada perasaan was-was. Oh ya, who cares? Bukan aku yang sepatutnya selesaikan masalah ni. Masalah ni bukan masalah aku pun. It’s not even my problem for me to stick my nose into other people’s business at the first place. So, whatever! Aku perlu lupakan dan biar Mr. Millionaire selesaikan masalah ini sendiri.

Sesampainya kami di hospital tersebut, Amril terus mendapatkan Encik Razak dan Puan Suraya seraya menerangkan kejadian sebenar yang berlaku. Aku rasa dia tak nak sebenarnya menerangkan bagaimana kemalangan itu berlaku kerana ia akan menampakkan dirinya seperti hanya membuat alasan dan cuba merasionalkan sesuatu perkara buruk yang sudah terjadi untuk mempertahankan syarikat. Sikap Puan Suraya yang asyik menyalahkan dan kerap mengatakan hendak memfailkan saman terhadap syarikat membuatkan Amril mengambil keputusan untuk membuat penjelasan itu bagi mengelakkan syarikatnya daripada disaman. Tambahnya, saman hanya memburukkan keadaan. Saman juga akan mengambil satu tempoh masa yang lama untuk diselesaikan selain daripada memakan sejumlah wang yang besar. Amril juga menekankan bahawa keluarga mangsa mempunyai peluang tipis untuk menang kerana kemalangan tidak berpunca daripada supir. Dia menerangkan bahawa melalui klip CCTV yang diperoleh daripada pak polisi itu, pihak polis turut mempunyai pendapat yang sama seperti dirinya.

Oleh itu, Amril memberikan satu jalan penyelesaian yang aku fikir terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Syarikat Amril akan membayar sejuta ringgit sebagai pampasan dan mengembalikan semula wang bayaran tour kepada setiap ahli keluarga yang terlibat dalam kemalangan. Pada sesetengah pihak, jalan penyelesaian yang diambil oleh Amril mungkin kelihatan seperti menggunakan kuasa dan wang yang ada padanya untuk menutup kes tersebut, tetapi bagi aku yang turut sama berada dan berbincang untuk mencapai satu kata sepakat itu, aku melihat ia sebagai satu jalan penyelesaian yang terbaik meskipun nyawa remaja perempuan itu tidak boleh diganti dengan sejumlah wang bernilai sejuta ringgit sekalipun.

Walaubagaimanapun, yang pergi tetap akan pergi. Kemalangan ini hanyalah satu alasan untuk dia kembali kepada Pencipta Alam Semesta. Aku pandang Amril yang masih memandang kliennya dan Zarith yang sedang memasuki pintu Perlepasan Antarabangsa.

“Tahniah!” aku ucap kat dia dari hati aku yang paling dalam. Dia betul-betul seorang CEO. Eh, dia memang seorang CEO pun, CEO yang bertanggungjawab.

“Thanks,” dia sengih.

“Pernah dengar a failed CEO is better than a successful politician?” aku soal dia.

“Heard it once. Tak sangka kau tahu benda tu. And are you telling me that I actually failed?”

“Ehe, no lah, Mr Millonaire. I’m telling you that you’re thousands way better than those succesful politicians. And yeah, aku tahulah. Aku patut tahu benda kecil macam tu, tu dah jadi makanan aku. Lainlah kalau CEO tu, tak perlu banyak membaca pun...” aku jungkit kening kiri pandang dia. Nak bagi dia terasa sikit.

“Hmm, entahlah siapa CEO yang tak rajin membaca tu, kan?” Amril geleng-gelengkan kepala dia beberapa kali.

“Hmm, ada CEO tu tak nak mengaku. A good CEO should admit his mistakes, pernah dengar quote yang tu pulak?” aku sindir dia halus.

“Okay, fine. Jadi nak minta belanja ke ni?” Amril pandang sambil kening kirinya dinaikkan, macam yang aku buat. Hensem sangat bila dia buat macam ni, aku tertanya sendiri kenapa dia tak casanova dengan aset yang dia ada. Hensem dan jutawan. Semua perempuan mesti nakkan dia tapi mesti dia aje yang jual mahal tak nak kat diorang. Aku gelak. Aku tak bermaksud sampai tahap nak minta belanja pun tapi kalau dia nak belanja, apa salahnya?

“Boleh jugak! Nak makan makanan yang takde kat Malaysia.”

“Tapi bila aku fikir balik, kau sepatutnya yang belanja aku, betul tak? Aku dah berjaya selesaikan masalah dan company aku dah bankrap bayar compensation tu, aku dah takde duit,” dia sengih. Geram aku. Macamlah aku tak tahu taktik dia. Nak gunakan aku sekali lagi. Asyik aku aje yang belanja dia ni apesal? Bukannya aku CEO sebuah syarikat yang ternama macam dia.

“Aku tak bawa banyak duit dan kau sepatutnya yang belanja aku. Aku dah belanja Hundred Plus setiap hari. Takkan aku jugak yang kena belanja hari ni? Aku tukar lima ratus ringgit aje kat money exchange airport hari tu,” disebabkan terkejar-kejar balik rumah, packing barang dan gerak semula untuk ke airport, aku keluarkan lima ratus ringgit aje dari ATM. Lepas tu, dengan terkocohnya aku ke money exchange dan membuat tukaran wang ke Rupiah, dapatlah dalam dua puluh sembilan keping duit seratus ribu rupiah dengan aku perlu menambah enam ringgit sepuluh sen.

“Tu lain, Arisa. Hundred Plus tu tanggungjawab kau sebagai secretary. Belanja kali ni sebagai kawan. Kawan raikan kejayaan kawan, tak salah kan? Anyway, belanja makan tu dah lebih dari cukup untuk raikan kejayaan sesama kawan. Takkan belanja makan pun tak boleh? Kedekut sangat macam tu,” asyik cakap aku kedekut sedangkan aku belanja dia hari-hari. Eee, geram! Aku kena berjimatlah!

“Aku kawan kau ke?” aku soal dia.

“Terpulang pada kau nak anggap aku ni kawan atau tak,” dia jongket bahu.

“Maknanya kita belum berada tahap kawan lagilah,” aku buat kesimpulan sebelum menyambung. “Aku bukan kedekut, aku berjimat. Nak beli ole-ole untuk keluarga tercinta.”

“Tapi sampai saat ni, kau takde lagi keluarkan duit, kan?” dia pandang aku dengan mata yang semakin lama semakin dikecilkan. “Hmm, nampaknya takdelah lunch kita kalau macam ni, kan?” dia ni kadang-kadang memaksa cara halus, tau tak? Nak tak nak, kenalah jugak aku keluarkan duit belanja dia.

“Okeylah, baiklah. Kali ni aku belanja. Nak makan kat mana?” dia terus senyum meleret. Aku masih geram!

“Macam tulah kawan aku...” lepas cakap macam tu, dia pandang depan dan berfikir. Aku berharap sangat dia takkan cakap untuk makan kat Hilton Bandung ke, Residence Hotel ke, The Papandayan ke, Crowne Plaza Bandung ke, The Trans Luxury Hotel, Padma Hotel Bandung ke atau mana-mana hotel yang bertaraf bintang. Tiga bintang pun aku tak nak apalagi lima bintang. Bukan pasal aku kedekut tapi sebab aku tak mampu. Aku doa sangat-sangat agar dia tak sebut nama hotel. Aku takde duit yang banyak untuk bawa dia makan tengahari kat hotel lima bintang.

“Kat Suharti,” dia kalih pandang kat aku.

“Suharti?” aku soal semula. Setakat ni mana ada masa aku nak tengok dan jalan-jalan sekitar bandar Bandung ni lagi. Aku tak tahulah Suharti tu kat mana. Kot-kot Suharti tu adalah nama hotel lima bintang cuma dia tak sebut hotel aje.

“Hotel ke tu?” sebelum dia sempat jawab, aku ujarkan kerisauan aku. “Kalau mahal sangat, aku tak dapat nak belanja kau...” aku cakap perlahan.

“Jangan risau, Arisa. Suharti ni restoran. Takdelah mahal sangat, range harga makanan antara lima ribu ke tujuh puluh ribu rupiah. Range minuman pulak sekitar seribu ke dua puluh ribu. Aku nak makan ayang goreng, the price maybe thirty six thousand rupiah, kalau aku tak silap dan tu harga last time I was there, about three years ago, if I’m not mistaken? Boleh, kan?” aku mengira-ngira dalam kepala aku. Nak tahu samada harga makanan tu mahal atau tak dalam ringgit Malaysia. Seratus ribu bersamaan dengan tiga puluh ringgit jadi kalau tiga puluh enam ribu rupiah maknanya ayam goreng yang dia nak makan tu sekitar sepuluh ringgit. Hmm, okeylah.

“Tak mahal, kan? Sekitar sepuluh ringgit je makanan yang aku nak makan,” katanya macam dapat baca apa yang aku sedang fikir. Aku dah kata, dia ni betul-betul psikik macam Miss Zaara.

“Tak mahal. Kalau macam tu, jomlah. Aku belanja. Aku ikhlas ni.”

“Macam tak ikhlas pulak cakap macam tu.”

“Ikhlaslah...” aku sengih sambil sedekah senyuman ikhlas kat dia.

“Okey, jom! Nak naik taksi ke, bajaj ke atau ojek?” aku pandang dia tak berkelip. Aku tak faham apa yang dia cakap. Seperti faham dengan pandangan aku, dia terus beri penerangan tanpa aku pinta. “Bajaj tu kenderaan tiga roda yang berwarna biru. Ojek tu pula motor. Kat sini ada kesatuan motor yang dipanggil Ojek. Diorang akan datang kalau kita call dan hantar kat destinasi yang kita nak pergi. In case macam emergency like pregnant lady yang nak ke hospital sebab kat sini macet melampau. Ke nak naik mobil aja?” nak gelak aku dengar dia berbahasa Indonesia. Pelik aje sebutan dia. Kalau orang Indonesia sendiri yang cakap tak jugak rasa pelik pada pendengaran aku.

“Bajaj. Kenalah cuba benda baru untuk cari pengalaman.”

“Hmm, aku suka cara kau berfikir.”

“Aku suka cara kau kenalkan benda baru kat aku. Thanks bawa aku ke sini percuma.”

“No, this isn’t gratis. Kau kena bayar dengan company nanti.”

“Like seriously?” aku pandang dia pantas. Gila. Tak makanlah aku tiga bulan ni nak kena bayar balik kat company dia.

“Aku gurau ajelah,” dia sengih lalu menahan bajaj yang lalu depan kami. Senang je nak tahan kenderaan awam kat sini. Diorang sendiri yang datang kat kita. Sampaikan perkhidmatan payung pun disediakan sewaktu hujan. Rajin dan kreatif orang Bandung ni.

“Pernah ke Korea tak?” soal Amril sewaktu kami sedang melalui sebuah jalan yang kawasannya agak redup dan sejuk jika dibandingkan dengan kawasan lain kat Bandung ni. Pemandangan sekitar jalan tu dihiasi dengan rumah-rumah mewah yang masih mengekalkan konsep kolonial Belanda.

“Err, tak pernah lagi. Macam aku cakap, ni first time aku melancong ke luar negara,” jawabku segan. Indonesialah negara pertama yang aku lawati, itu pun Amril yang bawa sebab company dia ada masalah. Terperuk kat Malaysia aje aku selama ni. Sedih. Sebab tu kot fikiran ni tak terbuka lagi.

“Pernah dengar Gangnam style ke?”

“Yang lagu tu?”

“Ha’ah,” dia angguk.

“Pernah sebab lagu tu famous.”

“Korea ada Gangnam, Bandung pulak ada Cipaganti.”

“Tak faham.”

“Gangnam tu kawasan orang kaya. Cipaganti pun macam tu jugak. Bezanya, Gangnam tu kawasan orang kaya baru, Cipaganti ni kawasan orang kaya yang memang dah kaya sejak zaman kolonial Belanda lagi,” aku angguk-anggukan kepala faham walaupun aku tak dapat bayangkan kawasan Gangnam tu macam mana.

“Banyak benda kau tahu, kan?”

“Aku ni CEO syarikat pelancongan, kenalah tahu benda basic macam ni. Malulah aku kalau tak tahu. Tiap kali aku jadi ketua tour, tourguide akan cakap benda yang sama kat klien. Aku dah hafal semua line diorang. Cerita-cerita diorang pun dah jadi makanan aku,” aku senyum setuju dengan kenyataan dia.

“Mesti kau dah melancong satu dunia, kan?”

“Eh, macam mana tahu?” soalnya berlagak seperti kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu. Sekeh kang, nak?

“Yelah, kau tu CEO syarikat pelancongan. Mustahillah tak melancong satu dunia lagi, kan? Lagipun kau bukannya ada anak atau isteri untuk ditanggung. Mestilah kau puaskan keinginan dan impian melancong satu dunia dulu, kan?” aku buat andaian dan kesimpulan sendiri.

“Ha’ah, bijak kau ni eh?” dia menjawab sambil sengih.

“Of courselah! Tengoklah siapa mak ayah aku,” giliran aku pula sengih. Dia geleng aje.

“Nanti bawaklah aku jumpa mak ayah kau,” giliran dia pula sengih.

“Untuk apa pulak?” aku kerut kening pandang dia.

“Nak tengoklah siapa yang lahirkan wanita bijak ni,” dia senyum kat aku. Ikhlas aje senyuman dia tu aku tengok membuatkan aku rasa aku dah semakin ringan dan mula terbang ke udara. Dia ni kalau memuji, mendatar aje suara. Tapi, cara pujian dia tu yang menusuk qalbu. Ish, ish. Tak patut aku rasa nak terbang, dia saja je kenakan aku.

“Tak perlulah rasanya... Impian kau memang nak melancong satu dunia ke?” aku soal dia. Berubah jadi serius semula.

“Hmm, tu memang impian aku. Melancong satu dunia, belajar benda dan budaya baru. Tak sangka dah tercapai dengan adanya syarikat ni. Tapi dah jadi satu kewajipan untuk melancong sebenarnya bila dah ada syarikat pelancongan. Kena rajin melancong untuk cari dan intai prospek baru.”

“Bestnya! Seronoknya kehidupan kau. Kau cuma buat apa yang kau suka, jalan-jalan sambil bekerja. Tapi sekarang, kau dah tak perlu buat semua tu lagi, kan? Kau boleh aje suruh staf kau yang berlambak tu,” aku puji sambil bertepuk tangan.

“Sekarang yelah. Dulu tak. Dulu kena buat semua sendiri,” dia senyum lagi sebelum menyambung. “Nampak seronok ke hidup aku?” aku angguk.

“Kau betul-betul buktikan quote yang pernah aku baca.”

“And may I know what quote are you referring to?”

“Choose a job you love and you’ll never have to work a day in your life.”

“Confucius,” sambungnya.

“Eh, tahu?” soalku dalam nada mengejek. Rasa nak melompat sebenarnya aku sekarang ni tapi aku tahan hati daripada lakukan benda tu. Tak pasal-pasal bajaj ni bocor kalau aku lompat. Mr. Millionaire yang duduk bersebelahan aku dalam bajaj ni sangat hebat. Semakin lama kenal dia, semakin hebat aku rasa. Bertambah-tambah poin yang aku bagi kat dia. Dia geleng aje.

“Its one of my inspiration quotes along the way.”

“Hidup kau memang betul-betul best. Kau boleh enjoy kehidupan bila-bila masa aje. Takde atasan nak menyuruh. Tak perlu fikir pasal masalah kewangan. Boleh ambil cuti bila-bila masa dan paling penting, you are your own boss.”

“Kenalah enjoy kehidupan supaya tak menyesal kemudian hari. Aku suka manjakan diri bila berjaya lakukan sesuatu, selesaikan masalah atau lepas penat urus klien. Tapi orang tak tahu apa yang aku lalui. Orang tak nampak betapa susahnya nak bina semua ni. Orang hanya nampak kejayaan. Rome wasn’t build in a day and this isn’t an overnight success. I’ve sacrificed a lot,” dia senyum hambar.

“Apa yang buat kau pilih jalan ni sebenarnya?” aku nak sangat tahu kisah di sebalik kejayaan dia. Orang kata, tiap kejayaan ada faktor penyebabnya yang terkuat, yang membuatkan seseorang tu takkan pandang belakang lagi. Aku nak tahu faktor penyebab dia yang satu tu.

“Udah sampe, bang,” ujar supir itu seraya memberhentikan bajaj. Aku mengeluh. Kenapa perlu sampai waktu Amril hampir jawab pertanyaan aku? Haish, tak suka betul! Sejurus selepas tu, Amril berikan beberapa keping not rupiah dan supir tu berikan dua keping duit recehan lima ratus. Duit recehan tu maknanya duit syiling dalam Melayu. Rakyat Indonesia panggil receh, Malaysia panggil syiling. Kami bersama-sama masuk ke dalam Restoran Suharti dan aku pesan ayan goreng yang sama seperti yang dipesan oleh Amril.

“Ikut-ikut pulak kau, kan?” komen dia sebaik pelayan tu berlalu pergi.

“Aku nak rasa ayam goreng paling sedap kat sini. Rugilah kalau datang sini tapi tak rasa ayam goreng terbaik Bandung, kan? Anyway, aku yang bayar...”

“Hmm, kau ni ikhlas ke tak ni belanja aku makan? Dari tadi asyik cakap aku yang bayar, aku yang belanja... Yelah, aku bayar makanan aku sendirilah. Don’t worry,” dia mendengus seraya menyandarkan belakangnya pada kerusi.

“Aku tak maksudkan macam tu...”

“Habis tu?”

“Aku tak nak kau cakap aku ikut pesan makanan yang sama macam kau. Sebab tulah, keluar pulak ayat tu. Hehe, maaf. Aku bayar, jangan ambil hati, k?” dia buat muka tak puas hati. “Sorry...” kata aku sekali lagi. Kedekut sangat ke aku ni sebab asyik ungkit pasal belanja kat dia?

“Hmm, whatever!” zupp! Seperti halilintar yang menusuk tembus hingga ke jantung aku. Sakitnya bila dia cakap macam tu. Lebih baik dia panggil aku kedekut daripada dia ‘whatever’ kan aku. Sadis! “Ayam goreng dia ni rangup, orang kat sini cakap renyah dan kalau nak tau, tulang ayam goreng ni boleh dimakan,” Amril buka topik baru tapi aku masih terasa. Aku masih nak berikan penjelasan pasal bab kedekut tadi tapi entahlah, aku sendiri tak tahu nak hurai macam mana nak bagi dia faham. Aku ni kedekut sangat ke? Tapi, aku kena berjimat cermat. Berjimat cermat tu sama ke dengan kedekut?

“Ye ke?” soalku tak percaya.

“Yups! Kau try sendiri nanti.”

“Okey!” balasku dan tak lama selepas tu, makanan yang kami pesan pun sampai. Dan seperti apa yang dia canangkan, ayam goreng Suharti ni memang rangup! Aku makan tak ingat dunia dan tak ingat langsung terhadap kenyataan bahawa aku sebenarnya yang akan bayar makanan ni nanti. Hmm, aku dah tak kisah sebenarnya. Duit aku sangat berbaloi bagi rasa ayam goreng Suharti ni.

Keluar dari restoran tu, dia ajak aku ke Trans Studio pula. Katanya nak teriak kuat-kuat dan release tension sebab duit sejuta yang boleh digunakan untuk membangunkan syarikat dan separuh daripada bonus akhir tahun pekerja untuk tahun tersebut baru aje melayang pergi. Terpaksa cari cara lain untuk cover balik expenses tu, dia tambah lagi. Aku iyakan aje, berharap dalam hati dia takkan minta aku bayar untuk pas masuk ke dalam Trans Studio tu. Syukur sangat dia yang keluar duit. Kami main segala jenis permainan gayat dalam Trans Studio tu. Dari Vertigo ke kereta lumba ke Roller Coaster, takde satu pun yang ditinggalkan. Aku tak suka benda-benda gayat ni tapi dia paksa juga. Pelik pula aku dengan perangai dia. Gegaran kapal dia takut. Roller coaster dan Vertigo yang tak boleh dipercayai keselamatannya tu pulak dia tak takut. Macam dah terbalik pula personaliti kami berdua.

Urgh, lantaklah!

Malam tu aku tidur nyenyak sangat kerana dah seharian menghabiskan masa menyelesaikan masalah dan release tension temankan si Mr Millionaire. Bangun awal pagi esoknya, kami terus terbang balik semula ke Malaysia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience